The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9436630, 2022-12-26 10:13:50

Kerja geografi Teo Sky

Kerja geografi Teo Sky

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN

TAMAN PELANGI INDAH

DISEDIAKAN OLEH:
TEO SKY

TINGKATAN:

2 AMBER

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

26/12/2022

BIL KANDUNGAN M.S

1. PENGHARGAAN 3
2. PENDAHULUAN 4
3. JADUAL KERJA 5

KAJIAN KES

4. OBJEKTIF KAJIAN 6

5. KAWASAN KAJIAN 7–8

6. KAEDAH KAJIAN 9

7. HASIL KAJIAN 10 – 13

i. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
ii. 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di

kawasan kajian Taman Pelangi Indah

iii.4 kepentingan Teknologi Hijau
iv. 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan

dalam kehidupan seharian
v. 4 usaha atau strategi yang boleh dibuat bagi

meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai

8. RUMUSAN 14

9. SUMBER RUJUKAN 15
16 – 18
10. LAMPIRAN

A – FOTO TEKNOLOGI HIJAU
B – BORANG SOAL SELIDIK
C – TEMU BUAL

1.0 PENGHARGAAN

Di sini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan
Hanifah Binti Jamaluddin selaku guru mata pelajaran Geografi saya. Beliau telah
meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya
untuk menyempurnakan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Teo Teck Guan dan Chan
Shiu Nyeng, jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral
dan sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya dalam usaha
melengkapkan kerja tersebut.

Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Tan Jun Yen dan semua rakan
lain atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima
kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab
soal selidik.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan dengan ikhlasnya kepada
semua orang yang telah membantu saya secara lansung dalam menjayakan kerja
kursus ini.

Sekian, terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN

Saya, Teo Sky merupakan seorang pelajar tingkatan 2 di SMK Sultan Ismail.
Tajuk kajian lapangan pada tahun ini ialah penggunaan ‘Teknologi Hijau’ di
kawasan tempat tinggal pelajar. Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan
serta membuat rujukan daripada laman sesawang dan buku-buku yang berkaitan.

Kawasan kajian saya adalah di taman perumahan saya, Taman Pelangi Indah,
Ulu Tiram, Johor kerana ianya merupakan kawasan tempat tinggal saya. Saya
telah menggunakan beberapa kaedah kajian yang ditetapkan, iaitu:

a.) Pemerhatian
b.) Temu bual
c.) Soal selidik
d.) Rujukan

Selain daripada itu, saya telah menetapkan (5) objektif yang perlu saya capai
untuk menjayakan kajian lapangan saya, iaitu:

2.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2.2 Mengenal pasti (3) jenis dan contoh Teknologi Hijau yang

terdapat di kawasan kajian Taman Pelangi Indah
2.3 Menyenaraikan (4) kepentingan Teknologi Hijau
2.4 Menghuraikan (4) punca amalan Teknologi Hijau tidak

diterapkan dalam kehidupan seharian
2.5 Mencadangkan (4) usaha atau strategi yang boleh dibuat bagi

meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai

3.0 JADUAL KERJA

Bil Tarikh Perkara Catatan
1. 4 Disember 2022
Mendengar taklimat tentang Bincang dalam
2. 5 Disember 2022
3. 5 Disember 2022 kajian lapangan yang diberikan kelas

4. 8 Disember 2022 oleh guru mata pelajaran Geografi

5. 9 Disember 2022 Membuat perancangan dan Bincang
6. 10 Disember 2022
persediaan awal bersama kawan
7. 11 Disember 2022
8. 12 Disember 2022 di perpustakaan
9. 13 Disember 2022
Mengenal pasti objektif kajian dan Buat sendiri
10. 16 Disember 2022
menentukan kaedah kajian yang

dihendaki

Mengumpul maklumat dan data Melayari
yang berkaitan dengan tajuk yang Internet dan
diberi melalui pelbagai sumber. buku teks

Membuat soal selidik melalui Buat sendiri
google form

Mencari responden untuk Buat bersama

menjawab soal selidik yang telah kawan

disediakan.

Mencari responden untuk Buat bersama
menjalankan temu bual. kawan

Mengambil gambar-gambar untuk Buat sendiri
dimasukkan ke lampiran.

Menggunakan semua maklumat Buat sendiri
yang dikumpulkan untuk
memenuhi objektif kajian.

Membuat jadual kerja Buat sendiri

11. 25 Disember 2022 Semak semula dan menghantar Buat sendiri
tugasan.

4.0 Objektif Kajian

Kajian yang dilakukan di Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram adalah
bertujuan untuk:

4.1 Menerangkan konsep dan definisi Teknologi Hijau
4.2 Mengenal pasti (3) jenis dan contoh Teknologi Hijau yang

terdapat di kawasan kajian iaitu Taman Skudai Baru
4.3 Menyenaraikan (4) kepentingan Teknologi Hijau
4.4 Menghuraikan (4) punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan

dalam kehidupan seharian
4.5 Mencadangkan (4) usaha atau strategi yang boleh dibuat bagi

meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai

5.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan Taman Pelangi Indah terletak di Ulu tiram, Johor. Taman ini mula
dikembangkan sejak tahun 1997. Kawasan ini seluas 939 ekar. Ciri pandang
darat fizikal yang terdapat di kawasan peta ialah sungai dan tasik. Ciri pandang
darat budaya yang terdapat dalam peta ialah jalan raya, lebuh raya, petempatan,
sekolah dan banyak lagi.

Saliran utama yang terdapat dalam peta ini termasuklah Tasik Taman
Pelangi Indah dan anak sungai yang mengalir dari Sungai Tebrau. Saliran
tersebut sesuai untuk pembinaan teknologi hijau.

Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah aktiviti perniagaan. Hal ini
dapat dibuktikan dengan pembinaan pasar raya dan kawasan perniagaan.
Seperkara lagi, kawasan ini juga berdekatan dengan pusat beli-belah seperti
Mydin, Aeon, Toppen dan Ikea.

Peta 1: Peta daerah negeri Johor

Peta 2: Peta Taman Pelangi Indah

6.0 KAEDAH KAJIAN

Melalui kaedah kajian, sesuatu maklumat berkaitan tajuk kajian akan diperolehi
dengan mudah dan lengkap.

Antara kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajan ini ialah:

5.1 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang paling mudah
dan cepat. Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang
petempatan di kawasan kajan saya. Saya telah melawat kawasan kajian
saya untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di sini.

5.2 Temu Bual

Memalui kaedah ini, saya dapat memahami dengan lebih dalam tentang
pendapat penduduk setaman saya dalam teknologi hijau yang diamalkan
dan ditunggu-tunggu di taman perumahan saya.

5.3 Soal Selidik

Kaedah soal selidik merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat
dengan mengedarkan borang soal selidik menggunakan 'google form'
kepada penduduk setempat. Saya terlebih dahulu menyediakan borang
yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.

5.4 Rujukan

Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat rujukan
daripada laman web, buku, majalah, dan lain-lain. Saya perlu menyatakan
sumber rujukan dalam keakhiran kajian tersubut sebagai tanda terima
kasih dan elakkan kes plagiarism.

7.0 HASIL KAJIAN

7.1 KONSEP DAN TAKRIFAN TEKNOLOGI HIJAU

7.1.1 WIKIPEDIA
Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam semula jadi dan mengawal kesan
negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan
manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi
hijau yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek
sosial, ekonomi dan alam sekitar.

7.1.2 BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 2
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan
sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta
sumber semula jadi.

7.1.3 SUMBER INTERNET
Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra
alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber
seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk
menghasilkan sesuatu produk.

7.2 (3) JENIS DAN CONTOH TEKNOLOGI HIJAU

Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik, kebanyakan penduduk di
Taman Pelangi Indah menggunakan teknologi hijau tersebut:

a) Tong kitar semula – ia merupakan produk teknologi hijau yang berasaskan

amalan 5R, iaitu reduce, reuse, recycle, rethink dan repair. Responden saya
akan mengasingkan sampah sarap mengikut kategori terlebih dahulu lalu
membuang ke dalam tong kitar semula.

b) Panel solar – Panel solar menggunakan tenaga suria. Tenaga alternatif
tersebut dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus
merendahkan bil elektrik bagi setiap rumah.

c) Pengangkutan awam – Pengangutan awam yang terdapat di Taman Pelangi
Indah ialah bas. Pengangkutan tersebut banyak digunakan kerana terdapat
beberapa perhentian bas yang berdekatan dengan kawasan perumahan.

7.3 (4) KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU

Mengikut pendapat penduduk dalam borang soal selidik, saya
menghuraikan empat kepentingan teknologi hijau dari pelbagai segi:

a) Meningkatkan taraf hidup – Dalam mengaplikasi teknologi hijau,
faedah terbesar ialah peningkatan taraf hidup rakyat dengan menjamin
kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan
sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah
tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi
hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.

b) Mengurangkan pemanasan global – Pemanasan global merupakan topik
yang semakin serius di persada antarabangsa kerana impak negatif yang
didatangnya seolah-olah tiada penghujung. Oleh itu, teknologi hijau
dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau di atmosfera yang
mengundang kepada pemanasan global bagi menjamin keselesaan
hidup masyarakat kita.

c) Meningkatkan ekonomi negara – Hal ini dikatakan demikian kerana
pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam
sektor tenaga boleh diperbaharu. Contohnya, industri solar photovoltaic
telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk
negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV
dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (GDP).

d) Memperkasakan kualiti udara – Antara ciri yang paling dipentingkan
dalam penciptaan teknologi atau peralatan hijau adalah pembebasan gas
rumah hijau yang rendah atau sifar serta penjimatan dalam penggunaan
tenaga dan bahan api. Kriteria-kriteria tersebut telah memastikan
teknologi hijau berperanan afdal dalam merendahkan bahan api fosil
yang digunakan oleh pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Jadi, sudah pasti
pencemaran udara semakin berkurang dan kualiti udara semakin
diperkasakan, khusunya di bandar besar.

7.4 PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK
DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Dengan kaedah pemerhatian dan rujukan, saya telah mendapati beberapa
punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
penduduk:

a) Kos yang tinggi - Pihak kerajaan tidak memberi modal yang mencukup
untuk memajukan teknologi hijau di banyak kawasan. Hal ini akan
menyebabkan tiada banyak orang ingin mengeluarkan wang sendiri untuk
melaksanakan amalan teknologi hijau.

b) Kekurangan kesedaran – Kekurangan kesedaran juga dapat dikatakan
sebagai kekurangan kepakaran. Hal ini lantaran banyak penduduk yang
mengetahui amalan mesra alam ini, tetapi tidak diterapkan dengan ilmu
yang seterusnya seperti cara-cara mengekalkan budaya teknologi hijau.
Oleh yang demikian, sikap hangat-hangat tahi ayam yang muncul akan
menyebabkan amalan teknologi hijau semakin ditelan dalam kehidupan.

c) Kekurangan penguatkuasaan – Isu ini dapat dilihat dalam pelbagai segi.
Sebagai contoh, penggunaan tong kitar semula tidak menjadi perkara wajib
di setiap rumah manakala di negara maju seperti Jepun dan China, dasar
kerajaan mewajibkan setiap keluarga mempunyai tong kitar semula sendiri
agar tabiat teknologi hijau dapat disemai sejak kecil.

d) Kekurangan pendedahan – Pendedahan yang patut diberi oleh pihak
kerajaan dan media massa tidak sampai ke rakyat negara, terutamanya
penduduk di desa. Hal ini demikian kerana kaedah penyebaran info yang
dijalankan pada zaman millennium ini kebanyakan melalui media
elektronik, iaitu radio, televisyen dan Internet. Warganegara yang
kekurangan alatan tersebut sukar menerima info-info tersebut maka tidak
mengenali lagipun mengamalkan teknologi hijau.

7.5 (4) USAHA ATAU STRATEGI YANG BOLEH DIBUAT
BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
HIJAU YANG SESUAI

Menyahut maklumat yang didapati di atas, saya di sini mencadangkan
beberapa usaha atau strategi yang sesuai untuk meningkatkan penggunaan
teknologi hijau para penduduk:

a) Subsidi atau promosi untuk membeli produk teknologi hijau – Strategi
tersebut dapat dilancarkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pihak
swasta yang memasarkan produk teknologi hijau secara komersial. Jadi,
penduduk yang berpendapatan sederhana dan bawah berpeluang
menggunakan teknologi hijau ke arah kebaikan mereka kendiri.

b) Kempen kesedaran – Pihak sekolah perlu melaksanakan program latihan
atau pendidikan untuk mengajar generasi muda supaya menggunakan
teknologi hijau untuk kehidupan yang lebih baik. Program tersebut juga
boleh dilakukan oleh pihak media massa supaya pakar dalam teknologi
hijau dapat dilahirkan demi masa depan industri tersebut.

c) Penguatkuasaan undang-undang – Pihak kerajaan haruslah mengetatkan
undang-undang tentang pelaksanaan teknologi hijau yang lebih sempurna.
Oleh itu, rakyat akan mematuhi dasar yang didirikan seperti melarang
penggunaan beg plastic dalam rutin seharian mereka. Lama-kelamaan,
rakyat akan menanam amalan teknologi hijau dalam diri mereka dan
sebagai budaya yang akan diwarisi berzaman-zaman.

d) Iklan media massa – Pelbagai segi yang dapat media massa di Malaysia
jalankan seperti melalui media sosial, media elektronik dan sebagainya.
Namun, saya ingin menekankan penyebaran mesej melalui media cetak.
Hal ini demikian kerana masih banyak penduduk yang tidak berlari semaju
dunia maya ini. Jadi, media massa perlu banyak menyiarkan iklan di desa
atau kampung supaya teknologi hijau diketahui dan diamalkan oleh semua
orang.

8.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, semua pihak perlulah menjangkau sehabis
tangan dalam usaha memperkasakan teknologi hijau di negara kita. Pertama,
aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita
tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk
mudah yang mesra alam serta praktikal adalah penting untuk dipasarkan dengan
mudah. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh
menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa
membazir sumber- sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan
praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan
eksport. Selain itu, penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian
haruslah digalakkan oleh setiap lapisan masyarakat. Ibu bapa perlu menunjukkan
teladan dalam mengkategorikan sampah dan membuang ke dalam tong kitar
semula, menutup suis semasa tidak berada di rumah, mengurangkan penggunaan
airkon dan sebagainya. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik, kalua ibu bapa
menumpahkan seluruh tenaga dalam hal ini, generasi akan dating yang mencintai
serta memelihara alam sekitar pasti dapat dilahirkan. Oleh yang demikian, negara
kita dapat mencapai hasrat untuk menjadi negara yang maju, selain tidak
mencerobohi Ibu Bumi yang dicintai. Marilah kita bersama-sama mengamalkan
teknologi hijau sebagai budaya hidup!

9.0 SUMBER RUJUKAN

9.1 Buku Teks Geografi TIngkatan 2
9.2 http://hairilhazlan.com/2019/03/25/apa-itu-teknologi-hijau/
9.3 https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
9.4https://www.spsetia.com/en-us/property/malaysia-(southern)/johor/taman-
pelangi-indah/home
9.5 https://anyflip.com/ybgsy/aopk

10.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN A – PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI
KAWASAN KAJIAN, TAMAN PELANGI INDAH

FOTO A FOTO B

FOTO C
LAMPIRAN B – BORANG SOAL SELIDIK



LAMPIRAN C - TEMU BUAL

Saya telah melakukan temu bual bersama kawan saya Tan Jun Yen yang tinggal
sama taman.

Saya: Apa khabar? Saya akan menjalankan temu bual yang berkaitan dengan
amalan penggunaan teknologi hijai? Sudah sedia?

Teo: Khabar baik. Ya, saya sudah sedia menjawab soalan kamu.

Saya: Baiklah, mari mulakan dengan soalan pertama. Adakah kamu
menggunakan teknologi hijau?

Tan: Ya, ada.

Saya: Bolehkah kamu berikan contoh peggunaan teknologi hijau?

Tan: Boleh. Setiap hari, saya tidak menguunakan lampu pada waktu siang. Saya
juga kurang menggunakan pendingin hawa semasa tidur. Tambahan pula, saya
menyiram pokok bunga dengan air hujan yang ditaja.

Saya: Wah, banyaknya teknologi hijau yang kamu guna. Bolehkah kamu
senaraikan langkah-langkah untuk menjayakan amalan tersebut?

Tan : Pihak berkuasa bolehlah menyediakan lebih banyak tong kitar semula di
taman kita. Selain itu, kita boleh memasang panel solar untuk menjimatkan
tenaga elektrik.

Saya: Baiklah, sekarang soalan terakhir akan ditanyakan. Apakah kesan dan
perasaan kamu selepas mengamalkan penggunaan teknologi hijau?

Tan: Bil elektrik rumah saya menjadi kurang berbanding rumah orang lain. Saya
berasa gembira kerana dapat memberikan sumbangan dalam memelihara alam
sekitar tersayang kita.

Saya: Setakat ini sahaja temu bual ini. Terima kasih.

Tan: Sama-sama.


Click to View FlipBook Version