The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatihah860214, 2021-04-22 01:02:37

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KE-39

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KE-39

SMK TAMAN DESA

JALAN DESA BAKTI, OFF JALAN KLANG LAMA,

58100 KUALA LUMPUR

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-39

Tarikh : 24 . 04. 2021
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : GOOGLE MEET

1

ATUR CARA PROGRAM

8.30 pagi : Pendaftaran online
9.00 pagi : Tayangan Montaj
: Ucapan aluan pengacara majlis
: Bacaan doa
: Ucapan Penasihat PIBG SMK Taman Desa
: Ucapan YDP PIBG SMK Taman Desa Sesi 2020/2021

: Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-38 Sesi 2020/2021

12.00 tgh : Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2020/2021

: Pembentangan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2020/2021
yang berakhir 31 Mac 2021.

: Pembahasan Usul
: Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
: Pelantikan Pengerusi Sementara bagi

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-39 sesi 2021/2022
: Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2021/2021
: Ucapan oleh YDP PIBG Sesi 2021 /2022
dan penangguhan.
: Bersurai

2

4

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
1 AGENDA MESYUARAT KALI KE-39 SURAT
2 UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG SESI 2020/2021
3 UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA 4
5
4 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 6
KALI KE- 39
7
5 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38
SESI 2020/2021 8

6 LAPORAN TAHUNAN SETIAUSAHA PIBG SESI 23
2020/2021

7 LAPORAN TAHUNAN KEWANGAN PIBG SESI 25
2020/2021
28
8 PERBINCANGAN USUL 30
31
9 AJK PIBG SESI 2021/2022
10 PENGHARGAAN

3

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Yang DiPertua PIBG sesi 2020/2021, En.Jufri Lai bin Abdullah
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-38
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG oleh
Setiausaha Kehormat
5. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG oleh
Bendahari Kehormat
6. Membubarkan Jawatankuasa PIBG Ibu Bapa sesi 2020/2021
7. Melantik Pengerusi Sementara
8. Memilih Jawatankuasa Sesi 2021/2022

8.1 Yang DiPertua PIBG
8.2 Naib Yang DiPertua PIBG
8.3 Ahli Jawatankuasa

8.3.1 Enam (6) orang wakil Ibu Bapa
8.3.2 Satu (1) orang Juruaudit (Ibu Bapa)
9. Membahaskan usul-usul
10. Ucapan Penangguhan

4

UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG SESI 2020/2021
EN.JUFRI LAI BIN ABDULLAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat Nya maka kita dapat bersama-sama berkumpul
dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Desa Kali Ke-39 Sesi2021/2022. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa
dan pihak sekolah terutama kepada Pengetua SMK Taman Desa iaitu En.MohdYusof bin Ibrahim yang
juga merupakan penasihat PIBG serta kepada para guru dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa
(PIBG) dan guru-guru SMK Taman Desa Sesi 2020/2021 yang telah bertungkus-lumus dalam membuat
persediaan dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Desa Kali Ke-39 Sesi 2021/2022
ini.

PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak
sekolah dengan komuniti. Justeru,PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah
dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Sejak mula
ditubuhkan, PIBG SMK Taman Desa telah banyak berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam
menjalankan pelbagai aktiviti sekolah demi kecemerlangan anak-anak SMK Taman Desa. Justeru,saya
amat berharap agar program dan aktiviti PIBG yang dirancang ini untuk meningkatkan kecemerlangan
para murid dapat diteruskan dari tahun ketahun agar potensi murid dapat dicungkil dan diperkasakan.
Sepanjang tempoh setahun menerajui PIBG SMK Taman Desa bagi Sesi 2020/2021, saya dan para
AJK PIBG sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan
murid.

Akhir kata,saya bagi pihak PIBG ingin mengucapkan terima kasih kepada pentadbir dan guru-guru
yang telah banyak berjasa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak SMK Taman
Desa. Saya amat berharap ibu bapa dan penjaga SMK Taman Desa dapat sama-sama lebih proaktif
melibatkan diri berganding bahu dengan pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak. Semoga Allah
swt memberikan ganjaran yang terbaik kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian serta ikatan antara
para ibu bapa dan guru-guru yang sedia terjalin selama ini akan dapat dipererat dan dipertingkat.
Semoga segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan diberkati oleh Allah swt seterusnya
mendatangkan impak yang positif dalam perkembangan pendidikan anak-anak kita seterusnya
melahirkan generasi yang cemerlang dan dapat menyumbang kepada kemajuan agama,Bangsa dan
negara.

Sekian,wabillahitaufikwal hidayah assalamualaikum wbk

5

UCAPAN ALU-ALUAN
TUAN PENGETUA SMK TAMAN DESA

EN.MOHD YUSOF BIN IBRAHIM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera

SALAM DESARIAN CEMERLANG

Bersyukur kita kehadratIlahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang
jitu ,maka para ibubapa dan warga SMK Taman Desa, Kuala Lumpur dapat berkumpul bersama-
sama dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-39 sesi2021/2022.Sekalung penghargaan
dan terima kasih kepada semua guru dan ibubapa yang turut sama menunjukkan komitmen yang
tinggi dalam menjayakan mesyuarat kali ini. Semoga penglibatan ibubapa bersama-sama pihak
sekolah dalam merealisasikan visi dan misi sekolah akan dapat meningkatkan kecemerlangan
murid-murid SMK Taman Desa terutama dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
murid.

Pada kesempatan ini,diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam
merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa supaya SMK Taman Desa menjadi
sebuah sekolah yang gemilang.

Perubahan dalam norma baharu masa ini memberi cabaran kepada kita semua dalam memastikan
kecemerlangan anak-anak. Justeru guru dan ibu bapa perlu seiringan dalam melahirkan generasi
yang berkualiti.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah entity penting bagi menyokong dan memberi idea-
idea dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah
dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa
kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan yang diharap-
harapkan.

Saya, bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SMK Taman Desa yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai
program diperingkat sekolah malah diperingkat zon.Kita semua mengharapkan peningkatan
dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara
berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari
segi sahsiah, akademik serta kokurikulum

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjayakan tanggungjawab bagi
mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat
yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia.

Sekian,terima kasih. 6
.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 39
7

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 SESI 2020/2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA
58100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TAMAN DESA KALI KE – 38
SESI 2020/2021

Tarikh : 29 Februari 2020
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Dewan Arena Wira, SMK Taman Desa

8

1.0 UCAPAN DAN PERUTUSAN
1.1 Ucapan Penasihat PIBG SMK Taman Desa
1.1.1 Tuan Penasihat PIBG SMK Taman Desa – En Mohd Yusof bin Ibrahim mengalu-
alukan kehadiran ibu bapa, penjaga dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-38 SMK Taman Desa. Beliau menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa
dalam membantu sekolah adalah penting bagi mencapai hasrat dalam
membentuk kemenjadian murid yang merupakan fokus utama bagi melahirkan
warganegara yang baik. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa amatlah
diperlukan termasuklah menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Pihak
sekolah telah membuat hebahan melalui surat jemputan yang telah diedarkan
awal dan melalui medium laman sosial rasmi sekolah termasuklah melalui
pesanan ringkas.
1.1.2 Penasihat memaklumkan PIBG SMK Taman Desa banyak memberi kerjasama
yang cemerlang dalam pelbagai aspek iaitu idea-idea, tenaga dan juga
sumbangan kewangan dalam menjayakan aktiviti dan program murid dan
pembangunan sekolah ini. Antara program-program yang mendapat kerjasama
dari PIBG ialah menjayakan Merentas Desa, Hari Anugerah Cemerlang,
Kejohanan Sukan dan Balapan, Hari Graduasi, Program Peningkatan Akademik,
Project Based Learning, Plogging, Penglibatan PIBG bersama dengan Taman
Desa Residents Association (TDRA), Pembangunan Sahsiah dan juga
Kokurikulum serta penyelenggaraan-penyelenggaraan kemudahan dan
sambutan perayaan yang bersesuaian dengan masyarakat pelbagai kaum di
negara ini.
1.1.3 Penasihat memaklumkan bahawa Persatuan Komuniti Taman Desa (TDRA) juga
banyak membantu dalam pembangunan sekolah dengan membentuk kerjasama
dengan pihak sekolah pihak komuniti seperti melibatkan guru dan murid-murid
sekolah dalam aktiviti yang dianjurkan. Kerjasama yang terjalin banyak
mendatangkan faedah kepada pihak sekolah seperti pembangunan infrastruktur.
1.1.4 Penasihat memaklumkan tentang pencapaian yang telah diraih oleh murid SMK
Taman Desa dalam bidang Sukan baru-baru ini. SMK Taman Desa telah meraih
dua pingat emas dalam acara 110m dan 200m bagi kategori L15 di peringkat
negeri manakala bagi pertandingan badminton peringkat MSSWP Zon Bangsar
Pudu pula, SMKTD mendapat Johan bagi kategori L18 dan tempat ke-3 bagi

9

kategori L15.

1.1.5 Penasihat memaklumkan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia telah
diumumkan baru-baru ini. Gred Purata Sekolah sedikit menurun dari 2.03 ke
2.05 tetapi masih menghampiri GPS di peringkat kebangsaan iaitu 2.07. SMK
Taman Desa masih berada di kedudukan keempat dalam pencapaian peratus
lulus 100% bagi STPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

1.2 Perutusan Pengerusi
1.2.1 Pengerusi mengucapkan penghargaan dan berterima kasih kepada ibu bapa dan
pihak sekolah terutama Tuan Pengetua dalam membuat persediaan bagi
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Desa kali ke-38 sesi
2020/2021.
1.2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG merupakan medium yang berkesan
untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Malahan,
PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi
penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.
1.2.3 Menurut beliau, sejak PIBG SMK Taman Desa ditubuhkan PIBG banyak
berkolaborasi dalam menjalankan pelbagai aktiviti sekolah demi kecemerlangan
anak-anak SMK Taman Desa. Beliau berharap agar program dan aktiviti PIBG
yang dirancang bagi meningkatkan kecemerlangan para pelajar dapat diteruskan
dari tahun ke tahun agar potensi murid dapat dicungkil dan diperkasakan.
1.2.4 Sepanjang tempoh beliau menerajui PIBG SMK Taman Desa bagi sesi
2019/2020, beliau dan para AJK PIBG sentiasa menyokong segala usaha pihak
sekolah bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada pentadbir dan guru-guru yang telah banyak
berjasa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak SMK Taman
Desa.
1.2.5 Beliau berharap, ibu bapa dan penjaga SMK Taman Desa dapat sama-sama
lebih proaktif melibatkan diri berganding bahu dengan pihak sekolah demi
kecemerlangan anak-anak. Beliau juga mengharapkan semoga ikatan antara ibu
bapa penjaga serta guru semakin erat.

10

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI
KE-37
2.1 En. Jufri Lai bin Abdullah meminta semua para hadirin meneliti minit mesyuarat
AgungTahunan Kali ke-37 yang terdapat di dalam buku program.

2.2 Pn.Adeline Vasanti Jagan mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 37
disahkan dan disokong oleh Pn. Low Bee Lay

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4.0 UCAPAN/ LAPORAN
4.1 Laporan Tahunan PIBG oleh Setiausaha Kehormat

4.1.1 Laporan Tahunan Setiausaha telah dibentangkan oleh Pn. Mariasuzila binti
Mahadi. Laporan adalah tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
tahun oleh PIBG pada tahun 2019/2020.
Tindakan: Makluman

4.2 Laporan Kewangan Bendahari sesi 2019/2020

4.2.1 Laporan Tahunan Bendahari telah dibentangkan oleh Pn. Yap Geok Toh
berdasarkan butiran laporan dalam Buku Program.

Tindakan: Makluman

4.2.2 En. Abdul Razak bin Sharif meminta penjelasa tentang elaun kawalan trafik pada
para 3 dan 11 (Laporan Kewangan) yang diawalkan. Penjelasan daripada
Penasihat, permohonan perlu diawalkan dan peruntukan perlu dimohon awal
sebelum pembubaran AJK bagi memastikan kebajikan pengawal keselamatan
tidak terjejas. Selain itu, supaya segala program yang dirancang tidak boleh
terhenti dan terganggu akibat proses penukaran tandatangan. Wang yang
dikeluarkan akan disimpan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi tujuan
keselamatan supaya urusan pembayaran trafik tidak terganggu.
Tindakan: Makluman

4.2.3 Laporan Kewangan disahkan sebulat suara ahli mesyuarat.

11

4.3 Perbincangan Usul
En. Jufri Lai bin Abdullah meneruskan Mesyuarat Agung kali ke-38 dengan
membincangkan usul-usul yang diterima.

Berikut adalah usul yang telah dibincangkan.

4.3.1 Sumbangan PIBG (Usul Pertama)

Hasil perbincangan AJK PIBG telah bersetuju untuk mengusulkan atau
mencadangkan sumbangan PIBG dan bayaran bagi tahun 2020 adalah sebanyak
RM140.00 bagi murid tingkatan 3 dan 5 yang bukan beragama Islam dan murid
beragama Islam tingkatan 3 dan 5 sebanyak RM145.00. bagi murid kelas Peralihan,
tingkatan 1, 2, 4 dan 6 yang bukan beragama Islam adalah sebanyak RM130.00
dan murid tingkatan 1, 2, 4 dan 6 yang beragama Islam sebanyak RM135.00.
Pecahan bayaran adalah seperti berikut;

Pelajar tingkatan Pelajar Kelas
3 dan 5 Peralihan,

Sumbangan PIBG RM 80 Tingkatan 1, 2, 4
Program 3P (bahan latih tubi & RM 40 dan 6
peperiksaan) RM 80
Majalah sekolah RM 20 RM 30
*Kegiatan Agama Islam RM 5
(bagi murid beragama Islam sahaja) RM 20
RM 5

Jumlah RM 145 RM 135

(bagi murid beragama Islam)

Usul ini disokong dan telah dipersetujui sebulat suara semua ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

12

4.3.2 Menambah kemudahan loker dan mengurangkan kerja rumah.
Pembawa usul: Pn. Loo Yan Yen

Maklumbalas;

Bagi kemudahan loker, pihak sekolah akan mempertimbangkan dan
mendapatkan persetujuan melalui koperasi sekolah. Cadangan pihak sekolah
pelaksanaan melalui yuran bulanan sewaan loker.

4.3.3 Meningkatkan kemudahan yang terdapat di tandas dan memasang
penghawa dingin dalam setiap kelas beserta dengan yuran bulanan.
Pembawa usul: Melissa Hee

Maklumbalas;

Bagi pemasangan penghawa dingin, ianya akan menelan belanja yang tinggi dan
memerlukan kelulusan daripada Kementerian dan melalui jawatankuasa PIBG
yang baharu untuk diambil tindakan. Pihak sekolah telah membuat
penambahbaikan tandas sebanyak 3 kali dalam tahun 2019 dan ianya menelan
kos sehingga RM60000.00 (RM20000 sumbangan ahli parlimen Seputeh,
RM40000.00 sumbangan Jabatan Pendidikan Negeri dan PIBG SMK Taman
Desa)

.

4.3.4 Memasang kipas yang mencukupi bagi mendapatkan suasana
pembelajaran yang selesa di dalam bilik darjah, membaiki meja dan kerusi
yang rosak, serta memasang lampu di dalam tandas di blok F.
Pembawa usul: Ha Kee Soon
Maklumbalas;

Bilangan lampu dan kipas yang dipasang adalah mengikut standard dari Jabatan
Kerja Raya. Untuk makluman, setiap kelas dipasang lampu sebanyak 6 pasang
(2 lampu pendaflour setiap satu) dan 3 biji kipas syiling. Bagi lampu di tandas,
pihak sekolah sudah membuat penambahbaikan pada akhir 2019 lalu. Selain itu,
pihak sekolah telah memohon bekalan tambahan bagi kerusi dan meja yang tidak

13

mencukupi manakala bagi kerusi dan meja yang rosak sudah dibuat
penggantian.
4.3.5 Makanan yang dijual di kantin terlalu sedikit.

Pembawa usul: Lim Siew Chin
Maklumbalas;
Pihak jawatankuasa kantin sekolah akan membuat penambahbaikan dan
mengkaji semula perkara ini. Jawatankuasa PIBG juga akan membuat semakan
dan untuk makluman, jawatankuasa PIBG ditugaskan untuk membuat
pemerhatian pada setiap hari dan makanan yang disediakan adalah mengikut
SOP yang perlu diikuti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.3.6 Lebihkan masa rehat murid supaya murid mempunyai lebih masa membeli
makanan dan ada masa rehat.
Membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah.
Pembawa usul: Heater Smeathon
Maklumbalas;
Sekolah telah memperuntukkan selama 20 minit masa rehat bagi murid. Untuk
sesi pagi terdapat dua kali sesi rehat manakala bagi sesi petang hanya sekali
memandangkan hanya melibatkan murid Kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan 2
sahaja.

Penggunaan telefon bimbit memang tidak dibenarkan berdasarkan pekeliling
yang sedia ada. Pihak sekolah mengekalkan arahan tersebut. PIBG dan sekolah
ada menyediakan kemudahan telefon bagi murid di bilik guru. Selain daripada itu,
jawatankuasa kurikulum sekolah ada menyediakan borang kepada guru-guru
yang memerlukan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid dengan
kebenaran dan kelulusan Pengetua.

14

4.3.7 Cadangan sekolah ada water dispenser supaya murid-murid sekolah tidak
perlu membawa botol air yang besar ke sekolah.
Pembawa usul: Ng Chia Chia
Maklumbalas;
Pihak sekolah telah menyediakan mesin penapis air di blok F dan murid boleh
membeli air di situ selain minuman yang dijual di kantin.

4.3.8 Pembentukan jawatankuasa kecil dari guru dan ibu bapa untuk membuat
kunjungan kasih.
Pembawa usul: Abdul Razak Sharif
Maklumbalas;
Program Ziarah Cakna telah dirasmikan oleh YDP PIBG pada 10 Februari
2020 baru-baru ini. Program ini adalah kesinambungan daripada program
kunjungan kasih dan ianya di bawah program Penglibata Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK).

4.3.9 Kelewatan memaklumkan kepada murid untuk hadir pada sesi pagi bagi
murid sesi petang.
Pembawa usul: Chai Pei Chen
Maklumbalas;
Bagi program 1 sesi, sekolah perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan
Pendidikan Negeri, dan ianya ada ketetapan yang perlu diikuti. Banyak perkara di
luar jangkaan yang menangguhkan perjalanan program. Surat makluman boleh
diberi setelah mendapat kelulusan daripada jabatan.

15

4.3.10 Adakah guru di sekolah membuat bayaran sumbangan PIBG seperti ibu
bapa? Cadangan supaya setiap guru membuat kutipan sebanyak RM10.00
sebulan bagi menjayakan Program Junjungan Kasih iaitu memberi bantuan
kepada keluarga yang tidak mampu di samping mengeratkan lagi
silaturahim antara guru dan ibu bapa.

Adakah yuran PIBG boleh dibayar secara ansuran atau bayaran penuh?

Cadangan supaya kawalan lalulintas di hadapan sekolah lebih berhati-hati
bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Murid membawa motosikal secara merbahaya pada hari Jumaat lalu.
Mohon jawatankuasa keselamatan sekolah membuat pemantauan.

Pembawa usul: Abdul Razak Sharif
Maklumbalas;
Ketua Jabatan tidak boleh mengarahkan atau mewajibkan guru dan kakitangan
awam membuat bayaran sebaliknya boleh menggalakkan sahaja guru-guru untuk
member sumbangan. Kunjungan kasih / ziarah cakna dikelolai guru Unit
Bimbingan dan Kaunseling. PIBG mengambil inisiatif berjumpa dengan ibu bapa
murid dalam pelbagai isu. Pihak sekolah meminta bantuan komuniti malahan
kelab persatuan dalaman sekolah juga ada menjalankan lawatan ke Rumah Bakti
dan sebagainya.
Jawatankuasa kutipan sumbangan PIBG ada membuat kelonggaran untuk
membuat kutipan secara ansuran. Bagi ibu bapa/ penjaga yang kurang
berkemampuan, boleh dibuat pengecualian daripada bayaran. Pengetua sendiri
merupakan jawatankuasa peringkat tertinggi PIBK dan amat prihatin kepada
golongan yang memerlukan.

16

Dalam kontrak, pengawal keselamatan tidak perlu bertugas di luar pagar tetapi
sekolah telah meminta jasa baik daripada pihak syarikat kawalan keselamatan
untuk melaksanakan tugas tambahan iaitu membuat kawalan lalu lintas di
hadapan sekolah. Pihak sekolah dan PIBG juga bekerjasama dengan PDRM
bagi memastikan keselamatan lalulintas di hadapan sekolah terkawal. Antara
inisiatif PIBG adalah dengan menambah lmpu isyarat di hadapan sekolah.

Murid yang membawa kenderaan di dalam sekolah perlu memiliki lessen
memandu yang sah dan jawatankuasa keselamatan juga akan melakukan
pemeriksaan mengejut bagi kenderaan yang tidak berdaftar dan akan mengambil
tindakan mengunci kenderaan manakala motosikal yang di letakkan di luar
kawasan sekolah, pihak sekolah tidak dapat mengambil tindakan.

4.4 Pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020
AJK PIBG Sesi 2019/2020 telah dibubarkan untuk pemilihan AJK PIBG yang baharu bagi
sesi 2020/2021.

4.5 Melantik Pengerusi Sementara

Mesyuarat sebulat suara melantik En. Salbani bin Shamsurisebagai Pengerusi
Sementara bagi pemilihan AJK PIBG sesi 2020/2021.

4.5 Pemilihan AJK PIBG sesi 2020/2021
Pemilihan dan pengundian AJK PIBG yang baru sesi 2020/2021 telah berjalan dengan
lancar dan keputusannya adalah seperti berikut:

Penasihat : En. Mohd Yusof bin Ibrahim
Yang Dipertua : En. Jufri Lai Bin Abdullah
Naib Yang Dipertua : Pn. Chung Chai Yin
Setiausaha Kehormat : Pn. Mariasuzila binti Mahadi

17

Bendahari Kehormat : Pn. Yap Geok Toh
AJK (Ibu Bapa) : En. Cho Ngai Choong
: Pn.Kassina Binti Kasmin
AJK (Guru) : En. Steven Lau Pak Hon
: En. Abu Hanifah bin Mohamed Yaacob
Co-opted : Pn. Paremeswary Rajaratnam
Juruaudit Ibu Bapa : Pn.Lau Bee Yong
Juruaudit Guru : Pn. Normadiana binti Mohamad
: Cik Neo Siow Fang
: Cik Shantini a/p Shanmuganathan
: En. Koh Swee Hyong
: En. Kenneth Gorden Ng
: En. Abdul Razak bin Sharif
: En. Mohamad Noh B.Mustafah Hussain

4.6 Menyampaikan Sijil-sijil Penghargaan Kepada AJK PIBG sesi 2019/2020
Penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2019/2020 telah
disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Mohd Yusof bin Ibrahim sebagai tanda terima
kasih kerana menjalankan tugas sepanjang tahun 2019

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Semua AJK PIBG 2020/2021 diperkenalkan.

Tindakan: Makluman

18

6.0 PENUTUP / UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 En.Jufri Lai Bin Abdullah selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan
terima kasih kepada tuan pengetua dan semua anggota yang hadir kerana
memberi kepercayaan untuk menerajui PIBG SMK Taman Desa bagi sesi
2020/2021

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi

KEHADIRAN:

Guru

1. Mohd Yusof bin Ibrahim
2. Teow Siew Foon
3. Rahamazlina binti Abd. Rahman
4. Haslina binti Hassan
5. Salbani bin Shamsuri
6. Azian bt Abdul Aziz
7. Low Bee Lay
8. Saiful Bahri bin Muhammad
9. S.Rosli bin Ibrahim
10. Saleza bt Mohamed Hashim
11. Yap Phaik Wei
12. Nurul Akmal bt Ahmad Fatan

19

13. A.Punitha A/P Arjunan@Arunan
14. Adeline Vasanthi Jagan
15. Aida Suraya bt Abdul Rahim
16. Arizan bt Mustapha
17. Atikah Munirah binti Samsuri
18. Azizah bt Ithnin
19. Barathi A/P Perumal
20. Carolyn Soosay
21. Desi Andriani bt Zirman
22. Fazlina bt Mat Ail
23. Hafizah bt Abdullah Hashim
24. Hani Harliza binti Ghazali
25. Hartini@Hartini Zakiah bt Muhammad
26. Jamilah binti Ismail
27. Jamilah binti Mat Dom
28. Kalaiyarasi A/P Gurusamy
29. Kong Lai Yen
30. Kuan Set Kiaw
31. Lau Bee Yong
32. Leong Kit Wai
33. Liew Lee Foong
34. Lim Sie Chie
35. Lina Lee
36. Luqmanulhakim bin Mohamed
37. Mariasuzila binti Mahadi
38. Maheswari A/P Sivalingam
39. Megala A/P Thangapu
40. Mohamad Asraf bin Khozari
41. Mohamad Noh bin Mustafah Hussain
42. Mohd Amin bin Sidik
43. Mohd Fatruna bin Omar
44. Mohd Izwan bin Abd Rahman
45. Mohd Kalam Amin bin Abdul Wahab
46. Nazariah bt Mohd Nor
47. Neo Siow Fang
48. Nor Azilah bt Baharudin
49. Nor Haslindawaty bt Che Hassan
50. Norhayati binti Ehasha
51. Nor Saimah bt Sain
52. Norliana bt Zaini

20

53. Nur Amni bt Ariffin
54. Nur Ayuni Nusaibah bt Husin
55. Nuralia Syuhada bt Mohd Nasir
56. Nur Atirah bt Fathil Suhairi
57. Nurul Asma’ bt Hamid
58. Nurul Huda bt Che Hamzah
59. Rahayu Widya binti Ramly
60. Redzuan bin Muhamad
61. Rinayati bt Yusoff
62. Rohaida bt Ismail
63. Ros Diana bt Mat Ludin
64. Rospadzilah bt Hassan
65. Saiful Nizam bin Othman
66. Shantini A/P Shanmuganathan
67. Sharifah Nurul Najwa bt Syed Abdul Latif Nazri
68. Sii Diong Liong
69. Siti Mariyam binti Zo
70. Siti Marsila binti Mohamad Ridzor
71. Siti Zahirah binti Zainon
72. Sugumari A/P K.Suppiah
73. Syahrul Fadhly bin Abdullah
74. Tan Huey Sim
75. Ting Choh Lui
76. Woon Yoke Lan
77. Yap Geok Toh
78. Yong Sueet Ping
79. Zarina bt Mamat
80. Zurainah bt Marjan

Tidak Hadir Bersebab :

1. Rozita binti Kamarudin (Cuti Tanpa Rekod)
2. Nurul Aini binti Salih (Cuti Bersalin)
3. Nor Ezani bt Sumarni (Cuti Bersalin)
4. Normadiana bt Mohamad (Cuti Bersalin)
5. A Jacqueline A/P Albeper (MUET)
6. Choy Yim Yeng (Tingkatan 6)
7. Faridah binti Nisar Ahmad (Tingkatan 6)
8. Gan Su Moi (Tingkatan 6)
9. Lim Nan Chong (Tingkatan 6)

21

Ibu bapa/ Penjaga

1. Tang Wai Mei
2. Chu Syee Ming
3. Teoh Cy Oun Cindy
4. Angela
5. Steven Lau
6. Aznah
7. Asmalina Ismail
8. Razak Shariff
9. Sharifah Salamat
10. Noorminawati
11. Noorrisah
12. Sarina binti Sabri Soh
13. Wong Yin Cheng
14. Zuriyati binti Jamaludin
15. Nor Kamali binti Daud
16. Kassina binti Kasmin
17. Nik Haniza Suriani
18. Cho Ngai Choong
19. Jufri Lai bin Abdullah
20. Koh Swee Hyong
21. Chung Chai Yin
22. Paremeswary
23. Abd Hashim Maakip
24. Shalini Nair
25. Abu Hanifah bin Mohammed Yaacob
26. Ishak Osman
27. Mazlan bin Johari
28. Jaratun Osmanan
29. Wan Sulaini binti Wan Daud
30. Amizawati Ismail

22

LAPORAN TAHUNAN SETIAUSAHA PIBG SESI 2020/2021

LAPORAN TAHUNAN SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG SESI 2020/2021
Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Desa kali ke-38 telah diadakan pada 29 Februari 2020
bertempat di Arena Wira, SMK Taman Desa dengan dihadiri 110 orang guru termasuk ibu bapa.
Mesyuarat bersama AJK PIBG telah diadakan sebanyak 2 kali sepanjang sesi 2020/2021 atas
faktor-faktor pematuhan SOP dan keselamatan untuk menjalankan mesyuarat serta aktiviti
sepanjang penularan covid-19. Berikut adalah tarikh mesyuarat yang diadakan bersama AJK PIBG
1. Mesyuarat pertama : 20 Jun 2020
2. Mesyuarat Kedua : 13 Mac 2021
Walau bagaimanapun, pihak PIBG tetap memberi sumbangan kewangan ke arah menyediakan
prasarana yang lebih baik kepada murid-murid SMK Taman Desa. Berikut merupakan sumbangan-
sumbangan yang telah diberikan oleh PIBG sepanjang sesi 2020/2021:-
1. Pemasangan alat penghawa dingin di Bilik Peperiksaan
2. Pembelian lampu kalimantang dan starter
3. Penyelenggaraan pam air di Blok F
4. Kejohanan Merentas Desa
5. Pembelian 6 unit alat pengimbas suhu Infrared Forehead
6. Pembelian tali leher pengawas sekolah 2020
7. Sambutan Tahun Baru Cina 2020
8. Jamuan Mesyuarat Agung PIBG 2020
9. Pertandingan Jom Membaca dan Jadi Kreatif
10. Bayaran bil internet YES 4G Pusat Sumber
11. Bayaran Polisi Insurans Kebakaran
12. Bayaran cetakan penyata bank (akaun PIBG)
13. Pembelian buku resit PIBG
14. Elaun kawalan trafik
15. Bayaran jurulatih bola tampar

23

16. Bayaran yuran penyertaan Pertandingan Aktiviti Sukan

17. Sumbangan mengecat meja makmal dan membaiki kerusi stool

18. Sumbangan Majlis RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina 2021 secara atas talian

19. Elaun guru ganti (Mac-Mei 2020)

20. Bayaran bil telekom (Jan-Sep 2020)

21. Pembelian kertas A4

22. Pembelian setem

23. Modul JUSA SPM 2020

Pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih atas sumbangan secara peribadi
dari AJK PIBG sendiri seperti tajaan makanan semasa mesyuarat bersama AJK, termasuklah
baru-baru ini sumbangan pembelian buku teks untuk murid tingkatan 1 bagi kelas DLP
(Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Di samping itu, PIBG juga terlibat dalam
beberapa aktiviti yang sekolah anjurkan. Antaranya ialah;

1. Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Penetapan Target 2020

2. Sambutan Tahun Baru Cina 2020

3. Kejohanan Merentas Desa 2020

4. Lawatan dan mesyuarat bersama AJK PIBG sebelum pembukaan sekolah Pasca PKPP
2020

5. Program Ziarah Cakna 2020

6. RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina 2021 secara atas talian yang diadakan pada 5 Mac
2021.

Sumbangan PIBG bagi tahun 2020 lebih khusus kepada kebajikan murid-murid di sekolah
bagi tujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif serta persediaan
pembukaan sekolah Pasca PKPP. Terima kasih diucapkan kepada PIBG atas sumbangan dan
kerjasama yang diberi. Semoga segala usaha dan kerjasama semua membawa kebaikan
kepada kita semua. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Mariasuzila

(MARIASUZILA BINTI MAHADI)

Setiausaha Kehormat PIBG

Sesi 2020/2021

SMK Taman Desa Kuala Lumpur

24

LAPORAN TAHUNAN KEWANGAN PIBG SESI 2020/2021
25

26

27

PERBINCANGAN USUL

CADANGAN/USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 SESI 2021/2022
PERBINCANGAN USUL

1. Hasil perbincangan AJK PIBG telah bersetuju untuk mengusulkan atau mencadangkan
pembayaran yuran PIBG bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:

Sumbangan PIBG Pelajar tingkatan Pelajar Kelas
3 dan 5 Peralihan, Tingkatan

RM 80 1, 2, 4 dan 6

RM 80

Program 3P (bahan latih tubi & RM 40 RM 30
peperiksaan) RM 20 RM 20

Majalah sekolah

*Kegiatan Agama Islam RM 5 RM 5
(bagi murid beragama Islam sahaja) RM 140 RM 130
RM 145 RM 135
Jumlah
(bagi murid bukan beragama Islam)

Jumlah
(bagi murid beragama Islam)

28

2. Cadangan usul daripada ibu bapa dan jawapan untuk usul tersebut.

BI CADANGAN/USUL NAMA PENCADANG MAKLUMBALAS
L & ANAK

a Tandas tiada pintu dan kunci Low Chee Leong Permohonan untuk

Low Yu (1C) membaiki tandas

b Pintu dalam tandas perlu dibaiki Mok Yuet Fong telah diajukan

Chin Yuin Mun (1C) kepada JPWPKL
tetapi masih belum
c Sila memperbaiki keadaan tandas Yee Wai Ling mendapat
murid-murid . Yong Ming Ming (1C) maklumbalas.

d Toilet hygiene and accessibility to Vanitha Pihak sekolah

both gender at every floor Balasubramaniam akan membuat

respectively Vishal Alfred permohonan

Siluvaimoney (2B) kepada PIBG

e Kebanyakan pintu bilik air rosak, Che Yen Siam sekiranya
harap pihak PIBG dapat Loo Zhi Yue (4P) peruntukan dari
menyelesaikan masalah ini JPWPKL lewat
diterima.

f Kindly look into lady toilet hygiene Chu Syee Ming

and fix toilet cubicle door Amelia Chu Zhen Xi

(2B)

g Kindly fix students locker Chu Syee Ming Bagi kemudahan
Amelia Chu Zhen Xi
(2B) loker, pihak

sekolah akan

pertimbangkan dan

mendapatkan

persetujuan

melalui koperasi

sekolah.

29

PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2021/2022

Penasihat : En. Mohd Yusof bin Ibrahim

Yang DiPertua : .................................................................................

Naib Yang DiPertua : .................................................................................

Setiausaha Kehormat : Pn. Mariasuzila binti Mahadi

Bendahari Kehormat : Cik Loke Cheng Wei

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : 1. ............................................................................

2. ............................................................................

3. ............................................................................

4. ............................................................................

5. ............................................................................

Ahli Jawatankuasa Guru : 1.Cik Fathin Emylia binti Dzul Albakri (Naib S/U)
2. Pn. Gan Su Moi
3. Pn. Nurul Akmal binti Ahmad Fatan
4. Pn. Aida Suraya binti Abdul Rahim
5. Pn. Anpumalar A/P Singaram

Juruaudit Ibu Bapa : .................................................................................
Juruaudit Guru : En. Mohamad Noh bin Mustafah Hussain
Co-opted : En. Koh Swee Hyong
: En. Kenneth Gorden Ng

Ex-officio : Pn. Rozita binti Kamarudin
Pn. Teow Siew Foon
Pn. Maheran binti Abdul Mutalib
Pn. Haslina binti Hassan
Dr. Fauziah binti Mail

30

SEKALUNG PENGHARGAAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Taman Desa Kuala Lumpur
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan berterima kasih
kepada semua pihak yang telah memberikan
sokongan dan kerjasama dalam menjayakan
aktiviti-aktiviti persatuan ini sepanjang sesi 2020/2021.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan

kepada
En. Mohd Yusof bin Ibrahim selaku Penasihat PIBG,

En. Jufri Lai bin Abdullah selaku YDP PIBG,
Pn. Chung Chai Yin selaku NYDP PIBG,
Semua AJK PIBG,
Taman Desa Residents Association,
Ibu Bapa dan Penjaga

Guru-guru SMK Taman Desa Kuala Lumpur
Murid-murid SMK Taman Desa Kuala Lumpur

serta
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan aktiviti-aktiviti PIBG.

SEKIAN, TERIMA KASIH

“DESARIAN CEMERLANG”

31


Click to View FlipBook Version