The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SKNT - Digital Library, 2021-05-08 00:35:29

Buah-Buahan Bermesyuarat

BUAH-BUAHAN
BERMESYUARAT

NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Salah sebuah cerita dongeng
orang tua-tua ialah kisah pokok
buah-buahan bermesyuarat.

Pokok kelapa dipilih menjadi
ketua.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

1

“Sekarang kita mesti mempunyai
raja,” kata pokok kelapa.

Pokok durian ditakuti oleh semua
pokok lain kerana buahnya berduri
tajam.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

2

Namun, isinya sangat lazat. Oleh
yang demikian, pokok durian dipilih
menjadi raja.

Itulah sebabnya durian digelarkan
Raja Buah.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

3

Pokok kelapa menyuruh semua
pokok mengundi untuk berbuah.
Kononnya, itulah sebabnya ada
pokok berbuah mengikut musim
masing-masing.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

4

Antara pokok berbuah mengikut

musim ialah rambutan, manggis,

langsat, duku, gajus, ciku, salak, dan

lain-lain lagi.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

5

Pokok rambai, binjai, dan kelubi
pula kononnya enggan datang
mengundi. Itulah sebabnya buah
rambai, binjai, dan kelubi rasanya
sangat masam.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

6

Pokok pisang pula kononnya tidak
bersetuju pokok durian menjadi raja.
Oleh yang demikian, pokok kelapa
tidak membenarkan pokok pisang
berbuah banyak kali.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

7

Kononnya, itulah sebabnya pokok
pisang hanya berbuah sekali sahaja.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

8

Selepas selesai bermesyuarat,
semua pokok bertanya kepada pokok
kelapa, “Wahai pokok kelapa, bilakah
pula giliran engkau akan berbuah?”

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

9

“Aku dilantik sebagai ketua. Aku
tidak mengundi. Oleh yang
demikian, aku boleh berbuah
sepanjang musim,” jawab kelapa.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

10

Kononnya, itulah sebabnya pokok
kelapa dapat berbuah sepanjang
musim.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

11


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Buah Bacang Buah Kuini
Next Book
VISUALIZATION COMPREHENSION STRATEGY