SEJARAH SENI ORIENTAL AISYAH KHUSHAIRI
SENI ISLAM
SEJARAH Seni Islam merangkumi seni tampak yang dihasilkan sejak abad ke-7 oleh penduduk wilayah Islam. Ianya termasuklah bidang-bidang yang berbeza seperti seni bina, seni khat, lukisan, dan tembikar. Seni Islam bukannya seni yang setakat menumpukan agama tetapi juga merangkumi kebudayaan islam yang kaya dengan pelbagai unsur antaranya unsur sekular. Seni Islam berkembang daripada banyak sumber contohnya gaya-gaya dari seni Rom, seni Kristian awal dan seni Byzantine.
ELEMEN YANG BERULANG-ULANG SEPERTI BENTUK GEOMETRI. TIADA ELEMEN FIGURA DAN BENDA HIDUP LAIN. MENGANDUNGI UNSUR MORAL/AKHLAK IAITU DICIPTA DENGAN TUJUAN BAIK SERTA BEBAS DARIPADA UNSUR NEGATIF. BERTERASKAN KONSEP TAUHID DAN BERTUJUAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN AGAMA. MENGANDUNGI UNSUR KEINDAHAN UNTUK MENIMBULKAN RASA MENYENANGKAN ATAU GEMBIRA. MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENGGAMBARKAN HAKIKAT KEBENARAN ISLAM SEPERTI GAMBARAN ALLAH SWT DAN RASUL. CIRI-CIRI SENI ISLAM 1. 2. 3. 4. 5. 6. PERANAN KESENIAN ISLAM : i) Seorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada lukisan, muzik, seni bina atau seni pentas. ii) Kesenian Islam perlu mempunyai makna yang jelas agar dapat mendidik manusia menjadi insan yang baik dan dekat dengan Allah SWT. iii) Para seniman mempunyai tanggungjawab sosial dalam konteks Syariah Islamiah.
PRINSIP KESENIAN ISLAM : i) Al-Tauhid : - Tiada yang kekal melainkan Allah SWT. - Hakikat bahawa Allah tidak mungkin dapat ditanggap melalui daya fikir dan daya penglihatan manusia. ii) Ruang kosong : - Seni dalam Islam adalah simbol positif yang menyeluruh dan harmoni menyatakan kebenaran. - Kewujudan objek-objek sebagai manifestasi kuasa Allah SWT iii) Anikonisme : - Menjauhkan lambang atau simbol perantaraan antara manusia dengan tuhan. - Menghalang terjemahan sifat wujudnya Allah
SENI KALIGRAFI ISLAM - Dikenali sebagai seni Khat. - Khat yang paling terkenal ialah khat Kufi dan khat Nasfi. • KHAT KUFI : Khat Kufi ditulis secara tegak kerana dipercayai diambil daripada cara perbarisan askar-askar di Mesopotamia. Oleh sebab bentuknya yang tegak dan lurus, ianya amat sesuai diukir pada mozek, jubin dan bangunan seperti masjid dan kota-kota. • KHAT NASFI : Khat Naskhi tidak lagi digunakan di Mesopotamia sejak akhir abad ke-12 namun masih digunakan di Samarkhand dan Bukhara semasa pemerintahan dinasti Timur dan pemerintah-pemerintah selepasnya bermula kurun ke-14 hingga 17 masihi. SENI KHAT : - Tulisan ini mempunyai nilai -nilai kehalusan dan kesenian. - Mempunyai kaitan rapat dengan jiwa Islam memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf Al-Quran.
SENI CATAN ISLAM : - Islam juga membenarkan umatnya berimaginasi dan berkreativiti namun mengikut batasan syariat. - Seni catan Islam berpegang kepada tiga prinsip iaitu : • Al Tauhid • Ruang kosong • Anikonisme SENI BINA ISLAM - Seni bina pada kubah menjadi fokus utama. - Seni bina kubah awal Islam dapat dilihat pada Kubah Batu di Jerusalem (691). - Sebelum wujudnya seni bina kubah, mozek digunakan untuk menghiasi dinding sehingga ke atas bumbung. Namun kini jubin digunakan untuk menghiasi dinding dan kubah pada masjid. - Idea penggunaan mozek sebagai hiasan adalah dari penggayaan seni bina zaman Hellenistik.
SENI KRAFTANGAN ISLAM : - Tikar/permaidani - Sejadah - Kopiah/Songkok SENI RUPA ISLAM : - Seni rupa yang berkembang pada masa lahir sehingga akhir masa keemasan Islam. - Mempunyai unsur kontemporari seperti abstraksi dan falsafah keindahan. - Memunculkan inspirasi kaligrafi, flora dan geometri sebagai motif hiasan. MEMPUNYAI PERSAMAAN DAN KESINAMBUNGAN BENTUK-BENTUK DAN CIRI-CIRINYA. LUAHAN PERASAAN, KEAMANAN, KETENANGAN DAN KEHENINGAN MERUPAKAN CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM. KEMASUKAN CAHAYA KE DALAM BANGUNAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH. HIASAN DALAMAN DAN LUARAN YANG INDAH SEPERTI YANG TERDAPAT PADA DINDING DAN BUMBUNG. BAHAN HIASAN YANG PALING MENONJOL ADALAH TULISAN KALIGRAFI (KHAT). CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM 1. 2. 3. 4.
SENI CHINA
Wujud sejak zaman batu sehingga 10 000 SM. Taijitsu : simbol tradisional yang melambangkan kuasa yin (gelap) dan yang (cerah). Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan dalam alam ini. Menggambarkan hal yang bertentangan adalah mutlak dan saling bergantung di dunia semula jadi. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua unsur yang berpasangan dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China. Contoh : kegelapan/kecerahan, sejuk/panas, langit/bumi serta lelaki/perempuan. SEJARAH Yin & Yang
PENGARUH TAOISME/DAOISME DALAM SENI CINA Taoisme : Berasal dari kata akar Tao yang diterjemahkan dari perkataan Bahasa Cina, Dao (道) yang bererti “jalan” atau “cara”. - Perkataan Dao mempunyai makna yang sangat luas, khususnya dalam bidang falsafah Cina yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan orang Cina sejak dahulu lagi. - Taoisme merupakan satu aliran pemikiran dalam falsafah Cina dan turut dipraktikkan sebagai satu bentuk agama dalam masyarakat Cina. Oleh itu, wujudnya mazhab Dao. - Fahaman Taoisme/Daoisme mempunyai pengaruh kuat dalam bentuk-bentuk seni Cina terutamanya kaligrafi dan lukisan. - Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan kegiatan atau perbuatan yang bersifat semula jadi atau spontan dalam proses penghasilan karya. SENI TEMBIKAR - Kebanyakan tembikar zaman Neolitik yang terbaik di dunia datangnya dari negara China.
SENI TEMBAGA
SENI CATAN - Seni catan Cina bermula dengan gambar binatang. - Pada zaman Dinasti Song, pelukis Cina menggunakan ciri-ciri pemandangan dan kemanusiaan. Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat. - Kebanyakan catan menggambarkan panorama keindahan alam semula jadi. - Catan Cina biasanya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. SENI BINA CHINA - Berkembang pesat pada zaman Dinasti Ming apabila Peking dijadikan pusat pentadbiran menggantikan Nanking.
SENI CATAN LANDSKAP - Ciri dan gaya lanskap dipengaruhi bukan sahaja oleh dinasti-dinasti yang berlalu, namun juga oleh falsafah-falsafah pada ketika itu, bermula dari Taoisme, Buddhisme dan Neo-Confucianisme. - Lukisan lanskap berada di atas dalam hierarki gaya lukisan Cina. Ia sangat popular dan sering dikaitkan dengan cita rasa cendekiawan yang halus. - Istilah Cina untuk lanskap terdiri daripada dua aksara yang bermaksud "gunung dan air" ( ⼭⽔ ). - Lukisan landskap khususnya dipengaruhi oleh Daoisme, kerana sifat yang digambarkan adalah demonstrasi semua unsur dalam alam semula jadi yang terhubung secara harmoni. - Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan lembah. - Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. - Artis Cina biasanya melukis tempat khayalan atau imaginasi yang dianggap sebagai 'landskap ideal'.
SENI JEPUN
Seni Jepun mempunyai sejarah yang sangat panjang, bermula dari penempatan awal manusia ke kepulauan Jepun, lebih kurang 10 abad sebelum Masihi hingga ke hari ini. Kesenian Jepun juga banyak dipengaruhi oleh budaya luar seperti kebudayaan Cina, kebudayaan Korea dan sebagainya. SEJARAH SENI JEPUN ZAMAN JOMON (1400-300 SM) : - Penduduk pertama Jepun. - Dinamakan sempena tanda-tanda tali yang menghiasi permukaan tanah liat mereka. - Membina rumah kayu sederhana. - Menghasilkan tembikar yang mewah, dogu dan permata kristal.
SENI JEPUN ZAMAN YAYOI (300 SM-300M) : - Membawa pengetahuan mereka mengenai penanaman sawah padi, pembuatan senjata tembaga dan loceng tembaga (dōtaku), seramik berputar serta seramik kiln. - Tembikar Yayoi mempunyai hiasan dan dihasilkan di atas mesin berputar, berbanding dengan tembikar Jōmon yang dihasilkan dengan tangan. - Pakar-pakar kraf zaman Yayoi membuat locengloceng gangsa istiadat, cermin dan senjata. SENI JEPUN ZAMAN KOFUN (300M-710M) : - Peringkat ketiga dalam prasejarah seni Jepun. - Dinamakan bersempena bilangan makam megalitik (kofun) yang banyak dihasilkan sepanjang tempoh ini. - Mengubahsuai budaya masyarakat zaman Yayoi yang boleh dikaitkan dengan pembangunan dalaman atau kekuatan luaran. - Artifak tipikal adalah cermin gangsa, simbolsimbol perikatan politik, dan ukiran tanah liat yang disebut haniwa yang didirikan di luar makam.
SEJARAH SENI JEPUN ZAMAN ASUKA DAN NARA (542M-645M) : - Pada zaman ini berlaku kebanjiran pertama kebudayaan Asia benua di Jepun. Masyarakat juga mulai mengiktiraf budaya Cina yang dapat menguntungkan mereka sendiri. - Zaman ini juga bermulanya agama Buddhisme di Jepun. SENI JEPUN ZAMAN HEAI (794M-1185M) : - Pada tahun 794M ibukota Jepun secara rasmi dipindahkan ke Heian-kyō (sekarang Kyoto), di mana ia kekal sehingga tahun 1868. - Tempoh ini dibahagikan kepada Heian awal dan Heian akhir ataupun Fujiwara awal.
SENI JEPUN ZAMAN KAMAKURA (ABAD KE-12 HINGGA ABAD KE-14) : - Dengan peralihan kekuasaan dari golongan bangsawan kepada kelas pahlawan, seni harus memuaskan penonton baru iaitu lelaki. - Bertumpukan kepada kemahiran peperangan, pengikut yang berkomitmen untuk menjadikan agama Buddha tersedia untuk orang biasa yang buta huruf, golongan bangsawan dan beberapa anggota imamat yang menyesali kuasa yang menurun dari mahkamah. SENI JEPUN ZAMAN MUROMACHI (1338-1573) : - Juga dikenali sebagai zaman Ashikaga. - Seni pada zaman ini dipengaruhi oleh Buddhisme Zen. - Oleh itu, gaya seni lukis Jepun pada zaman Muromachi adalah bertemakan alam ataupun kedekatan terhadap alam yang sesuai dengan ajaran Buddhisme Zen. Gaya seni lukis Jepun pada zaman ini juga sangat realistik dan imaginatif.
SENI AZUCHI-MOMOYAMA : - Seni pada zaman ini dicirikan oleh gaya yang mantap, mewah dan dinamik, dengan emas yang banyak digunakan pada seni bina, perabot, lukisan dan pakaian . - Inovasi terbesar dalam tempoh itu adalah formula yang dibangunkan oleh Kanō Eitoku untuk penciptaan landskap yang monumental di pintu gelangsar yang melampirkan sebuah bilik. SENI JEPUN ZAMAN EDO (1603-1867) : - Seni Jepun semakin berkembang. - Kestabilan politik pada zaman itu membolehkan budaya popular yang bertenaga berkembang dan gaya ekspresi artistik baru muncul di seluruh Jepun. - Istilah Edo kini berkonotasi kepekaan estetik tersendiri yang merangkumi pelbagai bentuk seni termasuk lukisan skrin, skrol, arca, seramik, lakuer, tekstil dan cetakan kayu. - Kebanyakan barang seni yang dihasilkan adalah untuk dijual.
SENI JEPUN ZAMAN PRA-PERANG : - Pengenalan nilai-nilai kebudayaan Barat mempengaruhi seni Jepun termasuk hampir setiap aspek budaya yang lain. - Pada tahun 1854, Konvensi Kanagawa membenarkan aktiviti dagangan antara Jepun dan Barat. Aliran Impressionisme telah mempengaruhi seni landskap Jepun ‘ukiyo-e’. - Subjek ukiyo-e yang awalnya bermotifkan tradisional iaitu pelakon kabuki, pelacur dan tokoh-tokoh dunia kini digantikan dengan imej yang menggambarkan kehidupan seharian orang zaman Edo dan landskap gambar. - Penggabungan unsur-unsur gubahan gaya Barat meningkatkan lagi populariti seni ini di kalangan masyarakat umum. Dengan itu, peralihan artistik ini menjadi ramuan penting dalam tradisi seni Jepun yang sentiasa berubah.
SENI JEPUN ZAMAN POST-PERANG : - Selepas berakhirnya Perang Dunia II pada tahun 1945, banyak artis memulakan bentuk seni kerja yang berasal dari adegan antarabangsa. - Tetapi konsep seni tradisional Jepun telah bertahan, terutamanya dalam penggunaan ruang modular dalam seni bina, selang jarak tertentu dalam muzik dan tarian, kecenderungan dalam kombinasi warna tertentu dan bentuk-bentuk kesusasteraan yang khas. - Kesenian dan seni Amerika amat mempengaruhi Jepun. Kartun yang diimport dari Amerika membawa kepada anime yang pada mulanya diperolehi secara eksklusif daripada cerita-cerita manga. - Jepun sentiasa membezakan 'seni halus' dan 'seni hiasan' , seperti yang telah dilakukan Barat sejak zaman Renaissance. Ia penting untuk menyedari keunikan Jepun dalam bidang seni hiburan, kegunaan komersial dan grafik reka bentuk.
SENI INDIA
Kesenian India bermula daripada Dinasti Maurnya (132 SM) Peringkat awal kesenian awal India berasaskan kepada keagamaan (Buddha). 2 jenis kesenian yang popular ialah lukisan/catan dan arca. SEJARAH Matlamat Seni India Matlamat akhir kehidupan. Boleh mengeluarkan manusia dari kejahilan dan kegelapan. Mejelaskana kebenaran dan realiti melalui pemikiran rasional dan pengelaman kehidupan. Memutuskan bahawa kesengsaraan dalam kehidupan adalah disebabkan kejahilan. Menekankan aspek spiritual sebagai asek penting diri setiap induvidu. 1. 2. 3. 4. 5.
SENI LUKIS INDIA - Berfokuskan lebih kepada keagamaan. - Motif utama yang digambarkan ialah mengenai kehidupan manusia iaitu cerita yang menggambarkan percintaan dan perburuan (menggambungkan antara imej manusia dan tumbuhan). - Pada abad ke-12 dan ke-16, lukisan dipersembahkan di atas kertas dan daundaun. - Perkembangan seni lukis India berkembang dengan tertubuhnya sekolah seni lukis Gujerat dan sekolah Budhadi Timur India. - Kedatangan Islam dan pengaruh seni Barat pada abad ke-16 telah mendatangkan ciri-ciri seni Byzantine dan seni Islam dalam seni lukis India. - Zaman Muslim : zaman pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo, Sino dan Parsi. - Pengaruh seni Parsi telah menggabungkan imej manusia dan corak-corak.
SENI ARCA INDIA - Kegemilangan seni arca India adalah pada zaman Gupta. - Merupakan seni yang tertua di India dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan yang berbentuk manusia disimpan di kuil-kuil. - Patung-patung tersebut diperbuat daripada batu marmar kerana ia lebih tahan daripada tanah liat. - Seni arca India bermula dengan seni patung Mamallapuram iaitu pada zaman pemerintahan Maharaja Mahendra Varman dari Dinasti Pallavas. Baginda telah mengumpulkan tukangtukang arca di seluruh India untuk menghasilkan seni bina dan seni arca. - Patung Lord Shiva adalah antara arca yang dihasilkan sewaktu Dinasti Pallavas. Ramai pengarca India menghasilkan pelbagai bentuk Lord Shiva yang diperbuat daripada bahanbahan seperti besi dan gangsa.
SENI BINA INDIA - Binaan agung India termasuklah Taj Mahal, Angkor Watt dan Borobodur. - Zaman Muslim iaitu kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu semakin berkembang. Contohnya, Taj Mahal dan Jami Masjid.