The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSMAH BINTI IBRAHIM Moe, 2023-03-14 10:07:30

DASAR DAN KETETAPAN HEM 2023/24

DASAR DAN KETETAPAN HEM 2023/24

DASAR DAN KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. AKTA PENDIDIKAN 1996 ( AKTA 550 ) MENYATAKAN BAHAWA: ❖ Ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa ❖ Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat ❖ Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik ❖ Menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia ❖ Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” ❖ Dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip RukunNegara ❖ DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing. 2. PENGENALAN Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. 3. OBJEKTIF DASAR 3.1 Menyeragamkan Dasar Pengurusan HEM di Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights. 3.2 Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM di sekolah. 3.3 Sebagai dokumen panduan oleh pegawai HEM dalam menangani isu-isu disiplin yang dirujuk oleh sekolah untuk tindakan PPD, JPN dan KPM. 3.4 Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin Sekolah yang sedia ada terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia.


4. MATLAMAT DASAR DAN KETETAPAN HEL EHWAL MURID 4.1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berdisiplin, berdedikasi dan bertanggungjawab. 4.2. Melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang teguh, bersemangat patriotisme dan menjadi warganegara yang memberi sumbangan ke arah kemajuan dan kemakmuran negara. 4.3. Mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan murid SMK Ideal Heights tanpa mengira umur, kedudukan, bangsa dan keturunan. 4.4. Mewujudkan semangat kekitaan dan berdaya saing yang sihat. 4.5. Melahirkan murid yang dapat berfungsi sebagai individu yang seimbang DASAR PENGURUSANKELAS 1. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 1.1. Aplikasi Pangkalan Data Murid merupakan satu pangkalan data tunggal murid yang digunakan oleh semua sekolah yang berasaskan data murid di Kementerian Pendidikan Malaysia dan beberapa agensi awam. 1.2. Sebelum tamat sesi persekolahan tahun 2022/2023, guru kelas hendaklah; 1.2.1. Memastikan nama, status kewarganegaraan, kaum, agama dan jantina murid adalah betul seperti dalam dokumen yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. 1.2.2. Mengemaskini maklumat Penjagaan Utama dan Penjagaan Kedua yang meliputi maklumat pendapatan, pekerjaan, nombor telefon, maklumat majikan dan alamat rumah; dan 1.2.3. Mengemas kini maklumat bayaran fi dan surat kebenaran belajar bagi murid bukan warganegaraan 1.3. Bermula sesi persekolahan tahun 2023/2024 ; 1.3.1. Menyemak dan mengemas kini maklumat kelas mengikut aliran dan bidang seperti yang diluluskan dalam Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan; 1.3.2. Melaksanakan pemindahan murid mengikut kelas sebenar selepas proses pemindahan kelas dibuat secara automatik oleh sistem APDM. 2. Pengurusan Rekod Kehadiran Murid Di Sekolah (e-Kehadiran) 2.1. Rekod kehadiran murid di catat setiap hari persekolahan berdasarkan takwin persekolahan. 2.2. Murid yang hadir ke sekolah perlu imbas kehadiran dengan menggunakan Kad My School Chanel (MSC) di pintu masuk kecil. 2.3. Rekod kehadiran murid adalah rekod rasmi sekolah yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik, cekap, kemas serta sistematik. 2.4. Kehadiran murid hanya direkod menggunakan Sistem Kehadiran Murid (e-kehadiran) sahaja. 2.5. Semua kehadiran murid di sekolah hendaklah direkod oleh guru kelas dengan menggunakan sistem Kehadiran Murid kecuali pada masa – masa tertentu yang membolehkan penggunaan Borang Kehadiran Sementara. 2.6. Memastikan e-kehadiran diisi setiap hari persekolahan oleh guru kelas sebelum 12.00 tengah hari untuk sesi pagi dan sebelum 5.00 petang untuk sesi petang. Guru kelas boleh merujuk kehadiran murid dengan menggunakan sistem MSC (My School Channel) (Tertakluk kepada keadaan) 2.7. Guru kelas hendaklah mengemaskini sebab ketidakhadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid sebelum tamat sesi persekolahan pada hari berkenaan 2.7 Guru kelas serahkan nama murid yang tidak hadir tegal kepada kaunselor untuk mengadakan Ziarah Cakna. 2.8 Analisa bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difailkan pada hari terakhir bagi setiap bulan. Guru kelas mencetak dan menyimpan satu salinan analisis kehadiran bulanan murid untuk semakan pemantauan dan pengesahan oleh PK HEM dan PENGETUA pada setiap bulan. (sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan). Serah senarai nama murid yang ponteng (ketidakhadiran tanpa sebab) kepada Penyelaras Tingkatan untuk di buat analisa.


2.9 Guru data dan SU HEM menyediakan Google sheet PPD pada hujung setiap bulan. Satu salinan difailkan dan satu salinan diserahkan kepada PKHEM. 3 Foder Peribadi Murid 3.1. Semua kelas Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5 mempunyai folder kelas di bilik disiplin. 3.2. Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan Dan pastikan folder ini dikemaskini. 3.2. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, cetakan maklumat murid ber-ID daripada APDM dan lain-lain disimpan dalam folder ini. 3.3. Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di dalam fail di bilik kesihatan 4. Fail Kelas Guru Tingkatan 4.1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini. 4.2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan akan disimpan dalam fail yang terletak di Pejabat sekolah.(guru kelas boleh rujuk) 4.3. Jika berlaku pertukaran guru tingkatan, fail ini hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan baharu melalui Penyelaras Tingkatan. 4.4. Fail ini hendaklah diserahkan kepada penyelaras tingkatan pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan untuk disimpan oleh PK HEM. 5. Pendaftaran Murid Baharu 5.1. Penyelaras Tingkatan mendaftarkan murid baharu dalam buku pendaftaran dan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang APDM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. 5.2. Penyelaras Tingkatan juga memastikan murid baharu mengisi Buku Profil Murid dan dokumen peribadi murid serta menyerahkan LAPORAN DISIPLIN, PLBS/ULBS, PEKA, Folio RBT, PAFA, PBD dan lain-lain yang berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu. 5.3. Guru tingkatan menerima murid baharu daripada penyelaras tingkatan dan memasukkan data muridmurid baharu serta mengemaskini data kelas APDM secara online. 5.4. Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa. 5.5. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM. 5.6. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/murid miskin, bukan warganegara, kaum orang asli, OKU, rekod kesihatan kronik/bawaan dan memaklumkan kepada PK HEM. 6. Buku Teks 6.1. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT. 6.2. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks. 6.3. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks. 6.4. Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar, nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut. 6.5. Dalam Ops Balut. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah. 6.6. Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada hari pertama persekolahan. 6.7. Murid dan waris dikehendaki menandatagani Surat Aku Janji Penerimaan Buku Teks serta memperakui butiran yang terkandung di dalamnya. 7. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah 7.1. Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima. 7.2. Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas dan Buku Pendaftaran Murid. 7.3. Pertukaran keluar ke sekolah swasta atau sekolah di bawah Pengurusan MARA: 7.3.1. Memastikan semua buku teks telah dipulangkan.


7.3.2. Merekodkan judul buku yang dipulangkan. 7.3.3. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. 7.4. Pertukaran Keluar ke Sekolah Menengah Kebangsaan: 7.4.1. Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baharu (Sila guna borang khas pejabat). 7.4.2. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. 7.4.3. Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid-murid yang akan melanjutkan persekolahan ke SBP, MRSM dan Sekolah Teknik. 7.4.4. Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti bagi murid-murid Tingkatan 5 tamat belajar. 7.4.5. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan. (Bergantung kepada keadaan). 7.4.6. Guru Tingkatan memastikan murid mengisi Memo Perpindahan Keluar, mencatatkan sebab keluar dalam buku Pendaftaran Murid dan menghapuskan nama murid dari APDM jika sudah menerima surat pengesahan diterima bersekolah di sekolah baharu. 8. Pengurusan & Organisasi Kelas 8.1. Melantik Pemimpin murid bagi setiap Kelas: 8.1.1. Ketua Tingkatan 8.1.2. Penolong Ketua Tingkatan 8.1.3. Bendahari 8.1.4. AJK Kebersihan dan Keceriaan 8.1.5. AJK Perabot dan Penyelenggaraan 8.2. Jawatankuasa Kelas menyelaras penyediaan perkara berikut: 8.2.1. Carta Organisasi Kelas ditampal pada papan kemyataan 8.2.2. Jadual Waktu ditampal pada papan kenyataan 8.2.3. Jadual Tugas Kebersihan ditampal pada papan kenyataan. 8.2.4. Pelan kedudukan kelas ditampal pada papan kenyataan. 8.2.5. Inventori Kelas ditampal pada papan kenyataan. 8.2.6. Moto kelas ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. 8.2.7. Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, Moto Sekolah ditampal pada papan kenyataan. 8.2.8. Sudut Program Pencegahan Dadah. 8.2.9. Sudut Bacaan Kelas (ADD dan i-Think) 8.2.10. Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa ditampal pada papan kenyataan. 8.2.11. Peralatan kebersihan yang sempurna dan mencukupi. 8.2.12. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran. 8.2.13. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih. 8.2.14. Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi 8.3. Kebersihan kelas: 8.3.1. Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan. 8.3.2. Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari 5 minit sebelum berakhir PdP, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. 8.3.3. Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas ditutup. 8.4. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak. 8.5. Semua guru kelas sila mengambil perhatian terhadap perkara berikut:


8.5.1. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan (Guru Perabot/Penyelaras Infrastruktur) 8.5.2. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi. ▪ Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewatlewatnya pada minggu kedua). ▪ Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut: ➔ Bahan-bahan keceriaan kelas. ➔ Pembelian bahan-bahan keperluan untuk kelas. 9. Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab. 9.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan sesi, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit. 9.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan. DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN 1. Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) 1.1 SSDM berasaskan web bertujuan untuk merekodkan salah laku disiplin murid dan amalan baik murid. 1.2 Semua guru boleh merekodkan salah laku murid atau merekodkan amalan baik murid dalam sistem. 1.3 Penyelaras SSDM bertanggungjawab untuk merekodkan salah laku berdasarkan kepada salah laku yang dicatatkan di dalam Buku Kawalan Kelas (BKK) atau mana-mana laporan salah laku yang diterima. 1.4 Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses pembentukkan sahsiah. Murid-murid sepatuhnya digalakkan melakukan amalan baik untuk meningkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukkan amalan baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan disiplin. 1.5 Melalui sistem ini juga ,murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin akan dibantu oleh GBK. 1.6 Rekod salah laku dan amalan baik akan dicetak apabila diperlukan untuk kegunaan sekolah . 1.7 Rekod disiplin akan dikemaskini setiap minggu oleh penyelaras SSDM dan dilaporkan setiap bulan.


2. Ketidakhadiran Murid 2.1. Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah menghubungi ibu bapa/ penjaga melalui Pengetua berdasarkan jadual berikut: Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut Amaran Pertama Pada hari ke -3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama (Hari Ke-11) 10 hari selepas Amaran Pertama (Hari Ke-20) Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua (Hari Ke-18) 20 hari selepas Amaran Kedua (Hari Ke-40) Buang Sekolah (Surat Berdaftar) 14 hari selepas Amaran Terakhir (Setelah Cukup 31 hari) 20 hari lagi selepas Amaran Terakhir (Setelah Cukup 60 hari) Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari * Buang Sekolah 60 hari * Buang Sekolah 2.2. Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diisi dalam 3 salinan – untuk waris murid, fail sekolah dan fail kelas. 2.3. Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat daripada ibu bapa/penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat-menyurat tidak hadir termasuk surat doktor mesti disimpan dalam fail kelas . 2.4. Guru kelas diminta menelefon ibu bapa/waris sekiranya masih tidak dapat respons selepas suratsurat dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa perlu direkodkan di dalam borang yang disediakan. 2.5. Ketidakhadiran tanpa makluman daripada ibu bapa/penjaga dianggap sebagai PONTENG SEKOLAH. 3. Surat Amaran 3.1. Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh: Surat Ditandatangani oleh Catatan Amaran Pertama Penolong Kanan HEM Salinan 1 (untuk ibu bapa/penjaga). Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail sekolah). Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan) Salinan 4 (untuk PPD/JPNS bagi Buang sekolah) Amaran Kedua Penolong Kanan HEM Amaran Terakhir Penolong Kanan HEM Buang Sekolah Pengetua 3.2. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada PKHEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua. 3.2.1 Catatan bagi kes buang sekolah: Satu salinan AP, AK, AT dan Laporan UBK dilampirkan bersama-sama surat BS yang dihantar kepada PPD dan diisi dalam SSDM. Surat BS dihantar ke PPD mestilah sama tarikh dengan murid dibuang sekolah.


3.3. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi. 3.3.1 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan Guru Kelas. 3.3.2 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PKHEM terlebih dahulu. 3.3.3 Selepas Amaran Terakhir, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua. 3.3.4 Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji. 3.3.5 Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPNS. Penyelaras Tingkatan mendaftarkan mereka dengan nombor pendaftaran asal. 3.3.6 Murid yang Berhenti Sekolah (HS), sekiranya membuat rayuan bersekolah semula dan mendapat kelulusan PPD/JPNS hendaklah didaftarkan dengan no pendaftaran yang baharu oleh Penyelaras Tingkatan. 4. Murid kemasukan rayuan semula dan murid baru 4.1. Murid berkenaan perlu mendaftar kepada Penyelaras Tingkatan dan berjumpa dengan PK HEM bersama dengan ibu bapa. Surat perjanjian akan ditandatangani dan satu fail khas akan dibuka oleh ketua guru disiplin untuk proses pemantauan tingkah laku selama 6 bulan. 4.2. Laporan bertulis akan dikeluarkan oleh Setiausaha Disiplin untuk diserahkan kepada pihak pentadbir dan ibu bapa. 4.3. Murid baru perlu membawa maklumat disiplin daripada sekolah lama. Pastikan maklumat ada sebelum menerima murid baru. Maklumat tersebut perlu diserahkan kepada SU unit disiplin. 5. Kesalahan Merokok 5.1. Hukuman murid merokok di sekolah adalah seperti berikut: 5.1.1 Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali 5.1.2 Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali 5.1.3 Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali 5.1.4 Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) 5.1.5 Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah 5.2. Akta Tembakau diuar-uarkan kepada murid dan boleh diguna pakai sebagai tindakan disiplin. SPI Bil 4/1997 - Hukuman murid merokok Surat Siaran KPM Bil 17/2015 – Larangan Penggunaan Rokok Elektronik 6. Membawa telefon bimbit (Merujuk SPI Bil 2/2009 – Larangan membawa telefon bimbit 6.1. Murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. 6.2. Sekiranya murid didapati membawa telefon bimbit, ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk proses pemulangan kembali telefon bimbit. Pihak sekolah berhak mengambil dan menyimpan telefon bimbit murid dalam peti yang berkunci. 6.3. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan telefon bimbit murid yang disimpan dalam peti besi berkunci sekiranya berlaku kes pecah masuk ke sekolah. 6.4. Kesalahan kali kedua boleh menyebabkan murid tidak dapat menggunakan kemudahan di sekolah seperti pepustakaan dan juga tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana program sekolah seperti mana yang telah tertakluk dalam surat pekeliling ikhtisas. SPI Bil 2/2009 - Larangan membawa telefon bimbit


7. Ponteng kelas 7.1. Tindakan disiplin yang dikenakan berdasarkan prosedur yang telah dipersetujui oleh Lembaga Disiplin Sekolah seperti berikut: 7.1.1 Kekerapan 1 - 5 kali – amaran lisan 7.1.2 Kekerapan 6 - 13 kali – amaran lisan, rotan 1 kali, kaunseling kelompok 7.1.3 Kali ke - 14 - amaran bertulis & sms/panggilan telefon, rotan 2 kali, kaunseling individu 7.1.4 Kekerapan 21 kali – Gantung sekolah & panggilan telefon/sms, kaunseling dan perjanjian 7.1.5 Kekerapan 25 kali – Surat pertuduhan 7.1.6 Buang sekolah selepas 2 minggu tempoh rayuan. 8. Lewat 8.1. Tindakan disiplin yang dikenakan berdasarkan prosedur yang telah dipersetujui oleh Lembaga Disiplin Sekolah seperti berikut: • Kekerapan 1 - 5 kali – amaran lisan • Kekerapan 6 - 13 kali – amaran lisan, rotan 1 kali, kaunseling kelompok • Kali ke - 14 - amaran bertulis & sms/panggilan telefon, rotan 2 kali, kaunseling individu • Kekerapan 21 kali – Gantung sekolah & panggilan telefon/sms, kaunseling dan perjanjian • Kekerapan 25 kali – Surat pertuduhan • Buang sekolah selepas 2 minggu tempoh rayuan. 8.2. Pelajar yang lewat masuk ke sekolah selepas 7.40 pg (sesi pagi) dan 1.15 ptg (sesi petang) perlu ke pejabat sekolah untuk menandatangai slip lewat dan disahkan oleh pentadbir. Guru mata pelajaran jangan benarkan pelajar yang lewat ini masuk ke kelas tanpa slip lewat daripada pentadbir. 9. Vandalisme 9.1. Sekiranya murid melakukan vandalisme ke atas perabot dan harta benda sekolah, murid tersebut hendaklah membayar ganti rugi perabot atau membayar dua kali ganda harga perabot tersebut 10. Kekemasan diri 10.1. Pemakaian uniform sekolah adalah mengikut pekeliling yang telah ditetapkan oleh KPM. 10.2. Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, murid perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pentadbir sekolah seperti berikut: • Murid lelaki mestilah memakai pakaian PJPK yang longgar dan tidak ketat. Pakaian tersebut mesti tidak menampakkan susuk tubuh. • Murid perempuan mestilah memakai pakaian PJPK yang longgar dan tidak ketat. Pakaian tersebut mesti tidak menampakkan susuk tubuh. 10.3. Semasa aktiviti kokurikulum, murid perlu memakai pakaian kokurikulum yang telah ditetapkan mengikut pekeliling. 10.4. Kegagalan murid mematuhi peraturan kekemasan diri seperti yang terdapat dalam Buku Panduan Peraturan Sekolah akan menyebabkan tindakan disiplin diambil terhadap mereka. SPI Bil 2/1996 - Penampilan dan kekemasan murid 11. Buku Kawalan Kelas (BKK) 11.1. Semua guru tingkatan mestilah memastikan kelas mereka mempunyai Buku Kawalan kelas setiap hari. 11.2. Ketua Tingkatan akan mengambil BKK sebelum waktu pertama di Bilik Disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BKK ke Bilik Disiplin semula selepas tamat sesi persekolahan. 11.3. BKK hendaklah sentiasa dikawal oleh Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru mata pelajaran.


11.4.Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. 11.5.Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar. 11.6. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK. 11.7. Semua kes salah laku murid mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya dan direkod dalam BKK. Manakala kes-kes sederhana dan berat perlu diserahkan untuk tindakan Guru Disiplin. 11.8. Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan rumusannya diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir penggal pertama dan kedua atau jika diperlukan. 11.9. Berdasarkan laporan di dalam BKK dan mana-mana laporan salahlaku yang diterima, ia akan direkodkan ke dalam SSDM. 12. Pas Keluar Kelas dan Pas Tandas 12.1. Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran daripada PKHEM pada awal tahun. 12.2.Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan. 12.3.Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru mata pelajaran (atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru). 13. Disiplin Murid 13.1. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. 13.2. Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. 13.3. Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau PK HEM. 13.4. Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat mendidik. Hal ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. 13.5. Hukuman berganda (double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku yang dilakukan. 13.6. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. 13.7. Guru perlu melaporkan kesalahan sederhana dan berat kepada Ketua Guru Disiplin. 13.8. Semua kesalahan murid perlu direkodkan dalam link e-Sahsiah Murid. 14. Tanggungjawab Guru 14.1. Guru mestilah bersikap penyayang, justeru guru mestilah mengenali nama setiap murid. 14.2. Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. Jika gagal kes ini perlu dirujuk kepada GBKSM. 14.3. Jangan mulakan proses PdP jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap . 14.4. Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas. 14.5. Sebelum memulakan PdP guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera. 14.6. Guru-guru haruslah mengambil perhatian lebih terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. 14.7. Penyemakan buku nota dan latihan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir.


14.8. Surat Kuasa Merotan diserahkan pada guru-guru disiplin pada minggu pertama persekolahan dan hanya guru yang ada kuasa merotan boleh merotan murid di bilik disiplin. SPI 7/2003 - Kuasa merotan murid 14.9. Hukuman dera ke atas murid perempuan dilarang. Hukuman rotan untuk murid lelaki dipunggung dan perlu berlapik. Manakala kerja amal dikenakan terhadap pelajar perempuan sebagai hukuman. SPI Bil 1/72 - Peraturan di sekolah 15. Dasar Umum Disiplin 15.1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari untuk rujukan. 15.2. Setiap murid wajib memiliki jurnal murid sebagai dairi untuk dicatatkan maklumat dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan. 15.3. Pada awal tahun (permulaan) semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan dalam perhimpunan rasmi sekolah. 15.4. Pemeriksaan Mengejut/Spot Check: 15.4.1 Pemeriksaan Gempar/spot check akan dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan dan atas arahan pihak pentadbir. 15.4.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan. 15.4.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan. 15.4.4 Barang larangan akan disimpan di dalam Bilik Disiplin. 15.4.5 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG. 15.5. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid. 15.6. Murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa pengawasan guru. 15.7. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan ketika hari cuti, melainkan bersama guru. 15.8. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah selepas pukul 1.45 petang (sesi pagi) dan 6.45 petang (sesi petang) melainkan dengan pengawasan guru. 15.9. Sebarang perbuatan yang mencolok mata seperti berdua-duaan lelaki-perempuan, merokok, merempit, melepak atau membakar mercun dan sebagainya walaupun di luar kawasan sekolah dianggap menjatuhkan nama baik sekolah dan diketegorikan sebagai kes berat. 15.10. Menjadi tanggungjawab semua guru dan murid untuk melaporkan sebarang kes salah laku dalam kalangan murid kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Penolong Kanan dan Pengetua. 15.11. Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib dipatuhi oleh semua murid dan menjadi kesalahan jika diingkari. 15.12. Penggunaan premis, padang permainan, peralatan dan kemudahan perlu mendapat keizinan dari pihak pengurusan sekolah atau PPD 15.13. Kategori kesalahan perlu dirujuk di dalam Buku Peraturan Sekolah yang wajib dimiliki oleh semua murid. 16. Kaedah Mengatasi Disiplin 16.1. Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: ❖ semua guru ❖ kelas-kelas (untuk ditampal) ❖ bilik-bilik khas 16.2.Guru mencatatkan salahlaku murid dalam Buku Kawalan Kelas, Sistem e-Sahsiah Sekolah dan SSDM


16.3.Guru Disiplin akan kumpulkan maklumat dan rekodkan serta diambil tindakan. 16.4.Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan 16.5.Guru Disiplin serahkan nama kepada GBKSM untuk tindakan susulan 16.6.Guru merekodkan kerja amal atau perubahan positif yang dilakukan oleh murid dalam sistem SSDM 17. Pengurusan Unit Disiplin 17.1.Mesyuarat disiplin akan diadakan setiap dua bulan. 17.2. Perancangan dan laporan Unit Disiplin disiapkan pada akhir sesi persekolahan setiap tahun. 17.3. Laporan / Analisis kes disiplin akan dibuat setiap bulan. Guru setiap unit disiplin perlu menyerahkan rekod disiplin kepada setiausaha unit displin pada atau sebelum 7hb setiap bulan. Data yang dianalisis akan dibentangkan dalam Mesyuarat Disiplin. 17.4. Takwim Disiplin dan agihan tugas guru-guru Disiplin disediakan pada bulan Mac oleh Ketua Disiplin selepas perlantikan guru-guru Disiplin. 17.5. Taklimat Disiplin mengikut Buku Panduan Peraturan Sekolah mesti dilaksanakan pada bulan Mac dan setiap masa mengikut keadaan. 17.6.Mesyuarat tindakan tatatertib diadakan untuk membincangkan kes-kes disiplin yang turut dihadiri oleh Pengetua dan Kaunselor. 17.7. Aduan/ kes disiplin mesti diselesaikan dalam masa 3 hari kecuali bagi kes-kes berat mesti diselesaikan dalam hari sama kejadian. 17.8.Melaporkan kes-kes serius terus kepada PK HEM dan e-pidp dengan kadar segera supaya masalah dapat ditangani mengikut SOP. SPI Bil 7/2011 - Perlaksanaan SOP 1:3:7 17.9. Analisis keberkesanan program dilaksanakan selepas program selesai. 17.10. Berkerjasama dengan guru tingkatan untuk menangani masalah ponteng sekolah dan kelas. SPI Bil 6/1995 - Menangani masalah ponteng 17.11. Menguatkuasa larangan bermain dengan bahan letupan di sekolah. SPI Bil 6/1983 - Larangan bermain bahan letupan 17.12.Salah laku yang melibatkan jenayah perlu di laporkan kepada pihak polis SPI Bil 3/1993 - Lapor ke polis salah laku jenayah 17.13. Mengadakan program untuk menangani masalah gangster dan dadah di sekolah SPI Bil 6/2000 - Menangani gangster dan dadah 18. Pengurusan Perhimpunan Rasmi 18.1.Perhimpunan rasmi adalah pada hari Isnin 18.2.Minggu pertama diuruskan oleh guru bertugas mingguan dan minggu ketiga akan diuruskan oleh Guru Penasihat Unit Beruniform manakala minggu kedua akan dilaksanakan Program MentorMentee dan minggu keempat Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR). 18.3.Murid tidak dibenarkan bercakap/ bising semasa perhimpunan kecuai sedang bertugas atau dengan kebenaran. 18.4.Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap/ berbual semasa perhimpunan sedang dijalankan. 18.5.Segala maklumat yang disampaikan oleh guru mesti dicatatkan di dalam Buku Laporan Perhimpunan oleh Guru Bertugas Mingguan. 18.6.Pengendalian Perhimpunan rasmi 18.6.1 Murid beratur dalam dua barisan, murid lelaki satu barisan dan murid perempuan satu barisan di belakang murid lelaki. 18.6.2 Kerusi guru disusun rapi dan mencukupi oleh pengawas. 18.6.3 J/K Sistem PA (pengawas) memastikan alatan berfungsi dengan baik


18.7.Atucara perhimpunan rasmi 18.7.1 Kata aluan pengerusi majlis 18.7.2 Nyanyian lagu (Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Sekolah) 18.7.3 Bacaan doa 18.7.4 Lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Murid 18.7.5 Laporan Guru Bertugas 18.7.6 Ucapan Pengetua 18.7.7 Pengumuman 19. Perhimpunan Harian / Roll Call 19.1. Semua murid mesti berada di kawasan perhimpunan selewat-lewatnya 7.20 pagi dan beratur mengikut kelas masing-masing 19.2. Semua guru dan murid murid mesti berada di kawasan perhimpunan dari awal sehingga roll call tamat. 19.3. Roll Call .dimulai dengan bacaan doa dan diikuti dengan Program seperti berikut : Selasa : Program Nilam Rabu : Bacaan Hafazan/Program Nilam Khamis : Info Buli / DARVIH / Disiplin / Kaunseling Jumaat : Bacaan Yasin / Nilam 19.4. Guru bertugas mingguan dan guru disiplin yang bertugas membantu mengendalikan Roll Call. 19.5. Semua aktiviti atau maklumat yang disampaikan perlu direkodkan di dalam Buku Laporan Harian oleh Guru Bertugas Mingguan DASAR AM KEBAJIKAN MURID 1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 1.1. Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi persekolahan. 1.2. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17 Mac 2008). 1.3. Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit. 1.4. Guru Tingkatan/guru mata pelajaran mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama. 1.5. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke sekolah swasta, SBP atau Sekolah-sekolah di bawah anjuran MARA memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. 1.6. Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta menyediakan senarai murid yang tidak memulangkannya. 2. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling 2.1. GBKSM mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik disamping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya. 2.2. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.


2.3. GBKSM boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. 2.4. GBKSM juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada murid. 2.5. GBKSM harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya caloncalon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. 2.6. GBKSM mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima rayuan bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan untuk tindakan susulan. 2.7. Guru Disiplin/Guru Tingkatan/Guru mata pelajaran boleh merujuk kepada GBKSM tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin / pembelajaran. 2.8. GBKSM perlu menjalankan program penilaian kendiri bagi membantu murid membuat penilaian terhadap diri sendiri dengan menggunakan Buku Penilaian Kendiri yang wajib dimiliki dan ditanda setiap hari oleh murid. Buku ini hendaklah dikumpul dan dianalisis sebulan sekali bagi mengesan murid yang amat memerlukan perhatian. 2.9. Setiap data kaunseling murid disimpan secara sistematik, sentiasa dianalisis dan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa serta dikunci masuk dalam SSDM. 3. Pengurusan Kebajikan/Biasiswa Murid( KWAPM, BKP, BKAP dan Lain-lain Bantuan) Biasiswa 3.1. Semua murid dan anak yatim yang benar-benar memerlukan bantuan dikenalpasti dan diberi bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan. 3.2. Memastikan datam maklumat murid yang memohon bantuan lengkap dan sahih (KWAPM, BKAP dan EMK) 3.3. Menguruskan tuntutan takaful/perlindungan murid yang ditimpa kemalangan dengan kadar segera. (TPSM) 3.4. Mengurus pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan telus 3.5. Pengurusan Biasiswa (BKP) 3.5.1 Semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan GIRO (tanpa kad) di Bank Simpanan Nasional dan disimpan di pejabat sekolah 3.5.2 Borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa diisi untuk setiap transaksi. 3.5.3 Memberi borang permohonan biasiswa dan kemaskini maklumat semua pelajar dalam senarai layak Sistem APB yang memenuhi kriteria pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang ditetapkan oleh KPM. 3.6. Mengadakan perjumpaan berkala dan program motivasi dengan pemegang biasiswa sekurangkurangnya sekali setahun. 3.7. Menjalankan sesi dialog bersama dengan ibubapa penerima BKP tawaran baru satu kali setahun. 3.8. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa dan memastikan mereka tidak ketinggalan. Kebajikan Murid 3.9. Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM. 3.10.Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam kalangan muridnya yang pernah atau sedang menghidap demam denggi, penyakit mudharat/kronik yang lain, murid yang mendapat kemalangan / kematian / bencana dalam keluarganya.


3.11.Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri/banjir/kebakaran. Guru kebajikan akan menghubungi pihak yang berkenaan supaya menuntut kutipan yang dibuat daripada pengetua. DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH 1. Pengurusan Keselamatan Murid 1.1. Perancangan dan Pelaksanaan Keselamatan Sekolah mengikut aspek piawaian Sekolah Selamat dalam Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah. 1.2. Alat pemadam api yang berfungsi diletakkan di tempat strategik dalam bangunan sekolah. 1.3. Mempamerkan pelan laluan kecemasan di dalam setiap kelas(termasuk makmal, bengkel dan bilikbilik khas) dan di luar bilik darjah di kawasan sekolah. 1.4. Menjalankan latihan kebakaran (fire drill) dan cara menggunakan alat pemadam api dua (2) kali setahun. 1.5. Melaporkan kerosakan perabot, lampu kipas, pendawaian dan lain-lain kerosakan kepada pejabat untuk di ambil tindakan. 1.6. Sentiasa mengingatkan murid tatacara keselamatan krisis/bencana/ risiko dari semasa ke semasa terutama semasa perhimpunan 1.7. Pihak sekolah mengamalkan beberapa polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah; 1.7.1. Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah 1.7.2 Polisi Keselamatan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dan Waktu Rehat. 1.7.3 Polisi Mengelakkan Ganggun Seksual dan Buli. 1.7.4 Polisi Keselamatan Murid Semasa Menjalankan Aktiviti Kokurikulum, Sukan dan Permainan 1.7.5 Polisi Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan dan Perkhemahan. 1.7.6 Polisi Keselamatan Menghadapi Krisis dan Bencana. 1.7.7 Pengurusan Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Sekolah 1.7.8 Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah. SPI BIL 8/1999 : Keselamatan Diri Murid SPI BIL 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar 1.8. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. 2. Kenderaan Guru, Murid dan Ibu bapa 2.1. Guru-guru mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. 2.2. Guru-guru diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. 2.3. Murid tidak dibenarkan meletakkan kenderaan dalam kawasan sekolah . 2.4. Ibu bapa/penjaga yang menghantar dan mengambil murid tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah untuk mengelakkan kesesakan tetapi menurunkan murid di pintu pejalan kaki/di manamana hadapan pagar sekolah kecuali di hadapan pintu pagar utama. 3. Pondok Kawalan Keselamatan 3.1. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. 3.2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. 3.3. Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang terpapar di pondok kawalan keselamatan sekolah.


3.4. Pengawal keselamatan memastikan pelawat berpakaian sopan dan berurusan di pejabat sahaja. (Kawasan sekolah adalah kawasan larangan). 3.5. Jurujual tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali pembekal yang telah diberi kebenaran atau yang berurusan rasmi dengan pihak sekolah/memiliki surat kebenaran daripada KPM/JPS/PPD. DASAR AM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 1. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah serta kelas 1.1. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah. 1.2. Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing – masing. 1.3. Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses PdP. 1.4. Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada setiap hari. 1.5. Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan perlu memantau kebersihan kelas dengan mengisi borang pemantauan dalam buku BKK kelas masing-masing. 1.6. Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid dikehendaki menyandarkan kerusi ke meja. 1.7. Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir. 1.8. Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk makluman. 1.9. Guru Bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas. 1.10.Markah diisi oleh Guru Bertugas dalam borang markah (di belakang borang guru bertugas setiap zon) bagi menentukan tahap kebersihan kelas (menggunakan gred A,B dan C)pada minggu tersebut. 1.11.Guru Kebersihan dan Keceriaan akan mengira purata markah menentukan gred kelas mengikut bulan pada setiap hujung bulan. 1.12.Keputusan diumumkan pada perhimpunan hari Isnin minggu pertama bulan berikutnya. Kelas yang mendapat gred A paling banyak sepanjang bulan akan diberi hadiah oleh pihak sekolah pada minggu terakhir perhimpunan diadakan pada tahun tersebut manakala guru kelas akan menerima sijil penghargaan 2. Kantin Sekolah 2.1. Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin. 2.2. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN. 2.3. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. 2.4. Guru AJK Kantin bertanggungjawab menjalankan program pendidikan atau aktiviti bagi meningkatkan kebersihan dan keceriaan kantin. 2.5. Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah. 2.6. Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.


2.7. Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng dibunyikan. 2.8. Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. 2.9. Penggunaan plastik minuman dan polisterin dilarang sama sekali. 3. Pengurusan Kamar Segar/Tandas 3.1. Guru blok (kebersihan dan keceriaan) akan memastikan kebersihan kamar segar sentiasa dijaga. 3.2. Memastikan pekerja swasta membersihkan kamar segar dua (2) kali sehari pada hari persekolahan. 3.3. Memastikan kamar segar berfungsi dengan baik. 3.4. Memastikan setiap kerosakan diambil tindakan segera. 3.5. Bilangan tandas mencukupi untuk kegunaan murid dan guru mengikut Indikator Butiran Penyeliaan Skor Catatan. 3.6. Mendedahkan kepada murid-murid cara menggunakan tandas dengan betul. 3.7. Memastikan tandas bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes. 3.8. Membuat pemeriksaan kebersihan dan kerosakan tandas dan dilaporkan dalam Buku Laporan Tugas. Sebarang kerosakan boleh beritahu kepada PK HEM dan KPT sekolah. 3.9. Merancang dan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan tandas. 3.10.Menyediakan label-label atau mural yang sesuai. 3.11.Melengkapkan papan kenyataan di luar tandas supaya ia berfungsi dan bermaklumat DASAR AM KESIHATAN 1. Rekod Kesihatan Murid 1.1. Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan di dalam fail peribadi. 1.2. Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperoleh sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. 1.3. Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila dapatkan daripada koperasi sekolah. 1.4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan. 1.5. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan. 2. Kad Pergigian Murid 2.1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu. 2.2. Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya. 2.3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan. 3. Surat Rawatan Murid 3.1. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. 3.2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan.


3.3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. 4. Murid Sakit 4.1. Sekiranya ada murid yang sakit, mereka perlu berhubung dengan Pejabat Sekolah dan Guru Bertugas Mingguan akan dihubungi. 4.2. Guru bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid sama ada perlu dihantar ke klinik, berehat di bilik rehat atau menghubungi ambulan atau warisnya. 4.3. Guru bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah sekiranya perlu. 4.4. Murid yang bergejala akan diberi Kit Ujian Kendiri Covid-19 dan diminta membuat ujian Covid-19 4.5. Guru bertugas dan Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di Bilik Rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam. 4.6. Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru bertugas mestilah menghubungi segera ibu bapa / penjaga untuk menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan. Pihak sekolah juga boleh memanggil ambulan sekiranya berlaku kecederaan serius yang memerlukan rawatan segera. 4.7. Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid di pejabat. TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version