KAJIAN TINDAKAN : KAEDAH ’TOUCH N GO’ FUNGSI
TRIGONOMETRI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB
KOTA BHARU, KELANTAN
Tel – 097418643 Faks – 097418645
TAJUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MINAT MURID DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 DENGAN
MENGGUNAKAN
KAEDAH ’TOUCH N GO’ LAKARAN GRAF FUNGSI
TRIGONOMETRI
DISEDIAKAN OLEH
SITI SUHAIDA BT JAMALUDIN
Isi Kandungan
Tajuk Muka Surat
3
1 Abstrak 3
4
2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 4
4
3 Fokus kajian 8
9
4 Kumpulan Sasaran 9
5 Pelaksanaan Kajian
6 Refleksi Kajian
7 Cadangan Kajian seterusnya
8 Bibliografi
MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MURID DALAM PEMBELAJARAN
MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH ’TOUCH N GO’ FUNGSI TRIGONOMETRI
OLEH:
SITI SUHAIDA BT JAMALUDIN
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar terhadap
penyelesaian masalah dalam Matematik Tambahan. Seramai 10 orang murid dalam
Tingkatan 5 Jujur dan seorang guru terlibat secara langsung dalam kajian ini.
Tinjauan awal yang melibatkan temubual, semakan kerja latihan dan keputusan
peperiksaan PKBS 1 tahun Tingkatan 5 Jujur menunjukkan murid tidak dapat
mengingati dan menguasai konsep dan formula dalam topik Fungsi Trigonometri
Matematik Tambahan dengan tepat. Masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat
menjelaskan hubung kait antara konsep dan formula dalam penyelesaian masalah yang
berkaitan. Satu kaedah kad berasaskan `Touch n Go’ dinyatakan formula serta contoh
penyelesaian mudah ditugaskan kepada setiap murid mengikut soalan yang diberikan
diikuti dengan sesi pengukuhan dan perbincangan dengan murid. Kajian diselesaikan
dalam tempoh 4 minggu. Kemudian satu ujian pos dijalankan dan keputusan
menunjukkan lebih 50% murid dapat menjawab soalan dangan lebih baik dan prestasi
semakin meningkat.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Dalam keputusan Peperiksaan Akhir tahun Tingkatan 5 Jujur dan peratus kelulusan
matematik tambahan ialah 9.10 %. Saya merasa amat kecewa, marah, sedih serta rasa bersalah
kerana saya mengajar murid ini semenjak Tingkatan 4 lagi untuk Matematik Tambahan.
Semasa pengajaran dan pembelajaran saya telah berusaha mengajar sebaik mungkin,
menyediakan modul saya sendiri, memberi pendedahan format peperiksaan SPM dan memberi
pinjaman pelbagai buku rujukan dan modul soalan SPM dari JPNT. Saya juga telah memaksa
murid membuat pembetulan semua soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun iaitu kertas 2 dan
memperbanyakkan kerja rumah dengan harapan murid dapat membaiki kelemahan masing-
masing. Namun menghampakan saya. Daripada pemerhatian dan analisis yang dibuat
kelemahan murid ialah tidak mengingati formula, tidak memahami konsep, kurang bertanya
guru serta tidak tahu apa kehendak soalan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid terhadap
Matematik Tambahan termasuk formula, konsep dan penyelesaian soalan dengan
menggunakan kaedah kad. Tajuk yang dipilih ialah lakaran graf Fungsi Trigonometri. Tajuk
ini merupakan tajuk yang amat penting dalam kertas 1 dan kertas 2. Murid perlu menggunakan
konsep dan formula dalam bab ini dan melakarkan graf. Konsep dan applikasi persamaan
serentak secara kaedah gantian wajib digunakan menyebabkan murid keliru dan sukar
melakarkan graf. Oleh itu, kajian ini dapat membantu murid untuk menjawab soalan Fungsi
Trigonometri Matematik Tambahan dengan baik dan mereka dapat memberikan kaedah
penyelesaian dengan tepat dan betul.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Matematik
Tambahan dalam Peperiksaan SPM.
3.2 Objektif khas
3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid mengingati konsep dan applikasi Fungsi
Trigonometri
3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan formula dan konsep
untuk menjawab soalan kertas 1 dan 2.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tingkatan 5 Jujur yang terdiri daripada semua
orang murid perempuan.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Analisis Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
Dari hasil pemerhatian latihan murid dan ujian sebelum ini, didapati murid kurang keyakinan
untuk menggunakan rumus yang telah diberikan untuk menyelesaikan kes Fungsi
Trigonometri. Ini menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan soalan terutama soalan
kertas 2 dengan baik.
5.1.2 Soal Selidik
Sesi temubual dibuat dengan murid untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu
menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan murid menyatakan mereka tidak ada keyakinan
dalam mengaplikasikan rumus Trigonometri dalam Matematik Tambahan. Setelah meneliti
markah Peperiksaan PKBS 2 Tingkatan 5 yang dibuat didapati ramai murid amat lemah
menjawab soalan dan seterusnya satu ujian pra dilakukan untuk menentukan tahap
pemahaman murid.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah
Markah Bilangan Pelajar Peratus
0 0
50 - 60 0 0
40 – 49 0 0
30 – 39 0 0
20 – 29 0 0
10 – 19 10
0–9 100
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
LANGKAH 1
Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 3
orang murid. Setiap kumpulan diberikan soalan Fungsi Trigonometri dan setiap kumpulan
dilantik ketuanya. Ketua kumpulan akan berbincang supaya ahlinya membuat sentuhan
konsep ,sentuhan formula berbeza dan TOUCH contoh penyelesaian mudah .Guru
menerangkan bagaimana ketua kumpulan bertindak langkah seterusnya
Kumpulan 1 : Menggunakan Rumus Identiti
Kumpulan 2 : Menggunakan Rumus Sudut Berganda
Kumpulan 3 : Melakarkan Graf
Kumpulan 4 : Contoh penyelesaian Graf Fungsi Trigonometri
LANGKAH 2
Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan dengan ahli masing-masing
untuk menulis rumus yang digunakan, formula dan contoh penyelesaian yang berbeza antara
satu sama lain. Agihan tajuk diberikan oleh ketua kumpulan. Setiap kumpulan perlu menulis
satu sentuhan formula, satu sentuhan konsep dan satu sentuhan contoh penyelesaian soalan.
LANGKAH 3
Kad touch n go disediakan kepada setiap murid untuk menulis rumus yang sesuai
dengan kehendak soalan , formula dan contoh mengikut kreativiti masing-masing supaya
jelas dan menarik. Kad touch n go disediakan untuk meletakkan maklumat tersebut. Murid
diberi masa 1 minggu untuk menyiapkannya.
LANGKAH 4
Apabila kad touch n go bagi setiap kumpulan telah siap kad tersebut ditampal
pada kereta di parking lot selama-lamanya. Mereka akan saling mengingati matlumat-
maklumat pada kad touch n go yang berada di parking lot. Guru sentiasa memantau
perkembangan ini.
Pemerhatian : Murid dapat mengingati konsep, formula dan mengingati kaedah penyelesaian
yang dipakai dan ia berkesan untuk menjawab soalan.
5.4 DAPATAN AKTIVITI ( POST TEST )- UJIAN TOV
Setelah aktiviti di atas dijalankan, satu ujian pos telah dijalankan untuk menilai
kefahaman pelajar. Berikut adalah keputusan yang diperolehi : -
Pencapaian Post Test atau Pencapaian Ujian Tov
NAMA PELAJAR TOV POST
5 60
1 J ALYAA NATASHA BINTI AZHAR 9 70
2 J NIK NUR AIDA BINTI AMINUDDIN 3 80
3 J NUR AIN NAZIRAH BINTI MOHD ROSNI 5 90
4 J NUR ATHIRAH AMANI BINTI AZMANI
8 70
NUR FATIHAH AQILAH BINTI MOHAMMAD 9 90
8 80
5 J FADZLI 7 89
6 J NUR NISRINA BINTI ABDUL RAHMAN 8 79
7 J NUR SYUKRIYAH BINTI KAMARUDIN 10 95
8 J NURUL AIMAN BALQIS BINTI NORAZIZAN
9 j NUR SYAZWANI SYAHIRA BT ABDUL AZIZ
10 J NURUL NAJIHAH BT AZIZ
Jadual : Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Selepas Treatment mengikut Markah
Markah Ujian Pra Peratusan Ujian Akhir Peratusan
80 - 90 Bilangan - Bilangan 5.71
70 - 79 - 2 2.86
60 - 69 - - 1 2.86
50 - 59 - 1 11.43
40 - 49 - 2.86 4 22.86
30 - 39 1 2.86 8 20.00
20 - 29 1 11.43 7 11.43
10 - 19 4 31.43 4 20.11
0-9 11 42.86 7 2.86
10 8.57 1
3
6.0 REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian selepas treatment menunjukkan ada
peningkatan. Terdapat 2 orang murid mendapat markah terbaik (80 - 89). Kaedah ‘TOUCH
N GO’ banyak membantu murid untuk cepat memahami dan mengingati konsep dan formula
yang mana ini membantu murid semasa menjawab soalan Matematik Tambahan kertas 1 dan
kertas 2 dalam peperiksaan SPM terutamanya dalam tajuk Fungsi Trigonometri. Kaedah kad
juga menjadikan menambahkan keakraban sesama pelajar. Saya berasa sangat gembira
kerana pencapaian pelajar telah meningkat dan PdPc juga telah berjalan dengan lebih
seronok dan berkesan.
7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Oleh kerana kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan tahap penguasaan dan
pemahaman pelajar, maka saya akan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran tajuk yang
lain.
BIBLIOGRAFI
1. Mok Soon Sang, Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd 2009
2. Contoh-contoh Kajian Tindakan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu.
LAMPIRAN
KAD TOUCH N GO
KAD TOUCH N GO 2
PARKING LOT