KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Aras 1, 2 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel. :03 88841002
62604 PUTRAJAYA Faks :03 88841034
MALAYSIA Laman Web :www.moe.gov.my
Rujukan Tuan: SMK.600-3/1/3 (5)
(
Rujukan Kami: KPM.600-12/1/1 Jld. 14 33 )
Tarikh : 17 September 2021
Puan Sharifah Nor Arinawati binti Long Ibrahim
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab
Jalan Telipot
15150 Kota Bharu
Kelantan
Puan,
MAKLUM BALAS PERMOHONAN PENGANJURAN PROGRAM DAN PENGLIBATAN
MURID BAGI MENYERTAI INTERNATIONAL E-MATHEMATICS GENIUS OPEN
COMPETITION SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada
pihak puan bertarikh 12 September 2021 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menerima dan meneliti permohonan penganjuran program di atas daripada pihak puan. Pihak
KPM mengalu-alukan inisiatif agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan dalam membantu
membangunkan aktiviti kokurikulum di negara ini.
3. Walau bagaimanapun, berikutan kesan penularan jangkitan Novel Coronavirus
(COVID-19) yang melanda seluruh dunia, penjarakan fizikal dan aktiviti berkumpulan secara
bersemuka merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam normal baharu. Ini
menyebabkan banyak program khususnya aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan
seperti kebiasaan.
4. Sehubungan dengan itu, pihak KPM mengambil maklum akan permohonan pihak
puan serta tiada halangan bagi penganjuran pertandingan International E-Mathematics
Genius Open Competition 2021 pada 16 Oktober 2021 sahaja. Surat maklum balas ini perlu
dibaca bersama Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.8/2009, Bil.5/2018 dan Surat Siaran
Pengurusan Kokurikulum Bil.2/2010 serta mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti
Sukan dan Kokurikulum KPM dan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan
oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perkara
yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti adalah seperti berikut:
4.1 pihak penganjur hendaklah mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada
pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
serta sekolah yang berkenaan;
...2/-
(
KPM.600-12/1/1 Jld. 14 33 )
4.2 semua murid terlibat hendaklah mendapat kebenaran dan persetujuan
daripada pengetua/guru besar sekolah yang terlibat bagi menyertai program
ini;
4.3 penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran
daripada ibu bapa/penjaga;
4.4 pihak penganjur adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan
penganjuran program daripada pihak-pihak berkaitan;
4.5 surat ini tidak boleh diguna pakai bagi maksud untuk mendapatkan sumbangan
serta tajaan daripada mana-mana pihak berkenaan;
4.6 penyertaan murid tidak mengganggu atau menjejaskan waktu pengajaran dan
pembelajaran (PdP)/Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)/
program/aktiviti sekolah;
4.7 pihak penganjur perlu mengemukakan draf poster/gegantung/hebahan
digital/sijil untuk semakan BSKK/(Bahagian Berkaitan) sebelum diedarkan;
4.8 pihak penganjur hendaklah memberikan maklumat program kepada pihak
sekolah supaya boleh dimaklumkan kepada murid yang terlibat;
4.9 sekiranya sekolah yang dijemput mempunyai program pada hari cuti hujung
minggu, pihak penganjur perlu memberikan laluan murid yang terlibat untuk
mengikuti program sekolah;
4.10 tiada implikasi kewangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah
dan murid yang terlibat. (SPI Bil.5/2018)
4.11 pihak penganjur hendaklah bertanggungjawab menanggung semua kos
penganjuran program atau aktiviti yang dianjurkan termasuk pengangkutan,
makan dan minum; melainkan mendapat pertimbangan khas daripada
Pendaftar;
4.12 penggunaan logo KPM tanpa kelulusan adalah tidak dibenarkan. Pihak
penganjur perlu mengemukakan permohonan penggunaan logo KPM berserta
dokumen lengkap kepada Unit Komunikasi Korporat selepas mendapatkan
maklum balas permohonan penganjuran program ini;
4.13 pihak penganjur dimohon memastikan agar penerapan amalan nilai murni dapat
dijadikan sebagai salah satu perkara yang wajib dilaksanakan
sebelum/semasa/selepas program berlangsung bagi mendokong elemen tadbir
urus insan (Human Governance) dalam kalangan murid sekolah di bawah KPM
(seperti pemupukan integriti, bersikap jujur, amanah, hormat antara satu sama
lain, sifat jati diri terpuji, beretika, bertimbang rasa, adab yang baik dan lain-lain)
4.14 bagi tujuan pengiktirafan program, pihak penganjur perlu mengemukakan
satu salinan laporan program yang dijalankan (format seperti di Lampiran
A) kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM tidak lebih
dari 30 hari selepas tamat program;
-2-
KPM.600-12/1/1 Jld. 14 33 )
(
4.15 pihak penganjur adalah dimohon untuk mengemukakan Surat Setuju Terima
(seperti di Lampiran B) kepada pihak BSKK dalam tempoh 14 hari selepas
menerima surat maklum balas permohonan bagi mengesahkan persetujuan
untuk melaksanakan program; dan
4.16 KPM berhak menarik balik surat penganjuran program ini sekiranya pihak
penganjur gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan atau
bercanggah dengan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa. Sebarang
ketidakakuran akan memberikan kesan kepada permohonan agensi pada
masa akan datang.
5. Maklum balas penganjuran program ini hanya untuk Sekolah Menengah
Kebangsaan Zainab, Kelantan yang akan menganjurkan pertandingan International
E-Mathematics Genius Open Competition 2021 pada 16 Oktober 2021. Sebarang
kebenaran program baharu hendaklah dikemukakan kepada pihak Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, KPM.
6. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak puan boleh menghubungi
En. Muhammad Sanjay Bin Paramarie di talian 03-88841017 atau e-mel
[email protected].
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(ZULKIFLI BIN NORDIN)
b.p.: Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k.: 1. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
-3-
(
KPM.600-12/1/1 Jld. 14 33 )
5. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Setiausaha Bahagian Genius
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
(u.p.: Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN)
Sanjay/Surat_Maklumbalas_2021/MyDoc
-4-
LAMPIRAN A
LAPORAN
(NAMA AKTIVITI)
1.0 Nama Program/Aktiviti
2.0 Tarikh Pelaksanaan
3.0 Mod Pelaksanaan
4.0 Penyertaan (jantina/bangsa)
SEKOLAH JANTINA BANGSA JUMLAH
DAERAH/
NO NEGERI/
NEGARA L P MELAYU CINA INDIA LAIN- MURID GURU
LAIN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
JUMLAH
5.0 Jadual Pengisian / Pelaksanaan Aktiviti
6.0 Peruntukan / Perbelanjaan Yang Diturunkan (***Jika berkaitan)
7.0 Tetamu Kehormat (VIP) (***Jika berkaitan)
8.0 Pemenang (***Jika berkaitan)
9.0 Isu dan cabaran
10.0 Cadangan penambahbaikkan
11.0 Gambar
Disediakan oleh:
Tarikh:
-5-
KPM.600-12/1/1 Jld. 14 33
( )
LAMPIRAN B
CONTOH SURAT SETUJU TERIMA
___________________________________________________________________
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh:
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1,2 & 7, Blok 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tuan,
SURAT SETUJU TERIMA KEBENARAN PENGANJURAN PROGRAM DAN
PENGLIBATAN MURID DALAM __________________________________________
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) bernombor rujukan:_________________ bertarikh
___________ adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa pihak (nama agensi penganjur) ______________
mengesahkan persetujuan untuk melaksanakan/menaja program yang dimohon
berdasarkan terma dan syarat pelaksanaan/tajaan program/aktiviti kokurikulum seperti
yang dinyatakan pada para 4.1 hingga 4.14 dalam surat Maklum Balas Penganjuran
Program dan Penglibatan Murid dalam (nama program) ______________________
mulai _____________ hingga ___________.
3. Pihak (nama agensi penganjur) ______________ akan mengemukakan satu
salinan laporan program yang dijalankan kepada BSKK tidak lebih dari 30 hari
selepas tamat program bagi tujuan pengiktirafan program.
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi (nama
pegawai)____________ di talian (no.telefon bimbit)____________ atau e-mel
________________.
Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini adalah amat dihargai
Sekian, terima kasih.
Saya yang benar,
.............................
(Nama)
Jawatan
-6-