NAMA SUBJEK : PENGAJIAN MALAYSIA
KOD SUBJEK : MPU 11012
TUGASAN : TEMA 3 RUKUN NEGARA
NAMA PENSYARAH : PN HASNIZA BT TAWYER
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA PELAJAR NO MATRIK
JALIPIUS NIPOH J23SPL21F001
MUHAMMAD HARIZ AIMAN BIN SALIMI J23SPL21F002
MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN AZHAR J23SPL21F009
TEKS RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita- cita hendak:
➢ Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
➢ Memelihara cara hidup demokratik;
➢ Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara
adil dan saksama;
➢ Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi- tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-
bagai corak;
➢ Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita- cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip berikut:
➢ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
➢ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
➢ KELUHURAN PERLEMBAGAAN
➢ KEDAULATAN UNDANG- UNDANG
➢ KESOPANAN DAN KESUSILAAN
RUKUN NEGARA
➢ Prinsip rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang
di- Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Tuanku
Ismail Nasirruddin Shah ibni Almarhum Sultan
Zainal Abidin
➢ Rukun negara dibentuk pada 31 Ogos 1970
berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang telah
melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
➢ Tujuan utama rukun negara dibentuk adalah
untuk membentuk perpaduan yang kukuh.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
➢ Perlembagaan persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah Agama rasmi
persekutuan tetapi agama dan kepercayaan- kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram.
➢ Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan
bangsa dan negara
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
➢ Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Negara.
➢ Sistem Beraja diamalkan di setiap negeri dan Yang diPertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja.
➢ Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan
ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
➢ Perlembagaan adalah sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat seperti hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara.
➢ Perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak
negara ini.
➢ Perlembagaan juga turut menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat
negara ini.
KEDAULATAN UNDANG- UNDANG
➢ Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang- undang
menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-
undang. ]
➢ Undang- udang negara yang berasaskan perlembagaan perlu diterima
dan dipertahankan kedaulatannya. Tanpa adanya undang- undang
maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan kestabilan
➢ Setiap negara memerlukan undang- undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman dan stabil.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
❖ Kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan
tingah laku setiap rakyat.
❖ Ianya bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun
dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
yang dijalankan.\
❖ Sifat individu yang bersopan santun dan bersosial adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu
sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
❖ Sikap bersopan santun dan bersosial patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
LANGKAH MENGHAYATI
PRINSIP RUKUN NEGARA
❖ Mengadakan Kempen Kesedaran
a) Tujuan : Untuk menanamkan & menghayati prinsip rukun negara dalam diri Individu
b) Contoh : Kempen ‘Cintai Rukun Negara dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’
❖ Melalui Pendidikan
a) Di sekolah, pusat pengajian tinggi dll
b) Contoh : Di sekolah – melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam mata pelajaran
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral
❖ Peranan Media Massa
a) Media Massa elektronik seperti Televisyen dan Internet boleh menyiarkan iklan atau
program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip rukun
negara
b) Media Massa bercetak seperti surat khabar atau majalah juga boleh menerbitkan
artikel tentang kepentingan menghayati prinsip rukun negara.
❖ Peranan kerajaan
a) Kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi
memastikan rakyat di negara ini sentiasa menghayati prinsip rukun
negara
b) Kerajaan boleh engambil insiatif seperti menganjurkan program yang
bertemakan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati
prinsip Rukun Negara
c) Contoh : Menganjurkan pertandingan ‘Sketsa Rukun Negara’
❖ Peranan Ibu Bapa
a) Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak- anak mereka supaya
memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara.
b) Hal ini perlu bagi memastikan anak- anak faham dan patuh serta
menghayati Rukun Negara sejak kecil shingga dewasa bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya.