TAJUK 6 :
REKA BENTUK HIASAN
DALAMAN
BUKU TEKS MUKA SURAT 62 HINGGA 67
BERSAMA CIKGU NORHIDAYAH
SEJARAH PERKEMBANGAN REKA BENTUK HIASAN
DALAMAN
• Sejarah Reka Bentuk Hiasan Dalaman bermula sejak zaman purba.
• Masyarakat Mesir purba juga terkenal dengan lukisan mural pada dinding yang dipercayai mendahului
Reka Bentuk Hiasan Dalaman.
• Reka Bentuk Hiasan Dalaman telah dipengaruhi oleh campuran gaya dari seluruh dunia sehingga
membawa kepada era eklektisisme.
• Pada hari ini, Reka Bentuk Hiasan Dalaman ialah gabungan gaya lama, vintaj dan moden.
PRINSIP REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
JENIS-JENIS RUANG DALAMAN
RUANG RUANG RUANG
RUMAH PEJABAT BANGUNAN
KEDIAMAN PERNIAGAAN
RUANG RUANG
KESIHATAN PAMERAN
PERANAN DAN FUNGSI
Peranan dan fungsi Reka Bentuk Hiasan Dalaman bergantung kepada jenis ruang dalaman tersebut.
• Mencantikkan ruang dalaman.
• Menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas.
• Menjadikan rumah yang murah kelihatan lebih mewah.
• Memberi keselesaan kepada penghuni dan pengunjung.
• Mengelakkan kebosanan kepada penghuni dan pengunjung.
PRINSIP DAN ELEMEN
PRINSIP DALAM REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
1. IMBANGAN
• Imbangan simetri mempunyai ciri-ciri objek yang sama berulang-ulang pada kedua-dua belah. Imbangan tidak
simetri dicapai dengan menggunakan beberapa objek berbeza yang mempunyai daya tarikan dan berat
secara visual yang sama.
2. KESATUAN
• dilakukan dengan menggabungkan elemen-elemen Reka Bentuk Hiasan Dalaman secara harmoni. Prinsip
kesatuan ini adalah untuk menghasilkan elemen-elemen yang saling melengkapi.
3. KEPELBAGAIAN
• wujud hasil daripada penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Prinsip ini dapat dizahirkan melalui
penggunaan garisan, jalinan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu reka bentuk hiasan dalaman.
4. KONTRA
• Dihasilkan dengan menggunakan pelbagai unsur seni yang bertentangan seperti warna, rupa, jalinan dan ruang.
Fungsi kontra untuk menarik perhatian, memberi fokus dan mengelakkan kebosanan.
5. HARMONI
• perlu diselaraskan dari segi tema, suasana dan gaya. Harmoni juga melibatkan susun atur perabot, warna cat,
tingkap, lantai, siling dan aksesori dalam sesebuah ruang.
6. PENEGASAN
• Menjurus kepada pemusatan fokus, iaitu objek penting yang ingin diberikan tumpuan. Fungsinya untuk menarik
perhatian dan memberi fokus.
ELEMEN DALAM REKA BENTUK
HIASAN DALAMAN
• ELEMEN SEMULA JADI
Adalah seperti tumbuhan kecil, kolam air dan batu-batan. Elemen semula jadi menjadikan hiasan dalaman
kelihatan tidak kaku di samping dapat menambah kandungan oksigen.
• ELEMEN BUATAN MANUSIA
adalah seperti perabot, permaidani dan jenis bahan yang digunakan. Lampu, hiasan dinding dan fabrik juga dapat
menambahkan suasana keindahan hiasan dalaman.
KONSEP DALAM REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
• KONTEMPORARI
menekankan warna terang dan bercorak geometri. Ruangnya lebih kosong dan kelihatan lebih luas dengan perabot yang terhad
dan lebih santai.
• MODEN
ringkas dan tidak berserabut.
penggunaan warna hitam, kelabu, perak dan juga putih.
• KLASIK
Kebanyakan perabotnya bergaya mewah dengan fabrik daripada sutera, brocade dan kain kapas yang menjadi kemestian.
• TRADISIONAL
Menitikberatkan kehalusan seni tradisi yang berteraskan identity sesuatu bangsa. Pilihan warna adalah yang dekat dengan warna
alam dan bersifat natural.
ERGONOMIK
ERGONOMIK DALAM REKA BENTUK HIASAN DALAMAN DAPAT MENGHASILKAN
TEMPAT TINGGAL YANG MENYERONOKKAN DAN SELESA.
PRINSIP PENERANGAN
Penggunaan saksama Boleh dipasarkan kepada semua peringkat umur, jenis dan kebolehan.
Fleksibiliti dalam penggunaan Pelbagai pilihan dan kebolehan individu.
Penggunaan mudah dan intuitif Mudah difahami.
Maklumat jelas Maklumat yang berkesan kepada pengguna.
Toleransi terhadap kesilapan Meminimumkan kesan buruk.
Tenaga fizikal yang rendah Digunakan secara cekap dan selesa.
Saiz dan ruang yang sesuai Memudahkan pengguna mencapai kepuasan.