The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Analisis kesalahan imbuhan Sanskrit dalam media elektronik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirasyikinnorali, 2023-03-12 04:03:27

Contoh Kesalahan dalam Imbuhan Sanskrit

Analisis kesalahan imbuhan Sanskrit dalam media elektronik

Keywords: imbuhan sanskrit,morfologi

Analisis Kesalahan Penggunaan Imbuhan Sanskrit dalam Bahasa Melayu


Pengenalan Pengaruh bahasa Sanskrit bukan sahaja telah meresapi kehidupan linguistik di alam Melayu malah pengunaan kosa kata Sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata komunikasi masyarakat alam Nusantara. Banyak perbendaharaan kata bahasa tersebut diserapkan ke dalam bahasa Melayu dengan cara mengadaptasi bunyi sebutan kosa kata Sanskrit mengikut iklim sebutan bahasa masyarakat Melayu Nusantara. Imbuhan daripada Sanskrit dikategorikan kepada dua bahagian iaitu: 1. Awalan: maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri- dan panca-. 2. Akhiran: -wan, -man, -wati dan -nita.


Kesalahan Imbuhan Awalan Kesalahan penggunaan imbuhan awalan sanskrit yang terdapat di media elektronik


Awalan mahaKesalahan Penggunaan imbuhan maha- digunakan untuk melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama serta membawa penggertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Imbuhan ini harus ditulis secara rapat dengan kata nama yang digunakan. Walaubagaimanapun, terdapat kesalahan imbuhan maha pada laman jualan Shoppe tersebut. Penjual buku tersebut seharusnya merapatkan ejaan maha dengan guru dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan maha yang betul ialah mahaguru. Sumber: galeri_kitab. Sidi Abu Madyan- Guru kepada Maha Guru. Shoppe. https://shp.ee/63yvsh4


Awalan tataKesalahan Imbuhan awalan ini digunakan khusus bagi membentuk kata nama, iaitu pengertian suatu susunan atau peraturan. Jika dilihat pada perkongsian warga Twitter tersebut, terdapat kesalahan ejaan imbuhan tata susila. Imbuhan dan perkataan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan tata yang betul ialah tatasusila. Sumber: Che Mann. (2019, Oktober 15). Twitter. https://twitter.com/mann_rahul12/status/1183961 996108025856?t=owqmq9a0GhQ1pEZUMj1L2g&s=1 9


Awalan tataKesalahan Imbuhan awalan ini digunakan khusus bagi membentuk kata nama, iaitu pengertian suatu susunan atau peraturan. Jika dilihat pada perkongsian berita dari laman Harian Metro tersebut, terdapat kesalahan ejaan imbuhan tata tertib. Imbuhan dan perkataan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan tata yang betul ialah tatatertib. Sumber: Zuhainy Zulkifli. (2022, 5 Januari). 171 kertas siasatan kesalahan anggota polis Pulau Pinang dibuka. Harian Metro. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid021E11sETj L1oLrtuHMGTLWXvc34DDb2jB3LLEu3KYEva34jYTP7oL9sbNpS Z1EMEml&id=211591442051&mibextid=Nif5oz


Awalan praKesalahan Imbuhan awalan pra digunakan untuk menerbitkan kata nama bagi membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Berdasarkan perkongsian dari laman Facebook ini, terdapat kesalahan dari cara penggunaan imbuhan pra dan perkataan universiti. Imbuhan dan perkataan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan pra- yang betul ialah prauniversiti. Sumber: Kriket Ssbj. (2023, 3 Mac).Facebook. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03EXenhf RLGT8vkjdnznGrBDAE12u4PsLdJ4js8LHf55rEcWjwXH8V1yAZ Ds7fVyGl&id=100006094747565&mibextid=Nif5oz


Awalan praKesalahan Imbuhan awalan pra digunakan untuk menerbitkan kata nama bagi membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Berdasarkan perkongsian dari laman sesawang ini, terdapat kesalahan dari cara penggunaan imbuhan pra dan perkataan sejarah. Imbuhan dan perkataan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan pra- yang betul ialah prasejarah. Sumber: Gogo sejarah. (2016, 17 Disember).Blogspot. http://gogosejarah.blogspot.com/2016/12/zaman-pra-seja rah-zaman-paleolitik.html?m=1


Awalan dwiKesalahan Bentuk imbuhan dwi- membawa maksud dua. Berdasarkan perkongsian dari laman YouTube ini, terdapat kesalahan dari cara penggunaan imbuhan dwi dan perkataan jantina. Imbuhan dan perkataan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan dwi- yang betul ialah dwijantina. Dwijantina bermaksud mempunyai kedua-dua alat kelamin. Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki. (2020). YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=E2z5kM03lXE& t=22s


Awalan dwiKesalahan Bentuk imbuhan dwi- membawa maksud dua. Jika dilihat pada perkongsian berita dari laman Astro Awani tersebut, terdapat kesalahan ejaan imbuhan dwi dan perkataan bahasa. Imbuhan dan perkataan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan dwi- yang betul ialah dwibahasa. Dwibahasa ialah sifat atau keadaan seseorang itu boleh bertutur dalam dua bahasa dengan baik Sumber: Madiha Abdullah. (2020, Mac 4). Kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru penting untuk DLP- G25. Astro Awani.https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemahiran-bahasa -inggeris-dalam-kalangan-guru-penting-untuk-dlp-g25-409204


Awalan pancaKesalahan Bentuk imbuhan panca- membawa maksud lima. Jika dilihat pada perkongsian warga Twitter tersebut, terdapat kesalahan ejaan imbuhan panca dan perkataan indera. Imbuhan dan perkataan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan panca yang betul ialah pancaindera. Pancaindera merujuk kepada lima deria asas manusia iaitu penglihatan, pendengaran, kebolehan hidu, rasa dan sentuh Sumber: Mistikus_cinta. (2023, Mac 4). Twitter. https://twitter.com/flash_poem/status/1631842341593153537?t=a 8rTOQJMnO0BlcTVztTzEw&s=19


Awalan pascaKesalahan Imbuhan ini menerbitkan kata nama bagi membawa pengertian sesudah. Jika dilihat pada perkongsian berita dari laman Utusan Malaysia tersebut, terdapat kesalahan ejaan imbuhan pasca dan perkataan siswazah. Imbuhan dan perkataan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan pasca yang betul ialah pascasiswajah. Sumber: Madiha Abdullah. (2021, Februari 21). Program Kerjaya Graduan UiTM dan Perkeso sasar 1,500 pengunjung. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/program -kerjaya-graduan-uitm-dan-perkeso-sasar-1500-pengun jung/


Kesalahan penggunaan imbuhan akhiran sanskrit yang terdapat di media elektronik Kesalahan Imbuhan Akhiran


Akhiran -wan Venus has a beautiful name and is the second planet from the Sun. It’s hot and has a poisonous atmosphere Forest Kesalahan Imbuhan ini digunakan untuk menerbitkan kata nama yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan dan pemilik sifat atau keupayaan. Jika dilihat pada perkongsian berita dari laman Harian Metro tersebut, terdapat kesalahan di mana penulis tidak meletakkan imbuhan akhiran wan pada perkataan sukarela. Pembetulan Sehubungan itu, perkataan sukarela harus ditambah imbuhan -wan untuk membentuk perkataan sukarelawan. Sukarelawan merupakan orang lelaki yang melakukan sesuatu tugas atau perkhimatan secara sukarela. Sumber: Juwan Riduan. (2023, Februari 28). Pasukan bomba sukarela terima kenaikan elaun RM3,000. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/02/940743/p asukan-bomba-sukarela-terima-kenaikan-elaun-rm3000


Akhiran watiKesalahan Imbuhan ini digunakan untuk menerbitkan kata nama yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan dan pemilik sifat atau keupayaan. Imbuhan -wati dan -nita menunjukkan jantina bagi wanita. Berdasarkan perkongsian Twitter dari Zarina Zainuddin, terdapat kesalahan ejaan imbuhan seniwat. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan -wati yang betul ialah seniwati yang bermaksud bintang filem wanita. Sumber: Zarina Zainuddin. (2019, Jun 23). Twitter. https://twitter.com/zarinazainuddin/status/114255 4125449584640?t=OFTzl4fTHjgCdpBrlA5UXQ&s=1 9


Akhiran watiKesalahan Imbuhan ini digunakan untuk menerbitkan kata nama yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan dan pemilik sifat atau keupayaan. Imbuhan -wati dan -nita menunjukkan jantina bagi wanita. Berdasarkan perkongsian dari laman Facebook tersebut, terdapat kesalahan ejaan perkataan olahraga dan imbuhan akhiran wati. Perkataan dan imbuhan tersebut seharusnya ditulis secara rapat dalam satu perkataan. Pembetulan Sehubungan itu, cara penggunaan imbuhan -wati yang betul ialah seniwati yang bermaksud bintang filem wanita. Sumber: Zarina Zainuddin. (2019, Jun 23). Facebook. https://www.facebook.com/safirahmumin?mibextid=Z bWKwL


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version