The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisuhaida9200, 2021-06-17 10:53:02

kajian tindakan HUKUM INDEKS-converted

kajian tindakan HUKUM INDEKS-converted

KAJIAN TINDAKAN : HUKUM INDEKS : KAEDAH CERAP
BINTANG (CR)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB
KOTA BHARU, KELANTAN

Tel – 097418643 Faks – 097418645

TAJUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MINAT MURID DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 DENGAN

MENGGUNAKAN
KAEDAH CERAP BINTANG (CR) HUKUM INDEKS

DISEDIAKAN OLEH
SITI SUHAIDA BT JAMALUDIN

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat
3
1 Abstrak 3
4
2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 4
4
3 Fokus kajian 8
9
4 Kumpulan Sasaran 9

5 Pelaksanaan Kajian

6 Refleksi Kajian

7 Cadangan Kajian seterusnya

8 Bibliografi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MINAT MURID DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 DENGAN

MENGGUNAKAN
KAEDAH CERAP BINTANG (CR) HUKUM INDEKS

OLEH:
SITI SUHAIDA BT JAMALUDIN

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar terhadap
penyelesaian masalah dalam Matematik Tambahan. Seramai 10 orang murid dalam
Tingkatan 4 Taqwa dan seorang guru terlibat secara langsung dalam kajian ini.
Tinjauan awal yang melibatkan temubual, semakan kerja latihan dan keputusan
peperiksaan PKBS 1 tahun Tingkatan 5 Taqwa menunjukkan murid tidak dapat
menguasai konsep dan penggunaan dalam topik Hukum Indeks Matematik
Tambahan dengan tepat. Masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat menjelaskan
hubung kait antara konsep dan formula dalam penyelesaian masalah yang berkaitan.
Satu kaedah Cerap Bintang dinyatakan Hukum Indeks serta contoh penyelesaian
mudah ditugaskan kepada setiap murid mengikut soalan yang diberikan diikuti dengan
sesi pengukuhan dan perbincangan dengan murid. Kajian diselesaikan dalam tempoh
4 minggu. Kemudian satu ujian pos dijalankan dan keputusan menunjukkan lebih 50%
murid dapat menjawab soalan dangan lebih baik dan prestasi semakin meningkat.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam keputusan Peperiksaan Akhir tahun Tingkatan 5 Jujur dan peratus kelulusan
matematik tambahan ialah 9.10 %. Saya merasa amat kecewa, marah, sedih serta rasa bersalah
kerana saya mengajar murid ini semenjak Tingkatan 4 lagi untuk Matematik Tambahan.
Semasa pengajaran dan pembelajaran saya telah berusaha mengajar sebaik mungkin,
menyediakan modul saya sendiri, memberi pendedahan format peperiksaan SPM dan memberi
pinjaman pelbagai buku rujukan dan modul soalan SPM dari JPNT. Saya juga telah memaksa
murid membuat pembetulan semua soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun iaitu kertas 2 dan
memperbanyakkan kerja rumah dengan harapan murid dapat membaiki kelemahan masing-
masing. Namun menghampakan saya. Daripada pemerhatian dan analisis yang dibuat
kelemahan murid ialah tidak dapat mengaitkan Hukum dengan persoalan yang hendak
diselesaikan, tidak memahami konsep, kurang bertanya guru serta tidak tahu apa kehendak
soalan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid terhadap
Matematik Tambahan termasuk formula, konsep dan penyelesaian soalan dengan
menggunakan kaedah Cerap Bintang. Tajuk yang dipilih ialah penggunaan semua Hukum-
hukum Indeks. Tajuk ini merupakan tajuk yang memberikan kesan kepada kertas . Murid perlu
menggunakan konsep dan formula dalam bab ini. Konsep dan applikasi Hukum Indeks untuk
mencerap menyebabkan murid keliru dan susah untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu,
kajian ini dapat membantu murid untuk menjawab soalan Hukum Indeks dengan baik dan
mereka dapat memberikan kaedah penyelesaian dengan tepat dan betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Matematik
Tambahan dalam Peperiksaan SPM.

3.2 Objektif khas
3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid mengingati konsep dan applikasi Hukum
Indeks

3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan Hukum Indeks dan
konsep untuk menjawab soalan kertas 1 dan 2.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tingkatan 5 Taqwa yang terdiri daripada
semua orang murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Analisis Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian
Dari hasil pemerhatian latihan murid dan ujian sebelum ini, didapati murid kurang keyakinan
untuk menggunakan Hukum untuk mencerap yang telah diberikan untuk menyelesaikan kes
Indeks. Ini menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan soalan terutama soalan kertas
1 dengan baik.

5.1.2 Soal Selidik

Sesi temubual dibuat dengan murid untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu
menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan murid menyatakan mereka tidak ada keyakinan
dalam mengaplikasikan Hukum Indeks dalam Matematik Tambahan. Setelah meneliti
markah Peperiksaan PKBS 2 Tingkatan 5 yang dibuat didapati ramai murid amat lemah
menjawab soalan dan seterusnya satu ujian pra dilakukan untuk menentukan tahap
pemahaman murid.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah

Markah Bilangan Pelajar Peratus
0 0
50 - 60 0 0
40 – 49 0 0
30 – 39 0 0
20 – 29 0 0
10 – 19 10
0–9 100

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

LANGKAH 1

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 3
orang murid. Setiap kumpulan diberikan soalan Hukum Indeks dan setiap kumpulan dilantik
ketuanya. Ketua kumpulan akan berbincang supaya ahlinya membuat Hukum Berbeza dan
Cerap contoh penyelesaian mudah .Guru menerangkan bagaimana ketua kumpulan bertindak
langkah seterusnya

Kumpulan 1 : Menggunakan Hukum Darab

Kumpulan 2 : Menggunakan Hukum Bahagi

Kumpulan 3 : Hukum Kuasa

Kumpulan 4 : Contoh penyelesaian masalah Hukum Indeks

LANGKAH 2

Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan dengan ahli masing-masing
untuk menulis Hukumyang digunakan, hukum dan contoh penyelesaian yang berbeza antara
satu sama lain. Agihan tajuk diberikan oleh ketua kumpulan. Setiap kumpulan perlu menulis
satu sentuhan formula, satu sentuhan konsep dan satu sentuhan contoh penyelesaian soalan.

LANGKAH 3

Cerap Bintang dianggapkan oleh setiap murid untuk menulis Hukum yang sesuai
dengan kehendak soalan , formula dan contoh mengikut kreativiti masing-masing supaya
jelas dan menarik. Murid diberi masa 1 minggu untuk menyiapkannya.

LANGKAH 4

Apabila setiap kumpulan telah siap menyelesaikan soalan tersebut. Mereka akan
saling mengingati Hukum-hukum ini umpama seperti Mencerap Bintang. Guru sentiasa
memantau perkembangan ini.

Pemerhatian : Murid dapat mengingati Hukum Indeks dan mengingati kaedah penyelesaian
yang dipakai dan ia berkesan untuk menjawab soalan.

5.4 DAPATAN AKTIVITI ( POST TEST )- UJIAN TOV

Setelah aktiviti di atas dijalankan, satu ujian pos telah dijalankan untuk menilai
kefahaman pelajar. Berikut adalah keputusan yang diperolehi : -

Pencapaian Post Test atau Pencapaian Ujian Tov

NAMA PELAJAR TOV POST
5 60
1 J ALYAA NATASHA BINTI AZHAR 9 70
2 J NIK NUR AIDA BINTI AMINUDDIN 3 80
3 J NUR AIN NAZIRAH BINTI MOHD ROSNI 5 90
4 J NUR ATHIRAH AMANI BINTI AZMANI
8 70
NUR FATIHAH AQILAH BINTI MOHAMMAD 9 90
8 80
5 J FADZLI 7 89
6 J NUR NISRINA BINTI ABDUL RAHMAN 8 79
7 J NUR SYUKRIYAH BINTI KAMARUDIN 10 95
8 J NURUL AIMAN BALQIS BINTI NORAZIZAN
9 j NUR SYAZWANI SYAHIRA BT ABDUL AZIZ
10 J NURUL NAJIHAH BT AZIZ

Jadual : Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Selepas Treatment mengikut Markah

Markah Ujian Pra Peratusan Ujian Akhir Peratusan
80 - 90 Bilangan - Bilangan 5.71
70 - 79 - 2 2.86
60 - 69 - - 1 2.86
50 - 59 - 1 11.43
40 - 49 - 2.86 4 22.86
30 - 39 1 2.86 8 20.00
20 - 29 1 11.43 7 11.43
10 - 19 4 31.43 4 20.11
0-9 11 42.86 7 2.86
10 8.57 1
3

6.0 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian selepas treatment menunjukkan ada
peningkatan. Terdapat 2 orang murid mendapat markah terbaik (80 - 89). Kaedah ‘CERAP
BINTANG’ banyak membantu murid untuk cepat memahami dan mengingati konsep dan
formula yang mana ini membantu murid semasa menjawab soalan Matematik Tambahan
kertas 1 dan kertas 2 dalam peperiksaan SPM terutamanya dalam tajuk Fungsi
Trigonometri. Kaedah ini juga menjadikan menambahkan keakraban sesama
murid. Saya berasa sangat gembira kerana pencapaian murid telah meningkat dan PdPc
juga telah berjalan dengan lebih seronok dan berkesan.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Oleh kerana kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan tahap penguasaan dan
pemahaman pelajar, maka saya akan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran tajuk yang
lain.

BIBLIOGRAFI

1. Mok Soon Sang, Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd 2009

2. Contoh-contoh Kajian Tindakan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu.


Click to View FlipBook Version