The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miezapurplegrape, 2024-03-05 20:55:11

Buku Panduan Ibu Bapa Taska Perpaduan

Garis panduan dan peraturan

Buku Panduan Ibubapa TASKA PERPADUAN TMN UNIVERSITI SKUDAI CLASS OF 2024


Program PERMATA Taska Perpaduan diinspirasi daripada Program PERMATA Negara merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak. Keunikan & Keistimewaan Program Permata Negara • Teknik Pembelajaran PERMATA • Pendekatan Berfitrahkan Kanak-kanak • Kemudahan Fizikal • Peralatan Pembelajaran • Latihan Tenaga Pendidik • Penglibatan Ibu-bapa • Pelaksanaan Secara Bersepadu Taska Perpaduan menawarkan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang memberi fokus kepada pemupukan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, yang memenuhi kriteria berikut: • Menggunakan Kurikulum Permata Negara • Menekankan aspek kegembiraan dalam asuhan dan pendidikan • Kemudahan infrastruktur yang kondusif • Bahan pengajaran yang bersesuaian • Tenaga pengajar yang terlatih • Tenaga pengajar dengan kelulusan minimum diploma • Pendidik mesti mengikuti Kursus Asas Permata (KAP) • Penglibatan ibu bapa yang sangat menggalakkan • Pelaksanaan penjagaan bersepadu • Memupuk dan mendidik anak-anak dengan menyentuh aspek perpaduan dan patriotism


Program permata memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk bergaul bersama rakan lain, berdikari dan menguruskan diri dan menanamkan sifat/ akhlak yang baik kepada kanak-kanak. Program PERMATA adalah satu program yang boleh memupuk Kerjasama dalam kalangan ibu bapa dan pendidik untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistic (berdasarkan 6 komponen). Program PERMATA berkonsepkan “BELAJAR SAMBIL BERMAIN” Program PERMATA adalah program yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Tidak memberi penekanan kepada kanak-kanak supaya dapat membaca dan mengira.


WAKTU OPERASI TASKA PERPADUAN Waktu operasi hari biasa Waktu operasi Bulan Ramadhan Hari Masa Waktu Pulang Tgahari Waktu Pulang Petang Ahad- Rabu 8.00 am -5.00 pm 12.45 -1.15 pm 4.00 -5.00 pm Khamis 8.00 am - 4.00 pm 12.45 -1.15 pm 3.00 -4.00 pm Hari Masa Waktu Pulang Tengahri Waktu Pulang Petang Ahad-Rabu 8.00 am - 4.30 pm 12.45-1.15 pm 3.00-4.30 pm Khamis 8.00 am-3.30 pm 12.30-1.00 pm 2.30 -3.30 pm KAKITANGAN TASKA PERPADUAN Kakitangan Taska Perpaduan Tmn Universiti terdiri daripada 4 orang Pendidik dan 2 orang Pembantu Pendidik yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berpengalaman kerja dan telah diberi Latihan khusus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan Sijil Asuhan PERMATA serta Kursus Asuhan Awal Kanak-kanak (KAAK).


PINDAAN WAKTU OPERASI SEPANJANG TAHUN a.Cuti Umum b.Cuti Khas/Peristiwa c.Cuti yang diarahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) disebabkan penularan penyakit berjangkit. d. Tertakluk kepada arahan Jabatan dari semasa ke semasa (kakitangan hadir kursus/bertugas diluar taska) e. Cuti Akhir Sesi setiap tahun (2 minggu ) Ibubapa hendaklah maklum mengenai pindaan waktu operasi taska dan menyediakan alternatif lain bagi penempatan anak sekiranya taska ditutup. Taska tetap beroperasi pada waktu cuti sekolah KPM tetapi tiada halangan bagi ibubapa tidak menghantar anak pada tempoh cuti tersebut. a. Ibu bapa boleh menghantar anak bermula 7.40 pagi hingga sebelum 8.30 pagi. b. Kanak-kanak tidak dibenarkan pulang sekitar jam 1.15 ptg hingga jam 4.00 ptg. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pendidik sekiranya ingin mengambil anak pada waktu dinyatakan atas sebab-sebab tertentu c. Pihak taska tidak mengamalkan sistem ot dan mohon menepati waktu pulang kanak-kanak.


MENGHANTAR DAN MENJEMPUT ANAK PULANG a. Anak hendaklah dalam keadaan yang BERSIH DAN SIHAT (lampin telah ditukar dan dimandikan). Pihak Taska tidak akan menerima kanak-kanak yang dihantar dalam keadaan tidak bersih. b. PASTIKAN anak yang dihantar hanya diterima oleh PENDIDIK/PEM. PENDIDIK TASKA. Sekiranya ibubapa ingin mewakilkan orang lain untuk menghantar atau mengambil anak, perlu MEMAKLUMKAN terlebih dahulu kepada pendidik. c. Pihak Taska tidak akan membenarkan anak pulang mengikut orang yang tidak dikenali tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pendidik. d. Ibubapa perlu menulis waktu tiba ke taska dan suhu anak dalam buku kehadiran kanak-kanak yang telah disediakan setiap pagi begitu juga merekodkan waktu pulang anak pada setiap petang. e. Ibubapa perlu menghantar anak ke pintu hadapan taska dan disambut oleh pendidik atau pembantu pendidik. Dalam waktu penyerahan tersebut, ibu bapa boleh menyampaikan sebarang pesanan kepada pendidik yang ada. f. Ibubapa perlu membawa datang dan pulang buku log harian. Perlu mengisi ruangan komen ibu bapa dan perlu memberi maklumbalas komen yang ditulis pendidik dan ditandatangan serta mengisi segala butiran PENGLIBATAN IBUBAPA a. Ibubapa DIWAJIBKAN untuk membuat penglibatan dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak sebanyak 4 jam setiap bulan.


BARANG KEPERLUAN HARIAN YANG PERLU DIBAWA KE TASKA a. Harian (Perlu dibawa setiap hari) i- Buku Log Harian ii Pakaian bersih (3 Set) iii-Lampin pakai buang (bagi kanak-kanak yang masih memakainya) (5 Keping) iv.Plastik Beg (untuk baju kotor) (1 Unit) v. Botol air masak b. Setiap Minggu i- Tuala mandi bersih (1 helai) saiz kanak-kanak pada hari ahad/hari pertama persekolahan. Akan dipulangkan pada hari Khamis/ hari terakhir persekolahan/apabila telah kotor. c. Sekali Sahaja/bila perlu i- Berus gigi dan ubat gigi (Penggantian set yang baru seterusnya adalah mengikut kesesuaian dan makluman pendidik) ii-Peralatan rapikan diri-Sikat,bedak,losyen,minyak rambut, getah rambut dan lain-lain. (Penggantian set yang baru seterusnya adalah mengikut kesesuaian dan makluman pendidik) iii-Susu formula dan peralatan seperti susu,bekas susu dan cup. Digalakkan kanak-kanak menggunakan training cup/sippy cup berbanding botol susu. Label nama pada setiap peralatan dan perincian pembuatan susu seperti jumlah scoop, kuantiti air pada bekas susu. iv- Bantal dan tilam/selimut saiz kanak-kanak.


BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE TASKA a. Alat permainan b. Barang kemas c.Sebarang peralatan yang boleh mendatangkan kecederaan d. Peralatan elektronik seperti ipad dan handphone. e. Makanan ringan Setiap peralatan yang dibawa perlu dilabel dengan nama kanak-kanak kecuali set pakaian dan lampin pakai buang. Ibu bapa perlu membawa pulang pakaian kotor setiap hari KESIHATAN a. Ibu bapa harus peka dengan tahap kesihatan anakanak. Sekiranya anak-anak belum sembuh daripada demam, selsema dan batuk, kanak-kanak TIDAK DIBENARKAN hadir ke taska sehingga disahkan sembuh. b. Sekiranya kanak-kanak didapati tidak sihat sewaktu berada di taska, pihak taska akan menghubungi ibubapa bagi mengambil anak meraka dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan. c. Kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit seperti sakit mata, campak, chicken pox, selsema, cirit birit dan lain-lain TIDAK DIBENARKAN HADIR ke taska sehingga disahkan sembuh oleh doctor. d Rambut kanak-kanak lelaki pendek dan kemas manakala rambut kanak-kanak perempuan mesti diikat dengan kemas setiap pagi.


e. Pendidik akan memeriksa keadaan kanak-kanak pada waktu pagi. Ibubapa perlu memaklumkan kepada pendidik berkaitan kesihatan atau kecederaan yang dialami kanak-kanak sekiranya ada. f. Ibubapa perlu mencatat segala butiran/perkara yang berkaitan kanak-kanak didalam buku log harian kanakkanak. Senarai Penyakit Berjangkit: Sakit Mata-Conjunctivitis Demam Panas- High Fever Demam Campak- Measels Cirit-birit- Diarrhea Batuk Kering- Tuberculosis Sakit kaki tangan & mulut- Hand Feet Mouth Desease Kutu-Fleas Rotavirus Beguk-Mumps Coxsackie Scables- Kudis Buta H1n1 Impetigo Cacar Air- Chicken Pox Covid 19-Coronavirus


LARANGAN UNTUK IBU BAPA a. Ibubapa dilarang untuk masuk ke taska tanpa urusan rasmi. b. Ibubapa dilarang menghantar kanak-kanak sehingga kedalam taska, kanak-kanak akan diambil oleh pendidik di pintu hadapan taska. c. Ibubapa dilarang untuk menyebarkan khabar angin yang akan menjejaskan keharmonian antara pendidik dan ibubapa. Sekiranya mempunyai masalah, boleh membuat perbincangan dengan pihak taska. PEMAKANAN KANAK-KANAK a. Menu mengikut garisan panduan daripada KKM. b. Memaklumkan kepada pihak taska mengenai alahan kanak-kanak terhadap sebarang bahan makanan. c. Tidak dibenarkan membawa makanan ringan ke taska d. Pihak taska akan menyediakan 4 menu makanan sehari termasuk: sarapan pagi makan buah/snek pagi makan tengahari minum petang e. Dibenarkan membawa bekal daripada rumah


Tema Pembelajaran Bulan Tema Mac Orientasi April Nama & Jantina Mei Rumah & sekolah Saya Jun Bentuk, Warna & Nombor Julai Deria Ogos Negara Kita September Makanan Oktober Haiwan November Tumbuhan-Tumbuhan Disember Kenderaan Januari Cuaca, Alam & Persekitaran Februari Teknologi


Jadual/Rutin Hari / Waktu Aktiviti Ahad-Rabu Khamis 8.00 Ketibaan Kanak-kanak 8.30 Sarapan 9.00 Morning Circle 9.30 Aktiviti Bebas (Bercerita/Pergerakan Kreatif/Nature Walk/Riadah) 10.00 Snek Pagi/Makan Buah 10.30 Waktu/Aktiviti Permata 11.30 Makan Tengahari 12.00 Mandi & Sesi Pengurusan Diri 12.30 Minum Susu & Bersedia untuk tidur


1.00 Tidur 3.30 2.30 Bangun Tidur & Sesi Pengurusan Diri 4.00 3.00 Minum Petang 4.30-5.00 3.30- 4.00 Aktiviti Bebas/Rifleksi/Pulang Perkara RM Sumbangan 30.00 Kad Yuran Tahunan 5.00 Fail Profil, Fail Kreativiti 10.00 Buku Art Kids, Bahan Aktiviti 20.00 Aktiviti/Program 15.00 T-shirt aktiviti 18.00 Sabun Mandian 10.00 Bayaran/Kewangan


a. Bayaran sumbangan bulanan perlu dijelaskan pada atau sebelum 5hb setiap bulan b. Menggunakan sistem kad. c. Tidak termasuk kos-kos aktiviti/ program luar yang lain. PANDUAN PENULISAN BUKU LOG HARIAN KANAKKANAK Buku Log Harian Kanak-kanak mengandungi catatan berikut: 1.Tarikh, hari & masa 2.Waktu kehadiran kanak-kanak 3.Alatan yang dibawa Pemeriksaan kesihatan dan keadaan fizikal kanakkanak 4. 5.Aktiviti pembelajaran kanak-kanak 6.Tingkahlaku kanak-kanak 7.Pesanan Ibu bapa Ibu bapa perlu: Memulangkan buku log harian kanak-kanak semasa menghantar anak setiap hari kepada pendidik. 1. Ibu bapa perlu membawa pulang buku log harian ketika mengambil anak setiap hari. 2. Ibu bapa hendaklah membaca dan mengisi/ memberi ulasan/memberi komen terhadap buku log harian pada setiap hari 3.


PAKAIAN KANAK-KANAK a. Pakaian bebas (sopan dan tidak mencolok mata) b. Pakaian sukan taska (setiap hari selasa) c. Pakaian Kebangsaan/tradisi/baju melayu/kurung (digalakkan pada setiap hari khamis)


1. Muhammad Ezz Ali 2. Fath Islah Rizqi Muhammad Danny Qaid 3. 4. Muhammad Rifqi Muhammad Syaddad Aisy 5. 6. Nia aurora Nafiz Teacher Fir 3 Tahun Teacher Nurul 4 Tahun 1. Naufal Anaqi 2. Ahmad Aqeef Zayyan 3. M.Haziq Akmal 4. Aryyana Mecca 5. Aisy Arissa 6. Naurah Hannan 7. Nur Adelia Teacher Farah Teacher Miza 1. Nur Delisha 2. Farish Rayyan 3. Hannah Safiyyah 4. M.Rayyan Taqwa 5. Radhiatul Adira 6. M. Aakif AlFariel 7. M.Haris Aryan 1. Nur Alana 2. M.Isyraf Haiqal 3. Amnan Mikail 4. M.Firas Aisy 5. Farissa Aaralynrose 6. M.Arifin 7. N.Amanda Batrisha 4 Tahun 4 Tahun


Click to View FlipBook Version