PROJEK
GALERI DI RAJA
DENGAN KERJASAMA
ALUMNI SEMENZA
1
1.0 RASIONAL
SMK Zainab mempunyai warisan bangunan tersendiri di mana sekolah ini mempunyai
kenangan simbolik di raja. Satu ketika dahulu sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar elit
yang berbakat dan berketerampilan salah seorang nya adalah Almarhumah Raja Perempuan
Zainab. (Sila rujuk lampiran 1)
Penghargaan dan pengikhtirafan dari pihak sekolah khususnya selaras dengan SMK
Zainab diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan
pihak sekolah menjaganya dengan baik. Bangunan bilik darjah lama ini telah dibina pada
tahun 1957 dan salah satu adalah Galeri Di Raja yang sedang dinaik taraf untuk mengekalkan
dan menjaga bahan-bahan peninggalan sejarah selaras dengan Akta 645 iaitu dapat
mengekalkan integriti dan keaslian bangunan/tapak warisan sekaligus memastikan tempoh
hayatnya dapat dipanjangkan. (sila rujuk lampiran)
2.0 MATLAMAT
Menghargai bangunan lama selaras dengan sejarah Tapak Warisan Negara.
3.0 OBJEKTIF
1. Memberikan peluang kepada murid mengenali dan mengapresiasi warisan Kesultanan
Kelantan di sekolah.
2. Meningkatkan motivasi diri murid dan guru di atas kejayaan mereka dahulu kala.
3. Galeri di Raja ini dijalankan selaras dengan usaha pemimpin negara untuk mengekalkan
warisan lama sekolah sebagai Tapak Warisan Negara.
4. Galeri di Raja ini dapat memenuhi kepada keperluan pencapaian kendiri
murid sebagaimana diperkatakan oleh Teori Keperluan Maslow.
Seterusnya dapat menyuntik mereka kepada sedar diri untuk kejayaan yang akan
datang.
5. Program ini diharapkan akan menjadi simbol komitmen warga SMK Zainab untuk
merealisasikan matlamat untuk melahirkan generasi yang mempunyai semangat
patriotik.
2
4.0 SASARAN
Semua orang yang terdiri daripada murid sekolah, guru, PIBG dan alumni SMK Zainab.
5.0 TARIKH, MASA, TEMPAT DAN AKTIVITI
Sedang dijalankan.
GALERI DI RAJA SMK ZAINAB
6.0 GALERI DI RAJA
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Siti Hawa Bt Muhamad (Pengetua)
Pengerusi Bersama : Prof. Dr Nik Maheran Bt Nik Muhamad (Presiden Alumni)
(PK
He
)
m
Timbalan Pengerusi : Wan Noridura bt Dato’ Wan Abd Rashid
Naib Pengerusi 1 : Suarani bt Arifin (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Shallelawate bt Dollah (PKKO)
Naib Pengerusi 3 : Che Mahani bt Che Ismail (PK Ting. 6)
Jawatankuasa Khas : Khadijah bt Junoh (GKB)
: Roslina bt Hassan (GKSM)
: Hj. Mohd Rosdi b Yaacob (GKSS)
: Azizun bt Zakaria (GKTV)
Setiausaha : Siti Suhaida bt Jamaludin (SU Ko & SU
Alumni)
: Tg Puteri bt Tengku Abdullah
Bendahari : Hartini bt Mat Yunus (CC @ Bendahari)
Perhubungan : Hazila Bt Hashim Bani (Alumni)
ni)
lum
(A
: Nik Safuanah bt Mohd Hashim
Sejarah : Norliza Bt Ismail (Sejarah)
Hiasan : Razila Mazlina bt Mohd Nor (Hiasan)
Hiasan : Ahmad Jafree bt Hussin (Hiasan)
3
7.0 BELANJAWAN GALERI DIRAJA
SUMBER KEWANGAN
BIL PERKARA RM
1 Sumbangan Tengku Anis 10 000.00
BELANJAWAN
BIL PERKARA RM
1 Ubahsuai tingkap 5 000.00
2 Aircond dan Ekzos Fan 2200.00
3 Cat 1000.00
4 Balut kerusi 200.00
5 Angkut almari kaca 200.00
6 Alat kelengkapan Galeri 2000.00
7 Langsir 5000.00
Jumlah 15600.00
Sumber 10000.00
Baki yang tidak mencukupi 5600.00
8.0 PENUTUP
Dengan adanya komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat adalah diharapkan
program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Segala input yang terkandung dalam Galeri Di
Raja ini diharapkan dapat meningkatkan tahap pencapaian kokurikulum kesemua peserta yang
terlibat dengan lebih tinggi lagi.
Disediakan Oleh,
(SITI SUHAIDA BT JAMALUDIN)
Setiausaha Kokurikulum
SMK Zainab
Disahkan Oleh,
(SITI HAWA BT MUHAMAD)
Pengetua
SMK Zainab
4
LAMPIRAN
KERTAS PROJEK
5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB
JALAN TELIPOT,
15150 KOTA BHARU,
KELANTAN DARULNAIM Tel : 609-741 8643
MALAYSIA Faks : 609-741 8645
Emel : deb1142@m
Ruj. Kami : SMKZ
Tarikh : 23 Februari 2021
Ke Majlis,
YMM Raja Perempuan
Tengku Anis bt Tengku Abdul Hamid
Istana Mahkota, Kubang Kerian
16150 Kota Bharu, Kelantan
Yang Maha Mulia,
MEMOHON PERALATAN UNTUK DIPAMERKAN DI DALAM GALERI DI RAJA
TENGKU ANIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah ingin melengkapkan Galeri Di Raja Tengku Anis
untuk merealisasikan sebagai sebuah Muzium Di Raja di SMK Zainab selaras dengan pengikhtirafan
Sekolah Menengah Zainab diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara..
3. Sukalah kiranya Yang Maha Mulia Raja sudi menyumbangkan alatan di raja sebagai salah satu
alat untuk dipamerkan dan dapat melengkapkan Galeri Di Raja tersebut
4. Atas kesudian dan kerjasama Yang Mulia Raja amat dihargai dan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
``PRIHATIN RAKYAT:DARURAT MEMERANGI COVID-19’’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(SITI HAWA BINTI MUHAMAD)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab,
s.k. Fail.
Sekolah Kluster Kecemerlangan
6