The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL ASSESSMENT HSM3023 (FENDI KAMILIS-D20211099993)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d099993, 2022-07-23 13:54:36

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-19

FINAL ASSESSMENT HSM3023 (FENDI KAMILIS-D20211099993)

SBKURKAUP

Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu
pada abad ke-19.

HSM3023-MALAYSIA HINGGA ABAD KE 19
NAMA :

FENDI KAMILIS
NO.MATRIK :
D20211099993
PENSYARAH :
DR. WAN NOORLIZAWATI BINTI WAN MAT ALI
KUMPULAN KULIAH : C
HARI & MASA :
8:00 AM - 11:00 AM (JUMAAT)

SULIT / CONFIDENTIAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR
FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 2 SESI 2021/2022
SEMESTER 2SESSION 2021/2022

KOD / CODE : HSM3023 KURSUS : MALAYSIA ABAD KE-19
COURSE : 19TH CENTURY MALAYSIA

ARAHAN / INSTRUCTIONS

1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.
Please read the assessment instructions carefully.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut kepada
pentaksiran akhir yang telah ditetapkan.
Students are required to prepare the answer scripts/assignments/projects based on the
predetermined the final assessment.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.
Students are required to submit their answer scripts/assignments/projects to the lecturers
within the specified time.

PROGRAM / PROGRAMME: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEJARAH

TAHUN / YEAR:2021/2022 KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP: C

NO. PENDAFTARAN / REGISTRATION NO: D2021 1 09999 3
3
NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO: 0 1 09 0 4 1 2 0 36

PENSYARAH / LECTURER: DR.WAN NOORLIZAWATI BINTI WAN MAT ALI

SULIT / CONFIDENTIAL

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PELAJAR
BERKENAAN DENGAN PENTAKSIRAN AKHIR

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa skrip
jawapan/tugasan/projek yang dihantar adalah daripada hasil kerja
saya sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur plagiarisme
daripada pelajar lain. Universiti boleh mengambil tindakan keatas
saya sekiranya saya berbuat demikian.

TANDATANGAN :

TARIKH : 24 JULAI 2022

NAMA : FENDI KAMILIS

NO. KAD PENGENALAN : 010904-12-0363

NO. PENDAFTARAN : D20211099993

FAKULTI : FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEJARAH

ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 SEKOLAH PONDOK 2-3

3.0 SEKOLAH VERNAKULAR 4-5
MELAYU

4.0 SEKOLAH VERNAKULAR 6
CINA

5.0 SEKOLAH VERNAKULAR 7-8
TAMIL

6.0 SEKOLAH INGGERIS 9-10
7.0 KESIMPULAN 11-12
8.0 SUMBER RUJUKAN
13-14

Pendidikan ialah perihal mendidik ilmu
yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu
mendidik, didikan, latihan dan ajaran.
Perkataan pendidikan berasal dari kata akar
‘didik’ yang membawa maksud ajar,
bimbing, bentuk, dan asuh1. Oleh itu, melalui
definisi tersebut dapatlah kita memahami
pendidikan merupakan proses pertumbuhan
kearah yang lebih baik bagi mencapai
kesempurnaan akal, mental dan juga
perkembangan jasmani.

Pendidikan di Malaysia sebelum diperkenalkan
pendidikan sekular sudah mempunyai konsep
pendidikan sesuai dengan perkembangan
masyarakat pada masa itu. Sebelum kedatangan
pihak British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan
orang Melayu lebih dikenali sebagai sistem
pendidikan tradisional.2 Hal ini dikatakan demikian
kerana sistem pendidikan ini lebih kepada
pendidikan tidak formal. Sistem pendidikan awal
ini hanya bertujuan untuk memperjuangkan nasib
orang Melayu untuk maju selangkah demi
selangkah ke hadapan.

Vernakular atau sekular bermaksud “bahasa Pendidikan Tanah Melayu pada abad ke-19
pengantar bahasa ibunda”.3 Sekolah vernakular juga merupakan suatu proses sosialisasi yang
Tamil, Cina dan Melayu yang ditubuhkan hampir mengandungi proses tunjuk ajar dalam
berhadapan dengan masalah dari segi pelbagai bentuk bagi menonjolkan kebolehan,
kemudahan bangunan sekolah, tahap pendidikan, pembentukan akhlak dan peribadi dan juga
guru yang tidak bertauliah atau terlatih, kehadiran proses membiasakan diri dengan pelbagai
kanak-kanak ke sekolah, ketiadaan bantuan atau intipati warisan budaya serta situasi semasa.
sokongan seperti tauke Cina dan sebagainya. Pendidikan di Malaysia pada abad ke-19
Pada peringkat awalnya, pendidikan Melayu yang sememangnya melalui perkembangan yang
bercorak informal ini bermula dengan kanak- mana memberikan kesan kepada tahap
kanak yang melibatkan diri mereka dalam proses pengetahuan masyarakat di Tanah Melayu.
sosialisasi.

1Kurikulum, Pusat Perkembangan. "Kementerian Pelajaran Malaysia." (2002): hlm 3
2Ramli Saadon, Khairi Ariffin dan Ishak Saat. “Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
3Ikbeimd unculan Western-Type-Education”. (2016): hlm 34

2.0 SEKOLAH PONDOK

Institusi yang paling awal ialah institusi pengajian
pondok. Konsep pengajian pondok ini dikatakan bermula
di Tanah Melayu pada abad ke-19. Terdapat kajian yang
mengatakan bahawa pengajian pondok ini adalah berasal
dan dipengaruhi sistem pendidikan dari Mekah pada
masa tersebut.4 Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat persamaan kaedah pengajian di pondok dengan
di Mekah. Dalam sistem pengajian pondok, rumah guru
atau masjid akan dikelilingi pondok kecil yang akan
menjadi tempat tinggal bagi pelajar untuk memudahkan
mereka dalam bidang pengajian sekolah pondok. Tempat
pengajian pondok yang tertua di Malaysia ialah di
Kelantan yang mana telah didirikan pada tahun 1820 dan
sangat dikenali sebagai Pondok Tok Pulai Condong.

Lokasi pondok ini adalah jauh daripada
kampung halaman para pelajar atau berada di
sebuah kampung lain5. Kebiasaanya bangunan
pengajian pondok dibina jika bilangan pelajar
terlalu ramai bagi menampung keperluan
tempat penginapan. Pengajian pondok ini juga
adalah secara percuma dan terbuka kepada
semua masyarakat Melayu yang beragama
Islam. Guru-guru yang mengajar juga bekerja
tanpa mengharapkan sebarang upah ataupun
gaji kerana kesanggupan untuk berkorban
mendidik anak Tanah Melayu pada ketika itu.

4

Wong, Francis. "Education, political development and social equity in Malaysia." (1982): hlm 45
5Muhammad Ridzuan Bin Idris. "Pentadbiran Dan Pengurusan Pendidikan Perempuan Melayu Di Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu, 1896-1941."(2015): hlm 24

Antara tokoh yang menjadi guru dalam institusi
pengajian pondok dan di antara mereka pernah
mendalami pengajian di Mekah ialah Sheikh Daud bin
Abdullah al-Fatani, Sayid Abdul Rahman (Tokku
Paloh), dan Muhammad Yusoff bin Ahmad (Tok
Kenali). Negeri-negeri Melayu di sebelah pantai timur
iaitu Kelantan dan Terengganu adalah dianggap
sebagai tempat bermulanya pendidikan pondok.
Terengganu sangat terkenal kerana pada
pertengahan abad ke-19 hingga akhir abad ke-19
ramai ulama di negeri tersebut dan mendirikan 10
pusat pengajian manakala di Kedah sebanyak 8 buah
sekolah pondok.

Sukatan isi pelajaran pondok adalah bergantung kepada
guru-guru di institusi pondok berkenaan. Manakala Kaedah
atau pendekatan pengajaran yang biasa dilaksanakan
adalah kaedah kuliah, penghafalan, pembacaan,
mengulangkaji dan menyalin teks.6 Pembelajaran dan
pengajaran di institusi pondok adalah fleksibel ataupun
tidak terikat pada masa-masa tertentu dan terpulang
kepada kebijaksanaan guru-guru di institusi pondok
berkenaan menentukan masa yang sesuai serta apa yang
ingin diajar pada hari tersebut. Matlamat utama pendidikan
di institusi pondok adalah melahirkan seorang Islam yang
mengetahui tentang undang-undang serta mematuhi
ajaran Islam dan juga mendidik agar memiliki sifat
keperibadian yang mulia dan tinggi.

Sekolah Pondok Tok Pulai Condong 1820

6Othman, Siti Maisarah, dan Suffian Mansor. "Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam
Pembangunan Pendidikan di Melaka." (2021): hlm 27

3.0 SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

Sekolah Melayu terhad kepada pembelajaran tahap
rendah sahaja. British sememangnya sejak awal lagi
dilihat tidak berminat untuk memajukan sistem
pendidikan di Tanah Melayu kerana ia akan memberikan
masalah dan kerugian kepada mereka. Namun, akibat
desakan berterusan daripada para pembesar Melayu,
terutamanya sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
menyebabkan Kerajaan British mula memberikan
pendidikan rendah untuk kumpulan ini. Ia membawa
kepada penubuhan sekolah rendah vernakular Melayu
pada pertengahan abad ke-19 sehinggalah awal Perang
Dunia Kedua.7

Antara sekolah terawal ditubuhkan adalah Teluk Belanga,
Singapura diikuti dengan beberapa sekolah di Melaka dan
Pulau Pinang.8 Malangnya, usaha ini kurang mendapat
sambutan dalam kalangan ibu bapa Melayu yang memaksa
mereka untuk melakukan langkah bagi menangani masalah
sokongan daripada ibu bapa Melayu serta masalah kewangan
bagi membiayai guru yang mengajar. Sebagai contoh, di
Selangor yang mana kerajaan mengenakan denda berbentuk
wang kepada ibu bapa yang gagal menghantar anak mereka
ke sekolah. Sementara itu, ibu bapa yang menghantar anak
mereka akan diberikan ganjaran. Kejayaan ini mendorong
kerajaan memperkenalkan enakmen di beberapa negeri
seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang mewajibkan
anak-anak Melayu yang berumur 7 hingga 14 tahun untuk
hadir ke sekolah.9

7 Othman, Siti Maisarah, dan Suffian Mansor. "Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di Melaka."
(2021): hlm 27

8 Ariffin, Khairi, Ramli Saadon, and Ismail Ali. "Kurikulum pelajaran vernakular Melayu di Tanah Melayu pada zaman kolonial British sehingga
perang dunia kedua." (2012): hlm 56

9 Ramli Saadon, Khairi Ariffin dan Ishak Saat. “Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum kemunculan Western-Type-

Education”. (2016): hlm 67

Sekolah Melayu Pertama di negeri Selangor,
Sekolah Melayu Pengkalan Batu 1875

Sekolah vernakular Melayu pertama di negeri Selangor ini
didirikan di Klang pada tahun 1875 dan telah dilawati oleh
beberapa orang pegawai pelajaran British pada tahun 1879.
Pengajian Melayu hanya tertumpu kepada empat tahap
pelajaran sekolah rendah sahaja1. 0 Fokus pelajaran adalah
tertumpu kepada isu-isu yang berkait dengan pertanian dan
aktiviti-aktiviti ekonomi Melayu seperti anyaman. Pengajaran ini
bertujuan untuk memberi pendedahan pengalaman berkaitan
pertanian yang menjadi asas ekonomi dalam kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga mewujudkan jawatan Nazir Sekolah
Melayu bertujuan untuk menyelaraskan sistem pelajaran
Melayu. Bagi memudahkan para murid ini, beberapa buku
Melayu baharu telah dicetak.

10Muhammad Ridzuan Bin Idris. "Pentadbiran Dan Pengurusan Pendidikan Perempuan Melayu
Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1896-1941." (2015): hlm 45

4.0 SEKOLAH VERNAKULAR CINA

Sekolah vernakular Cina yang terawal di Tanah Melayu telah
dibina di Melaka pada tahun 1816 oleh sekumpulan
pendakwah daripada Persatuan Mubaligh London. Ini diikuti
oleh Institut Wu Fu di Pulau Pinang pada tahun 1819 dan
Institut Cui Ying di Singapura pada tahun 1854. Penubuhan
sekolah-sekolah ini bertujuan untuk mengekalkan warisan
budaya, bahasa dan identiti bangsa orang Cina yang berada di
Tanah Melayu.11 Kurikulum sekolah adalah berorientasikan
pemikiran yang mana dibawa dari Tanah Besar China. Malahan
buku teks dan guru juga di import dari China bagi
mengekalkan konsep sekolah vernakular Cina itu sendiri1.2
Murid-murid di sekolah Cina akan diajar bahan-bahan klasik,
menghafal, mengira dengan sempoa dan kaligrafi Cina.

Penubuhan sekolah vernakular cina ini begitu
penting di mata pihak British kerana ianya
memberikan manfaat kepada mereka khususnya
dalam bidang perlombongan dan membantu
mereka untuk memajukan hasil lombong. Oleh itu,
sekolah vernakular yang telah ditubuhkan ini
sangat memberikan manfaat kepada mereka serta
mempelbagaikan lagi perkembangan pendidikan
di Tanah Melayu pada penghujung adab ke-19.

11Lee, Phun Lee, dan Hairi bin Ariffin. "Sejarah Pendidikan Vernakular Cina Zaman Kolonial British Di
Negeri Perak, 1874-1941." (2021): hlm 32

12 Ibid

5.0 SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL

Penduduk masyarakat yang berbangsa Tamil merupakan
golongan terbesar iaitu kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan
masyarakat India (Tamil, Malayalee, Telugu, Gujerati, Punjabi, Sikh,
Marati, India Muslim) yang datang ke Tanah Melayu semasa
pentadbiran British di Tanah Melayu. Masyarakat Tamil ini telah
datang disebabkan mereka bekerja di ladang getah, kopi, gula dan
juga kelapa.13Perkembangan industri getah pada ketika itu telah
menarik minat lagi pihak British untuk memberikan kemudahan
pendidikan kepada masyarakat Tamil di Tanah Melayu pada ketika
itu kerana mereka takut buruh dari India Selatan ini akan lari. Hal
ini menyebabkan kerajaan pada ketika itu telah mendirikan salah
satu sekolah yang mana khusus untuk penduduk berbangsa Tamil
di Tanah Melayu. Penubuhan sekolah ini mempunyai matlamat
untuk melahirkan dan memastikan tenaga buruh yang ada di
Tanah Melayu sentiasa mencukupi.14

Perkembangan sekolah Tamil ini begitu baik
sekali kerana potensi yang dilihat oleh pihak
kerajaan kerana mampu memberikan mereka
manfaat terutama sekali bagi tenaga buruh.
Antaranya sekolah terawal di Tanah Melayu pada
ketika itu adalah sekolah Tamil di Pulau Pinang
(1816), sekolah Anglo-Tamil, Melaka (1850) yang
mana hanya bertahan selama sepuluh tahun dan
Sekolah St. Xavier Malabar, Singapura pada tahun
1859.

Sekolah Anglo-Tamil,
Melaka 1850

13Parameswari Krishnan, J. Hinduja Jayer Raman, Said Darkasi dan Rohini Krishnan. “Dasar British Dan Jepun Terhadap Sekolah
Melayu Dan Tamil Sebelum Tahun 1957”. (2020): hlm 41

14Hasmori, Akhmal Annas, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah, dan Muhammad Sukri Saud. "Pendidikan, kurikulum
dan masyarakat: Satu integrasi." (2011): hlm 14

Sekolah-sekolah ini juga hanya bergantung

pada dana dari majikan ibu bapa pelajar atau

usaha dari persatuan mubaligh. Namun,

kemudahan sekolah Tamil dari segi

infrastruktur, buku teks dan tenaga

pengajar juga masih kurang memuaskan.15

Malahan, masyarakat India juga tidak

mempunyai kesedaran tentang

kepentingan pendidikan untuk anak-anak

mereka pada ketika itu.

Objektif pendidikan sekolah Tamil ini adalah bersaskan
kepada Functional Literacy, iaitu usaha untuk
membolehkan anak-anak ini sekurang-kurangnya boleh
membaca, menulis dan mengira (3M) dalam Bahasa Tamil.
Ia dilakukan untuk membolehkan anak-anak ini untuk terus
mengikuti pendidikan aliran perdana di India apabila ibu
bapa mereka pulang ke negara asal. Sistem pendidikan
yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada Indian based
curriculum yang menekankan elemen Tamil. Para pelajar
akan dinilai berasaskan kepada kecekapan mereka
membaca, menulis dan penghafalan karya klasik dan epik
Hindu. Tingkat tertinggi bagi aliran sekolah ini adalah
darjah enam.

Namun begitu, perkembangan dan kemajuan ekonomi di
Tanah Melayu pada awal kurun ke 20 menyebabkan
tenaga buruh dari India ini sangat diperlukan. Pihak British
mengambil inisiatif untuk menukar polisi pendidikannya
pada tahun 1902 dengan menguatkuasakan Kod Buruh.16
Mereka mewajibkan setiap ladang yang mempunyai lebih
daripada sepuluh kanak-kanak India pada umur 7 hingga
14 tahun dikehendaki untuk menyediakan sekolah Tamil.
Malahan bantuan kewangan turut disalurkan kepada
sekolah yang menunjukkan pretasi yang memuaskan bagi
meningkatkan lagi kualiti pendidikan penduduk Tamil.

15Othman, Siti Maisarah, dan Suffian Mansor. "Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di
Melaka." (2021): hlm 37

16 Raja, Sivachandralingam Sundara. "Peranan Ejen Kerajaan India Dalam Kemajuan Pendidikan Tamil Di Tanah Melayu, 1922-1941." (2019):
hlm 32

6.0 SEKOLAH INGGERIS

Kebanyakan sekolah Inggeris yang dibina pada
peringkat awal adalah dari hasil usaha mubaligh Kristian
yang datang ke Tanah Melayu. Pendidikan Inggeris mula
diperkenalkan di Tanah Melayu pada 1816 melalui
penubuhan Penang Free School di bawah rancangan dan
bantuan kewangan kerajaan British. Penubuhan Penang
Free School telah mendorong negeri-negeri lain untuk
menubuhkan sekolah Inggeris yang serupa.17 Asalnya,
British tidak mahu memberikan pendidikan Inggeris
secara intensif kepada masyarakat Melayu dan pendatang
kerana bimbangkan tentang kesedaran politik yang akan
dibangkitkan oleh golongan yang berpendidikan Inggeris.

Sekolah-sekolah Inggeris ini berbeza dari sekolah
vernakular yang lain kerana mereka mempunyai
kemudahan yang bermutu tinggi.18 Hal ini dikatakan
demikian kerana pandangan ataupun perspektif
masyarakat di Tanah Melayu bahawa sekolah inggeris
adalah sekolah yang mempunyai taraf pendidikan yang
lebih tinggi kerana ianya memiliki hak keistimewaan
untuk menjadi golongan pentadbir elit dan mampu
bekerja dalam sektor pentadbiran. Kurikulum yang
digunakan oleh sekolah ini adalah sama seperti yang
digunakan di negara England.19

18Hussain Abdul Rahman, Haji. "Pengkisahan Sekolah Inggeris Derma Kangar." (1992): hlm 28
19Gin, Ooi Keat. "Disparate identities: Penang from a historical perspective, 1780-1941." (2015): hlm 35

Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816

Oleh itu, pandangan daripada
masyarakat terhadap sekolah ini begitu
tinggi sehingga para ibu bapa lebih
memilih anak mereka dihantar ke sekolah
Inggeris berbanding sekolah vernakular
yang ditubuhkan. Pengaruh daripada
British begitu kuat sekali pada
penghujung abad ke-19 menyebabkan
perkembangan sekolah Inggeris ini pada
awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

7.0 KESIMPULAN

Sistem pendidikan yang dikhususkan telah menunjukkan
kemajuan yang begitu baik dalam bidang pendidikan di Tanah
Melayu pada abad ke-19. Hal ini dikatakan demikian kerana
sistem pendidikan yang lebih teratur telah membuka minda para
masyarakat di Tanah Melayu dan mengelakkan mereka tercicir
dengan ilmu pendidikan. Perkembangan pendidikan di Tanah
Melayu sebelum kedatangan kolonial adalah dibahagikan
kepada pendidikan sosialisai keluarga, pendidikan keagamaan
yang terkandung pengajian agama, pengajian sekolah pondok
dan pengajian madrasah.20Bagi pihak kolonial, mereka melihat
bahawa perkembangan pendidikan dalam kalangan orang
Melayu adalah mundur dan tidak bersistematik yang
menyebabkan pendidikan di Tanah Melayu perlu ditingkatkan
dengan melaksanakan pendidikan secular yang menekankan
konsep pendidikan yang dikenali sebagai western-type
education.

Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu juga
telah membawa kepada pembentukkan
masyarakat majmuk yang ada di Tanah Melayu.
Kedatangan kaum berbangsa Cina dan Tamil
yang dibawa oleh pihak British pada penghujung
abad ke-19 telah mempelbagaikan lagi kaum
yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu.
Pendidikan di Tanah Melayu telah berkembang
dengan begitu baik sekali pada awal abad ke-20
dan menyebabkan laporan-laporan pendidikan
dimeteraikan. Dengan adanya laporan-laporan
tersebut pendidikan yang lebih sistematik dapat
diwujudkan.21

20 Ramli Saadon, Khairi Ariffin dan Ishak Saat. “Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum kemunculan Western-Type-
Education”.(2016): hlm 96

21 Hasmori, Akhmal Annas, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah, dan Muhammad Sukri Saud. "Pendidikan, kurikulum dan
masyarakat: Satu integrasi." (2011): hlm 355

Pendidikan di Malaysia pada hari ini
memperlihatkan kepelbagaian peringkat dalam
sistem pendidikan di Malaysia untuk semua
lapisan masyarakat. Pada hari ini, kita dapat
melihat bahawa semua kaum berpeluang untuk
menikmati pendidikan yang disediakan tanpa
diskriminasi. Malah, kepelbagaian aliran
pendidikan hari ini terbentuk dari ketidak
seragaman sistem pendidikan yang disediakan
oleh British.

Oleh itu, Sememangnya pendidikan ini
telah membentuk satu kemajuan dari segi
tahap pengetahuan masyarakat di Tanah
Melayu pada ketika itu. Kemajuan ini
disambut baik oleh masyarakat pada ketika
itu sehingga berjaya menubuhkan sekolah-
sekolah yang maju serta menubuhkan
sekolah dalam melahirkan insan pendidik
iaitu sebagai guru.

8.0 SUMBER RUJUKAN

Ariffin, Khairi, Ramli Saadon, and Ismail Ali. "Kurikulum pelajaran vernakular
Melayu di Tanah Melayu pada zaman kolonial British sehingga perang dunia
kedua." MANU 18 (2012): 1-31.

Fauzi, Siti Kamilah Mohd, dan Izziah Suryani Mat Resad. "Pendidikan di
Selangor Era Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1887-1938): Sorotan
Literatur."  BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human
Sciences (e-ISSN: 2600-9080) 1, no. 2 (2018): 59-64.

Gin, Ooi Keat. "Disparate identities: Penang from a historical perspective,
1780-1941." Kajian Malaysia 33 (2015): 27.

Hasmori, Akhmal Annas, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah,
dan Muhammad Sukri Saud. "Pendidikan, kurikulum dan masyarakat: Satu
integrasi." Journal of Edupres 1 (2011): 350-356.

Hussain Abdul Rahman, Haji. "Pengkisahan Sekolah Inggeris Derma Kangar."
(1992).

Kurikulum, Pusat Perkembangan. "Kementerian Pelajaran Malaysia." (2002).

Lee, Phun Lee, dan Hairi bin Ariffin. "Sejarah Pendidikan Vernakular Cina
Zaman Kolonial British Di Negeri Perak, 1874-1941."  Jurnal Penyelidikan
Dedikasi 18, no. 2 (2021): 30-43.

Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizat Jamaluddin, Muhammad Ikhlas Rosele,
dan Mohd Akmal Sidik. "Sumbangan Ulama Melayu Klasik dalam Pembinaan
Kearifan Tempatan di Alam Melayu." Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 27, no.
1 (2016): 180-198.

Muhammad Ridzuan Bin Idris. "Pentadbiran Dan Pengurusan Pendidikan
Perempuan Melayu Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1896-1941." SEJARAH:
Journal of the Department of History 24, no. 1 (2015).

Muhammad Ridzuan Bin Idris. "Perkembangan Sekolah Perempuan
Melayu Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1896-1941."  SEJARAH:
Journal of the Department of History 23, no. 2 (2014).

Othman, Siti Maisarah, dan Suffian Mansor. "Pendidikan Vernakular:
Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di
Melaka." Jurnal Wacana Sarjana 5, no. 2 (2021): 1-12.

Parameswari Krishnan, J. Hinduja Jayer Raman, Said Darkasi dan Rohini
Krishnan. “Dasar British Dan Jepun Terhadap Sekolah Melayu Dan Tamil
Sebelum Tahun 1957”. Jurnal Kinabalu Bil. 26(2), 253-276, Disember
(2020).

Raja, Sivachandralingam Sundara. "Peranan Ejen Kerajaan India Dalam
Kemajuan Pendidikan Tamil Di Tanah Melayu, 1922-1941."  SEJARAH:
Journal of the Department of History 28, no. 2 (2019).

Ramli Saadon, Khairi Ariffin dan Ishak Saat. “Perkembangan Pendidikan
orang Melayu di Malaya sebelum kemunculan Western-Type-
Education”. Jurnal Perspektif Jil. 8 Bil. 2 (2016):79-96.

Siti Maisarah Othman, dan Suffian Mansor. "Pendidikan Vernakular:
Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di
Melaka." Jurnal Wacana Sarjana 5, no. 2 (2021): 1-12.

Wong, Francis. "Education, political development and social equity in
Malaysia."  International Journal of Educational Development  2, no. 3
(1982): 235-248.

TSKEEARKSIIMIAHHAN


Click to View FlipBook Version