The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syifamdzuki06, 2021-11-02 22:25:26

Kerja lapangan

NURUL SYIFA' -3H

MAKTAB MAHMUD ALOR
SETAR

KAJIAN GUNA TANAH (PERTANIAN) DI
KAMPUNG SELARUNG BATAK,KUALA

KEDAH

NAMA:NURUL SYIFA’ BINTI MD ZUKI
KELAS:3 HASANAH
NAMA GURU:PUAN ASIAH BINTI ASMUNI

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat
1. Jadual kerja 2-3
2. Penghargaan 4
3. Pendahuluan 5
4. Objektif kajian 6
5. Kawasan kajian 7-8
6. Kaedah kajian 9
7. Hasil kajian
8. Rumusan 10-12
9. Rujukan 13
10. Lampiran 14
15

1

JADUAL KERJA

Tarikh Perkara Catatan
7.9.2021
Menerima tugasan kajian bertajuk Sewaktu pdpr
9.9.2021 guna tanah (pertanian) di Kampung
21.9.2021 Selarung Batak daripada cikgu mata
22.9.2021 pelajaran Geografi
28.9.2021
30.9.2021 Mencari maklumat berkaitan guna Di luar waktu
12.10.2021 tanah pertanian di internet pdpr
16.10.2021
26.10.2021 Perbincangan bersama guru Sewaktu pdpr

mengenai cara menulis objektif kajian

Menulis objektif kajian dan Di luar waktu
penghargaan pdpr

Guru menerangkan kaedah menulis Sewaktu pdpr
pendahuluan dan kawasan kajian

Menulis pendahuluan dan kawasan Di luar waktu
kajian pdpr

Perbincangan bersama guru berkaitan Sewaktu pdpr
kaedah kajian dan peta lakar

menulis kaedah kajian dan melukis Di luar waktu
peta lakar pdpr

Guru menerangkan berkenaan hasil Sewaktu pdpr
kajian, rumusan dan rujukan

1.11.2021 Mencari maklumat berkaitan faktor, Di luar waktu
kesan dan usaha mengatasi kesan pdpr
guna tanah pertanian di internet

Menulis hasil kajian

2

2.11.2021 Guru menerangkan berkaitan lampiran Sewaktu pdpr

3.11.2021 Menulis rumusan, rujukan dan Di luar waktu
lampiran pdpr

Menghantar kerja lapangan kepada
guru

3

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
Maktab Mahmud Alor Setar, Puan Zaiton binti Ismail kerana memberi
kebenaran kepada saya dan rakan-rakan saya yang lain menggunakan
segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan semasa kajian ini
dijalankan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru geografi saya, Puan
Asiah binti Asmuni yang banyak memberi bimbingan,tunjuk ajar, teguran
dan nasihat yang amat berguna serta banyak membantu saya dan rakan
seperjuangan yang lain bagi menyiapkan kerja lapangan ini dengan
jayanya.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya,
Md Zuki bin Daud dan Jamilah binti Abd Rahim yang banyak memberi
sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sanggup
mengorbankan masa mereka bagi menolong saya mengumpulkan
maklumat-maklumat yang diperlukan.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada
rakan-rakan sekelas saya terutamanya Nur Jihan Umairah binti Harizul
dan Alya Iman binti Ruzi yang banyak memberi pendapat dan idea
kepada saya.

4

PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk “Guna Tanah Pertanian di Kampung
Selarung Batak, Kuala Kedah, Kedah” sebagai tajuk kajian saya pada
kali ini.
Tujuan saya memilih kawasan Kampung Selarung Batak, Kuala Kedah,
Kedah adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal
saya.Ekoran itu, kawasan ini dapat memudahkan saya lagi menjalankan
kajian ini dan mengumpulkan maklumat yang diperlukan.
Tempoh masa yang diambil oleh saya untuk menyiapkan kerja lapangan
ini ialah selama enam minggu.Tempoh masa yang diberikan kepada
saya dan rakan-rakan seperjuangan saya ini telah digunakan dengan
sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyempurnakan kerja
lapangan ini.
Pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan dalam kerja lapangan
ini dilakukan pada waktu lapang selepas waktu persekolahan.Penulisan
laporan pula dilakukan pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Geografi.

5

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian guna tanah pertanian di kawasan
Kampung Selarung Batak, Kuala Kedah, Kedah.Terdapat beberapa
objektif kajian yang perlu dicapai di dalam kajian ini.Antaranya ialah:
1.Menjelaskan latar belakang kawasan kajian.
2.Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
Kampung Selarung Batak, Kuala Kedah, Kedah.
3.Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan Kampung Selarung Batak, Kuala Kedah, Kedah.
4.Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut.
5.Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah pertanian
terhadap alam sekitar Kampung Selarung Batak, Kuala Kedah, Kedah.
6.Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
pertanian.

6

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Kampung Selarung Batak, Kuala Kedah,
Kedah.Kawasan ini terletak di daerah Kota Setar dan bermukim di Kuala
Kedah.Kawasan ini hanya berjarak 12 KM dari pusat bandar.Ia
mengambil masa selama 19 minit untuk sampai di pusat bandar dengan
menaiki kereta.
Bentuk muka bumi di kawasan kajian saya ialah tanah pamah.Hal ini
disebabkan oleh banyak pertanian dan petempatan yang diwujudkan.Ciri
pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini ialah sungai.Ciri
pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini pula ialah sawah
padi dan petempatan.Jaringan jalan raya juga diwujudkan bagi
memudahkan perhubungan antara satu destinasi dengan destinasi yang
lain.
Imej kawasan kajian daripada google map

7

Peta lakar Kampung Selarung Batak
8

KAEDAH KAJIAN

Saya telah memilih dua kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat
berkaitan kajian saya yang serba sedikit dapat membantu menyiapkan
kerja lapangan ini dengan jayanya.Antara kaedah kajian yang saya
gunakan ialah:
1.Pemerhatian
Kaedah pemerhatian telah dibuat di kawasan Kampung Selarung Batak
yang membantu saya mengenal pasti bentuk muka bumi, ciri pandang
darat fizikal dan ciri pandang darat budaya.Selain itu, kaedah
pemerhatian juga membantu saya mengenal pasti jenis guna tanah di
kawasan ini.
2.Rujukan
Saya juga telah menggunakan kaedah rujukan untuk menyiapkan kerja
lapangan ini.Saya telah merujuk pelbagai sumber terutamanya buku
teks.Saya juga mencari maklumat yang diperlukan di laman-laman
sesawang.Antara maklumat yang diperlukan daripada kaedah ini ialah
jarak dari Kampung Selarung Batak, faktor guna tanah pertanian dan
sebagainya.

9

HASIL KAJIAN

Hasil daripada kajian saya pada kali ini, saya telah memperoleh
beberapa maklumat tentang guna tanah pertanian di Kampung Selarung
Batak.Antaranya ialah:

1.Faktor guna tanah pertanian

Antara faktor guna tanah pertanian ialah iklim dan cuaca.Hal ini kerana
Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu panas dan lembab
sepanjang tahun.Kawasan yang bersuhu tinggi sesuai untuk menanam
padi,kelapa sawit,koko dan getah.Teh, sayur-sayuran dan bunga sesuai
ditanam di kawasan yang bersuhu sederhana seperti Cameron
Highlands.

Selain itu,sistem saliran juga mempengaruhi guna tanah
pertanian.Empangan, parit dan tali air boleh dibina dengan adanya
sungai.Hal ini bertujuan untuk mengairi kawasan pertanian bagi
menjamin bekalan air yang berterusan.Saliran tanih iaitu tanih yang
berupaya untuk menakung air sesuai untuk tanaman padi sawah.

Akhir sekali, jenis tanah yang digunakan mempengaruhi tanaman yang
diusahakan.Contohnya, tanah alivium sesuai ditanam padi sawah
manakala tanah laterik yang bersaliran baik sesuai untuk menanam
getah.Tanah gambut pula sesuai ditanam nanas dan tanah beris sesuai
ditanam dengan tembakau, kelapa dan gajus.

2.Kesan guna tanah pertanian

Antara kesan daripada guna tanah pertanian ialah pencemaran udara
dan jerebu.Ia berlaku apabila melibatkan pembakaran terbuka untuk
penyediaan tapak pertanian.Contohnya ialah ladang tebu, pembakaran
jerami padi, dan tapak pertanian pindah.kejadian ini akan meningkatkan
bacaan IPU di sesuatu kawasan.

10

Selain itu, guna tanah pertanian akan berlakunya pencemaran air dan
tanah.Pencemaran air dan tanah berlaku disebabkan oleh penyemburan
racun serangga, penggunaan baja kimia yang menyebabkan berlakunya
hujan asid pada skala yang kecil.Racun serangga dan baja kimia
menyebabkan pencemaran air yang sekaligus akan mengancam
hidupan akuatik.

Akhir sekali, guna tanah pertanian akan menyebabkan kestabilan
kitaran hidrologi akam tertanggu.Hal ini disebabkan oleh penggunaan
hutan untuk dijadikan sebagai tapak pertanian telah mengurangkan
proses transpirasi tumbuhan yang akan menyebabkan kehilangan
kawasan tadahan air, mengurangkan kadar susupan, storan dan edaran
air tanah.Ekoran itu, ia akan menjejaskan sumber air kepada sungai,
paya tasik dan sebagainya.

3.Usaha mengatasi kesan guna tanah pertanian

Antara usaha yang boleh diambil untuk mengatasi kesan guna tanah
pertanian ialah petani perlu menggunakan kaedah biologi dalam aktiviti
pertanian mereka.Kaedah biologi merupakan kaedah alternatif yang
menggantikan penggunaan racun serangga dan baja kimia.Contohnya,
petani boleh menggunakan burung helang, burung hantu dan ular untuk
menangkap tikus di kawasan tanaman padi dan ladang kelapa
sawit.Baja organik atau baja asli yang diperolehi daripada sisa tanaman
seperti kelapa sawit dan sisa haiwan seperti lembu dan kambing dapat
menggantikan baja kimia yang menjadi penyebab berlakunya
pencemaran air.Penggunaan baja organik atau baja asli ini dapat
meningkatkan hasil pertanian.

Selain itu, petani juga boleh menggunakan kaedah pertanian teres dan
kaedah pembajakan kontur.Melalui kaedah ini, hakisan tanih dan tanah
runtuh di cerun-cerun bukit dapat dikurangkan.Kaedah ini juga dapat
mewujudkan sistem saliran yang baik di lereng bukit.Contohnya ialah
kegiatan pertanian berteres di ladang sayur Tanah Tinggi Cameron dan
Bukit Tinggi (Pahang).Tanaman padi di Pulau Jawa, Indonesia juga
menggunakan kaedah ini dalam mengusahakan padi sawah mereka.

11

Akhir sekali, pihak berkuasa perlu mewartakan hutan simpan.Hutan
simpan merupakan kawasan yang dilindungi daripada sebarang
kegiatan pembangunan yang boleh menjejaskan ekosistem.Kawasan
hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan bertujuan untuk
mengekalkan kawasan tadahan air supaya bekalan air terjamin pada
musim kemarau dan mengekalkan habitat pelbagai spesies flora dan
fauna.Contohnya ialah Hutan Simpan Templer (Selangor) dan Taman
Negara Kuala Tahan (Pahang).

12

RUMUSAN

Kajian yang telah saya lakukan di kawasan tempat tinggal saya telah
memberi pengalaman yang sangat berharga kepada saya.Kajian ini
membolehkan saya mengenal pasti jenis guna tanah di kawasan tempat
tinggal saya.
Saya juga dapat mengetahui beberapa faktor yang mempengaruhi guna
tanah pertanian di kawasan tempat tinggal saya.Antaranya ialah cuaca
dan iklim di sesebuah kawasan.Selain itu, saya juga mendapati terdapat
kesan-kesan yang berlaku di kawasan tempat tinggal saya akibat guna
tanah pertanian.Antara kesannya ialah pencemaran air dan udara.
Selepas saya mengumpulkan segala maklumat, saya telah
mencadangkan beberapa usaha yang boleh diguna pakai untuk
mengatasi kesan-kesan guna tanah pertanian yang sering berlaku di
kawasan tempat tinggal saya.
Akhir kata, kita perlulah menjalankan aktiviti guna tanah pertanian
sebaik mungkin supaya kita tidak menghadapi masalah yang boleh
menjejaskan alam sekitar akibat daripada perbuatan kita yang tidak
bertanggungjawab.

13

RUJUKAN

1.Buku
Buku teks geografi tingkatan 3

2.Internet
https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-terhadap-alam-sekitar/#
kesan-guna-tanah-terhadap-alam-sekitar-perindustrian-pertanian-pembi
naan-jalan-raya-perlombongan
https://www.infodweb.my/guna-tanah.jsp
https://www.permohonan.my/faktor-yang-mempengaruhi-guna-tanah-di-k
awasan-kajian/
https://www.permohonan.my/cadangan-usaha-mengatasi-kesan-guna-ta
nah/#3-cadangan-usaha-mengatasi-kesan-guna-tanah-pertanian

14

LAMPIRAN

Foto di sekitar Kampung Selarung Batak

15


Click to View FlipBook Version