The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusofwalindamia, 2022-12-30 08:17:33

SADN1033

PERMAINAN GASING

PERMAINAN
TRADISIONAL

MENGKAJI PERMAINAN GASING

DALAM KALANGAN MASYARAKAT

DI MALAYSIA KUMPULAN 6

SADN1033 MUHAMMAD SYAKIR AIRUL
BIN MOHD NORIZAN
(293260)
TANG PAK KWENG
(291835)
LEW SHENG HAO
(293732)

WALINDAMIA BINTI YUSOF
(294129)

FARAH AIN ZATI BINTI BASIR
(293412)

SITI SYAHIRAH BINTI SULAIMAN
( 293675)

Pengenalan

Menurut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2006)
gasing merupakan satu permainan yang
diperbuat daripada kayu dan mempunyai paksi
serta boleh dipusingkan menggunakan tali.

Menurut istilah dalam bahasa

melayu, gasing merupakan

permainan antara dua pasukan di

mana ia mempunyai satu regu

setiap pasukan, yang dikenali

sebagai satu pasukan pemusing

dan satu pasukan pemangkah.

Pemangkah akan mematikan

gasing pihak lawan dengan cara

memangkahnya.

Definisi permainan gasing menurut (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2006) ialah alat permainan daripada kayu dan berpaksi yang dapat
dipusingkan dengan tali, bergasing bermainan gasing. Menurut
orang-orang terdahulu, permainan gasing berasal daripada
permainan “laga telur” yang dimainkan oleh kanak-kanak. Jadi,
timbulnya idea untuk mengukir kayu dalam bentuk telur dan
dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkanya
dengan tangan kurang ligat dan pusingannya tidak tahan lama.

Terdapat beberapa jenis gasing yang terdapat di Malaysia
antaranya adalah Gasing Leper Kelantan, Gasing Uri, Gasing Konu,
Gasing Baba, Gasing Jantung, Gasing Tanjung, Gasing Ladung,
Gasing Pangkah atau Pedada.

Isu
masalah

Menurut pegerusi Persatuan Gasing Tradisional Pangkah, Muhammad
Mustakim Abdullah,67 dalam akhbar digital berita harian 2016,
dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa ini telah
menyebabkan banyak permainan tradisional telah dilupakan. Hal ini
demikian kerana, permainan-permainan di dalam komputer itu lebih
menarik perhatian kanak-kanak. Namun begitu, walaupun gasing ini
semakin dilupakan oleh generasi sekarang, tidak dapat dinafikan
bahawa masih terdapat lagi orang yang masih bergiat aktif dalam
permainan ini. Satu persatuan daripada penduduk Kampung Bukit
Kapar, Klang telah diwujudkan bagi mengekalkan kewujudan gasing
tradisional ini. Persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Gasing
Tradisional Pangkah.

Salah seorang pembuat gasing
dalam Persatuan Gasing

Tradisional, Johari berkata, seni
membuat gasing ini kurang
mendapat tempat dalam

kalangan generasi muda kerana
memerlukan satu ketelitian dan

minat yang tinggi.

Selain itu, beliau juga
menegaskan bahawa ramai anak
muda yang mula mengambil
tahu tentang gasing ini kerana
ingin menjalankan kajian untuk
tujuan pembelajaran sahaja dan
bukan untuk mewarisi cara
bermain dan membuatnya.

1. Mengkaji tentang sejarah dan latar
belakang permainan gasing dalam
kalangan masyarakat di Malaysia.

2. Mengkaji tentang cara pembuatan gasing
dalam kalangan masyarakat Malaysia

3. Mengkaji tentang cara gasing dimainkan
mengikut jenisnya dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Instrument Kajian
Instrumen ialah alat mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab
penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrument ialah proses menyediakan
alat mengumpul data.

KAEDAH INSTRUMEN

KUANTITATIF BORANG SOAL SELIDIK DAN
BORANG TEMU BUAL

KUANTITATIF RUJUKAN

Soal Selidik
Setiap pengkaji perlu menyoalkan beberapa soalan kepada responden
untuk mendapatkan jawapan atau maklum balas. Bagi maksud selidik
pula cermat serta teliti ketika melakukan sesuatu, menyelidik atau
menyiasat untuk mencari keterangan tentang sesuatu. Maka soal selidik
ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang
perkara yang ingin ditanya daripada responden. Borang soal selidik ini
mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian
C dan bahagian D dengan menggunakan pertanyaan ya, tidak,
mungkin.

Temu Bual
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat cetakan ketujuh 2015, temu

bual ialah pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab. Temu bual
akan dibuat secara tidak formal kepada seorang informal melalui telefon
dan Google Meet.

Nama Tarikh Jawatan Masa

Ahmad Nizam 3.12.2022 Pemain Gasing 9 malam

Rujukan
Instrumen kajian yang pengkaji perolehi ialah daripada bahan ilmiah
seperti sumber internet yang berkaitan dengan Gasing. Selain itu,
pengkaji juga merujuk kamus dewan untuk mencari maksud-maksud
yang tertentu serta pengkaji juga menggunakan akhbar digital sebagai
salah satu rujukan untuk mendapatkan maklumat.

Cara


pengumpulan


data 4.2.1 Soal Selidik

Cara

pengumpulan

data 5.0 Hasil Kajian

Demografi Responden
Berdasarkan Umur

Demografi Reponden
Berdasarkan Kaum

Demografi Responden
Berdasarkan Jantina

Asal perkataan gasing menurut sumber dari
Terengganu ialah permainan memusing buah
berembang. Buah ini berbentuk bulat, licin dan leper
dan banyak ditemui di pesisir pantai. Ia juga sering
digunakan oleh ahli silat yang bertujuan untuk
menguatkan tangan. Cara buah berembang ini
dimainkan sama seperti cara gasing dimainkan. Dan
gasing ini telah dicipta berdasarkan buah
berembang ini, sama ada dari segi bentuknya dan
cara mainnya.

Jenis Gasing Leper

Terengganu

Gasing Leper terbahagi kepada tiga jenis gasing

yang mempunyai bentuk dan sifat yang sama. Ia
hanya dibezakan dengan saiz. Gasing Kemudi
mempunyai lilitan 20 inci, Gasing Menekok
adalah 19.5 inci, dan Gasing Haluan ialah 19.
Berat yang dibenarkan bagi ketiga-tiga gasing
ini adalah tidak melebihi 2 kilogram. Tiga gasing
ini mesti digunakan setiap kali permainan. Jika
bilangan dan jenis gasing tidak mencukupi,
maka permainan gasing tidak boleh diadakan.

Gasing Tanjung atau Gasing Labu Lemak

Di muar johor gasing yang suka dimainkan oleh orang iaitu
gasing pemangkah. Bahan dasar gasing ini adalah kayu keranji,
kempas, cengal dan merbau.Gasing tanjung yang besar dan
seimbang, mempunyai berat beratnya 0.6 kg dengan diameter
30 cm dan tinggi 10 cm.

Gasing ini berbentuk leper dan rendah
dan mempunyai berat sekitar 8kg.
gasing ini hanya terdapat di Kelantan
dan hanya dimainkan oleh segelintir
orang sahaja kerana harganya yang
mahal. Selain itu, ia juga mampu
berpusing dengan lebih lama.

Gasing pangkah ini sangat t
erkenal di
negeri Terengganu, Pahang, kedah,

Selangor, Johor dan Kelantan. Gasing ini
berbentuk seperti buah perepat dan hanya
digunakan untuk memangkah gasing pihak

CARA-CARA GASING
DIMAINKAN

1.MELILIT TALI

2.MELILIT GASING

3. MEMUSING

GASING

4.MEMANGKAH
GASING

5. MENGANGKAT

GASING

CARA-CARA GASING
DIMAINKAN

1.MELILIT TALI

1.Melilit tali
Langkah pertama ialah
melilit tali. Pada mulanya, tali
gasing harus diikat ketat
supaya berpusing dengan
lebih pantas. Tali boleh dililit
pada lengan atau dililit pada

jari kelingking.

2.MELILIT GASING

Selepas itu, melilit gasing pada bahagian
leher gasing. Terdapat dua cara untuk melilit

gasing ini. Cara pertama ialah melilit pada
bahagian lengan dan seterusnya lilit pada
gasing dan cara kedua ialah melilit tali pada

pokok dan seterusnya lilit pada gasing.



3. MEMUSING GASING

Selepas itu boleh memulakan memusing gasing
tersebut. Terdapat dua gaya permainan iaitu secara
pusingan sorang tarik atau pusingan sentap. Dalam
gaya permainan pusingan sorong tarik, gasing perlu
sentiasa berada dalam keadaan mengiring. Pemain

perlu lihat depan dan badan pemain harus
dibengkokkan sehingga mencapai kira 45 darjah supaya
gasing dapat ditegakkan dalam keadaan ini. Bagi gaya

pusingan secara sentap, gasing dapat menghasilkan
pusingan yang pantas. Dalam gaya ini, pemain akan
berdiri tegak, pemain tangan akan mengambil gasing
menghala ke udara. Dari paras lengan tangan kira-kira

30 darjah. Gasing akan diayunkan, pemain akan
menyentap sedikit tali supaya gasing akan lebih cepat

dan berupaya berpusing dengan lebih lama.

4.MEMANGKAH
GASING

4.Memangkah gasing
Pemain perlu memangkah gasing
pemain lawan semasa bermain. Oleh
itu, untuk membuat gasing berpusing
lebih lama dan menghasilkan uri

yang pantas, permain harus
menumpukan perhatian sepenuhnya

mengenai sasaran.



5. MENGANGKAT


GASING

5.Mengangkat gasing

Langkah terakhir adalah mengangkat gasing.
Gasing yang masih berpusing akan diangkat.
Perbuatan tersebut adalah untuk memberi
gasing tersebut berpusing dengan lebih lama.
Pemain perlu memastikan gasing itu masih
berpusing ketika diangkat. Sebelum itu, pemain
perlu menentukan liuk gasing yang merupakan
pusingan terendah bahagian patak dengan
bumi. Selepas itu, barulah menggunakan tali

dan cokok untuk mengangkatnya.

CARA PEMBUATAN GASING DALAM KALANGAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA.

1)Memilih kayu

Proses pemilihan kayu merupakan proses paling penting kerana jenis
kayu menentukan kualiti sesebuah gasing terutamanya gasing

penghidang. Gasing penghidang perlulah diperbuat daripada kayu
yang berkualiti tinggi agar tidak mudah pecah apabila dipangkah.
Kayu yang dipilih untuk membuat gasing haruslah kayu yang keras.
Antaranya kayu tualang, keranji, merbau dan bakau. Kayu-kayu ini

mempunyai struktur yang keras dan tahan lama.




2) Membuang kulit kayu
Kayu yang telah dipilih haruslah dibuang kulit terlebih
dahulu. Proses pembuangan kulit kayu ini perlu dibuat
bagi memudahkan proses seterusnya. Pembuangan kulit

kayu ini dilakukan dengan menggunakan parang.

3)Melarik bongkah kayu
Proses melarik ini dilakukan untuk membentuk gasing. Bongkah kayu
tadi dipasang pada mesin untuk dilarik. Larikan mula dibuat mengikut
bentuk gasing yang dimahukan berdasarkan pola yang telah dibuat.

Proses larikan mengambil masa yang agak lama kerana proses
merupakan proses yang agak sulit untuk menghasilkan gasing yang

stabil.




4)Proses kekemasan
Setelah proses larikan dibuat,gasing mula terbentuk. Kekemasan mula
dibuat dengan melicinkan permukaan gasing. Proses pelicinan permukaan
gasing ini dibuat dengan menggunakan kertas las. Setelah permukaan
gasing telah licin, proses mengecat pula diteruskan dengan pelbagai warna
mengikut cita rasa. Proses mengecat dilakukan agar gasing kelihatan lebih

cantik dan menarik.



5)Proses menanam paku
Paku ditanam di bahagian patak gasing yang berfungsi sebagai mata gasing.
Paku ini juga dikenali sebagai paksi. Patak gasing ditebuk dengan drill terlebih
dahulu agar gasing tidak pecah ketika paku diketuk masuk. “Balancing” dibuat

dengan cara memutar gasing di atas papan untuk menentukan kestabilan
gasing yang dibuat.Paksi yang stabil penting supaya gasing berputar dengan

lebih lama dan tidak mudah tumbang.

PENUTUP

Dapat disimpulkan disini bahawa, permainan tradisional semakin
dilupakan oleh generasi sekarang dan telah digantikan dengan gajet
elektronik. Permainan gasing merupakan satu permainan yang
menyeronokkan selain kita dapat mengetahui cara bermain kita juga
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat.
Selain itu, bukan sahaja gasing, malah permainan tradisional yang lain
juga perlu diperkenalkan kepada generasi sekarang supaya permainan
tradisional ini tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Sebagai
contoh, permainan congkak, wau, konda-kondi, batu seremban, tarik
nipah dan sebagainya. Seterusnya, dengan kajian yang telah dijalankan
ini, kami juga dapat mengetahui tentang jenis-jenis gasing yang
terdapat di Malaysia ini. gasing juga mempunyai cara main yang
berbeza disamping jenis-jenis gasing yang ada. Gasing juga memberi
banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya ialah boleh
meningkatkan Kerjasama antara kumpulan, belajar menerima
kekalahan dan sebagainya. Sejujurnya, permainan gasing seperti gasing
plastik juga telah dikenali semenjak adanya teknologi moden ini. Hal ini
untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk membeli gasing tersebut
dan gasing tersebut dikenali sebagai Beyblade. Gasing ini dimainkan
dengan tidak menggunakan tali biasa malah ia menggunakan tali
pelancar yang diperbuat daripada plastik. Tali tersebut akan
dimasukkan ke dalam lubang yang terdapat di piring Beyblade.
Kesimpulannya, walaupun permainan tradisional tersebut telah
dimodenkan, kita juga tidak boleh melupakan permainan tradisional
yang asalnya dahulu.

RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2006. Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan Malaysia. Asal usul perkataan gasing.
https://artofgasing.weebly.com/jenis.html

Che Rahmat Bin Jihad, cara bermain gasing. Dicapai pada Disember 2012.
https://umatislam91.weebly.com/index.html

Che Rahmat Bin Jihad, jenis-jenis gasing. Dicapai pada Disember 2012.
https://umatislam91.weebly.com/index.html

Che Rahmat bin Jihad, Sejarah dan Latar Belakang Gasing. Dicapai pada Disember
2012.

https://umatislam91.weebly.com/index.html

Wartawan BH, Norashikin Leman, permainan gasing perlu disemarakkan. BH Online.
22 September 2016.

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/09/194931/permainan-
gasing- perlu- disemarakkan

Ahmad Nizam, jenis-jenis dan cara bermain gasing. Dijalankan secara atas talian
pada tarikh 3 Disember 2022. (Temubual)

Kamus Educalingo, Maksud Masyarakat. Dicapai pada Disember 2022.
https://educalingo.com/ms/dic-ms/masyarakat

Wartawan Media Permata, Soon Li Wei. Semarakkan Kembali permainan tradisional
gasing. Media Permata Online. 14 Januari 2022.

https://mediapermata.com.bn/semarakkan-kembali-permainan-tradisional-
gasing/

Wartawan Suara Sarawak, Osman Razali. Gasing ganti telefon pintar. Suara Sarawak
Online. 2 September 2020.

https://suarasarawak.my/2020/09/gasing-ganti-telefon-pintar/


Click to View FlipBook Version