The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD FARHAN QUSHAIRY BIN MOHD FIRDAUS Moe - Menghantar Kajian Kes

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD FARHAN QUSHAIRY BIN MOHD FIRDAUS Moe, 2023-08-10 06:38:18

MUHAMMAD FARHAN QUSHAIRY BIN MOHD FIRDAUS Moe - Menghantar Kajian Kes

MUHAMMAD FARHAN QUSHAIRY BIN MOHD FIRDAUS Moe - Menghantar Kajian Kes

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA,71350 KOTA, REMBAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KAJIAN KES: SEJARAH KELAS: TAHUN 4 TARIKH MULA:11 OGOS 2021 TARIKH HANTAR:10 SEPTEMBER 2021 TEMPOH: 4 MINGGU TEMA: TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA TAJUK: HANG TUAH MERUPAKAN LAKSAMANA TERBILANG Farhan Qushairy


KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT PENDAHULUAN 1 PENGHARGAAN 2 OBJEKTIF KAJIAN 3 LAPORAN KAJIAN RIWAYAT HIDUP HANG TUAH 4 KEHEBATAN HANG TUAH 5 SAHABAT HANG TUAH 6 SIFAT KESETIAAN HANG TUAH 7 SIFAT KEBIJAKSANAAN HANG TUAH 8 PERANAN HANG TUAH 9 SEBAB HANG TUAH TERPAHAT DALAM TOKOH TERBILANG 10 KAEDAH KAJIAN 11 RUJUKAN 12 LAMPIRAN 13-20


PENDAHULUAN Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan buku ini dalam masa 4 minggu dan tanpa bantuan ibu bapa dan guru, saya tidak menyiapkan buku kajian kes ini. Sepertimana yang kita ketahui, Hang Tuah adalah seorang daripada Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka dan kita ketahui bahawa beliau sangat terkenal kerana mentaati sultan. Tujuh yang saya akan laporkan ialah: 1. Riwayat Hang Tuah 2. Kehebatan Hang Tuah 3. Sahabat Hang Tuah 4. Sifat kesetiaan Hang Tuah 5. Sifat kebijaksanaan Hang Tuah 6. Peranan Hang Tuah 7. Sebab Hang Tuah terpahat dalam Tokoh Terbilang Diharapkan, kajian kes ini dapat menjawab pernyataan yang diberi. 1


PENGHARGAAN Alhamdulillah, dapat saya menerbit buku yang bertajuk Hang Tuah merupakan Laksamana Melaka. Dalam tempoh 4 minggu, saya menyiapkan kerja ini. Guru penolong saya adalah MOHAMAD RADUAN BIN MURAH. Beliau membantu saya membuat buku ini. Tanpa bantuan ibu bapa saya juga, saya tidak dapat menyiapkan buku ini. Sekian, Wa Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. 2


OBJEKTIF KAJIAN 1. Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah 2. Mengenal pasti kualiti diri Hang Tuah 3. Menyatakan peranan Hang Tuah 3


LAPORAN KAJIAN 1: RIWAYAT HIDUP HANG TUAH 1. Berasal dari Sungai Duyung. Bapa beliau bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Merdu Wati. 2. Mempunyai empat sahabat yang bernama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. 3. Hang Tuah pernah mengalahkan orang yang mengamuk sehingga mahu membunuh Bendahara. 4. Hang Tuah pun dilantik sebagaiLaksamana manakala empat sahabat beliau menjadi hulubalang. 5. Beliau mengetuairombongan menghantar utusan Melaka ke China. 6. Menggunakan kebijaksanaannya memikat Tun Teja bernikah bersama Sultan Melaka. 7. Difitnah dan dijatuhi hukuman mati oleh sultan Melaka. Bendahara segera menyembunyikan Hang Tuah. 8. Hang Jebat mengamuk kerana menuntut bela atas kematian Hang Tuah. 9. Hang Tuah pula dapat menumpaskan Hang Jebat dengan menikam Hang Jebat menggunakan keris Taming Sari. 10. Hang Tuah berguru dengan gurunya, Aria Putera 4


LAPORAN KAJIAN 2: KEHEBATAN HANG TUAH Ketua Angkatan Laut yang menjamin keselamatan perairan Melaka. Menjaga keselamatan pedagang di Selat Melaka. Ketua utusan kerajaan Melaka ke China, Siam, India dan Turki. Ketua rombongan peminangan puteri Gunung Ledang. Pengawal sultan semasa ke Majapahit. 5


LAPORAN KAJIAN 3: SAHABAT HANG TUAH SAHABAT HANG TUAH > HANG JEBAT > HANG KASTURI > HANG LEKIR > HANG LEKIU 6


LAPORAN KAJIAN 4: SIFAT KESETIAAN HANG TUAH >Sanggup berkorban demi Melaka semenjak dari usia kecil. >Sentiasa mengutamakan kehendak pemerintah. >Sanggup membunuh sahabatnya, Hang Jebat demi kedaulatan raja. >Mempertahankan sultan Melaka daripada dibunuh. >Sentiasa akur dengan titah sultan walaupun nyawa terancam. 7


LAPORAN KAJIAN 5: SIFAT KEBIJAKSANAAN HANG TUAH 1. Menguasai 12 bahasa untuk memudahkan bahasa rasmi. 2. Berjaya membeli ubat meriam dan bedil dari Mesir dan Turki untuk perkemaskan pertahanan Melaka. 3. Menggagalkan percubaan membunuh sultan Melaka ketika di Majapahit. 4. Berjaya beli 10 ekor gajah dari Siam dipersembahkan kepada sultan dan menjinakkan kuda liar. 5. Berjaya masuk menghadap dan melihat wajah Raja Siam. 8


LAPORAN KAJIAN 6: PERANAN HANG TUAH 1. Ketua Angkatan Laut 2. Setia kepada sultan 3. Tun Teja 4. Melaksanakan perintah sultan 5. Menjaga keamanan perairan 6. Menjamin keselamatan pedagang 7. Mengetuai rombongan ke China 8. Pengawal sultan 9. Hang Tuah berlawan dengan Taming Sari 9


LAPORAN KAJIAN 7: SEBAB HANG TUAH TERPAHAT DALAM TOKOH TERBILANG Pada pendapat saya, ada lima sebab mengapa Hang Tuah terpahat dalam Tokoh Terbilang adalah kerana Hang Tuah adalah kerana kebijaksanaannya, kesetiaannya, peranannya, riwayatnya dan juga kehebatannya. Hang Tuah menggunakan kebijaksanaannya untuk melihat wajah Maharaja China menggunakan helah dengan kangkung. Hang Tuah pernah juga memujuk Tun Teja berkahwin dengan sultan Melaka. Kesetiaan Hang Tuah pula ialah sanggup berkorban buat Melaka semasa berusia kecil dan mempertahankan sultan dari dibunuh. Peranan yang pertama adalah menjaga keamanan perairan dan taat kepada sultan. Riwayat Hang Tuah pula ialah: 1. Berasal dari Sungai Duyung bapa bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Merdu Wati. 2. Mengalahkan orang yang hendak membunuh bendahara dan dilantik menjadi laksamana Melaka. Kehebatan Hang Tuah: Iringi sultan ke Majapahit. 10


KAEDAH KAJIAN Terdapat dua kaedah yang saya guna di sini iaitu: 1. Kaedah perpustakaan iaitu merujuk buku teks atau buku rujukan. 2. Kaedah penggunaan media sosial iaitu melayari laman web berkaitan dengan kajian kes ini. 11


KESIMPULAN Perasaan: Bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan. Pengajaran: Mementingkan lagi mata pelajaran Sejarah. Apa yang akan terjadi:Liputan Internet kadang-kadang menjadi lambat dan kadang-kadang menjadi cepat. 12 RUJUKAN


1. Buku rujukan SK Lok Yuk Inanam 2. https://en.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuah 3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuah 13


LAMPIRAN Potret Hang Tuah Pergaduhan Hang Tuah Perigi Hang Tuah 14


LAMPIRAN Hang Tuah mausoleum Taming Sari Monumen lima bersaudara 15


LAMPIRAN Mendam Berahi Hang Jebat Mausoleum 16


Click to View FlipBook Version