Assalamualaikum
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana
memilih SK Seberang Jerteh sebagai sekolah pilihan anak tuan
puan.
Sekolah merupakan sebuah institusi yang membina insan
cemerlang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Wawasan Kerajaan, ke arah melahirkan insan yang gemilang
dan terbilang.
Apabila murid-murid telah berada di Tahun 1, mereka akan
dipastikan agar menguasai 4 M (membaca, menulis, mengira &
menaakul).
Murid- murid ini akan ditaksir pula melalui PBD (Penilaian Bilik Darjah) dengan
mengikut kriteria yang telah ditetapkan iaitu dari Tahap 1 hingga 6.
Bermula tahun 2020 sehingga kini, kita menghadapi dugaan yang besar iaitu
pandemik Covid-19.
Dalam situasi tersebut, pendidikan juga terlibat dan kita melalui satu fasa
pendidikan norma baharu.
Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam keadaan yang tidak menentu ini.
Walau bagaimanapun, sekolah sentiasa bergerak sebaik mungkin. Bermula dengan
pembelajaran secara pdpr sehinggalah dapat meneruskan pembelajaran secara
penggiliran.
Alhamdulillah, kini sesi persekolahan secara bersemuka dapat dijalankan secara
penuh dengan mematuhi S.O.P yang ditetapkan. Harapan warga pendidik agar sesi
persekolahan 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac 2022 dapat berjalan
dengan lancar.
Pihak sekolah sedia maklum dengan kebimbangan ibu bapa untuk menghantar
anak ke sekolah. Justeru, kami sentiasa bersikap terbuka jika ada perkara atau
perbincangan daripada pihak ibu bapa demi kecemerlangan murid-murid SK
Seberang Jerteh khususnya.
Semoga kita sentiasa tabah dalam menghadapi semua cabaran ini dan sama-
samalah kita berdoa agar keadaan akan bertambah baik seterusnya sesi
pembelajaran bersemuka terus dapat dijalankan seperti biasa.
Kami warga pendidik akan berusaha melakukan yang terbaik demi
kecemerlangan anak-anak didik kami.
Semoga para ibu bapa juga tabah dan bersabar menghadapi situasi ini.
Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membantu
perkembangan anak-anak kita.
Terima kasih.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN VISI
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha PENDIDIKAN BERKUALITI
berterusan ke arah memperkembangkan INSAN TERDIDIK NEGARA
lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk menjadikan insan SEJAHTERA
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan MISI
kepercayaan dan kepatuhan kepada MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN
rakyat Malaysia yang berilmu POTENSI MURID BAGI MEMENUHI ASPIRASI
pengetahuan dan berketrampilan, NEGARA
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
serta memneri sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
CIKGU RIDZUAN BIN HJ. ABD. RAHMAN CIKGU MAT RAZI BIN KADIR
PK HEM PK PENTADBIRAN
CIKGU ROSHAITULLIANI CIKGU NIK KAMARIAH BT
BT HASSAN KASIM
PK KO
GURU BESAR