TA'DIB DAN DISIPLIN SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU BUKU PANDUAN
ISI KANDUNGAN VISI, MISI DAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH - 1 SURAT AKUJANJI MURID & PENGAKUAN PENJAGA - 2 PERATURAN AM - 3 PERATURAN UMUM - 4 CONTOH PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI - 8 CONTOH PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN - 9 BARANG-BARANG LARANGAN - 20 CARTA ALIR STANDARD OPERASI KENDALIAN KES - 22 PROGRAM SISTEM MERIT - 25 ASAS DISIPLIN & PERATURAN MENURUT ISLAM - 28
VISI, MISI DAN FALSAFAH SEKOLAH VISI MISI MENJADIKAN SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN TERUNGGUL DI KELANTAN MENJELANG TAHUN 2025 MENYEDIAKAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG BERILMU, BERIMAN, BERAMAL SOLEH, BERAKHLAK MULIA, BERKETRAMPILAN DAN MENYUMBANG KEPADA PEMBINAAN NEGARA PENDIDIKAN ADALAH SATU PROSES YANG BERTERASKAN TAUHID BAGI MEMBINA DAN MELAHIRKAN INSAN RABBANI, BERILMU, BERIMAN, DAN BERAKHLAK MULIA SERTA MAMPU MEMBENTUK KEHIDUPAN DIRI, MASYARAKAT, NEGARA DAN DUNIA SEBAGAIMANA YANG DITUNTUT OLEH AL-QURAN DAN AS-SUNNAH MELALUI SISTEM PENDIDIKAN YANG SEIMBANG, BERSEPADU, MENYELURUH DAN BERTERUSAN FALSAFAH SEKOLAH 1
SURAT AKUJANJI MURID NAMA PELAJAR :_____________________________________________________ Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju akan mematuhi segala peraturan sekolah selama saya belajar di sekolah ini. Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang berkaitan setimpal dengan kesalahan yang saya telah lakukan. Pesetujuan ini dibuat atas kesedaran dan kerelaan hatisaya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak. Tandatangan pelajar ..................................................... ( ) Tarikh : Saya _____________________________________________________ penjaga kepada _____________________________________________ mengakui telah membaca buku peraturan ini dan bersetuju menasihati anak-anak jagaan saya supaya mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendali dan menyelesaikan kes disiplin yang melibatkan anak saya. Tandatangan : .............................................................................. Nama : ............................................................................... No K/P : ............................................................................... Tarikh : ............................................................................... PENGAKUAN PENJAGA 2
PERATURAN AM 1.Murid dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan ini, juga mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah darisemasa ke semasa. 2.Semua murid dikehendaki mengamalkan nilai-nilai akhlak yang baik, bersopan-santun dan berbudi bahasa sepanjang masa, samada di dalam atau di luar kawasan sekolah termasuk di alam siber. 3.Setiap murid dikehendaki menyertai semua kegiatan pendidikan yang diarahkan oleh sekolah samada bercorak akademik atau kokurikulum. 4. Setiap murid dikehendaki menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. 5.Murid dilarang melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain. 6.Pengetua dan semua guru, mengikut bidang tugas masing-masing diberi kuasa untuk menguatkuasakan Peraturan Sekolah. 7.Menjadi tanggungjawab kepada semua murid melaporkan perbuatan yang dilakukan oleh murid-murid yang didapati bertentangan dengan Peraturan Sekolah. 3
1.0 PAKAIAN RASMI SEKOLAH Pakaian murid dan barisan kepimpinan sekolah adalah mengikut ketetapan sekolah dan jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian rasmi sekolah dengan lengkap pada masa dan ketetapan. 1.1 PENAMPILAN MURID LELAKI 1.1.1 Baju Kemeja/Baju T a. Baju kemeja berkolar potongan biasa sama ada berlengan pendek dan berlengan panjang bagi barisan kepimpinan (pengawas dan pengawas pusatsumber). b. Lain-lain jenis baju seperti baju T berkolar, baju T sukan atau seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja. Baju T tidak berkolar tidak dibenarkan. c. Baju hendaklah disisipkan ke dalam seluar. d. Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan dan tidak dibenarkan dilipat. e. Baju atau t-shirt di dalam hendaklah berwarna putih (tidak bercorak/ bertulisan) serta tidak melebihisaiz pakaian seragam sekolah. f. Pemakaian semua jenisjaket tidak dibenarkan ke kelas akademik. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu saja. 1.1.2 Seluar a. Kain seluar ‟slack‟ yang dibenarkan ialah daripada jenis yang sesuai. Selain itu kain jenis Denim, PVC, “Corduroy” atau kulit tidak dibenarkan. b. Pemakaian semua jenis‘jeans’ dan ‘cotton slack’ tidak dibenarkan. c.Fesyen seluar “slack” hendaklah tidak terlalu longgar “baggy”, “slim fit”, terlalu ketat dan berkaki singkat tidak dibenarkan. Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukur lilitseluar di antara 35 cm– 45 cm. 1.1.3 Kopiah/Tali pinggang/Tali leher a. Kopiah putih tanpa corak berwarna atau berlogo sekolah sahaja dibenarkan. b. Songkok berwarna hitam hanya dipakaisemasa majlisrasmi. c. Tali leher rasmisekolah sahaja dibenarkan (barisan kepimpinan sahaja). d. Tali pinggang berwarna hitam/biru tua/hijau tua (tanpa lambang atau tulisan tidak bermoral)sahaja dibenarkan. PERATURAN UMUM 4
1.1.4 Rambut Murid lelaki mestilah menjaga rambutsupaya sentiasa kemas dan pendek :- a. Rambut mestilah sentiasa pendek, tidak tebal dan tidak mencecah kolar baju. b. Rambut mestilah bersih dan disikat. c. Rambut di atas atau bahagian tengah kepala tidak melebihi 3 cm panjang manakala membotakkan kepala adalah tidak dibenarkan (kecuali dalam hal-hal tertentu contohnya baru pulang dari mengerjakan umrah dan haji). d. Gaya rambut yang keterlaluan seperti “punk, trojan,skin head, bross” dan lain-lain yang mempunyai ciri-ciri Kazaq nipis di bahagian tepi atau nipis sebahagian rambut adalah tidak dibenarkan. e. Ekor pipit tidak melebihi cuping telinga. f. Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor rambut tidak dibenarkan. g. Menggunakan gel, pengeras rambut atau minyak rambut yang berbau tengik atau keterlaluan tidak dibenarkan. h. Murid dilarang menginai dan mewarnakan rambut atau berfesyen yang tidak mencerminkan imejseorang murid. i. Sekolah / guru disiplin berhak memotong rambut pelajar pendek setelah diberi nasihat dan teguran. j. Murid dilarang mencukur, mencabut atau membentuk / menipiskan bulu kening. Memakai celak sewaktu persekolahan juga adalah dilarang. 5
1.2 PENAMPILAN MURID PEREMPUAN 1.2.1 Baju dan Kain a. Pelajar hanya dibenarkan memakai baju kurung untuk ke kawasan sekolah. b. Baju dan kain hendaklah tidak ketat dan tidak jarang. 1.2.2 Tudung a.Tudung hendaklah labuh depan dan belakang serta dijahit di bahagian depan. b.Anak tudung berwarna putih sahaja dibenarkan pada waktu persekolahan. c. Warna lain dibenarkan di luar waktu akademik. d. Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak. e.Rambut murid perempuan mestilah kemas dan bersih. f. Rambut yang berfesyen dan berwarna tidak dibenarkan. 1.2.3 Muka a. Memakai alatsolek seperti gincu, celak dan lain-lain tidak dibenarkan. b.Mencukur bulu kening atau mencabutnya tidak dibenarkan. c. Memakai celak pada waktu persekolahan tidak dibenarkan. 1.3 PENAMPILAN MURID (LELAKI DAN PEREMPUAN) 1.3.1 Kasut dan stoking a. Kasut hendaklah dari jenis kain, kanvas atau PVC berwarna hitam. b. Pemakaian kasut bersama stoking hitam adalah diwajibkan. Stoking hendaklah menutupi buku lali. 1.3.2 Kuku a. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan. b. Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional tidak dibenarkan. c. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa. Sekiranya berkuku panjang, pihak sekolah berhak memotongnya pendek. 1.3.3 Pemakaian aksesori/barang kemas a. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemastermasuk yang mempunyai lambang keagamaan tidak dibenarkan. b. Bertindik, bertatu dan berinai tidak dibenarkan. 6
1.3.4 Cermin mata / Kanta lekap a.Tidak dibenarkan memakai cermin mata / kanta lekap kecuali atas nasihat doktor. b.Cermin mata hendaklah tidak berbingkai besar atau terlalu kecil dan berwarnaa tau berfesyen. c.Cermin mata / kanta lekap berwarna hanya dibenarkan setelah mendapat kebenaran doktorsahaja. 1.4 PAKAIAN RASMI KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH Lelaki Baju : T-shirt hijau tua berlengan panjang KRS Musleh Seluar : Seluar No. 4 Kasut : Kasut kanvas hitam Stoking : Stoking hitam Beret : Hijau tua Lencana : Hitam Perempuan Baju : T –shirt hijau tua berlengan panjang KRS Musleh Seluar : Seluar No. 4 Kasut : Kasut kanvas hitam Stoking: Stoking hitam Tudung : Hijau sherwood berbentuk bulat labuh melepasisiku Beret : Hijau tua Lencana: Hitam Kadet berpangkatLelaki / Perempuan Baju : Baju No. 3 / No.4 KRS Musleh Seluar : SeluarNo. 3 / No.4 KRS Musleh Aksesori :Lengkap mengikutstandard pemakaian uniform KRSM 1.5 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Baju : T-shirt PJ / rumah sukan sekolah Seluar : Seluar trek /sukan berwarna hitam atau biru tua Kasut : Kasut kanvas hitam dengan stokin hitam Tudung : Tudung sekolah Kopiah : Kopiah putih tanpa corak berwarna atau berlogo sekolah sahaja dibenarkan. 7
8 CONTOH PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI BERSELUAR PANJANG DAN BERBAJU LENGAN PENDEK
9 CONTOH PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN BERBAJU KURUNG DAN BERTUDUNG BULAT
2.0 WAKTU PERSEKOLAHAN 2.1 JADUAL PERSEKOLAHAN HARIAN 2.1.1 Jadual persekolahan harian adalah mengikut amalan sekolah masing- masing dan tertakluk kepada pindaan. 2.1.2 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan (termasuk rehat) kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar atau wakilnya dan ditemani oleh guru, ibubapa atau penjaga. Pihak berkenaan ini hendaklah mengisi borang yang disediakan di pejabat dan murid hendaklah memberitahu guru kelas atau guru bertugassebelum meninggalkan sekolah. 2.1.3 Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas pada waktu belajar (termasuk pertukaran waktu) kecuali ada Pas Keluar. 2.1.4 Murid-murid dikehendaki keluar berjalan dalam dua barisan yang teratur dan senyap (lelaki di hadapan dan perempuan di belakang)semasa meninggalkan kelas. 2.1.5 Ketika waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah atau premislain di kawasan sekolah kecuali dengan keizinan guru. 2.2 MASA HADIR & WAKTU BALIK 2.2.1 Semua murid mesti berada di kawasan sekolahselewat-lewatnya jam 7.25 pagi. 2.2.2 Sesi pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut ketetapan sekolah masingmasing. 2.2.3 Pada waktu subjek terakhir,setiap murid hendaklah menyusun kerusi, meja dan peralatan lain serta membersihkan kelas. 2.2.4 Sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat khassebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2.5 Lampu, kipas, pendingin udara dan semua bekalan elektrik hendaklah dimatikan. 2.2.6 Tingkap dan pintu kelas hendaklah ditutup 2.2.7 Murid hendaklah meninggalkan kelas dalam keadaan tertib dan teratur. . 10
2.3 HARI PERSEKOLAHAN 2.3.1 Setiap murid mestilah hadir ke sekolah pada hari persekolahan. 2.3.2 Murid tidak dibenarkan datang lewat. Murid diwajibkan berada di tapak perhimpunan 5 minitsebelum loceng dibunyikan. 2.3.3 Dalam waktu persekolahan, murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. 2.3.4 Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah atassebab-sebab tertentu mestilah memberikan surat akuan doktor atau surat daripada ibu bapa/penjaga kepada guru kelas. 2.3.5 Jika seseorang murid itu tidak hadirselama tiga hari berturut-turut atau tiga hari tidak berturut-turut dalam sebulan, tanpa surat keterangan doktor atau daripada ibu bapa/penjaga, maka guru kelas akan mengenalpastisebab ketidakhadiran murid dan mengambil tindakan seperti berikut : a. Menghubungi ibubapa b. Memaklumkan Jabatan HEM/pihak pentadbiran 2.3.6 Murid yang kurang kehadirannya daripada 75% tidak dibenarkan menghadiri sebarang peperiksaan akhir tahun. 2.3.7 Setiap murid diwajibkan menghadiri perhimpunan umum dan rasmiserta semua aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.4 KEHADIRAN SEKOLAH 2.4.1 Ibubapa / penjaga hendaklah memastikan anak mereka wajib hadir belajar di sekolah inisepanjang hari persekolahan rasmi,serta lain- lain aktiviti yang berkaitan darisemasa ke semasa. 2.4.2 Mana-mana murid yang tidak dapat hadir ke sekolah pada satu-satu masa, bubapa / penjaga wajib memberitahu Guru Besar atau wakilnya secara lisan (makluman awal) dan menghantar makluman bertulis. 2.4.3 Sekiranya murid jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah,surat akuan doktor atau surat pengesahan dari ib bapa/penjaga hendaklah dikemukakan kepada pihak Guru Besar atau wakilnya. 2.4.4 Murid yang tidak hadir bersekolah tanpa sebarang makluman lisan, bertulis atau lain-lain dokumen sokongan yang sahih, dikira ponteng sekolah. 11
Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/ Tidak Berterusan Amaran I 3 hari berturut-turut 10 harian Amaran II 7 hariselepassurat Amaran I 10 hariselepassurat Amaran I Amaran III 7 hariselepassurat Amaran II 20 hariselepassurat Amaran II Buang sekolah 14 hariselepassurat Amaran III 20 hariselepas Surat Amaran III Jumlah Keseluruhan 31 hari 60 hari . 3.0 PERATURAN BILIK DARJAH 3.1 Murid tidak dibenarkan keluar kelas pada waktu persekolahan kecuali pada waktu rehat. Murid yang ingin keluar kelas mestilah mendapat kebenaran daripada guru matapelajaran tersebut. Sekiranya pada waktu ketiadaan guru, murid mestilah mendapat kad kebenaran daripada ketua dan penolong ketua kelas. Setiap murid mestilah memberi salam ketika masuk ke kelas. 3.2 Setiap murid mestilah mematuhi dan menghormati arahan guru dan ketua / penolong ketua kelas. 3.3 Murid hendaklah bangun dan menjawab atau memberisalam ketika guru, Guru Besar atau pelawat rasmi masuk ke kelas. 3.4 Bilik darjah mestilah dalam keadaan bersih dan ceria. 3.5 Semasa ketiadaan guru, ketua dan penolong kelas bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan mengingatkan guru jika guru lewat hadir ke kelas. 3.6 Murid dilarang : (a) Menconteng meja, kerusi, dinding, papan putih dan semua barang di dalam bilik darjah. (b) Bermain dan membuat bising di dalam bilik darjah semasa sesi pembelajaran dan ketiadaan guru. (c) Duduk atau berdiri di atas meja. (d) Makan dan minum di dalam kelas. (e) Duduk di kerusi dan meja guru. 3.7 Papan putih hendaklah bersih setiap kalisetelah selesaisesi pembelajaran. 12
3.8 Murid hendaklah memastikan lampu dan kipas di bilik darjah telah ditutup sebelum meninggalkan kelas masing-masing. 3.9 Murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan meja dan kerusi tanpa kebenaran guru kelas. 3.10 Murid tidak dibenarkan membawa bahan bacaan lucah/ bahan hiburan yang tidak menepatisyariat. 4.0 DEWAN SOLAT / DEWAN SERGAGUNA 4.1 Dewan digunakan untuk beribadat,solat berjemaah pada setiap waktu dan aktivitiaktiviti lain yang dibenarkan. 4.2 Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan dewan serta peralatannya. Quran dan sejadah yang telah digunakan hendaklah disusun di tempat yang disediakan. 4.3 Murid digalakkan membaca Al-Quran,solatsunat atau berzikirsebelum atau selepas solat fardhu. 4.4 Peralatan dewan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan tanpa izin. 4.5 Murid dikehendaki menetapi masa setiap program yang diadakan di dewan. 4.6 Murid dilarang sama sekali makan / minum di dewan. 4.7 Murid dilarang tidur di ruang dewan. 4.8 Murid dilarang membuat bising / mengganggu ketenteraman di dewan. 4.9 Murid yang terakhir meninggalkan dewan pada sebarang masa hendaklah memastikan semua suislampu, kipas dan pintu surau ditutup. 4.10 Murid dilarang meninggalkan barangan di dewan dan disekitarnya. 5.0 PERATURAN BILIK GURU DAN PEJABAT 5.1 Murid dilarang memasuki bilik guru kecuali jika ada keperluan dan setelah mendapat kebenaran daripada guru. 5.2 Jika ada urusan atau diarah oleh guru, murid hendaklah memberisalam dan meminta kebenaran masuk daripada guru atau kakitangan sekolah. 5.3 Murid hendaklah berbudi bahasa terhadap guru dan kakitangan sekolah dan patuh segala arahan yang tidak bercanggah dengan syariah. 5.4 Murid tidak digalakkan menggunakan telefon pejabat kecuali urusan penting setelah mendapat kebenaran. 13
6.0 PUSAT SUMBER (PERPUSTAKAAN) 6.1 Pada waktu persekolahan, pelajar hanya dibenar menggunakan pusat sumber bersama guru yang mengajar (menggunakan bahan yang ada di perpustakaan). 6.2 Semua bahan yang hendak dipinjam perlu melalui peraturan yang telah ditentukan mengikut bahagian atau jenis bahan. 6.3 Masa penggunaannya akan ditetapkan oleh pihak sekolah darisemasa ke semasa. Murid dibenarkan masuk ke pusatsumber mengikut jadual yang telah ditetapkan. 6.4 Murid hendaklah berpakaian kemas dan rapisepanjang berada di dalam pusatsumber. 6.5 Murid dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam pusatsumber. 6.6 Murid hanya dibenarkan membawa alat tulis dan buku nota sahaja. 6.7 Murid dilarang tidur di pusatsumber. 6.8 Murid dilarang mengganggu keselesaan pengguna lain dengan membuat bising dan sebagainya. 6.9 Semua pinjaman hendaklah dilaporkan kepada pustakawan yang bertugas. 6.10 Murid dibenarkan meminjam buku atau alat yang di katalog sahaja. 6.11 Murid yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda seperti yang telah ditetapkan. 6.12 Bahan-bahan pusatsumber yang telah dipinjam kemudian didapati hilang , WAJIB diganti dengan bahan tersebut atau dibayarsemula dengan harga tersebut. 6.13 Murid wajib meninggalkan pusatsumber pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan kemas dan bersih. Semua suislampu, kipas dan lain-lain peralatan mesti ditutup. 6.14 Sebarang bahan di pusatsumber yang dijumpai di luar kawasan tanpa proses peminjaman atau pengambilan yang telah ditetapkan mestilah dihantar ke pusatsumber. 6.15 Murid yang didapati mengambil atau menyimpan bahan pusatsumber tanpa proses peminjaman yang ditetapkan akan dikenakan tindakan disiplin. 14
7.0 PEPERIKSAAN 7.1Calon diwajibkan hadir dan mengambil tiap-tiap ujian dan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 7.2 Calon yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu mestilah membawa surat daripada ibubapa atau mana-mana pihak tertentu. 7.3 Calon tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan tersebut pada waktu lain atas apa sebab sekalipun kecuali dengan makluman awal dan bertulisseperti cutisakit. 7.4 Calon hendaklah menyediakan alat tulissendiri. 7.5 Semua calon hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan sepanjang peperiksaan berlangsung. 7.6 Calon tidak dibenarkan meminjam alat tulissemasa peperiksaan sedang dijalankan kecuali melalui guru yang bertugas. 7.7 Pen dakwat merah, pen dakwat basah berwarna hitam dan biru serta liquid paper tidak bolehbdigunakan sama sekali. 7.8 Calon tidak dibenarkan membawa sebarang bahan bacaan ke dalam dewan peperiksaan kecuali bagi mata pelajaran yang dibenarkan . 7.9 Calon dilarang keras daripada meniru atau memberi peluang meniru kepada calon lain. 7.10 Calon tidak boleh berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik peperiksan semasa peperiksaan dijalankan. 7.11Calon dilarang mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di bilik peperiksaan. 7.12 Sekiranya calon didapati melanggar mana-mana peraturan peperiksaan, tindakan yang setimpalseperti berikut akan dikenakan : a.Disingkirkan daripadanmengambil peperiksaan. b.Dilarang meneruskan peperiksaan bagi kertas-kertasselanjutnya. c.Dilarang memasuki dewan peperiksaan bagisatu jangka masa tertentu. d.Dibatalkan keputusan mata pelajaran atau keseluruhan keputusan peperiksaan. 8.0 BILIK BUKU TEKS 8.1 Murid dibenarkan pergi pada waktu rehat dan setelah waktu persekolahan tamat sahaja. 8.2 Pembayaran di kedaisekolah adalah secara tunai. 8.3 Murid dilarang membuat bising dan makan/minum di kedaisekolah. 15
9.0 PERATURAN BILIK AIR / TANDAS 9.1 Murid menggunakan bilik air dan tandas mengikut jantina. 9.2 Murid dilarang menconteng dan merosak mana-mana bahagian di bilik air dan tandas disekolah. 9.3 Dilarang membuang sisa makanan, kertas, tuala wanita dan lain- lain sampah sarap ke dalam mangkuk tandas dan sinki. Kertas dan sampah sarap yang lain hendaklah dimasukkan ke tempat yang disediakan. 9.4 Murid hendaklah memastikan semua lampu, paip air dan lain-lain ditutup setelah menggunakan bilik air. 9.5 Murid hendaklah bersopan-santun dan jangan membuat bising di bilik air dan tandas. Murid mestilah segera beredarselepas menggunakan bilik air. 9.6 Murid hendaklah mendapatkan kebenaran daripada guru matapelajaran atau ketua kelassebelum ke tandas kecuali pada waktu rehat. 9.7 Murid mestilah membawa kad kebenaran semasa ke tandas. 9.8 Murid yang keluar ke tandastidak melebihi 2 orang dalam satu masa untuk satu kelas kecuali dengan kebenaran guru. 9.9 Selipastandas WAJIB diletakkan semula di rak yang telah disediakan. 10.0 KANTIN 10.1 Murid hendaklah ke kantin dengan tertib dan dilarang membuat bising sehingga selesai makan. 10.2 Murid hendaklah memberi perhatian kepada setiap pengumuman yang disampaikan. 10.3 Murid hendaklah membersihkan tangan dan membaca doa sebelum dan selepas makan. 10.4 Murid hendaklah makan dengan penuh sopan dan mengikut adab- adab Islam. 10.5 Murid hendaklah menghubungi guru MMR sekiranya terdapat kekurangan makanan. 10.6 Murid hendaklah menjaga kebersihan meja makan dan tempat basuh tangan. 10.7 Murid hendaklah keluar dari kantin dengan teratur dan bersopan setelah selesai makan. 10.8 Murid hendaklah memastikan sisa-sisa makanan dimasukkan ke dalam tong sampah. 10.9 Murid tidak dibenarkan membawa keluar makanan atau minuman serta peralatan dari kantin. 16
11.0 PERATURAN APABILA BERADA DI BILIK KAUNSELING 11.1 Memberisalam ketika masuk atau berjumpa dengan kaunselor. 11.2 Bersopan-santun ketika berada di dalam bilik kaunseling 11.3 Murid dibenarkan masuk ke bilik perkhidmatan kaunseling pada waktu rehat atau pada masa yang difikirkan sangat perlu. 11.4 Dilarang mengalihkan dan mengeluarkan bahan-bahan bercetak dari bilik kaunseling. 11.5 Murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselesaan bilik kaunseling. 11.6 Cara berjumpa dengan kaunselor : (a)Datang secara individu atau berkumpulan. (b)Boleh berjumpa dengan kaunselor bila-bila masa yang murid fikirkan perlu. (c)Jika murid berada di bilik darjah, dapatkan kebenaran daripada guru yang mengajar. 11.7 Jika pihak-pihak tertentu mengarahkan murid berjumpa dengan kaunselor, murid berkenaan wajib berjumpa kaunselor berkenaan. 12.0 KELAS TAMBAHAN 12.1 Setiap murid diwajibkan menghadiri kelas-kelastambahan/bimbingan mengikut waktu dan tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 12.2 Murid diwajibkan hadir 5 minit lebih awal daripada waktu yang telah ditetapkan. 12.3 Murid yang tidak dapat hadir ke kelas bimbingan hendaklah memaklumkan serta mendapat kebenaran daripada guru berkenaan. 12.4 Murid bertanggungjawab atas kebersihan kelas yang telah digunakan. 13.0 RAWATAN DAN BILIK ISOLASI 13.1 Murid boleh mendapatkan rawatan ke klinik pada waktu yang ditetapkan setiap hari dan pada waktu-waktu lain untuk kecemasan sahaja. 13.2 Murid yang sakit hendaklah tinggal di bilik isolasi, dengan kebenaran. 13.3 Murid yang tinggal di bilik isolasi hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 17
14.0 HARTA BENDA SEKOLAH 14.1 Murid hendaklah memelihara segala kemudahan yang disediakan untuk mereka di sekolah dengan baik dan cermat. 14.2 Murid yang hendak meminjam sebarang peralatan atau perkakas mestilah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan mestilah mengembalikannya dengan segera dalam keadaan yang sempurna. 14.3 Murid hendaklah menjimatkan penggunaan elektrik dan air. 14.4 Sebarang kerosakan harta benda yang dilakukan oleh murid dengan sengaja akan dikenakan bayaran ganti rugi. 14.5 Alat-alat pencegah kebakaran hendaklah digunakan apabila perlu sahaja. 14.6 Sebarang peralatan / harta benda sekolah yang dijumpai di luar kawasan penyimpanan yang sepatutnya, mestilah dipulangkan kepada guru / kakitangan sekolah. 15.0 LAWATAN / AKTIVITILUAR SEKOLAH 15.1 Murid / jawatankuasa yang hendak mengadakan lawatan / aktiviti mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah. 15.2 Setiap lawatan / aktiviti mesti mengikut nisbah 1 guru pengiring : 10 murid. 15.3 Pakaian semasa lawatan/ aktiviti adalah pakaian seragam sekolah atau pakaian yang dipersetujui oleh pihak pengurusan sekolah. 15.4 Murid tidak dibenarkan membawa barang seperti telefon bimbit, Ipod, MP3, MP4, komputer riba, tablet, majalah hiburan dan lain-lain yang tidak sesuai. 15.5 Murid tidak dibenarkan membawa barangan atau peralatan yang berbahaya,seperti pisau, mercun dan gunting. 15.6 Murid mestilah menjaga etika dan moral yang tinggi walau di mana mereka berada. 15.7 Murid hendaklah mematuhisegala arahan dan peraturan yang ditetapkan. 18
16.0 KEGIATAN KO-KURIKULUM 16.1 Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakerja yang dijalankan oleh sekolah di dalam/luar masa belajarseperti: a.Kegiatan sukan b.Kegiatan kelab/persatuan c.Kegiatan pasukan pakaian seragam 16.2 Para murid diwajibkan mendaftar untuk KRSM dan dalam satu daripada kelab / persatuan dan sukan / permainan. 16.3 Murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk setiap kegiatan yang dijalankan 16.4 Sekiranya terdapat murid yang tidak hadir mana - mana kegiatan kokurikulum yang akan dikenakan tindakan disiplin. 16.5 Untuk kegiatan TKRSM, murid diwajibkan memiliki pakaian seragam yang sesuai. 17.0 KEGIATAN PROGRAM TARBIAH 17.1 Semua murid diwajibkan mengikuti program-program tarbiah yang disusun oleh pihak sekolah iaitu:- a.Usrah /Halaqah b.Daurah c.Rehlah/ Riadah d.Qiamullail e.Mukhayyam/Perkhemahan TKRS Musleh g.Nadwah/ Seminar h.Serta program-program yang dimaklumkan oleh Pengurus Tarbiah dari masa ke masa 17.2 Mutabaah Amal yang diarahkan oleh Murabbi/Naqib hendaklah dilaksanakan dengan sempurna. 19
20
21
19.0 CARTA ALIR STANDARD OPERASI KENDALIAN KES 19.1 SALAH LAKU RINGAN 22
19.2 SALAH LAKU SEDERHANA 23
19.3 SALAH LAKU BERAT 24
20.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SISTEM MERIT (PSM) 25
20.1 JENIS-JENIS SALAHLAKU YANG BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN 26
27
ASAS DISIPLIN & PERATURAN MENURUT ISLAM ANDA ADALAH MANUSIA TERBAIK ‘’Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.’’ (Surah Ali Imran : Ayat 110) UBAHLAH DIRI ANDA, INSYAALLAH ALLAH AKAN MENGUBAH NASIB ANDA ‘’Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.’’ (Surah Ar-Ra`d : Ayat 11) IMAN DAN AMAL SOLEH AKAN MEMBAWAKEPADA KEJAYAAN ‘’Dan sesiapa yang mengerjakan amalsoleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya)sedikitpun.’’ (Surah An-Nisa : Ayat 124) 28