The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KUMANAN A/L GANASON KPM-Guru, 2024-04-01 10:03:30

KARANGAN DIALOG

KARANGAN DIALOG

KARANGAN DIALOG BAHASA MELAYU Tahun 4,5&6


TIPS & PANDUAN


TIPS & PANDUAN - 1 Karangan ini adalah karangan jenis berformat.


TIPS & PANDUAN - 2 Karangan jenis ini adalah karangan berbentuk perbualan.


TIPS & PANDUAN - 3 Oleh itu karangan ini melibatkan dua atau lebih orang dalam perbualan.


TIPS & PANDUAN - 4 Bentuk dialog ialah seperti wawancara, perbualan telefon, berbincang dengan kawan-kawan, menemu ramah, diskusi bersama, forum dan sebagainya.


TIPS & PANDUAN - 5 Kata-kata singkat seperti tak,nak dan tapi boleh digunakan.


TIPS & PANDUAN - 6 Gunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila.


TIPS & PANDUAN - 7 Karangan ini mempunyai format. Contohnya seperti mempunyai tanda noktah bertindih. Tanda bertindih ini mestilah sederet lurus. Setiap persoalan ada jawapan atau penjelasannya.


TIPS & PANDUAN - 8 Panjang karangan hendaklah di antara 80 hingga 120 patah perkataan.


TIPS & PANDUAN - 9 Gunakan bahasa yang Betul dan lancar. Jangan meleret-leret.


TIPS & PANDUAN - 10 Gunakan tatabahasa yang betul dan elakkan kesalahan ejaan.


TIPS & PANDUAN - 11 Gunakan masa selama 30 minit untuk menjawab bahagian ini.


ISI / IDEA 1 Bertanya khabar


ISI / IDEA 2 Tujuan menelefon


ISI / IDEA 3 Gembira dengan Kejayaan yang dicapai


ISI / IDEA 4 Kejayaan dikongsi bersama


PENUTUP Mengucapkan terima kasih


Roshan : Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan Pravin? Pravin : Ya, saya sedang bercakap. Siapa di sana?


Roshan : Saya Roshan. Apa khabar kamu Pravin? Pravin : Saya sihat. Bagaimana pula dengan kamu Roshan?


Roshan : Saya dapat tahu bahawa Kamu telah menjadi johan di dalam pertandingan syarahan baru-baru ini. Betul ke? Pravin : Ya, saya bersyukur kepada Tuhan.


Roshan : Adakah pertandingan ini bagi peringkat daerah atau negeri? Bagaimanakah saingannya . Hebatkah? Pravin : Ia adalah pertandingan antara sekolah-sekolah peringkat negeri. Agak hebat juga saingannya. Saya bernasib baik dipilih sebagai johan.


Roshan : Saya tumpang gembira dan saya ucapkan tahniah. Saya yakin kamu memang layak menang. Pravin : Terima kasih Roshan. Kejayaan saya, kejayaan sekolah kita juga. Saya tidak akan berjaya tanpa sokongan guru-guru dan rakan-rakan.


Roshan : Saya bertuah mempunyai kawan seperti kamu. Pravin : Terima kasih Roshan. Ada masa datanglah ke rumah petang ini.


Roshan : Terima kasih. Kita kita jumpa nanti. Pravin : Saya akan menanti kehadiran kamu petang ini.


Roshan : Terima kasih. Kita kita jumpa nanti. Pravin : Saya akan menanti kehadiran kamu petang ini. Terima kasih.


KERJA RUMAH TERIMA KASIH


KERJA RUMAH TAMAT


Click to View FlipBook Version