Semut Merah dan Semut Hitam Amira Asyikin
Di dalam hutan yang rimbun, terdapat dua kumpulan semut yang tinggal berdekatan. Kumpulan pertama ialah semut hitam. 1
2 Kumpulan kedua pula ialah semut merah. Mereka hidup di dalam kumpulan masing-masing.
Setiap hari, kedua-dua kumpulan ini akan bergaduh. “Kami semut hitam lebih hebat dari kamu semua!” , ujar semut hitam dengan yakin. “Semut merah lebih kuat berkerja dari semut hitam!” , balas semut merah dengan angkuh. 3
Semut merah lebih kuat berkerja dari semut hitam! Kami semut hitam lebih hebat dari kamu semua! 4
Mereka tidak mahu mengalah. Kedua-dua kumpulan haiwan itu merasa mereka adalah yang terbaik. 5
Suatu hari, hujan turun dengan lebat. Air melimpah dan sarang semut hitam hampir terendam. 6
Semut hitam bergegas membawa anak-anak mereka ke tempat yang lebih tinggi. Namun, air semakin meningkat. 7
Semut merah melihat keadaan semut hitam. Walaupun mereka bermusuhan, tetapi semut merah merasa simpati. 8
Ya, boleh. Terima kasih semut merah. Bolehkah kami membantu? “Bolehkah kami membantu?” , tanya semut merah dengan perasaan yang tulus. “Ya, boleh. Terima kasih semut merah” , jawab semut hitam. 9
Kumpulan semut merah bersama-sama membantu semut hitam mengangkat anak-anak mereka ke tempat yang selamat. "Kami berhutang budi pada kamu semua, " ucap semut hitam dengan penuh rasa terharu. 10
Sejak itu, semut hitam dan semut merah sedar bahawa mereka perlu bekerjasama untuk mengatasi cabaran hidup. 11
"Maafkan kami kerana sikap kami yang sombong, " kata semut hitam dengan rendah hati. "Kita seharusnya bersatu demi kebaikan bersama, " balas semut merah sambil tersenyum. 13
Akhirnya, kedua-dua kumpulan itu hidup harmoni dan bersatu padu. Mereka saling menghormati dan membantu satu sama lain. 14
Mereka belajar bahawa bersatu adalah lebih baik daripada berpecah. 15