The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJ KALI PERTAMA 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfaizah.skgl, 2021-05-24 22:07:21

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJ KALI PERTAMA 2021

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJ KALI PERTAMA 2021

1

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH
KALI PERTAMA 2021

Tarikh 9 Februari 2021
Hari Selasa
Masa 2.30 petang
Kaedah Google Meet

KEHADIRAN Wakil Pentadbir SKGL
1. En. Mohamad b. Sulaiman Ketua Panitia Sejarah
2. Pn. Nor Faizah bt Ariffin SU P. Sejarah
3. Pn. Che Basyah bt Din
4. Pn. Azian bt Malim
5. Pn. Yuziera bt Yusoff
6. Pn. Nur Syareena Aqmila bt Nur Rashidi
7. En.Mohd Zaki b. Hassan

TIDAK HADIR ( bersebab )
8. Pn. Sugana A/P Applasamy
9. Pn. Moganashwari A/P Kandasamy
10. Pn. Safiza bt d Isa @ Ishak
11. Pn Wan Norhayati bt Wan Abd Rahman

2

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Perutusan Pengerusi ( Pn Nor Faizah binti Ariffin)

1.1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran wakil pentadbir En Mohamad b. Sulaiman
(PK HEM) serta ahli panitia sejarah untuk Mesyuarat Panitia Sejarah Kali
1.1.2 Pertama pada tahun ini.
1.1.3 Makluman 4 orang ahli panitia yang tidak dapat hadir kerana terlibat
dengan mesyuarat panitia Bahasa Inggeris.
Ucapan terima kasih juga kerana pihak pentadbiran memberi kepercayaan
atas lantikan menjadi ketua panitia buat pertama kali dan mengharapkan agar
Panitia Sejarah bergerak seiring dengan panitia teras yang lain.

Tindakan : Makluman

1.2 Perutusan GPK Hal Ehwal Murid (En Mohamad bin Sulaiman)

1.2.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al- Fatihah
1.2.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran cikgu- cikgu yang mengajar
1.2.2 Sejarah pada 2021 serta
1.2.3 Ucapan tahniah juga atas pelantikan Pn Nor Faizah bt Ariffin sebagai Ketua
1.2.4 Panitia Sejarah
Menegaskan ,walaupun sejarah hanyalah subjek elektif tetapi kita hendaklah
1.2.5 mengajarnya seperti subjek teras yang lain
1.2.6 Berharap agar guru- guru dapat memberikan input yang terbaik kepada anak
didik dengan mengaplikasikan sumber-sumber dari internet, youtube serta
sumber rakaman video .
Terima kasih juga untuk cikgu-cikgu yang menyediakan modul PDPR modul 1
dan modul 2 walaupun pada awalnya tidak diwajibkan.
Pejabat tidak bercuti pada hari Rabu dan Khamis sempena ( Tahun Baru Cina)
Oleh itu guru-guru boleh menyediakan bahan.

Tindakan : Makluman

2.0 INFO 5 MINIT PIPPM

2.1 Kini kita berada dalam gelombang 3 iaitu (2021-2025) dengan menganjak ke arah
kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi

Tindakan : Makluman

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Minit mesyuarat dibentangkan oleh Pn Nor Faizah bt Ariffin
Pn. Yuziera bt Yusoff - mencadangkan minit mesyuarat disahkan
Pn. Che Basyah bt Din - menyokong cadangan disahkan

Tindakan : Makluman

3

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Perkara 10 Perubahan Semakan Tahun 5
Puan Yuziera bt Yusuf dan Puan Che Basyah bt Din telah menghadiri kursus semakan
secara atas talian pada (20.9.2020 hingga 31.10.2020.) dan akan memberikan sedikit
penataran untuk guru-guru sejarah pada hari ini.

Tindakan : Guru yang berkenaan

5.0 PENGURUSAN KURIKULUM

5.1 MENJELASKAN VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI
Visi dan misi hendaklaMh dEihMaIfaMl oPlIeNh gDuAruN. MENGURUS

PANITIA DENGAN CEMERLANG
UNTUK MEWUJUDKAN

SEKOLAH YANG GEMILANG

MISI
MELAHIRKAN PELAJAR YANG
BERDAYA SAING DALAM SEMUA ASPEK
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tindakan : Makluman

6.0 PENGESAHAN AJK PANITIA SEJARAH

6.1 Semua guru yang mengajar sejarah secara automatik adalah AJK Panitia Sejarah dan
hanya AJK induk sahaja yang akan mendapat surat lantikan daripada pihak pentadbir.
Walau bagaiman pun, ketua panitia boleh menyediakan surat lantikan untuk
dijadikan sebagai eviden untuk simpanan fail.
Tindakan : Makluman

7.0 HEADCOUNT / DASHBOARD

7.1 HC subjek elektif perlu dibuat bermula pada tahun ini berdasarkan kehendak dan
arahan PPD.

7.2 HC subjek teras untuk tahun 6 telah siap. Manakala HC tahun 5 akan disediakan tetapi
akan dimulakan dengan subjek teras dahulu dengan menggunakan markah PAT
semasa tahun 4 sebagai TOV. HC tahun 4 belum boleh disediakan kerana tiada PAT
sejarah semasa tahun 3

Tindakan : Makluman

4

8.0 POST MORTEM PAT 2020

8.1 Sekolah sempat menjalankan Periksaan Akhir Tahun. (Data mengenai keputusan
dikepilkan.)

8.2 Antara kekangan menjelang peperiksaan yang mempengaruhi keputusan ialah:
Pn Che Basyah memberitahu bahawa sukatan yang agak ketinggalan akibat PKP 1 dan
2, dan guru-guru terpaksa berusaha menghabiskan sukatan

8.3 Pn Nor Faizah juga menjelaskan bahawa antara sebab lain ialah kehadiran murid yang
agak merosot selepas sekolah dibuka (PKPB) semasa peperiksaan

8.4 Pn Nor Faizah juga mencadangkan agar kita membina soalan atas tajuk yang telah
diajar sahaja.

8.5 En Mohamad pula menyatakan agar guru perlu menghabiskan sukatan supaya tidak
membebankan guru tahun berikutnya kerana terpaksa menyisip sukatan yang tidak
dapat dihabiskan.

8.6 Pn Basyah mencadangkan agar menitikberatkan aras soalan semasa menggubal
soalan.Banyakkan soalan aras rendah dan sederhana supaya murid boleh menguasai
dan melepasi MTM.
Tindakan : Guru yang berkenaan

9 POST MORTEM PBD 2020

9.1 Menurut data, untuk subjek sejarah , tidak ada murid yang mendapat TP 1 dan 2.
Untuk tahun 5, TP 6 terdapat dalam data kelas 5 Beta tetapi tidak ada di kelas 5 Alfa.
Dalam perbincangan, mungkin kerana kelas tahun 5 tiada streaming. Oleh itu, aras
murid adalah pelbagai.

9.2 Pn Basyah bertanyakan adakah perlu perbincangan sebelum meletakkanTP.
9.3 Perbincangan antara guru mata pelajaran yang mengajar kelas tertentu perlu

diadakan agar TP yang diberi sesuai dan rasional dengan murid berkenaan.
9.4 En Mohamad menyatakan bahawa, mungkin cikgu kelas beta menyatakan bahawa

muridnya layak untuk mendapat TP 6.
9.5 Semua murid tahun 6 mencapai TP tetapi tiada TP 6.
9.6 Murid tahun 4 ada yang berjaya mencapai TP6 mungkin kerana tiada streaming

,sukatan masih mudah dan murid menunjukkan minat terhadap mata pelajaran
baharu.
9.6 Semua guru diminta memberikan tugasan walaupun dalam PDPR agar memudahkan
untuk merekodkan PBD (Lampiran keputusan PBD 2020 juga dilampirkan.)

Tindakan : Makluman

10 SKPMG2

10.1 SKPMG2 masih diteruskan dan mesti diisi kerana dipantau oleh nazir
10.2 Lantikan penyelaras baru iaitu Pn Noraini Hussain dan Cik Azlinda

menggantikan penyelaras yang berpindah.
10.3 Terdapat 4 kriteria dan yang paling penting ialah Standard 4 iaitu PDPC guru
10.4 Cara pengisian akan dimaklumkan jika telah menerima arahan daripada JPN @ PPD
10.5 Sebelum ini Januari hingga Mac adalah penilaian kendiri dan pencerapan oleh

pentadbir sebanyak 2 kali iaitu April hingga Julai dan Ogos hingga Oktober

5

10.6 SKGL merupakan sekolah showcase SKPMG2
10.7 En. Mohamad menjelaskan bahawa kita hendaklah memberi tumpuan pada

Standard 4 iaitu PDPC.
Tindakan : Guru yang berkenaan

11 KSSR SEMAKAN 2017 (TAHUN 5 2021)

11.1 Tahun ini KSSR semakan berada di tahun 5 danTahun 6 pada tahun hadapan adalah
tahun terakhir KSSR semakan

11.2 Semua subjek terlibat semakan KSSR kecuali BI, TMK,PI dan BA.
11.3 Dua orang wakil guru iaitu Pn Che Basyah dan Pn Yuziera telah terlibat dengan kursus

KSSR semakan Sejarah tatun 5 secara dalam talian dan mereka perlu membuat kepada
ahli panitia.
11.4 DSKP, RPT,RPH perlu difahami dan diselaraskan
11.5 RPT akan diselaraskan mengikut tahun
11.6 Pn Azian mencadangkan jika terdapat guru yang telah membuat RPT agar berkongsi
bersama guru lain dan seterusnya dapat meringankan beban semua guru
11.7 Pn Basyah bertanyakan tentang mata pelajaran sivik
11.8 Pn Azian menjelaskan bahawa perlu diselit pada setiap minggu ke 4 setiap bulan dan
disokong oleh PK HEM.

Tindakan : Guru yang berkenaan

12 PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

12.1 Pentaksiran dijalankan di semua aliran bermula di prasekolah hingga tahun 6
12.2 Peperiksaan hanya dijalankan untuk murid di tahap 2
12.3 Peperiksaan yang dijalankan hanya PPT dan PAT sahaja kecuali tahun 6 akan diadakan

ujian Mac dan Julai jika UPSR dijalankan bagi mengisi markah OTI.
12.4 Kaedah pelaksanaan peperiksaan masih belum dapat ditentukan kerana keadaan

sekarang.
12.5 Tarikh PPT 13/6/21 hingga 17/6/21 dan tarikh PAT pada 8/11/21 hingga 15/11/21

Tetapi tarikh ini masih tertakluk pada tarikh pengoperasian SAPS yang akan
dimaklumkan oleh KPM .
12.2 Jadual penggubal soalan akan disediakan dan dimaklumkan kemudian

Tindakan : Makluman

13 KONTRAK LATIHAN

13.1 Kontrak latihan mesti disediakan oleh setiap guru teras dan elektif serta perlu akur .
13.2 Salinan kontrak latihan perlu diserahkan kepada s/u untuk simpanan fail panitia
13.3 Kontrak latihan sesuaikan dengan aras murid yang diajar dan dapat dicapai oleh guru

Tindakan : Semua guru berkenaan

6

14 NOTA DAN LATIHAN

14.1 Sepanjang PDPR, latihan dan tugasan diberi mengikut kesesuaian tajuk yang diajar
14.2 Bermula 8 Februari 2021 guru perlu menyediakan lembaran kerja kepada murid

bagi tempoh 2 minggu PdPR bermula iaitu pada 15/2 hingga 25/2/2021
14.2.1 Lembaran adalah wajib untuk mata Pelajaran BM, BI, M3, SN dan PI dan

melibatkan semua murid TAHUN 2,3,4,5 & 6 .Mata pelajaran elektif yang lain
dialu-alukan.
14.2.2 Tarikh serah dan terima modul @ lembaran kerja berikutnya pada 13/2/2021
(SABTU) melibatkan waris kpd semua kelas dinyatakan di atas.
14.2.3 Mohon tindakan awal daripada guru² utk fotostat bahan di bilik cetak
bermula 7/2 hingga 11/2/2021 jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
14.2.4 Guru subjek sendiri perlu uruskan untuk fotostat, stapler dan letakkan dalam
bakul kelas.
14.2.5 En. Mohamad memberitahu bahawa bakul-bakul dan klip untuk diletakkan
bahan modul telah siap di dewan sekolah

Tindakan : Guru yang berkenaan

15 PBS

15.1 PBS dilaksanakan sepanjang tahun.
15.2 Rekod perkembangan murid mesti dibuat mengikut DSKP
15.3 Pentaksiran berkaitan dengan latihan/lembaran
15.4 Pentaksiran boleh dilakukan melalui 3 kaedah iaitu pemerhatian, lisan atau tulisan.
15.5 Sepanjang PdPr semua guru perlu sentiasa merekod tugasan murid
15.6 En Mohamad memberitahu bahawa penyertaan murid agak merosot
15.7 Pn. Azian juga mengalami masalah yang sama dan paling ketara apabila mula

menjalankan pembelajaran 4 subjek dalam 1 hari

Tindakan : Makluman

16 PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI

16.1 Program perlu dirancang dan dijalankan untuk semua aliran.
16.1.1 Disarankan agar setiap aliran merancang 1 program yang mendatangkan
impak yang besar kepada murid.
16.1.2 Pengerusi mencadangkan agar panitia merancang program mega untuk
dijalankan untuk setiap aliran 4,5, dan 6. Ahli panitia boleh memberi cadangan
untuk perkembangan anak-anak SKGL dan mengharapkan agar ada
perancangan dapat dikemukakan dalam mesyuarat ke 2 nanti
Tindakan : Makluman

17 PEMULIHAN

17.1 Pn Siti Sarah dilantik sebagai guru pemulihan khas untuk sesi petang dan En Reza sesi
pagi

17.2 Hakikatnya guru subjek adalah merupakan guru pemulihan dalam kelas sendiri dan
guru boleh membimbing murid berdasarkan rekod yang dibuat.

7

18 BUKU REKOD MENGAJAR

18.1 Guru yang menggunakan FRM @ BRM boleh mengambilnya di pejabat.
18.2 Fail atau buku yang lengkap perlu dihantar pada 15 Februari 2021
18.3 Antara isi kandungan yang perlu ada dalam fail ialah RPT,DSKP,RPH,Jadual bersemuka

dan jadual PDPR baru dan lama serta isi-isi asas yang lain.
18.4 Guru-guru hendaklah membuat RPT seperti biasa dan masukkan KA, KT dan KP.

18.4.1 RPT perlu disusun untuk 38 minggu PdPc dan 2 minggu peperiksaan.
18.4.2 Bahagian depan perlu di tulis sebagai RPT dan bukan RPT penjajaran

Tindakan : Makluman

19 PSS / NILAM

19.1 Lantikan pembantu GPM dibuat pada tahun ini

19.2 Beberapa program dirancang oleh PSS untuk bekerjasama dengan Panitia Sejarah dan
dokumentasi boleh dibuat bersama.

Tindakan : Makluman

20 PUSAT AKSES

20.1 Pusat Akses boleh digunakan seperti biasa dan guru perlu mendapatkan kebenaran
daripada penyelaras iaitu Pn Farhah Haidar

Tindakan : Makluman

21 MAKMAL ICT / ICTL DALAM PDPC

21.1 Guru penyelaras baru iaitu En Zainurin bagi sesi pagi dan Cik Marzila sesi petang
21.2 ID Delima akan diurus oleh En Zainurin dan guru-guru boleh merujuk pada beliau jika

ada murid mempunyai masalah ID.
21.3 En Mohamad menjelaskan bahawa ID Moe pernah dimuat turun dalam telegram oleh

Pn Hafizah,tetapi jika ada yang bermasalah, mohon guru kelas kenal pasti dan
menyerahkan nama kepada penyelaras untuk direset semula terutamanya untuk yang
tidak pernah log in. ID moe ini diguna sehingga ke sekolah menengah.

Tindakan : Makluman

22 BILIK-BILIK KHAS

22.1 Sudut tangga Panitia Sejarah di hadapan kelas 4 Sigma perlu dijaga dan dibuat
penambahbaikan supaya lebih menarik dan ceria.

22.2 Guru perlu bersedia sepanjang masa jika terdapat kehadiran pelawat atau pemantau
. 22.3 Pekerja sekolah menguruskan kawasan luar kelas dari segi mengecat dan keceriaan

22.3.1 En Mohammad memaklumkan jika ada bahagian yang perlu dicat semula, agar
memberitahu dan pekerja sekolah akan melakukan proses mengecat.

22.3.2 Boleh menggunakan cat yang sedia ada atau membeli cat yang baru.
22.4 Pn Azian juga memaklumkan bahawa Pn Zaiton ada memesan barang Panitia Sejarah

dan tidak pasti berada di mana.

8

22.5 En Mohammad menjelaskan terdapat bahan-bahan ABM lama dan boleh di tampal di
dinding / sudut sejarah agar lebih bermanfaat dan tidak rosak begitu sahaja.

22.6 Pn Basyah memberitahu bahawa pernah berbincang pada tahun mesyuarat 2020
tentang laluan ke tahun 4 Alfa dengan 4 Sigma tersebut sebagai laluan sejarah.

Tindakan : Ketua Panitia

23 SPBT

23.1 Buku teks untuk guru tidak disediakan kerana kekurangan stok oleh itu guru perlu
membeli buku teks sendiri untuk kegunaan PdP.

23.2 Guru diminta mengingatkan murid agar membalut buku dan menulis nama pada buku
teks bagi mengelakkan kerosakan terutamanya tahun 5 yang mendapat buku baru.

23.3 En Zaki menjelaskan bahawa buku tahun 4 yang bermasalah telah diatasi.

23.3.1 Buku untuk tahun 5, perlu dibeli sendiri oleh guru yang mahu
menggunakannya. Buku-buku baru ini tiada lagi di mana-mana depoh

23.3.2 Guru perlu merujuk pada buku teks semasa melaksanakan PDPR dan lebih
berhati-hati semasa membeli buku rujukan di kedai-kedai buku kerana sukatan
telah berubah .

23.3.3 En. Zaki juga memberitahu bahawa murid yang berpindah masuk diminta
membawa/ mengambil buku teks dari sekolah lama, kecuali murid dari tahfiz
( tanggungjawab sekolah ) dan mengharapkan guru-guru faham tentang
situasi buku teks tahun 5 ini.
Tindakan : Makluman

24 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

24.1 Rancangan tahunan panitia seperti biasa cuma selitkan 1@2 aktiviti dari rumah
seperti menghantar rakaman video bersajak, menyanyi lagu patriotik jika PDPR masih
berjalan.

24.2 Bulan sejarah /kemanusiaan diteruskan pada bulan Ogos .Kita boleh menggunakan
peruntukan PCG yang diberi untuk program- program panitia .

Tindakan : Makluman

25 LDP / PLC

25.1 Belum ada LDP khas setakat ini

Tindakan : Makluman

26 PCG

26.1 Peruntukan tetap dapat seperti biasa
26.2 Panitia perlu bijak uruskan belian barang serta manfaatkan sebaik mungkin
26.3 Guru yang bercadang membuat belian sila maklumkan pada KP.

Tindakan : Makluman

9

27 BAHAN BANTU BELAJAR

27.1 Panitia boleh membeli BBB dalam bentuk barangan elektronik dan ICT menggunakan
PCG , tetapi panitia tidak dapat membeli barang yang lain kerana kos agak tinggi.

Tindakan : Makluman

28 PKB- PEMANTAUAN GURU

28.1 Pihak pentadbir telah melantik Pn Rozana sebagai penyelaras pagi dan Cik Aisyatul
sebagai penyelaras petang

28.2 Info PKB akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Tindakan : Makluman

29 TS25

29.1 SKGL telah selesai kursus 2018 hingga 2020, dan 2021 adalah tahun untuk melihat
kemenjadian murid dan sekolah.

29.2 Terdapat lantikan penyelaras baru iaitu Pn Nadia Izzati
29.3 Kita harus bersedia untuk lawatan daripada sekolah-sekolah lain
29.4 Modul 7 dan 8 telah diselesaikan dan dihantar ke PPD

Tindakan : Makluman

30 LAPORAN NAZIR / LAWATAN JPN / PPD

30.1 Lawatan nazir tiada setakat ini
30.2 Terdapat lawatan daripada pihak PPD iaitu semasa pembukaan sekolah.

Tindakan : Makluman

31 HAL-HAL LAIN

31.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual Pn Nur Syareena akan diagihkan seperti
butiran di bawah dan pengagihan ini berkuatkuasa apabila Pn Nur Syareena Aqmila
bersalin.
BM 4O - CIKGU ROZANA
BM 5Z - CIKGU NOR FAIZAH
PJ 6LO - CIKGU M.FAJIR
SEJ 4Z - CIKGU SAFIZA
RBT 4OSZ - CIKGU WAN ASMANIRA

Tindakan : Guru yang berkenaan

31.2 Guru-guru yang berkemahiran dalam bidang ICT boleh mengadakan program dalam
kelompok kecil iaitu program yang bersesuaian utk PdpR seperti cara-cara
menghasilkan video dan bahan bantu belajar menggunakan ICT.

31.3 Pengerusi mengingatkan bahawa setiausaha perlu membuat surat panggilan
mesyuarat seminggu daripada tarikh mesyuarat dan laporan minit mesyuarat perlu
dimasukkan ke dalam fail 10 hari selepas mesyuarat. Sediakan 2 salinan iaitu untuk fail
panitia dan fail kurikulum di pejabat

10

31.4 Penataraan Sejarah KSSR Semakn tahun 5 oleh Pn Yuziera dan Pn Basyah ( dijalankan)
Bahan video telah dikongsi di dalam telegram Panitia Sejarah
Tindakan : Guru yang berkenaan

32 PENUTUP
32.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dalam
melancarkan mesyuarat kali ini.
32.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang

Disediakan oleh ,
….……………………….
(PN CHE BASYAH BINTI DIN )
Setiausaha Panitia Sejarah
Sekolah Kebangsaan Guar Lobak

Disemak oleh ,
….……………………….
(PN NOR FAIZAH BINTI ARIFFIN )
Ketua Panitia Sejarah
Sekolah Kebangsaan Guar Lobak

11


Click to View FlipBook Version