The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

STRATIFIKASI DAN BUDAYA SEKOLAH

PENTAKSIRAN BERTERUSAN EDUP3143

Keywords: -

JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : PUTERI ARRIESYA BALQIS BINTI MOHAMAD ASMADI No. K/P : 031106110374 Angka Giliran : 2021202340251 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.07 Nama Pensyarah : ENCIK MOHD NASARUDIN BIN ISMAIL Tarikh Hantar : 05 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : Balqis Tarikh : 9 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar : Balqis Tarikh : 9 MAC 2024


NAMA: PUTERI ARRIESYA BALQIS BINTI MOHAMAD ASMADI UNIT : T2S2.07 KURSUS: SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD NASARUDIN BIN ISMAIL dan Stratifikasi BUDAYA SEKOLAH


Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya atas segala nikmat yang dikecapi.Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan idea yang membina bagi menyempurnakan tugasan pentaksiran berterusan kursus EDUP3143 Sosiologi dalam Pendidikan saya ini dalam tempoh yang ditetapkan.Saya amat berharap agar hasil tugasan ini dapat mencapai kriteria yang dikehendaki dan memuaskan hati semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. PENGHARGAAN Sekalung penghargaan kepada Yang Berusaha Dr. Mohd Azmi bin Mat Yusoff, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan atas kerjasama yang diberikan serta Yang Dihormati Encik Mohd Nasarudin bin Ismail selaku pensyarah kursus yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu dalam pemahaman terhadap soalan tugasan dengan baik dengan menjawab segala persoalan yang dikemukakan dengan jelas. Tugasan ini juga tidak akan lengkap jika tidak disuntik dengan kata-kata semangat serta usaha yang tinggi daripada beliau dalam pelaksanaan tugasan ini. Saya pasti bahawa beliau akan memberikan pandangan yang baik terhadap hasil tugasan ini kelak Selanjutnya, tidak dilupakan juga kepada ibu bapa dan penjaga saya, Rahimah binti Awang @ Omar, Mohamad Asmadi bin Walek @ Walid dan Shaizan bin Ibrahim kerana sentiasa memberikan dorongan serta nasihat yang murni serta membantu melengkapi keperluan saya pada setiap masa. Turut diingati kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sentiasa membantu dan memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, besarlah harapan agar tugasan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menyiapkan tugasan ini.Andai ada tersilap kata,mohon maaf amatlah dipinta.Budi serta bakti semua pihak ini akan sentiasa dikenang dan semoga mendapat rahmat serta dibalas dengan kebaikan oleh Yang Maha Pencipta. Sekian ,terima kasih.


1.0 PENGENALAN (1) 2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL (3) 2.1 Konsep (4) 2.2 Faktor (7) Ketaksamaan 3.0 BUDAYA SEKOLAH (9) 3.1 Konsep (10) 3.2 Contoh budaya sekolah (11) 5.0 RUMUSAN (23) KANDUNGAN 4.0 IMPAK STRATIFIKASI (16) 4.1 Impak stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah (17) 4.2 Manipulasi impak membentuk budaya positif sekolah (22)


1.0 PENGENALAN 1


Kehidupan masyarakat lazimnya akan membentuk suatu stratifikasi yang akan membawa pelbagai reaksi kehidupan atau budaya yang diamalkan dalam sesuatu kelompok masyarakat. Penyusunan lapisan masyarakat boleh bergantung kepada pelbagai faktor dan boleh juga berlaku kerana adanya pembahagian peranan dalam fungsi sosial dalam masyarakat.Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi budaya dalam pendidikan misalnya budaya yang terdapat di institusi pendidikan. 2


2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL 3


Stratifikasi sosial dapat dilihat dalam kehidupan bermasyarakat. Stratifikasi boleh difahami sebagai hierarki atau susun lapis yang terdapat dalam sesebuah komuniti yang akan membentuk kelas masyarakat. Stratifikasi boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor namun yang faktor yang paling ketara ialah dari sudut ekonomi iaitu digambarkan bahawa golongan berkuasa dan berjawatan akan dikelaskan lebih tinggi dalam hierarki masyarakat berbanding golongan pekerja biasa. Menurut Idrul Hisham Ismail et.al (2024), tokoh sarjana seperti Karl Max, Davis dan Moor semuanya mengatakan bahawa institusi ekonomi mempunyai pengaruh yang kukuh dalam masyarakat. Maka, dapat dikatakan bahawa stratifikasi dapat diukur atau dilihat berdasarkan status ekonomi seseorang dalam kelompok masyarakat. 2.1 Konsep 4


Selanjutnya, stratifikasi sosial terjadi dalam masyarakat kerana adanya pembahagian peranan dalam fungsi sosial seperti organisasi sosial, sistem pentadbiran dan sebagainya yang akan membantu memainkan peranan yang penting dalam institusi sosial. Stratifikasi juga boleh berlaku sama ada secara semula jadi iaitu contohnya terbentuk kerana keturunan dan hubungan kekeluargaan, dan secara dibina iaitu contohnya stratifikasi sosial sengaja diwujudkan apabila adanya pembahagian kekuasaan dan jawatan dalam pekerjaan. Bentuk stratifikasi dapat dibahagikan kepada tiga iaitu stratifikasi ekonomi, stratifikasi politik dan stratifikasi status sosial. 5


Selain itu, Kedudukan individu juga dapat dinilai berdasarkan kepada beberapa perkara seperti unit kekeluargaan, sifat-sifat peribadi berdasarkan kelakuan individu, pencapaian, kewibawaan, harta benda, dan kuasa yang dimiliki akan mempengaruhi hierarki seseorang.Hal ini dapat dilihat dengan apabila perkara-perkara tersebut akan dimiliki oleh kelompok yang dominan atau majoriti yang mempunyai perkaraperkara tersebut manakala yang selebihnya akan dilihat sebagai golongan inferior.Hal ini akan membawa kepada terjadinya ketaksamaan dalam masyarakat. 6


2.2 Faktor Ketaksamaan Ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat dapat difahami sebagai perbezaan kedudukan yang berlaku dalam kehidupan sosial yang tidak dapat dibendung sepenuhnya kerana telah terbentuk secara natural dalam mengekalkan kehidupan sosial manusia. Ketaksamaan yang wujud menyebabkan sesuatu ganjaran atau keistimewaan sosial yang sama rata tidak dapat diberikan kepada semua kedudukan manusia dalam masyarakat.Maka hal ini akan mewujudkan ketaksamaan dalam pelbagai perkara yang akan berbalik kepada peranan atau fungsi seseorang dalam masyarakat juga. 7


Ketaksamaan sosial dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu ketaksamaan sosial yang wujud secara semula jadi dan tidak memerlukan pengiktirafan daripada mana-mana pihak.Misalnya terbentuk secara semula jadi berdasarkan umur , jantina, kekuatan minda dan badan yang akan membezakan peranan sosial. Sebagai contoh, ketaksamaan dari segi jantina dapat dilihat secara jelas antara lelaki dan Perempuan iaitu sejak kecil, anak-anak akan didedahkan dengan mainan-mainan yang berkaitan dengan perlakuan dewasa serta peranan yang berbeza antara lelaki dan Perempuan (Hanifa Maulidia, 2021). Bentuk lain ketaksamaan sosial ialah terbentuk melalui hubungan yang terjalin antara individu untuk distabilkan dan diautoritikan bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan yang dicapai seseorang.Sebagai contoh, untuk mendapatkan kedudukan dalam politik , individu perlu mendapatkan sokongan daripada pihak lain yang dapat mengukuhkan kepercayaan dalam masyarakat. Maka, secara umumnya ketaksamaan sosial juga berkaitan dengan konsep stratifikasi yang menggambarkan kehidupan sosial. 8


3.0 BUDAYA SEKOLAH 9


10 Sekolah dapat dikelaskan sebagai sebuah institusi pendidikan yang menjadi tempat penyebaran ilmu.Di setiap sekolah, akan terwujudlah pelbagai budaya yang menjadi inti kepada komuniti di sekolah.Budaya sekolah dapat difahami sebagai ciri-ciri dan kualiti kehidupan di sesebuah sekolah yang mengaitkan dengan hubungan sesama manusia, kepimpinan, norma , matlamat dan sebagainya. Maka, berdasarkan ciriciri sekolah yang bagus adalah mempunyai budaya sekolah yang bagus dan menarik.Perkara ini dapat dilihat dan diperhatikan melalui perlakuan yang dizahirkan oleh warga sekolah. Menurut Eva Maryamah (2016), budaya dapat dilihat sebagai perilaku ,nilai-nilai dan cara hidup bagi menyeselesaikan masalah jangkaan dan perkara ini akan berlanjutan secara mewariskan generasi berikutnya.Budaya sekolah mengandungi pelbagai elemen 3.1 Konsep


https://www.sinarharian.com.my/article/212140/edisi/baca-al-quran-sebelum-belajar Selain itu, budaya sekolah yang dapat diperhatikan ialah budaya membaca alQuran sebelum belajar subjek-subjek di sekolah.Hal ini dapat memberikan banyak manfaat kepada murid berdasarkan agama Islam. 11 3.2 Contoh


Berdasarkan gambar tersebut, terdapat satu lagi budaya sekolah iaitu budaya 3S (Senyum,salam dan sapa). Amalan ini telah dilazimi di sekolah-sekolah di Malaysia agar dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni.Menurut Hizam Hakimi (2020), budaya 3S merupakan suatu anjuran yang dilakukan oleh individu ketika sedang berinteraksi dan bersosialisasi dengan orang lain. 12


Gambar tersebut menunjukkan budaya sekolah hormat-menghormati iaitu meletakkan tangan di dada dan menundukkan badan sedikit tanda memberi hormat serta salam. Perbuatan ini menunjukkan peribadi yang santun serta melatih diri menjadi penyayang.Perbuatan tersebut dapat melatih murid agar sentiasa menghormati orang lain. https://ubksemekgong.blogspot.com/2017/06/program-guru-penyayang-dan-sekolah.html 13


Selain itu budaya negatif yang dapat dilihat dalam kalangan murid sekolah termasuklah melazimi carutan dan makian dalam percakapan mereka.Menurut Rais Yatim (2021), dapat dilihat bahawa cara hidup kini dipenuhi dengan kekasaran, perlanggaran bahasa, bahasa carut,maki hamun dan tingkah laku yang bukan ke arah kebaikan. https://www.sinarharian.com.my/article/128200/suara-sinar/lidah-pengarang/carut-adab-dan- dilema-sang-guru 14


Petikan berita tersebut menunjukkan bahawa budaya buli di sekolah masih wujud hingga ke hari ini.Hal ini sepatutnya tidak wajar berlaku kerana gejala buli akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap mangsa buli dan juga membawa padah bagi yang melakukan buli. Oleh itu, budaya buli di sekolah merupakan budaya negatif yang wajar dibendung segera bagi mengelakkan perkara ini terus berlarutan https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/972432/budaya-ragging-denda-di-sekolah-perlu-disemak-semula 15


4.0 IMPAK STRATIFIKASI 16


4.1 Impak Stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah Berdasarkan budaya yang dinyatakan sebelum ini, dapat dikatakan bahawa budaya-budaya yang wujud tersebut adalah berkait dengan stratifikasi sosial seseorang kerana stratifikasi memainkan peranan penting dalam membentuk perwatakan individu. Maka, stratifikasi yang berlaku dalam masyarakat akan secara langsungnya mempengaruhi budaya-budaya yang telah dinyatakan tersebut. 17


Antara budaya yang dinyatakan ialah budaya membaca al-Quran sebelum mulakan pembelajaran dalam kelas.Hal ini dapat dikaitkan dengan kedudukan stratifikasi masyarakat yang tertumpu kepada pendidikan dan keagamaan. Misalnya,stratifikasi yang terbentuk daripada keluarga murid sendiri dapat mempengaruhi kewujudan budaya ini di sekolah yang disebabkan oleh stratifikasi status sosial. Murid yang berasal daripada keluarga yang berketurunan baik seperti sentiasa mengamalkan nilai serta seruan agama akan lebih cenderung mengamalkan budaya ini di sekolah.Oleh sebab sudah dididik dengan perkara sebegini sejak kecil lagi, murid akan terbiasa dengan amalan tersebut dan memudahkan pelaksanaannya. Budaya yang ditunjukkan ini pula diperkukuh dengan sosiobudaya struktur sosial melalui aspek institusi.Hal yang demikian kerana, sekolah akan menerapkan budaya tersebut dalam kalangan murid. 18


Selanjutnya ialah budaya 3S (Senyum,Salam, Sapa) .Budaya ini wujud juga disebabkan stratifikasi sosial iaitu murid yang berasal dari keluarga yang mementingkan adab dan pergaulan yang baik akan mendidik anak tentang perkara tersebut.Kebanyakan keluarga yang menerapkan budaya ini amat mementingkan tentang sikap dan perilaku anak mereka agar menjadi manusia yang baik dan beradab.Kebiasaannya, keluarga yang mempunyai stratifikasi sederhana dan berasal dari keturunan yang baik akan menerapkan budaya sebegini dalam diri murid yang akan diamalkan dalam hidup. Budaya ini juga diperkukuh dengan amalan sosiobudaya dalam institusi iaitu menerapkan budaya sebegini di sekolah. Menurut Mohd Faiz Mohd Yaakob et.al (2016), perkembangan pembelajaran pelajar dapat dirangsang melalui budaya sekolah yang seimbang dan positif. 19


Selain itu,budaya hormat-menghormati juga wujud dalam kalangan murid sekolah.Apabila keluarga murid mempunyai statifikasi yang baik iaitu dalam kalangan status sosial yang baik, maka akan wujud budaya menghormati dalam diri murid. Murid yang latar belakang keluarganya dari keluarga yang mempraktikkan serta mementingkan hormat akan cenderung untuk menerapkan perkara tersebut kepada anak sejak kecil. Murid yang mengamalkan adab yang baik kebiasaanya mempunyai latar belakang keluarga yang berpendidikan dan mengetahui tentang cara beradab dan berinteraksi dengan manusia.Oleh itu, stratifikasi yang lebih tinggi seharusnya akan menzahirkan amalan serta budaya yang baik kerana didedahkan dengan perkara -perkara sebegini. 20


Di samping itu, terdapat juga budaya negatif yang timbul dalam kalangan murid iaitu budaya mencarut ,menggunakan bahasa kesat serta maki hamun. Hal ini dilihat seringkali terjadi dan mungkin menjadi kebiasaan bagi sesebuah tempat. Memetik laporan Arif Atan (2022), ramai murid seawal darjah tiga sudah terdedah dengan pempengaruh di media sosial yang memaparkan kandungan tidak berfaedah dan mencarut. Maka, hal ini jika ingin dikaitkan dengan stratifikasi sosial ialah kebiasaannya ibu bapa yang mempunyai status sosial yang agak rendah dan ekonomi yang tidak memberangsangkan , akan mempengaruhi percakapan murid apabila ibu bapa juga menggunakan bahasa yang tidak sopan seperti mencarut.Maka, anak-anak akan mudah terikut dengan percakapan tersebut dan akan menjadi buruk jika tidak dibanteras dan dipantau oleh ibu bapa. 21


Akhir sekali, budaya negatiif yang buruk juga ialah budaya buli dalam kalangan murid di sekolah.Kebiasaannya, individu yang melakukan buli merupakan seseorang yang mempunyai masalah konflik diri yang akhirnya membabitkan orang lain sebagai mangsa. Menurut Mohd Razimi Husin et.al (2020), pembuli lazimnya wujud dalam kalangan kanakkanak yang mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah. Oleh itu, hal ini dapat dikaitkan dengan stratifikasi sosial dan juga stratifikasi ekonomi murid tersebut iaitu apabila keluarga mempunyai masalah, hierarki akan menurun yang akan menyebabkan keluarga agak tersisih daripada masyarakat dan akan menyebabkan masalah ekonomi. 22


22 4.2 Manipulasi impak untuk membentuk budaya positif sekolah Budaya positif yang terbentuk dalam kalangan murid sekolah amatlah wajar dikekalkan dan diamalkan supaya dapat mencapai persekitaran yang harmoni.Namun, bagi budaya negatif yang wujud pula, perlulah ditegah dan dibendung agar dapat mengurangkan masalah yang timbul dalam masyarakat. Antara cara untuk mengatasi budaya negatif di sekolah seperti mencarut dan membuli, pihak sekolah boleh melaksanakan kempen kesedaran kepada murid di sekolah dengan jalinan kerjasama dengan pihak luar seperti polis atau pihak penjara Malaysia agar murid didedahkan dengan undang-undang.Selain itu, ibu bapa perlulah memantau kandungan internet murid agar tidak terdedah kepada unsur tidak sihat dalam kalangan murid.Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak dengan kasih sayang serta cara yang betul untuk melahirkan generasi yang memberi manfaat


5.0 RUMUSAN 23


Kesimpulannya, budaya yang ditonjolkan di sekolah adalah berkait dan bermula dengan stratifikasi yang terbentuk dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan menzahirkan budaya yang akan dilazimi serta disebarkan melalui interaksi sesama manusia.Budaya yang wujud juga dapat dikelaskan kepada dua bentuk iaitu budaya positif yang akan menyebabkan perlakuan serta kesan positif dalam kalangan masyarakat.Selain itu,wujud juga budaya negatif yang akan menyebabkan perlunya kepada langkah lanjut agar budaya negatif tersebut dapat ditangani dengan baik. 24


RUJUKAN Arif Atan.(2022, August 2). Budak Darjah 3 pun dah Terdedah dengan Influencer banyak mencarut.Malaysia dateline. https://www.malaysiadateline.com/budak-darjah-3- pun-dah-terdedah-dengan-influencer-banyakmencarut/ Eva Maryamah., (2016). Pengembangan Budaya Sekolah. TARBAWI. 2(2),86-96. Hanifa Maulidia., (2021). Perempuan dalam Kajian Sosiologi Gender : Konstruksi Peran Sosial, Ruang Publik, dan Teori Feminis. Polikrasi: Journal of Politics and Democracy. 1(1),71-79. Hizam Hakimi.(2020). Penerapan Senyum Sapa Salam (3s) Dalam Upaya Meningkatkan Motivasi Belajar Peserta Didik Pada Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam Di Smk Negeri 2 Kerinci. Jurnal Edu Research Indonesia Institute for Corporate Learning and Studies (IICLS). 2(1), 35-42. Idrul Hisyam Ismail.,Rosly Kayar.,& Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publication. Mohd Faiz Mohd Yaakob., Jamal@Nordin Yunus., & Hamidah Yusof. (2016). Model Pengukuran Budaya Sekolah : Kajian di Sekolah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.3(4), 58-71.


Click to View FlipBook Version