ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
PENDAHULUAN
Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak berusaha untuk mengadakan aktiviti
serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini.Sambutan maulidur Rasul di
peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah
saw.Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat
baginda,Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-
Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. ( al-
Qalam:4 )
Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang
diadakan di peringkat sekolah.Pada tahun ini,beberapa aktiviti sederhana telah dirancang, yang
akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu
“ MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI “. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati
hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak
langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti
mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw.Di samping itu perasaan cinta dan kasih akan timbul
terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
MATLAMAT
Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap
tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti agama dan
cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam
segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.
SASARAN
Semua guru,staf, ibu bapa dan murid beragama islam Sekolah Kebangsaan Kampung
Jepak
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
OBJEKTIF
❖ Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci
junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
❖ Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa
Baginda.
❖ Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
❖ Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-
murid.
❖ Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam
pasukan.
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
❑ Selawat Harian
❑ Pertandingan deklamasi sajak
❑ Pertandingan Mewarna Pra sekolah Dan Tahun 1 – 6
❑ Pertandingan Nyanyian solo
❑ Pertandingan kuiz online
TARIKH : 21-26 Oktober 2021
Kategori : Pra Sekolah
: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3)
: Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)
❑ Majlis Penutupan : Ceramah Maulidurasul ( tema : Sirah Rasulullah )
Tarikh: 29 Oktober 2021
Hari: Jumaat
Masa : 08.30 – 10.30 pagi
Platform: Google Meet & Youtube Live
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
TENTATIF PROGRAM
08.00- 08.20 pagi : Semua jemputan dijemput masuk ke Platform yang disediakan.
08.30- 08.45 pagi : Selawat
08.45 – 09.30 pagi :Ceramah oleh Ustaz Anas Bin Haji Mokhtar
Tema : MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI
09.30 – 09.35 pagi : Kuiz Terbuka kepada semua jemputan
09.35 -09.45 pagi : Ucapan Guru Besar SK Kampung Jepak
Encik Mohd Hamzah Bin Abdul Majid
09.45 – 10.40 pagi : Pengumuman Pemenang
: 1) Pertandingan Nyayian Solo
2) Pertandingan Deklamasi Sajak
3) Pertandingan Mewarna
: Tayangan Video Pemenang
10.45 pagi : Bersurai
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
JAWATANKUASA PROGRAM
PENASIHAT MAJLIS
Encik Mohd Hamzah Bin Abdul Majid
PENGERUSI
Cik Laila Suhana Binti Morshidi
SETAUSAHA
Puan Jamilah Binti Ku Ahmad
PENYELARAS PROGRAM
Cik Siti Aisyah Binti Che Yusuf
Puan Fairuz Binti Shamsudin
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
JAWATANKUASA PROGRAM
PENGERUSI MAJLIS
Encik Mohammad Zakaria Bin Abu Bakar
PENCERAMAH
Ustaz Anas Bin Haji Mokhtar
TEKNIKAL / MULTIMEDIA
Encik Amar Naim Bin Hassan
Encik Zainul Fikri Bin Sabran
Encik Nazri Bin Ahmad
Encik Muhammad Nur Hamzah
PENDAFTARAN
Encik Mohd Amin Bin Yahya (Tahap 1)
Puan Wan Noor Shuhada Binti Wan Khalid (Tahap 2)
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
JAWATANKUASA PROGRAM
SIJIL DAN HADIAH PERTANDINGAN
Puan Farah Najiha Binti Mohd
Puan Azimah Binti Abdul Kodi
KUIZ ONLINE / OFFLINE
Cik Siti Fatimah Nabihah Binti Sakawi
BAHAN PERTANDINGAN
Puan Fatin Aqilah Binti Abd Hamid
Puan Nur Kamillya Binti Yusof
BUKU PROGRAM
Puan Ajlaa Diyana Binti Menjuri
Puan Jamilah Ku Ahmad
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
JAWATANKUASA PROGRAM
BACKDROP /MEMO /DOKUMENTASI /LAPORAN
Cik Siti Aisyah Binti Che Yusuf
Puan Fairuz Binti Shamsudin
HAKIM
• Nyayian Solo
Cik Wardatul Farhana Binti Pilep
• Mewarna
Cik Nurfarahin Binti Jama’ee @ Jaraiee
• Deklamasi Sajak
Puan Asimah Binti Angga
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
SEKALUNG PENGHARGAAN SELURUH JAWATANKUASA
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG
TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK
LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SAMBUTAN
MAULIDURRASUL 1443H PERINGKAT SEKOLAH
KEBANGSAAN KAMPUNG JEPAK
”MANHAJ RABBANI,UMMAH BERKUALITI”
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB