The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirasyikinnorali, 2023-11-15 19:20:59

Contoh Karangan Surat Kiriman Rasmi

Contoh Karangan Surat Kiriman Rasmi

KaranganSuratKirimanRasmi


Isi Kandungan 1.0 Isi dan Format.....................................................................................................12.0 Contoh Surat Kiriman Rasmi Berbentuk Aduan........................................ 32.1 Aduan masalah sampah sarap yang sering tidak dipungut.................. 42.2 Aduan tentang masalah pencemaran sungai...................................... 62.3 Aduan pencemaran di Kampung Belengu........................................... 8


1 1.0 Isi dan Format Sebelum kita lihat contoh surat rasmi, mari kita lihat perkara-perkara atau isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam sesebuah surat. Antara isi-isi penting yang perlu ada adalah: 1. Alamat pengirim – Hendaklah ditulis nama penuh 2. Nama penerima – Nyatakan nama penuh penerima, jawatan 3. Alamat penerima – Nyatakan alamat penuh penerima. Sekiranya penerimamewakili sesuatu organisasi/jabatan/agensi, nyatakan sebelum alamat 4. Tarikh surat dihantar – Diletakkan pada sebelah kanan sebaris dengan negeri alamat penerima) 5. Perkara (Subjek utama atau tujuan surat tersebut dihantar) 6. Isi surat – Nombor perenggan ditulis pada setiap perenggan kecuali perengganpertama 7. Tanda tangan dan nama penghantar


2 Template surat rasmi


3 2.0ContohSuratKirimanRasmiBerbentukAduan


4 NO. 70, Lorong A13, Taman Maju Jaya, 75324 Seremban, Negeri Sembilan. ___________________________________________________________________Pegawai Majlis Perbandaran Seremban, Peti Surat 36457, 75400 Seremban, Negeri Sembilan. 2 Ogos 2015Tuan, Masalah Sampah Sarap yang Sering Tidak Dipungut Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha mewakili penduduk Taman MajuJaya ingin membuat aduan tentang masalah sampah - sarap yang sering tidakdipungut. Sampah - sarap yang dipungut di kawasan perumahan ini kebiasaannyamengikut jadual, namun sampah - sarap ini sering tidak dipungut beberapa hari sejaksetahun yang lalu. 2. Salah satu masalah yang penduduk taman ini hadapi ialah masalah pencemaranbau. Masalah ini memberi impak kepada aktiviti harian penduduk. Aktiviti riadahterpaksa tidak dijalankan kerana terganggu dengan masalah bau. Keselesaandi rumah juga terjejas seperti ketika menyediakan hidangan dan ketika makan. Secarakeseluruhannya, masalah bau ini sangat memberi kesan kepada penduduk jikatidakditangani segera. 3. Selain itu, sampah-sarap yang sering tidak dipungut telah menimbulkan masalahkeselamatan. Anjing liar yang terdapat di taman perumahan ini sering menimbulkanmasalah kerana sampah - sarap yang sering tidak dipungut akan berhamburan. Ini menyebabkan keselamatan penduduk terancam apabila melakukan aktiviti di luar rumah dengan kehadiran anjing liar. Penduduk Taman Maju Jaya amat berharapmasalah ini dapat dibendung dengan segera. 4. Sehubungan dengan itu, sampah - sarap yang sering tidak dipungut akanmengundang pelbagai penyakit di taman perumahan ini. Haiwan seperti tikus danlalat membawa masalah kepada para penduduk di taman perumahan ini. Penduduksering risau mengenai perkara ini kerana boleh mengundang kepada pelbagai penyakit seperti penyakit kencing tikus yang boleh membawa maut dan keracunan


5 makanan. 5. Saya berharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama dan membuat pemantauan di kawasan taman perumahan ini. Kami juga berharap agar masalahsampah - sarap yang sering tidak dipungut ini boleh diuruskan oleh pihak tuandengan segera. Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amat saya alu - alukandandiucapkan berbanyak - banyak terima kasih. Yang Benar, Sahfirah ( NURSAHFIRAH BINTI SAPRI ) Wakil Penduduk, Taman Maju Jaya.


6 Ketua Kampung, Kampung Sentosa, 43000 Cheras, Selangor. ___________________________________________________________________Pengarah, Jabatan Alam Sekitar, Cawangan Selangor, Aras 2, Bangunan JAS, Selangor. 16 Oktober 2013Tuan, Aduan Tentang Masalah Pencemaran Sungai Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai ketua kampung bagi KampungSentosa dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian pihaktuantentang perkara di atas, iaitu ingin mengetengahkan masalah sungai yangtercemar hingga menimbulkan kemarahan penduduk. 2.Sungai berhampiran Kampung Sentosa amat cantik danbersih ketikadahulu. Malangnya, keadaan sungai kini amatmembimbangkan. Sungai tersebut kini penuh dengan sampah-sarapseperti perabot lama, beg plastik dan tin-tin kosong. Keadaan sungaiyang tercemar amat memalukan. 3. Penduduk kampung risau kerana masalah itu bukansekadarmencemarkan sungai, malah membawa pelbagai implikasi negative seperti wabak penyakit. Pengaliran air sungai yang tersekat akibat pembuangan sampahmenyebabkan nyamuk Aedes membiakmerata-rata khususnya dalamair takungan. Perkara tersebut seterusnya menyakibatkan penyakit Deman Denggi yang meragut 2nyawa penduduk Kampung Sentosa. Hal ini amat serius dan harus diselesaikansecepat mungkin. 4. Tambahan pula, masalah keracunan makanan dan krisis penggunaanair bersih untuk kegunaan harian merisaukan penduduk. Seperti yang dimaklumkandi atas, air sungai telah tercemar dan menjadi keruh. Oleh itu, air sungai tidak lagi selamatuntuk kegunaan domestik mahupun kegiatan pertanian. 5. Keadaan bertambah parah apabila keadaaan berkenaan menjejaskannama Kampung Sentosa kerana sungai tersebut merupakan tempat rekreasi yangternama sebelum ini. Sungai tersebut pernah menarik perhatian ramai pelancong


7 luar kerana airsungai jernih dan permandangan sekitarnya cantik. Kini, jumlahpelancong merosot secara mendadak akibat pencemaran. 6.Besar harapan kami agar pegawai berkaitan dihantar untuk memantaukeadaan dan menyelamatkan keadaan sungai tersebut. Saya beryakinan penuhbahawa penduduk kampung akan bersedia memberi segala kerjasama yangdiperlukan. Langkah proaktif pihaktuan untuk membetulkan keadaan ini bakal membawa rahmat yang besar kepada penduduk di kawasan ini yang sudah sekianlamaterperuk dalam lingkaran masalah pencemaran air sungai. Oleh hal yangdemikian, saya bagi pihak penduduk Kampung Sentosa mengalu-alukan sebarangusaha untuk menyelesaikan masalahberkenaan sebelum menjadi semakin kritikal. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, AhmadFuad (AHMAD FUAD MARZUKI)


8 Kelab Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan Belengu, 28000 Temerloh, Pahang. ___________________________________________________________________Pegawai Daerah, Kompleks Kerajaan, 28000 Temerloh, Pahang. 02 Oktober 2012Tuan, Pencemaran Di Kampung Belengu Berhubung perkara di atas, saya selaku pengerusi Kelab Alam Sekitar SekolahKebangsaan Belengu ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang masalahpencemaran di Kampung Belengu, Temerloh, Pahang. 2. Percemaran ini berlaku sebaik sahaja pembukaan operasi kuari di Bukit Ara. Pembukaan ini telah menyebabkan debu-debu berterbangan dan berlakunyapencemaran udara. Banyak penduduk menghidapi asma dan batuk sejak akhir-akhir ini. 3. Pembukaan kuari ini juga, telah menyebabkan berlakunya pencemaranair. Sungai yang dahulunya, merupakan sumber ikan yang banyak kini telah tercemar. Airnya pula telah menjadi keruh dan berlumpur. 4. Kerja-kerja pembukaan ini juga telah menyebabkan berlakunya pencemaranbunyi. Keadaan ini telah menganggu ketenteraman penduduk kampung. 5. Saya bagi pihak Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Belengu memohonjasa baik tuan untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin. Kerjasama daripadapihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, Nadirah (NUR NADIRAH BT. AHMAD) Pengerusi Kelab Persatuan Alam sekitar, Sekolah Kebangsaan Belengu, 28000 Temerloh, Pahang.


Click to View FlipBook Version