The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisuhaida9200, 2021-08-10 05:16:12

kajian tindakan SUKATAN MEMBULAT-converted

KAJIAN TINDAKAN : SUKATAN MEMBULAT : KAEDAH
LUKIS BARU JAWAB (LBJ)




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB
KOTA BHARU, KELANTAN
Tel – 097418643 Faks – 097418645


























TAJUK


MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MINAT MURID DALAM

PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH

LUKIS BARU JAWAB (LBJ) SUKATAN MEMBULAT



DISEDIAKAN OLEH
SITI SUHAIDA BT JAMALUDIN














1

Isi Kandungan


Tajuk Muka Surat

1 Abstrak 3



2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 3



3 Fokus kajian 4

4
4 Kumpulan Sasaran

4
5 Pelaksanaan Kajian

8
6 Refleksi Kajian

9
7 Cadangan Kajian seterusnya


8 Bibliografi 9





















MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MINAT MURID DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 DENGAN

MENGGUNAKAN
LUKIS BARU JAWAB (LBJ) SUKATAN MEMBULAT


2

OLEH:
SITI SUHAIDA BT JAMALUDIN



ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid terhadap
penyelesaian masalah dalam Matematik Tambahan. Seramai 10 orang murid dalam
Tingkatan 5 Taqwa dan seorang guru terlibat secara langsung dalam kajian ini.
Tinjauan awal yang melibatkan temubual, semakan kerja latihan dan keputusan
peperiksaan PKBS 1 tahun Tingkatan 5 Taqwa menunjukkan murid tidak dapat
menguasai konsep dan penggunaan dalam topik Sukatan Membulat Matematik
Tambahan dengan tepat. Masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat menjelaskan
hubung kait antara konsep dan formula dalam penyelesaian masalah yang berkaitan.
Satu kaedah Lukis baru Jawab dinyatakan dalam tajuk Sukatan Membulat serta contoh
penyelesaian mudah ditugaskan kepada setiap murid mengikut soalan yang diberikan
diikuti dengan sesi pengukuhan dan perbincangan dengan murid. Kajian diselesaikan
dalam tempoh 4 minggu. Kemudian satu ujian pos dijalankan dan keputusan
menunjukkan lebih 100% murid dapat menjawab soalan dangan lebih baik dan prestasi
semakin meningkat.



1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam keputusan Peperiksaan PKBS 1, Tingkatan 5 Taqwa dan peratus kelulusan
matematik tambahan ialah 9.10 %. Saya merasa amat kecewa, marah, sedih serta rasa bersalah
kerana saya mengajar murid ini semenjak awal Tingkatan 5 lagi untuk Matematik Tambahan.
Semasa pengajaran dan pembelajaran saya telah berusaha mengajar sebaik mungkin,
menyediakan modul saya sendiri, memberi pendedahan format peperiksaan SPM dan memberi
pinjaman pelbagai buku rujukan dan modul soalan SPM dari JPNT. Saya juga telah memaksa
murid membuat pembetulan semua soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 iaitu
kertas 2 dan memperbanyakkan kerja rumah dengan harapan murid dapat membaiki kelemahan
masing-masing. Namun menghampakan saya. Daripada pemerhatian dan analisis yang dibuat
kelemahan murid ialah tidak dapat memahami tentang rajah yang dipersoalkan dan bagaimana
hendak diselesaikan, tidak memahami konsep, kurang bertanya guru serta tidak tahu apa
kehendak soalan.





3

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid terhadap
Matematik Tambahan termasuk formula, konsep dan penyelesaian soalan dengan
menggunakan kaedah Lukis Baru jawab. Tajuk yang dipilih ialah penggunaan formula dalam
Sukatan membulat. Tajuk ini merupakan tajuk yang memberikan kesan kepada kertas 1 dan 2.
Murid perlu menggunakan konsep dan formula dalam bab ini. Konsep dan applikasi formula
Sukatan Membulat untuk mencerap menyebabkan murid keliru dan susah untuk menyelesaikan
masalah ini. Oleh itu, kajian ini dapat membantu murid untuk menjawab soalan Hukum Surd
dengan baik dan mereka dapat memberikan kaedah penyelesaian dengan tepat dan betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Matematik
Tambahan dalam Peperiksaan SPM.

3.2 Objektif khas
3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid mengingati konsep dan applikasi dalam
Sukatan Membulat.


3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan formula-formula di
dalam Sukatan Membulat untuk menjawab soalan kertas 1 dan 2.


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tingkatan 5 Taqwa yang terdiri daripada
semua orang murid perempuan.


5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Analisis Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian
Dari hasil pemerhatian latihan murid dan ujian sebelum ini, didapati murid kurang keyakinan
untuk menyelesaikan soalan Sukatan Membulat terhadap persoalan yang diajukan telah
diberikan untuk menyelesaikan kes Suktan Membulat. Ini menyebabkan murid tidak dapat
menyelesaikan soalan terutama soalan kertas 2 dengan baik.


4

5.1.2 Soal Selidik
Sesi temubual dibuat dengan murid untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu
menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan murid menyatakan mereka tidak ada keyakinan
dalam mengaplikasikan formula Sukatan Membulat dalam Matematik Tambahan. Setelah
meneliti markah Peperiksaan PKBS 1 Tingkatan 5 yang dibuat didapati ramai murid amat
lemah menjawab soalan dan seterusnya satu ujian pra dilakukan untuk menentukan tahap
pemahaman murid.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah

Markah Bilangan Pelajar Peratus
50 - 60 0 0
40 – 49 0 0
30 – 39 0 0
20 – 29 0 0
10 – 19 0 0
0 – 9 10 100












KESILAPAN YANG SERING DIBUAT SEBELUM
KAJIAN TINDAKAN














5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

LANGKAH 1

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 3
orang murid. Setiap kumpulan diberikan soalan Sukatan Membulat dan setiap kumpulan
dilantik ketuanya. Ketua kumpulan akan berbincang supaya ahlinya menyelesaikan dengan
masalah yang berbeza dengan menggunakan kaedah Lukis Baru Jawab contoh penyelesaian
mudah .Guru menerangkan bagaimana ketua kumpulan bertindak langkah seterusnya


5

Kumpulan 1 : Menggunakan memahami soalan

Kumpulan 2 : Menggunakan Kaedah Lukis Baru Jawab

Kumpulan 3 : Menyelesaikan soalan Panjang Lengkuk

Kumpulan 4 : Menyelesaikan soalan mencari luas


LANGKAH 2

Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan dengan ahli masing-masing
untuk melukis rajah dan contoh penyelesaian yang berbeza antara satu sama lain. Agihan
tajuk diberikan oleh ketua kumpulan. Setiap kumpulan perlu menulis satu sentuhan formula,
satu sentuhan konsep dan satu sentuhan contoh penyelesaian soalan.


LANGKAH 3

Kaedah Lukis Baru Jawab diberikan kepada setiap murid untuk menggunakan
formula yang sesuai dengan kehendak soalan , formula dan contoh mengikut kreativiti
masing-masing supaya jelas dan menarik. Murid diberi masa 1 minggu untuk
menyiapkannya.


LANGKAH 4

Apabila setiap kumpulan telah siap menyelesaikan soalan tersebut. Mereka akan
saling berkongsi menunjukkan jawapan dengan menggunakan kaedah Lukis Baru Jawab.
Guru sentiasa memantau perkembangan ini.

Pemerhatian : Murid dapat menyelesaikan masalah Sukatan Membulat dengan kaedah
penyelesaian yang dipakai dan ia berkesan untuk menjawab soalan.


5.4 DAPATAN AKTIVITI ( POST TEST )- UJIAN TOV

Setelah aktiviti di atas dijalankan, satu ujian pos telah dijalankan untuk menilai
kefahaman pelajar. Berikut adalah keputusan yang diperolehi : -


Pencapaian Post Test atau Pencapaian Ujian Tov




6

NAMA PELAJAR TOV POST
AUNI AMALIN BINTI AZIZ
1 T 5 70
FATIN NURARINA BINTI RAMLI
2 T 9 70
HUSNA YAMINI BINTI HAMZAH
3 T 3 70
INSYIRAH BINTI ABDULLAH
4 T 5 70
NIK MAISARAH ALISYA BINTI NIK MOHD
RIZAL
5 T 8 70
NIK NAYLI ZUKRINA BINTI NIK ROSDI
6 T 9 80
NUR AMIRAH ZULAIKHA BINTI MUZAFFAR
7 T 8 80
NUR DIANA SYAMIMI BINTI MOHAMED
SOHEIMAN
8 T 7 70
NUR SYAMIMI BINTI SUHAIMAN
9 T 8 60
NURMAISARAH FATIHAH BINTI MOHD
SARKAM
10 T 10 90


















































7

SETELAH MENGGUNAKAN KAJIAN TINDAKAN INI LUKIS BARU JAWAB RAMAI
MURID YANG BOLEH JAWAB SOALAN SUKATAN MEMBULAT



Jadual : Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Selepas Treatment mengikut Markah

Ujian Pra Ujian Akhir
Markah Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
80 - 90 - - 3 30
70 - 79 - - 6 60
60 - 69 - - 1 10
50 - 59 0 0 0 0



8

40 - 49 0 0 0 0
30 - 39 0 0 0 0
20 - 29 0 0 0 0
10 - 19 0 0 0 0
0 - 9 10 100 0 0






6.0 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian selepas treatment menunjukkan ada
peningkatan. Terdapat 3 orang murid mendapat markah terbaik (80 - 89). Kaedah ‘LUKIS
BARU JAWAB’ banyak membantu murid untuk cepat memahami dan mengingati konsep
dan formula yang mana ini membantu murid semasa menjawab soalan Matematik Tambahan
kertas 1 dan kertas 2 dalam peperiksaan SPM terutamanya dalam Sukatan Membulat.
Kaedah ini juga menambahkan keakraban sesama murid. Saya berasa sangat gembira kerana
pencapaian murid telah meningkat dan PdPc juga telah berjalan dengan lebih seronok dan
berkesan.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Oleh kerana kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan tahap penguasaan dan
pemahaman murid, maka saya akan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran tajuk yang
lain berkaitan dengan komponen geometri.



BIBLIOGRAFI



1. Mok Soon Sang, Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd 2009
2. Contoh-contoh Kajian Tindakan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu.















9


Click to View FlipBook Version