Tajuk Tugasan Berterusan
(E-FOLIO)
Topik 1: Konsep Asas Islam
Kursus:
MPU13012 – Pendidikan Islam
Pensyarah:
Bumyamin Bin Md Razi
Pensyarah MPU Kolej Komuniti Penampang
Nama Ahli Kumpulan:
Siti Fatimah Binti Bensal S06SPP21F005
Nurul Syafiza Binti Yunus S06SPP21F006
Ismah Binti Abdullah S06SPP21F018
Faiqa Bano S06SPP21F013
Izzat Izzudin S06STS21F005
Tarikh Hantar:
MAZHAB FEQAH MENURUT AHLI SUNAH WAL JAMAAH
MAKSUD MAZHAB FEQAH
Mazhab ( )مذهبditakrifkan sebagai aliran, fahaman, atau
ajaran dalam bidang-bidang tertentu.
Fiqah ( )فقهatau fiqh menurut bahasa bererti mengetahui
dan memahamkan manakala. Menurut istilah, ia adalah
suatu ilmu yang menerangkan segala hukum syarak yang
diambil dari al-quran dan sunah Nabi Muhammad secara
penelitian yang mendalam iaitu dengan jalan ijtihad dan
istinbat.
Menurut Pusat Fatwa Jordan (Dairah al-Ifta' al-'Amm fi al-
Mamlakah al-Urduniyyah al-Hashimiyyah) dalam kitab akidah
terbitan rasmi berjudul Aqidah al-Muslim, Ahli Sunah Waljamaah
adalah golongan yang berpegang dengan pandangan Nabi SAW
dan sahabat tentang usul akidah serta amalan. Usul itu dijaga
dan diakui kebenarannya oleh pengikut mazhab muktabar
bidang usuluddin dan furuknya (fiqah) yang dikenali sebagai Ahli
Sunah Waljamaah.
Ahli Sunah Waljamaah adalah satu kumpulan,dengan jumlah
pendokongnya melebihi kumpulan lain. Oleh itu, mereka adalah
al-sawad al-a`zam (majoriti) umatb islam sebagaimana
disebutkan dalam lafaz hadis. Pusat Fatwa Jordan tidak ada
menyatakan hadis tersebut, mungkin hadis dan syarahannya ini
yang dimaksudkan,yakni sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:
"Umat Yahudi berpecah kepada 71 kumpulan; 70 kumpulan di
neraka dan satu kumpulan di syurga. Umat Nasrani berpecah
kepada 72 kumpulan; 71 kumpulan di neraka dan satu kumpulan
di syurga. Umat ini (umat Islam) akan berpecah kepada 73
kumpulan; 72 kumpulan di neraka dan sat kumpulan di syurga.
Kami (sahabat) bertanya: Tunjukkan sifatnya kepada kami.
Baginda SAW menjawab: Al-sawad al-a'zam." Diriwayatkan
oleh Imam al-Tabrani, rijalnya thiqah menurut Imam al-
Haithami
IMAM AL-SUYUTI
Al-sawad al-a'zam adalah 'jamaah' manusia (umat Islam)
terbanyak, bersatu dalam satu manhaj yang lurus. Al-Hafiz Ibn
Hajar al-Asqalani menukilkan perkataan Imam al-Tabari yang
merujuk 'jamaah' sebagai al-sawad al-a'zam.
PUSAT FATWA JORDAN
mazhab muktabar Ahli Sunah Waljamaah dalam akidah Islam
ialah mazhab al-Asha'irah (atau al-Ash'ariyyah) dan mazhab al-
Maturidiyyah. Kedua-dua mazhab ini dinisbahkan kepada Imam
Abu al-Hasan al-Ash'ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi yang
kedua-duanya pemimpin yang membawa petunjuk (imam huda)
dan diterima secara besar-besaran oleh ulama Islam lain.
Mazhab akidah adalah majoriti umat islam di setiap zaman.
Ulama-ulama telah diberikan kepercayaan oleh pemimpin dunia
islam untuk membina institusi Pendidikan, merangka silibus
pengajian , mendidik pelajar , ,memelihara hukum syariat Islam
dan mempertahankan agama Islam yang murni. Mereka juga
terkenal dengan sikap adil dan insaf atau mungkin juga Pusat
Fatwa Jordan memaksudkannya sebagai al-
wasatiyyah(kesederhanaan) yang juga antara ciri penting Ahli
Sunnah Waljamaah.
ANTARA TOKOH PENYOKONG MAZHAB MUKTABAR:
Yang alim bidang akidah dan usul fiqah
• Sultan Salahuddin al-Ayyubi
• Imam al-Baqillani ( meninggal pada 403H)
• Imam Ibn Faurak ( meninggal pada 406H)
• Imam al-Juwaini ( meninggal pada 478H)
• Imam al-Ghazali ( meninggal pada 505H)
• Imam al-Razi ( meninggal pada 606H)
Yang alim bidang tafsir al-quran dan hadis
• Imam al-Baihaqi (meninggal 458H)
• Imam al-Qushairi (meninggal 465H)
• Imam al-Baghawi (meninggal 510H)
• Imam Ibn Asakir (meninggal 571H)
• Imam al-Nawawi (meninggal 676H)
• Imam al-Baidawi (meninggal 685H)
• Imam Ibn Hajar al-Asqalani (meninggal 852H)
• Imam Badr al-Din al-Aini (meninggal 855H)
• Imam al-Sayuti (meninggal 911H)
Yang alim dalam fiqah
• Imam Izz al-Din ibn Abd al-Salam (meninggal 660H)
• Imam Taj al-Din al-Subki (meninggal 767H)
• Imam al-Kamal ibn al-Humam (meninggal 861H)
• Sheikh al-Islam Zakariya al-Ansari (meninggal 926H)
• Imam Ibn Hajar al-Haitami (meninggal 973H)
Huraian ini jelas menunjukkan kedua-dua mazhab al-Asha'irah
dan al-Maturidiyyah ini mewakili akidah umat Islam salaf serta
khalaf sepanjang zaman. Ia adalah akidah yang diambil
daripada Nabi SAW menerusi sahabat, tabiin dan tabi' tabiin
yang sampai kepada kita secara murni yang diperteguhkan
dengan dalil naqli serta akli. Mustahil mazhab yang berjaya
membentuk tamadun Islam yang hebat ini adalah ahli bidaah
seperti yang ditohmah pihak tertentu.
Kitab akidah dipelajari dalam mazhab muktabar ini adalah
berdasarkan peringkat permulaan, pertengahan dan tinggi.
Antara kitab masyhur yang diajar pada peringkat permulaan
ialah:
1. Kitab Jauharah al-Tauhid
2. Kitab Umm al-Barahin
3. Kitab al-Kharidah al-Bahiyyah
4. Kitab Qawa`id al-`Aqaid
5. Kitab Iddah al-Dujnah fi`Aqaid Ahl al-Sunnah
6. Kitab al-Aqidah al-Salahiyyah
Mazhab muktabar Ahli Sunah Waljamaah yang dijelaskan oleh
Pusat Fatwa Jordan ini perlu diambil manfaat oleh umat Islam di
Malaysia agar mereka tidak tersalah memilih rujukan atau
penceramah dalam pengajaran akidah Islam. Ini kerana ramai
yang ingin kembali kepada al-Quran dan hadis, namun rujukan
atau penceramah yang dipilih tidak menepati mazhab muktabar
Ahli Sunah Waljamaah. Kesannya, tanpa sedar mereka
terdedah kepada kefahaman al-Quran dan hadis berdasarkan
golongan bidaah seperti fahaman Liberalisme, Pluralisme,
Muktazilah, Literalisme, Daish, Mujassimah, Musyabbihah,
Syiah, Batiniyyah dan seumpamanya.
Sumber rujukan:
https://api.hmetro.com.my/addin/2022/01/798270/mazhab-
muktabar-akidah-ahli-sunah-waljamaah