The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niksuliati, 2021-04-12 04:02:06

LAPORAN TAHUNAN 2019 KKKT

LAPORAN TAHUNAN 2019 KKKT

Keywords: KKKT 2019

Penglibatan SKR Pada Tahun 2019

Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Akhir Bidang Automobile
2019

Tarikh:
18 - 21/10/2019
Tempat:
Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran:
Seorang Pelajar yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Muhammad Za’im Bin Zakaria (SKR
2A). Pelajar ini juga pemenang tempat pertama (pingat emas) daripada 34 orang peserta di
Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MYCCSKILLS) 2018 bidang automobil yang
dilangsungkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Dua orang Jurulatih yang mengiringi
pelajar iaitu Mohd Khairul bin Omar dan Poo Tsek Chuang. Pertandingan ini melibatkan 12
orang peserta yang dipilih daripada 130 orang peserta semasa peringkat kelayakan yang
terdiri daripada institusi kemahiran awam dan swasta seluruh malaysia.

Aktiviti:

Peserta pertandingan perlu menjalani enam (6) tugasan berkaitan sistem-sistem yang
terdapat pada kenderaan iaitu engine overhaul, electrical wiring, petrol tuning, transmission
overhaul, brake system dan tyre & suspension system. Masa yang diperuntukkan untuk
menyelesaikan setiap tugasan adalah 3 jam dan semua langkah kerja perlu mengikut
panduan berdasarkan workshop manual dari pengeluar kenderaan.

Objektif: Memilih dua (2) orang peserta bagi mewakili Malaysia ke pertandingan
i. kemahiran bidang automotif di peringkat Asean, Asia dan dunia.

ii. Memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai teknologi
iii. terkini dalam bidang automotif dan keperluan dalam sektor industri automotif.

Memberi peluang kepada pensyarah Kolej Komuniti mengaplikasi dan
memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
automotif.

|

Rajah 1 : Peserta yang bertanding pada di Pertandingan Worldskills Malaysia
Belia (WSMB) Peringkat Akhir Bidang Automobile 2019 Anjuran Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia

|

Rajah 2 : Peserta dari KKKT (MUHAMMAD ZA’IM BIN ZAKARIA) Sedang
Melakukan Kerja Merombak Rawat Sistem Gantungan Kenderaan.

Rajah 3 : Kerja Pembersihan Sedang Dilakukan Sebelum Proses Pengukuran
Komponen Dijalankan Oleh Peserta Dari KKKT (MUHAMMAD ZA’IM BIN

ZAKARIA) Sedang Melakukan Kerja Merombak Rawat Sistem Brek Kenderaan.

|

Rajah 4 : Hakim Pertandingan Sedang menilai Peserta dari KKKT
(MUHAMMAD ZA’IM BIN ZAKARIA) Melakukan Kerja Merombak Rawat Kotak
Gear Automatik Kenderaan.

|

Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Pra Kelayakan Bidang
Automobile 2019

Tarikh:
3 – 7 April 2019

Tempat:
Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam

Kehadiran:
Dua orang pelajar yang mewakili Kolej Komuniti Kuala Terengganu iaitu Muhammad Za’im
Bin Zakaria (SKR 2A) dan Luqman Hakim Bin Mohd Aziz (SKR2A). Pelajar ini juga telah
menyertai Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MYCCSKILLS) 2018 bidang automobil
yang dilangsungkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Dua orang Jurulatih yang
mengiringi pelajar iaitu Mohd Khairul bin Omar dan Poo Tsek Chuang. Pertandingan ini
melibatkan penyertaan seramai 130 orang peserta daripada institusi kemahiran awam dan
swasta seluruh malaysia.

Aktiviti:
Peserta Pertandingan Pra-kelayakan WSMB (Worldskills Malaysia Belia 2019) bidang
automobil perlu menyiapkan menyiapkan tugasan iaitu merombak, mengukur, memasang dan
membuat diagnosis enjin Proton Campro S4PH dalam masa yang tiga jam.

Objektif:
i. Memilih peserta ke pertandingan peringkat akhir bagi pemilihan akhir peserta untuk mewakili
Malaysia ke pertandingan kemahiran bidang automotif di peringkat Asean, Asia dan dunia.
ii. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta dapat memberi pendedahan secara
langsung kepada pelajar mengenai teknologi terkini dalam bidang automotif dan keperluan
dalam sektor industri automotif.

|

Rajah 1 : Paparan Poster Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB)
Peringkat Pra Kelayakan Bidang Automobile 2019 Anjuran Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia

Rajah 2 : Pelajar SKR MUHAMMAD ZA’IM BIN ZAKARIA (SKR2A) Sedang
Melakukan Kerja Merombak Enjin Dalam Pertandingan WSMB 2019

|

Rajah 3 : Pelajar SKR MUHAMMAD ZA’IM BIN ZAKARIA (SKR2A) melakukan
kerja Pemasangan Enjin Dalam Pertandingan WSMB 2019 Dan Dinilai Oleh
Juri Pertandingan

Rajah 4 : Pelajar SKR LUQMAN HAKIM BIN MOHD AZIZ (SKR2A)Sedang
Melakukan Kerja Merombak Enjin Dalam Pertandingan WSMB 2019

|

Rajah 5 : Screenshot acara / pencapaian / aktiviti tersebut yang dihebahkan di media
sosial iaitu Facebook Komuniti Kuala Terengganu

|

Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MYCCSKILLS) 2019 Bidang Teknologi
Automobil.

Tarikh:
22 hingga 26 September 2019

Tempat:
Kolej Komuniti Kelana Jaya, Selangor.

Kehadiran:
Dua orang pelajar yang mewakili Kolej Komuniti Kuala Terengganu iaitu Muhammad Alif Rafiqi
Bin Shu'aibon (SKR 1A) dan Mohamad Abdul Aziz Bin Mustaffa (SKR1A). Dua orang Jurulatih
yang mengiringi pelajar iaitu Mohd Khairul bin Omar dan Poo Tsek Chuang. Pertandingan ini
melibatkan penyertaan seramai 34 orang peserta daripada 17 Kolej komuniti yang
menjalankan program Sijil Servis Kenderaan Ringan di seluruh malaysia.

Aktiviti:
Peserta Pertandingan perlu menyiapkan menyiapkan tugasan iaitu merombak, mengukur,
memasang dan membuat diagnosis enjin Proton Campro S4PH dalam masa yang tiga jam.
Pencapaian dalam pertandingan ini adalah peserta Mohamad Abdul Aziz Bin Mustaffa
mendapat tempat ke -3/gangsa daripada 34 orang peserta.

Objektif :

i. Memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai teknologi
terkini dalam bidang automotif.

ii. Memilih pelajar bagi mewakili Kolej Komuniti ke pertandingan kemahiran di
peringkat yang lebih tinggi.

iii. Memperkenal dan mempromosi Kolej Komuniti sebagai salah satu Pusat
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional TVET di Malaysia kepada
masyarakat dan industri.

|

Rajah 1 : Pengarah KKKT, Tuan Haji Ali bin Mamat, Jurulatih dan peserta bergambar
selepas majlis penyampaian hadiah.

|

1) Rajah 2 : Peserta dari KKKT (Muhammad Alif Rafiqi Bin Shu'aibon)
Sedang Melakukan Kerja Merombak Komponen Rawat Enjin
Campro VVT.

2) Rajah 3 : Peserta dari KKKT (Mohamad Abdul Aziz Bin Mustaffa
) Sedang Melakukan Kerja Memasang Komponen Rawat Enjin
Campro VVT.

|

Rajah 4 : Jurulatih MYCCSKILLS KKKT. En. Poo Tsek Chuang dan En.Mohd
Khairul bin Omar (dari kanan).

|

Lawatan Akademik Pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan 2019

Tarikh:
21 hingga 23 Oktober 2019

Tempat:
Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua dan Traktor Malaysia

Kehadiran:
Lawatan melibatkan 30 orang pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu dari Program Sijil
Automotif diiringi 2 orang pegawai pengiring iaitu En. Mohd Fariq bin Mohd Fauzi dan Mohd
Khairil Nizam bin Othman.

Aktiviti:
Para pelajar dibawa melawat ke Institut Kemahiran Belia Negara bagi membolehkan para
pelajar mengenali Institutsi lain dan kemudahan yang ada di sana. Kemudian, lawatan ke
Traktor Malaysia dijalankan bagi memberi pengalaman baru tentang perkembangan teknologi
yang baru yang berkembang maju. Para pelajar berpeluang melihat dan mempelajari sendiri
bagaimana proses menservis jentera berat dilakukan semasa lawatan tersebut serta peluang-
peluang untuk melanjutkan pelajaran dan peluang pekerjaan di institusi/ firma tersebut.

Objektif :

i. Memberi pengetahuan kepada pelajar kolej komuniti tentang dunia luar.
ii. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi baru dalam bidang

automotif.
iii. Memberi pengalaman baru kepada kehidupan pelajar untuk digunakan suatu hari

nanti.

|

Rajah 1: Lawatan Akademik Pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu bersama dengan

|

|

Pertandingan KTCC Skills SKR 2019 Bidang Automotif

Tarikh:
27 Mac 2019

Tempat:
Bengkel Automotif Cendering, Kolej Komuniti Kuala Terengganu

Kehadiran:
Melibatkan 14 orang staf Program Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) yang bertugas
sebagai AJK dan hakim pertandingan. Semua 69 orang pelajar SKR menyertai pertandingan
ini.

Aktiviti:
Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan dengan penyertaan daripada setiap kelas
yang terdapat di Program SKR. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu
Servis Asas Kenderaan, Asas Pengukuran Komponen Enjin dan Penyelenggaraan Roda Dan
Tayar. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah dilakukan oleh Timbalan pengarah
(akademik) iaitu En. Mohd najib Bin Anua. Para pemenang pertandingan diberikan hadiah
berbentuk hamper.

Objektif :

i. Memilih peserta bagi mewakili Kolej Komuniti Kuala Terengganu ke
Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MYCCSKILLS).

ii. Memupuk semangat bersaing secara sihat dalam kalangan pelajar
iii. Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

|

Rajah 1 : Gambar peserta pertandingan dan staf automotif beserta Timbalan
Pengarah Akademik

Rajah 2 : Peserta Pertandingan Sedang Memberi Penjelasan Kepada Juri
Pertandingan Dalam Acara Asas Pengukuran Komponen Enjin

|

Rajah 3 : Peserta Pertandingan Sedang Melakukan Kerja Pemeriksaan Dalam
Acara Asas Servis Kenderaan

Rajah 4 : Pemenang Tempat Pertama Pertandingan KTCCSkills bidang
Automotif 2019 Acara Asas Servis Kenderaan

|

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) terdiri daripada 15 orang pensyarah. Senarai
pensyarah unit SKE adalah seperti berikut:

Ketua Program : Norfazliana binti Romli
Timbalan Ketua Pogram : Wan Faizah Binti Wan Abdullah
Setiausaha : Musnita binti Mohamad

Pensyarah : Abdullah Bin Bedul
Masnizaimi Bin Mamat
Mohd Fadhil Bin Ramle
Mohd Haffiz Bin Zainal Abidin
Mohd Zuhairi Bin Mustafa
Azizan Bin Mohd Maharudin
Che Ku Farhana Binti Che Ku Alam
Nor Azarina Binti Nordin
Rafidah Binti Abdull Azis

|

Caretaker KK Cawangan Setiu: Mohd Sahal Bin Harun
Pensyarah KK Cawangan Setiu: Norhayati binti Ismail
Ridzwan bin Mohamed Sumeri

Penglibatan SKE Pada Tahun 2019

Mesyuarat Semakan PEO Bagi Stakeholder Feedback Program SKE Kolej
Komuniti Kuala Terengganu Dan Kolej Komuniti Cawangan Setiu Bersama
Penasihat Luar (Industri)

Tarikh:
19 & 24 September 2019

Tempat :
Bilik Mesyuarat ,Kolej Komuniti Kuala Terengganu

Anjuran :
Unit Teknologi Elektrik,KKKT

Keahlian :
Penasihat Luar (Industri):

i. Alimin Hafizi bin Aminuddin
Managing Director,Mont Aero Sdn Bhd

ii. Ir Jafni Bin Alias@Sulong
Pengarah Urusan,Katsu Perunding Sdn Bhd

iii. Syed Azmi Bin Tuan Mansor
Pengarah Urusan,KT Electrical Instrument(M)
Sdn Bhd

Penasihat Luar (Akademik)

i. Datin Dr. Nurul Adilah Binti Abdul Latiff
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kelautan & Informatik
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Kehadiran:
9 Orang Pensyarah SKE dan Timbalan Pengarah Akademik KKKT telah terlibat
dengan Mesyuarat Semakan PEO Bagi Stakeholder Feedback Program SKE Kolej
Komuniti bersama 3 orang panel industri dan seorang panel akademik

|

Aktiviti/Pengisian:
Mesyuarat ini membolehkan pihak kolej mengadakan pertemuan dan sesi
perbincangan bersama panel luar untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan
beberapa perkara. Antara isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:

i. Halatuju dan prospek kerjaya pelajar KK Kuala Terengganu & KK Caw Setiu
ii. Penjajaran Kursus Mengikut Keperluan Industri Semasa
iii. Peralatan Dan Kemudahan Yang Sesuai Dengan Perkembangan Teknologi

Terkini
iv. Maklum Balas Dan Cadangan Latihan Yang Diperlukan Oleh Tenaga Pengajar
v. Cadangan Pensijilan Industri Atau Sijil Profesional

Objektif:
i. Memberi maklum balas berkaitan program Sijil atau Diploma Kolej Komuniti
bidang Elektrik dan Elektronik.
ii. Menyumbang idea untuk tujuan penambahbaikan program dari semasa ke
semasa.

Gambar :

|

|

Program Bengkel Jari Diri Pelajar Cemerlang SKE

Tarikh:
10 Oktober 2019
Tempat:
Scout Inn Resort, Teluk Ketapang, Terengganu
Anjuran :
Unit Teknologi Elektrik,KKKT
Kehadiran:
Semua pensyarah SKE dan pelajar SKE KKKT (Ske1a, Ske1b, Ske1c dan Ske3c)
telah menyertai program ini. Jumlah pelajar terlibat adalah seramai 89 orang.
Aktiviti/Pengisian: Flying fox dan Aktiviti ‘Team Building’ telah dilaksanakan.
Objektif:

i. Memupuk semangat toleransi di antara pelajar disamping mengamalkan gaya
hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan

ii. Memberi pengiktirafan kepada pelajar dan staf yang terlibat
iii. Menjalankan aktiviti pembangunan diri, khidmat masyarakat dan kerohanian

Gambar:

|

|

Hari Apresiasi Pelajar Ske “Dari Pelajar Untuk Pelajar”

Tarikh:
13 Oktober 2019

Tempat :
Duyong Marina & Resort, Terengganu

Anjuran :
Unit Teknologi Elektrik,KKKT

Kehadiran:
Semua pensyarah SKE dan pelajar SKE KKKT (Ske3a, Ske3b, Ske3c dan Ske2) telah
menyertai program ini. Jumlah pelajar terlibat adalah seramai 143 orang.

Aktiviti/Pengisian:

Pengurusan dan pelaksanaan program ini diuruskan sepenuhnya oleh pelajar dengan
bimbingan pensyarah pembimbing mengikut bidang tugas ahli jawatankuasa.

i. Sesi ceramah ‘Halatuju Kerjaya atau Pendidikan Selepas Kolej Komuniti’ oleh
Pegawai Kaunseling

ii. Pameran Projek Inovasi Pelajar SKE
iii. Persembahan Oleh Pelajar SKE
iv. Penyampaian Sijil Anugerah Pelajar SKE
v. Penyampaian Sijil Pertandingan Inovasi Piala Pengarah KKKT 2019
vi. Penyampaian Sijil Kepimpinan Pelajar
vii. Penyampaian Sijil Pelajar Pilihan Pensyarah

Objektif:

i. Menghargai pencapaian dan penglibatan pelajar SKE
ii. Meningkatkan semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk memperbaiki

pencapaian dan penglibatan mereka pada masa hadapan
iii. Menyemarakkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dan guru
iv. Membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran dalam menguruskan

sesuatu program

|

Gambar:

|

|

Kursus Pemasangan Kabel Bawah Tanah dan Lampu Jalan

Tarikh:
30 -31 Oktober 2019

Tempat :
KT Electrical & Instruments di Kg Seberang Baruh dan kawasan tapak projek serta di
Bengkel Elektrik KKKT

Anjuran :
Unit Teknologi Elektrik,KKKT

Tenaga Pengajar :
Penyedia Latihan Luar En Syed Azmi Bin Tuan Mansor,
KT Electrical & Instruments

Kehadiran:
14 Orang Pensyarah SKE telah terlibat dengan Kursus Pemasangan Kabel Bawah
Tanah dan Lampu Jalan yang berlangsung selama 2 hari.

Aktiviti/Pengisian:
Kursus ini memberi pendedahan tentang keperluan dan kepentingan sistem
pandawaian kabal bawah tanah voltan rendah. Melalui kursus ini, pensyarah diberikan
penerangan dan pengenalan asas berkenaan pemasangan kabel bawah tanah,
feeder pillar dan lampu jalan dari perspektif kontraktor dan perekabina. Para tenaga
pengajar juga memperolehi kemahiran teknologi tambahan bagi membudayakan
pendidikan selari dengan pembangunan teknologi.

i. Pengenalan tentang Peralatan dan Aksesori Pendawaian Kabel Bawah Tanah
Voltan Rendah.Pengenalan kepada lampu jalan, controller dan feeder pillar.

ii. Pengenalan tentang Peralatan dan Aksesori Pendawaian Kabel Bawah Tanah
Voltan Rendah

iii. Penerangan tentang susut voltan dan kerosakan kabel bawah tanah
iv. Melaksanakan pemasangan kabel bawah tanah voltan rendah (Amali)
v. Pengujian pemasangan kabel bawah tanah voltan rendah (Amali)
vi. Penyelenggaraan kabel bawah tanah (Amali)

|

Objektif:
i. Mengenalpasti jenis-jenis kabel bawah tanah
ii. Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi susut voltan kabel bawah tanah
iii. Melaksanakan pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan kabel bawah
tanah voltan rendah dan lampu jalan
iv. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan teknikal dalam aspek
pemasangan kabwl bawah tanah voltan rendah
v. Memenuhi keperluan silibus dalam pengajaran iaitu Kursus Pendawaian
Elektrik Industri

|

|

PROGRAM SIJIL ASAS JAHITAN KREATIF

Bagi program Sijil Asas Jahitan Kreatif pula,diketuai oleh Puan Jasni binti Rasul selaku ketua
Program dan dibantu oleh dua tenaga pengajar yang lain iaitu Puan Analiza Suria binti Mohd
Yusof selaku Timbalan Ketua Program dan Puan Wan Norihan binti Wan Mohd Noor.
Program berkemahiran khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi
menggalakkan perkembangan optima terhadap seseorang pelajar Kelainan Upaya
Bermasalah Pembelarrrannn untuk menjadi seorang individu yang berkebolehan,
berkemahiran, berhaluan dan berdikari. Selain itu juga pelajar berkenaan mampu meneruskan
kehidupan dalam mengenali potensi diri sebagai seorang individu yang seimbang serta
produktif. Selain itu juga, program ini menawarkan latihan industri bagi memastikan pelajar
merasai suasanan sebenar dunia pekerjaan dan mereka bukan sahaja akan memperoleh
kemahiran teknikal bahkan pelajar juga turut memperoleh kemahiran insaniah.

|

PENGLIBATAN PROGRAM SIJIL ASAS KREATIF 2019
SAMBUTAN JUBLI EMAS KE 50 POLITEKNIK MALAYSIA
Sempena sambutan Jubli Emas ke 50 Politeknik Malaysia PUO telah merangka pelbagai
program. Salah satunya memberi ruang kepada Politeknik dan Kolej Komuniti yang
menjalankan kursus khas untuk turut sama mengambil bahagian dalam pameran pelajar.
Kolej Komuniti Kuala Terengganu turut di jemput untuk mengambil bahagian. Dua orang
pelajar telah terpilih untuk menyertai pameran ini. Program seperti ini bagus untuk memberi
pendedahan kepada pelajar khas untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang berlansung
sepanjang program tersebut. Selain itu ianya dapat memberi pengalaman kepada pelajar dari
proses awal pameran iaitu pemilihan produk, susun atur produk dan bagaimana untuk
berkomunikasi dengan pengunjung yang hadir pameran tersebut. Lagi banyak program
seperti ini dibuat dan perlu melibatkan pelajar khas supaya mereka dapat mengambil
bahagian dan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.

|

LAWATAN ILMIAH PELAJAR PROGRAM SIJIL ASAS JAHITAN KREATIF (PELAJAR KHAS) KE
PUSAT LATIHAN KRAFTANGAN EPAL KOTA BHARU, KELANTAN

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan para pelajar Jahitan Kreatif masalah
pembelajaran dengan rakan sekelas mereka, pensyarah dan juga masyarakat luar. Selain
itu, dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, berhaluan dan berdikari. Pelajar juga dapat
menimba pengalaman dan berkogsi idea dengan rekaan produk jahitan kreatif dengan agensi
luar sepanjang lawatan ini diadakan. Program ini dapat memberi peluang kepada mereka
untuk menonjol diri, serta dapat mengurus diri mereka sendiri. Selain itu dapat mewujudkan
budaya kerja, semangat kerjasama dan setiakawan sebagai satu pasukan.

|

UNIT PEPERIKSAAN
Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuala Terengganu bertanggungjawab untuk melaksanakan
segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan
dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik dan Jawatankuasa Peperiksaan
Kolej Komuniti Kuala Terengganu bertangunggjawab terhadap segala aktiviti berhubung
peperiksaan mengikut peruntukan dan garispanduan seperti seperti yang terkandung di dalam
pekeliling JPKK.
Setiap tahun Kolej Komuniti berjaya melahirkan ramai graduan yang telah menamatkan
pengajian mereka. Sehubungan itu, setiap graduan yang layak, akan dianugerahkan Sijil Kolej
Komuniti di dalam satu Majlis Konvokesyen. Objektif utama Majlis Konvokesyen ini adalah
memberi pengiktirafan kepada pelajar Kolej Komuniti kerana berjaya menamatkan pengajian.

|

|

|

MAJLIS APRESIASI GEMILANG 2018
Pihak Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis
Anugerah Cemerlang 2018 iaitu bagi meraikan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum.
Anugerah Pengarah
Penerima anugerah adalah daripada pelajar-pelajar yang berjaya mendapatkan Purata Nilai
Mata (PNM) ≥ 3.67 bagi setiap semester bagi tahun 2018.
Anugerah Kecemerlangan Sukan
Penerima anugerah adalah daripada kalangan pelajra yang aktif bersukan dan telah
memenangi kejohanan peringkat kebangsaanserta mengharumkan nama koelj komuniti
dipersada sukan tanahair. Anugerah akan diberikan kepada Olahragawan dan Olahragawati
serta Pasukan terbaik.
Anugerah Khas
Penerima anugerah ini telh mengharumkan nama kolej komuniti di peringkat kebangsaan
dalam pelbagai bidang selain sukan yang akan menjadi contoh dan pendorong kepada pelajar
lain untuk terus maju dalam bidang yang diceburi.

|

|

|

UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI
Unit Perhubungan dan Latihan Industri Kolej Komuniti Kuala Terengganu bertanggungjawab
untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti latihan industri. Unit ini diketuai oleh Pegawai
Latihan Industri, En Hasbu bin Hussin.

|

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menjadi satu agenda global untuk menghadapi
pelbagai cabaran pembangunan mampan. Pelaksanaan kursus PSH adalah untuk
membentuk komuniti yang lebih dinamik, menyediakan peluang kepada agensi kerajaan,
agensi swasta dan industri bagi meningkatkan pegetahuan, kemahiran serta taraf sosio
ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih (mobile)
PSH akan menjadi cara hidup seluruh warga Malaysia. Program PSH akan ditingkatkan
supaya ia lebih berkualiti dan kekal relevan, samada secara normal, bukan normal mahupun
tidak normal sebagai laluan untuk pembangunan professional dan individu. Peserta PSH
merangkumi warga setiap organisasi dan satu mekanisme akan dibentuk bagi mengiktiraf
pengalaman dan pembelajaran terdahulu. Antara kursus yang mendapat permintaan yang
tinggi dari komuniti dan juga jabatan ialah bidang masakan, jahitan dan komputer.

|

STATISTIK KURSUS PENDEK TAHUN 2019

BIL JUMLAH JUMLAH PESERTA JUMLAH PESERTA

KURSUS PISH

1 232 4650 450

KURSUS BERJASAMA JABATAN

BIL JABATAN NAMA KURSUS

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU SULTAN MIZAN JAHITAN BAJU KURUNG
ZAINAL ABIDIN , BESUT TERENGGANU

2 IADA KETARA JERTEH PENGHASILAN ROTI
3 SMK SERI NILAM AUTOCAD
4 IADA KETARA JERTEH KEREPEK DAN
REMPEYEK
5 SMK SERI PAYONG BAKERI & PASTRI
6 SMK SAUJANA SETIU PENGHASILAN ROTI
7 SMK CHUNG HWA WEI SENG BAKERI & PASTRI
8 IADA KETARA JERTEH PEMPROSESAN AISKRIM
9 JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT, KEMAS KEK DAN KUIH MUIH

TERENGGANU BAJU KORPORAT
10 JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT, KEMAS
PENGHASILAN TAUHU
TERENGGANU DAN CINCAU
11 ANGKASA PENGHASILAN KEK
CAWAN
12 PERSATUAN ORANG-ORANG BUTA NEGERI
TERENGGANU

|

ANTARA KURSUS BERIMPAK

Pembelajaran Sepanjang Hayat

• Kursus Penghasilan Aneka Kek Persatuan Orang Buta Negeri Terengganu
Cawangan Seberang Takir

• Peserta dapat mempelajari teknik mudah dalam menghasilkan kek coklat
lembap dan pandan. Peserta juga mampu untuk menghasilkannya tanpa
bantuan orang lain dan hasil produk tersebut berpotensi untuk dijual.

Peserta mendengar taklimat ringkas Para peserta diberikan pendedahan
dari cikgu yang mengajar mengenai bahan –bahan yang digunakan

dalam menghasilkan kek

Setiap sukatan bahan menggunakan Peserta sangat teruja apabila mereka dapat
sukatan cawan supaya memudahkan menghasilkan kek dengan sendiri tanpa
bantuan orang lain walaupun mempunyai
peserta. kekurangan diri.

|

Kursus Penghasilan fondant, aiskrim dan coklat paraline oleh pelajar PPKI Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Payong, Marang, Terengganu

Peserta dapat mempelajari

1. Teknik penghasilan fondant daripada gula dan gelatin, membentuk hiasan fondant
menjadi bentuk yang dikehendaki.

2. Teknik mudah dan cepat menghasilkan aiskrim homemade.
3. Teknik mencairkan coklat bar dan membentuk ikut kesesuaian majlis

Antara bentuk Fondant yang dihasilkan dan dihias pada sebiji kek

Peserta sedang mempelajari teknik mudah dalam Antara aiskrim yang Berjaya dihasilkan
penghasilan aiskrim homemade

Antara hasil hiasan coklat yang dihasilkan dan dibentuk. Peserta Berjaya menghasilkan produk yang dipelajari.

|

|

|

|

Unit Latihan & Pembangunan Staf (ULPS)

PENGENALAN

Latihan atau pembangunan sumber manusia merupakan proses untuk meningkatkan potensi
pegawai bagi membolehkan pelaksanaan tugas dengan lebih efektif. Setiap pegawai awam
perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian
melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan kompentensi
dan pembelajaran berterusan. Selaras dengan hasrat ini, Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam telah menetapkan setiap pegawai awam perlu mengikuti latihan sekurang-
kurangnya tujuh (7) hari setahun. Walaubagaimanapun, mengikut surat arahan daripada
KPM, kursus untuk warga KPM pada tahun 2019 adalah sebanyak 5 hari setahun.
Unit Latihan dan Pembangunan Staf merupakan salah satu unit yang terdapat di Kolej
Komuniti Kuala Terengganu. Unit ini bertanggungjawab mengenalpasti keperluan latihan,
merancang dan menganjurkan kursus secara dalaman serta menguruskan perihal latihan bagi
memenuhi keperluan Kemahiran Teknikal (Hard Skill) dan Kemahiran Pengurusan (Soft Skill).
Unit ini juga memastikan kakitangan mengikuti kursus selaras dengan peningkatan
kompetensi tugas yang dilaksanakan, meliputi Kursus CPCM (Career Path Competencies
Matrix), Kursus PPK (Program Peningkatan Kemahiran), KUDAP (Kursus Dalaman
Perkhidmatan) dan kursus-kursus lain yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia serta agensi-agensi luar.

|

|

OBJEKTIF

Di antara tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas unit Latihan dan Perkembangan
Staf yang diselaraskan oleh Pegawai Latihan Staf ialah :

1. Memastikan setiap staf mendapat kursus minimum selama 5 hari dalam setahun
mengikut Pekeliling/ Arahan KPM 2019..

2. Setiap staf akademik juga dipastikan menghadiri kursus-kursus wajib seperti Kursus
(Career Path Competency Matrix) CPCM dan Program Peningkatan Kemahiran (PPK)
iaitu salah satu daripada Kriteria kecemerlangan staf untuk permohonan kenaikan
pangkat.

3. Memastikan data kursus staf dikemaskinikan ke dalam Sistem E-sis.
4. Admin kepada sistem e-Profiling Kolej Komuniti Kuala Terengganu
5. Menyelaraskan kursus-kursus dalaman dan luaran yang dipertanggungjawabkan oleh

pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPPKK) dan KPM.

PROGRAM LATIHAN KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU (KKKT)
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005, takrif latihan ialah: “Proses
pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah
pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam
organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa
bekerja dan program mentoring/ coaching atau yang seumpama dengannya yang
menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi”
Pelaksanaan kursus merupakan sebahagian daripada program pembangunan sumber
manusia yang menjadi keperluan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
pendedahan di kalangan pegawai dan anggota di Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

|


Click to View FlipBook Version