Pandu adalah organisasi kepanduan untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides and Girl Scouts adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan kepanduan atau kepengakapan kaum perempuan. PPPM PUTERI PANDU SInce 1917
Persatuan Pandu Puteri Malaysia BAHAGIAN A Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Pendaftaran ahli Folio / buku log / laporan aktiviti Pembentukan Jawatankuasa Pakaian seragam Takwim dan perancangan aktiviti pasukan Peranan dan tanggungjawab pemimpin Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang P P P M ISI KANDUNGAN:
BAHAGIAN B Prinsip Asas Pandu Puteri Dasar Pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Persetiaan dan undangundang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Isyarat wisel serta isyarat tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia BAHAGIAN C Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi Sejarah Perkembangan Riwayat hidup pengasas World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Malaysia Hari Pengingatan Sedunia Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pasukan Pandu Puteri Kadet Pasukan Pandu Puteri Tunas Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip BAHAGIAN D Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Prinsip asas PPT Anugerah TOPAZ I, TOPAZ II,TOPAZ III Skim lencana kecekapan Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya Cawangan Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya Merancangan program / aktiviti
Pengurusan & Pentadbiran Pasukan Pendaftaran ahli Folio / buku log / laporan aktiviti Pembentukan Jawatankuasa Pakaian seragam Takwim dan perancangan aktiviti pasukan Peranan dan tanggungjawab pemimpin Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang B A H A G I A N A
BAHAGIAN A Pendaftaran & Pengurusan Pendaftaran Ahli Pendaftaran Ahli Baharu Pendaftaran Ahli Baru dilakukan melalui sistem e-Daftar di Sekolah, Daerah, atau Cawangan masingmasing. Kelayakan: Ahli Seumur Hidup: Penghantaran Borang 01 03 01 02 04 02 Prosedur Pendaftaran Ahli Pandu Puteri Kadet I diPersatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)adalah seperti berikut: -Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. -Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun. Contoh: Jika umur 30 tahun, bayaran adalah RM 275.00 (RM5.00 x 5 tahun + RM250.00). Isi Borang Pendaftaran Pasukan/Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang PPPM. Yuran: RM 250.00 (sekali bayar sahaja). Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran. Salinan borang yang telah ditandatangani hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran. Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 Pendaftaran Pasukan Baru / Semula
Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer). RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil). 01 01 02 Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 Cara Pembayaran Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula. 03 Dibayar sebelum 31 04 April setiap tahun. Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran secara tunai, wang pos, atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia: Bank: CIMB Nama Akaun: Persatuan Pandu Puteri Malaysia Nombor Akaun: 1426-0006320-004 Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Resit akan diberi oleh pihak PPPM bagi setiap penerimaan bayaran yuran sebagai bukti pembayaran. 02 03 04
BAHAGIAN A Buku Log Dalam Pandu Puteri Malaysia, folio, buku log, dan laporan aktiviti memainkan peranan penting dalam merekod dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ahli. Jenis-jenis Buku Log PPPM Buku Log Peribadi, buku log ini mengandungi: 01 Buku log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah Kemahiran meneliti dan menghalusi pemhaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual. Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat) Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat) Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 Buku Log Kemajuan, buku log ini mengandungi: 02 Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas Laporan Lencana kecekapan Buku Log Acara, buku log ini mengandungi: 03 Laporan stiap acara yang disertai, contohnya: Perkhemahan/ Cuti pasukan Khidmat Lain-lain projek
Nama No. Mykad / No Mykid / No surat beranak Tarikh lahir Alamat rumah No tel rumah / No tel bimbit Alamat e-mail Nama & alamat sekolah No tel sekolah Nama pasukan Nama Kumpulan Berenam Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pastikan: Bahan-bahan disusun kemas Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan Keaslian dan kreativiti amat digalakkan Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI biodata / profil diri Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 Kandungan Setiap Buku Log PPPM Biodata/ Profil Diri Biodata atau profil diri secara ringkas bagi 0 memudahkan pembaca mengetahui siapa penulisnya. 1 Gambar Jawatan yang dipegang Pencapaian dalam Pandu Puteri Senarai acara Pandu Puteri yang disertai Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri 02 Ciri-ciri Buku Log PPPM
Biodata / Profil diri Lencana Dunia Lencana Pandu Puteri Tunas Lambang Kumpulan Berenam sendiri Peringkat Pra –Persetiaan Peringkat Calit Emas Peringkat Tangga Emas Peringkat Tangan Emas Skim Lencana Kecekapan Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan Renungan – ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yang diperoleh semasa menyertai acara Sertakan lampiran seperti: Bahan asal atau salinan bercetak gambar-gambar acara salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisian buku log tersebut Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 Kandungan laporan aktiviti buku log Susunan/ Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas
BAHAGIAN A Pembentukan Jawatankuasa Fungsi Majlis Tadbir Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain untuk mencapai matlamat dan kepentingan serupa. 01 Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme 02 ahli di dalam bidang masing-masing. Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli. 03 Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta pihak pengurusan yang berkaitan 04
JAWATAN DAN PERANAN PENGERUSI Bertanggungjawab terhadap hal berkaitan yang berkaitan dengan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan. 01 Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 Bertanggungjawab mempengerusikan semua 02 mesyuarat jawatankuasa persatuan. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Persatuan dalam melaksanakan tugas mereka. 03 Menentukan akaun persatuan disediakan untuk 04 diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan Bertanggungjawab dalam memastikan belanjawan 05 dan perancangan belanjawan persatuan tersusun rapi.
JAWATAN DAN PERANAN NAIB PENGERUSI Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi 0 semasa ketiadaannya 1 Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 02 Membantu pengerusi dalam urusan persatuan Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran 03 dan kewangan persatuan Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia 04 tugas AJK Persatuan. Mengambil alih jawatan Pengerusi sehingga 05 pengerusi baru dilantik JAWATAN DAN PERANAN SETIAUSAHA Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. 01 Membantu jawatankuasa persatuan dalam memelihara perhubungan dengan badanbadan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain. 02 Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Persatuan terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi 03
JAWATAN DAN PERANAN AHLI JAWATANKUASA Jawatan dan Peranan Ahli Jawatankuasa Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan sebaik mungkin. 01 Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 02 Membantu pengerusi dalam urusan persatuan
CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI KADET IPG Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229 GURU PENASIHAT Pengerusi Santan Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Kenaga Melur Cempaka Teratai Ketua Kumpulan Ketua Kumpulan Ketua Kumpulan Ketua Kumpulan Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Ahli Kumpulan Ahli Kumpulan Ahli Kumpulan Ahli Kumpulan
BAHAGIAN A Pakaian Seragam Pakaian Seragam Ahli Dan Pemimpin Uniform Pemimpin Pandu Puteri Malaysia Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229
BAHAGIAN A Pakaian Seragam Pakaian Seragam Ahli Dan Pemimpin Uniform Rasmi Ahli-Ahli Muda Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229
BAHAGIAN A Pakaian Seragam Pakaian Seragam Ahli Dan Pemimpin T-Shirt Uniform Pandu Puteri Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur. 03-22826579 012-2646820 / 012-2646850 03-22827776 / 03-22840229
BAHAGIAN A Takwim & Perancangan Aktiviti Pasukan
BAHAGIAN A Peranan & Tanggungjawab Pemimpin Tanggungjawab Pemimpin Pemimpin Pandu Puteri Tunas 7.1 Syarat menjadi Pemimpin Pandu Puteri Tunas Pemimpin Pandu Puteri Tunas baharu hendaklah: 7.1.1 berumur 21 tahun ke atas untuk dilantik sebagai Kakak Setia atau berumur 18 tahun ke atas untuk dilantik sebagai Siti Setia; 7.1.2 berdaftar sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 7.1.3 menghadiri Kursus Asas Pemimpin atau aktif melibatkan diri dalam aktiviti Pandu Puteri Tunas yang dikelolakan oleh pemimpin yang berpengalaman dan berwaran sebelum dilantik; 7.1.4 diselia dan dibantu oleh Pesuruhjaya Daerah selama tiga bulan; dan 7.1.5 Pemimpin baharu memahami dan mengamalkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri dalam mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. 7.2 Latihan untuk Pemimpin Pandu Puteri Tunas Latihan boleh diperoleh melalui: 7.2.1 penyertaan dalam Kursus Asas Pemimpin dan Kursus Lanjutan Pemimpin; 7.2.2 pemerhatian dan pelibatan diri sekurang-kurangnya selama tiga bulan dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Tunas yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang berpengalaman dan berwaran; 7.2.3 pengalaman mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya di bawah bimbingan Pesuruhjaya Daerah, jurulatih atau pemimpin yang berpengalaman dan berwaran selama tiga bulan; 7.2.4 usaha membaca, melayari laman sesawang dan pengalamannya sendiri di dalam Pasukan Pandu Puteri Tunasnya; dan 7.2.5 penyertaan dalam pelbagai acara Pandu Puteri seperti kursus lanjutan pemimpin, bengkel, seminar dan sebagainya. Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong sebagai Siti Setia
Tanggungjawab Pemimpin 7.3 Tanggungjawab dan Peranan Pemimpin Pandu Puteri Tunas Pemimpin Pandu Puteri Tunas harus: 7.3.1 membantu ahli Pandu Puteri Tunas memupuk persahabatan, mengamalkan Persetiaan, Undang-undang dan Cogan Kata Pandu Puteri Tunas; 7.3.2 memahami serta boleh menggunakan dan menjalankan Sistem Kumpulan Berenam, Pow-Wow dan pelbagai upacara serta Istiadat Pandu Puteri Tunas dengan betul; 7.3.3 berusaha melatih dan memberi peluang memimpin kepada Ketua Pasukan dan Ketua Berenamnya; 7.3.4 mengetahui cara-cara menjalankan Program Pandu Puteri Tunas mengikut syarat-syaratnya; 7.3.5 memimpin Pandu Puteri Tunas untuk memahami dan melaksanakan semua Lencana Kecekapan Pandu Puteri Tunas; 7.3.6 mengetahui perkembangan Pandu Puteri di Malaysia, negara-negara di Rantau Asia Pasifik serta Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS); 7.3.7 memahami kepentingan dan menjalankan Perkhemahan Pandu Puteri Tunas dan kegiatan di luar rumah sebagaimana ditetapkan dalam Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Perkhemahan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan program Pandu Puteri Tunas; 7.3.8 menyimpan pelbagai rekod Pandu Puteri Tunas seperti hal kewangan, kemajuan, aktiviti dan sebagainya; 7.3.9 berkebolehan mengatur pelbagai rancangan perjumpaan mingguan yang sesuai dan bertanggungjawab mengendalikan perjumpaan dengan baik; 7.3.10 memahami peranan Pasukan Pandu Puteri Tunas dalam daerah sendiri dan menyedari pentingnya kerjasama antara Pasukan Pandu Puteri Tunasnya dengan Pasukan Pandu Puteri yang lain; 7.3.11 berhubung rapat dan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah untuk kepentingan kegiatan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya; 7.3.12 meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman melalui penyertaan dalam pelbagai acara Pandu Puteri, bacaan penerbitan Pandu Puteri yang sesuai, melayari laman sesawang, menulis makalah Pandu Puteri untuk disiarkan / diterbitkan; 7.3.13 mengambil bahagian penuh dalam pengurusan Pasukan Pandu Puteri Tunas dan latihan ahli-ahlinya berlandaskan Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Pandu Puteri Tunas; dan 7.3.14 membimbing dan memimpin ahli Pandu Puteri Tunas untuk memahami dan melaksanakan semua Lencana Kecekapan Pandu Puteri Tunas sekiranya pemimpin itu berwaran tetapi tidak boleh menguji ahli pasukannya. Hanya pemimpin berwaran dari pasukan lain atau panel penguji yang mempunyai kemahiran tertentu boleh menguji ahlinya.
Tanggungjawab Pemimpin Pemimpin Pandu Puteri Kadet 11.1 Syarat menjadi Pemimpin Pandu Puteri Kadet Pemimpin Pandu Puteri Kadet hendaklah: 11.1.1 berumur 21 tahun ke atas untuk dilantik sebagai Kapten atau Leftenan; 11.1.2 berdaftar sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 11.1.3 menghadiri Kursus Asas Pemimpin atau aktif melibatkan diri dalam aktiviti Pandu Puteri Kadet yang dikelolakan oleh pemimpin yang berpengalaman dan berwaran sebelum dilantik; 11.1.4 diselia dan dibantu oleh Pesuruhjaya Daerah selama tiga bulan; dan 11.1.5 memahami dan mengamalkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri bagi mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Kadetnya. 11.2 Latihan untuk Pemimpin Pandu Puteri Kadet Latihan boleh diperoleh melalui: 11.2.1 penyertaan dalam Kursus Asas Pemimpin dan Kursus Lanjutan Pemimpin; 11.2.2 pemerhatian dan penglibatan diri sekurang-kurangnya selama tiga bulan dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Kadet yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang berpengalaman dan berwaran; 11.2.3 pengalaman mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Kadetnya di bawah bimbingan Pesuruhjaya Daerah, jurulatih atau pemimpin yang berpengalaman dan berwaran selama tiga bulan; 11.2.4 usaha membaca, melayari laman sesawang dan pengalamannya sendiri di dalam Pasukan Pandu Puteri Kadetnya; dan 11.2.5 penyertaan dalam pelbagai acara Pandu Puteri seperti kursus, bengkel, seminar dan lain-lain lagi. Setiap Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Kapten dan sekurang-kurangnya seorang penolong sebagai Siti Leftenan
11.3 Tanggungjawab dan Peranan Pemimpin Pandu Puteri Kadet Pemimpin Pandu Puteri Kadet harus: 11.3.1 membantu ahli Pandu Puteri Kadet memupuk persahabatan, mengamalkan Persetiaan, Undang-undang dan Cogan Kata Pandu Puteri; 11.3.2 memahami serta boleh menggunakan dan menjalankan Sistem Berkumpulan, Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet dan kawad istiadat Pandu Puteri dengan betul; 11.3.3 memperkasakan ahli-ahli untuk memimpin dan melaksanakan aktiviti pasukan; 11.3.4 mengetahui cara-cara menjalankan Program Pandu Puteri Kadet mengikut syarat-syaratnya; 11.3.5 membantu Pandu Puteri Kadet untuk memahami dan melaksanakan semua aktiviti Pandu Puteri Kadet; 11.3.6 mengetahui perkembangan Pandu Puteri di Malaysia, negaranegara Rantau Asia Pasifik serta Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS); 11.3.7 memahami kepentingan serta pengurusan perkhemahan pandu puteri dan kegiatan luar sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Perkhemahan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan program Pandu Puteri Kadet; 11.3.8 menyimpan pelbagai Rekod Pandu Puteri Kadet seperti hal kewangan, kemajuan, aktiviti dan sebagainya; 11.3.9 berkebolehan merancang perjumpaan mingguan yang sesuai dan bertanggungjawab mengendalikan perjumpaan dengan baik 11.3.10 memahami peranan Pasukan Pandu Puteri Kadet dalam daerah / cawangan sendiri dan menyedari kepentingan kerjasama antara pasukannya dengan pasukan pandu puteri lain; 11.3.11 berhubung rapat dan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan untuk kepentingan kegiatan Pasukan Pandu Puteri Kadetnya; 11.3.12 meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman melalui penyertaan dalam pelbagai acara Pandu Puteri, bacaan penerbitan Pandu Puteri yang sesuai, melayari laman sesawang, dan menulis makalah Pandu Puteri untuk disiarkan / terbitkan; 11.3.13 mengurus Pasukan Pandu Puteri Kadet dan latihan ahli-ahlinya berlandaskan Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 11.3.14 boleh menggantung keahlian seseorang Pandu Puteri Kadet yang menunjukkan kelakuan yang tidak memuaskan tetapi tidak boleh melucutkan keahlian seseorang Pandu Puteri Kadet sebelum berunding terlebih dahulu dengan Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan; dan 11.3.15 menguji dan melantik Pandu Puteri Kadetnya sekiranya pemimpin itu berwaran. Panel penguji yang mempunyai kemahiran tertentu juga boleh dilantik untuk menguji ahli-ahli Pandu Puteri Kadet.
Penyediaan Struktur Organisasi Wujudkan struktur organisasi yang jelas dengan peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan bagi setiap pakar dan ketua badan beruniform. Pastikan ada hierarki yang teratur untuk memudahkan pengurusan. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Membentukan jawatankuasa pengurusan yang terdiri daripada individu yang berkelayakan. Jawatankuasa ini boleh membantu dalam membuat Keputusan, reka bentuk program dan memantau pelaksanaan aktiviti. Reka Bentuk Program Tahunan Buat rancangan tahunan yang komprehensif termasuk amalan, kem, kem dan aktiviti sosial. Pastikan program ini merangkumi semua aspek pembangunan badan yang seragam dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemilihan dan Latihan Pemimpin Pemimpin agensi beruniform memainkan peranan penting dalam membimbing dan melatih pakar. Memastikan pemilihan pemimpin dilakukan dengan teliti dan mereka mendapat latihan berkala untuk meningkatkan kecekapan mereka. Pengurusan Kewangan Ekonomi Tetapkan belanjawan yang berpatutan dan pantau penggunaan kewangan dengan teliti. Memastikan pemprosesan dan penyimpanan wang dilakukan secara telus dan beretika. BAHAGIAN A Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik & Terancang 02 03 04 01 05
07 08 09 Rekod dan Penilaian Pencapaian Menyimpan rekod pencapaian setiap anggota badan beruniform dan menilai pencapaian mereka secara berkala. Ini boleh membantu dalam memberikan pengiktirafan dan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan. Komunikasi Berkesan Memastikan terdapat saluran komunikasi yang terbuka dan berkesan antara pemimpin, pakar dan pihak lain yang berkepentingan. Ini termasuk penggunaan media sosial atau aplikasi khas untuk menyampaikan maklumat dengan cepat. Pemantauan Kemampanan dan Kemajuan Memantau kemajuan agensi beruniform dan menilai keberkesanan program secara berkala. Mengambil tindakan pembetulan jika perlu dan memastikan kemampanan jangka panjang badan beruniform. Penglibatan Pihak Berkepentingan Melibatkan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam aktiviti agensi beruniform. Ini dapat menyokong dan meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan dan pencapaian anggota badan beruniform. Pemantauan Keselamatan dan Kesihatan Memastikan keselamatan dan kesihatan pakar badan beruniform diutamakan dalam setiap aktiviti. Menjalankan penilaian risiko dan menyediakan prosedur keselamatan yang jelas. 06 10
Prinsip Asas Pandu Puteri B A H A G I A N B Dasar Pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Persetiaan dan undangundang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Isyarat wisel serta isyarat tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia
Dasar Pertubuhan & UndangUndang Am dan Pemimpin BAHAGIAN B 01. Pemimpin Pemimpin ialah ahli dewasa yang memimpin Pasukan: 1.1 Pemimpin Muda 1.1.1 Pemimpin muda ialah ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam kalangan wanita muda yang berumur 18 - 30 tahun yang berikut: i. Pandu Puteri Klover: Pandu Puteri Klover merujuk: pelajar wanita di tingkatan enam, politeknik serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mengikuti program Pandu Puteri Klover berkredit; dan ahli-ahli Pandu Puteri Raja dan wanita muda dalam komuniti yang mengikuti program Pandu Puteri Klover tanpa kredit. ii. Pandu Puteri Kadet: Pandu Puteri Kadet merujuk siswa guru di Institut Pendidikan Guru yang mengikuti program Pandu Puteri Kadet berkredit. 1.1.2 Pemimpin muda perlu dilantik sebagai Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet oleh pemimpin yang berwaran. 1. Pandu Puteri Kelip-Kelip 2. Pandu Puteri Tunas 3. Pandu Puteri Remaja 4. Pandu Puteri Renjer 5. Pandu Puteri Klover 6. Pandu Puteri Kadet Dasar Pertubuhan & Undang-Undang Am dan Pemimpin
1.2 Pemimpin Tidak Berwaran Pemimpin TIDAK Berwaran ialah: 1.2.1 pemimpin baharu yang membantu mengurus dan mengendalikan aktiviti Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet; 1.2.2 ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 1.2.3 pemimpin yang perlu mengikuti Kursus Asas Pemimpin dan dilantik sebagai pemimpin pandu puteri; 1.2.4 pemimpin yang boleh memakai lencana pelantikan pemimpin setelah dilantik; dan 1.2.5 pemimpin yang telah mengurus pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah boleh dilantik sebagai pemimpin berwaran. 1.3 Pemimpin Berwaran Pemimpin Berwaran ialah: 1.3.1 ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 1.3.2 pemimpin yang telah mengikuti Kursus Asas Pemimpin boleh menguji ahli Pandu Puteri Tunas sehingga Topaz I dan menguji ahli Pandu Puteri Remaja sehingga Anugerah Jed untuk ahli pasukan lain; 1.3.3 pemimpin digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan Pemimpin supaya boleh menguji ahli Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya / Anugerah Pandu Puteri Remaja / Anugerah Delima Pandu Puteri Renjer sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja untuk ahli pasukan lain; dan 1.3.4 pemimpin boleh meningkatkan kompetensi dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV.
1.4 Jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan pemimpin yang berpengalaman dan telah melalui beberapa peringkat ujian bagi melayakkannya memperoleh pengiktirafan tertentu. Tugas jurulatih tersebut adalah untuk melatih, membimbing dan menguji ahliahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Barisan jurulatih dikategorikan mengikut peningkatan kompetensi pentauliahan seperti yang berikut: 1.4.1 Jurulatih Bertauliah: Pemimpin yang mempunyai sijil jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 1.4.2 Bakal Jurulatih: Pemimpin yang telah lulus ujian Lesen Perkhemahan / Pengurusan Acara Pandu Puteri. 1.4.3 Penolong Jurulatih: Penolong jurulatih ialah pemimpin pandu puteri yang aktif serta mempunyai pengalaman mengendalikan kursus-kursus atau/dan pengujian ahli-ahli muda untuk sekurang-kurangnya 10 tahun secara berterusan tetapi tiada sijil jurulatih. 02. Kursus Asas Pemimpin Kursus Asas Pemimpin membolehkan pemimpin baharu dilantik sebagai pemimpin dan mengurus serta mengendalikan perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Kelipkelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet melalui program yang berikut: 2.1 Prinsip Asas Pandu Puteri Seorang Pemimpin Pandu Puteri hendaklah: 2.1.1 mengetahui, menghayati dan mengamalkan: i. Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri; ii. cogan kata, isyarat dan hormat, berjabat tangan serta khidmat Pandu Puteri; iii. Dasar Pertubuhan dan Undang-undangAm dan Pemimpin
2.1.2 mengenal dan memahami maksud lambang dan warna pada: i. logo, Lencana serta Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia: ii. logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia dan Bendera Dunia; dan iii. bendera Malaysia dan bendera semua negeri di Malaysia. 2.1.3 mengetahui cara pemakaian pakaian seragam dan aksesori pemimpin Pandu Puteri serta ahli Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Klover; 2.1.4 mengenal struktur organisasi pasukan sendiri, Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan, kebangsaan, dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS); 2.1.5 mengetahui: i. pelbagai cara menghormati bendera; ii. cara menaikkan dan menurunkan bendera; dan iii. cara menggunakan isyarat wisel dan isyarat tangan. 2.1.6 mengetahui dan menyanyikan Lagu Dunia dan Taps (siang dan malam) versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris; dan 2.1.7 mengendalikan kawad dan istiadat Pandu Puteri untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer. 2.2 Perancangan Program Seorang Pemimpin Pandu Puteri hendaklah merancang program tahunan, dan merancang satu perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet. 2.3 Pelantikan Pemimpin Pada akhir Kursus Asas Pemimpin, pemimpin baharu dilantik dalam satu istiadat pelantikan oleh pemimpin berwaran. Pemimpin baharu perlu memakai pakaian seragam Pemimpin Pandu Puteri yang rasmi. Pemimpin yang telah dilantik hendaklah memohon Waran Pemimpin daripada ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan setelah menyempurnakan pengendalian pasukan selama tiga bulan. Sambungan...
03. Kursus Lanjutan Pemimpin Kursus Lanjutan Pemimpin membolehkan pemimpin berwaran: 3.1 mengenal dan mengaplikasikan kemahiran asas perkhemahan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pekhemah; 3.2 mengenal dan membuat ikatan serta simpulan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan; 3.3 mengenal dan melaksanakan sekurang-kurangnya satu lencana daripada setiap kategori yang berikut: Sustainable Development Goals (SDGs); YUNGA; WAGGGS; dan GEAR UP 3.4 melengkapkan buku / fail log peribadi dan Jurnal Progresif Pemimpin; 3.5 merancang dan melaksanakan pengembaraan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pengembara Berjalan Kaki (Hiker); dan 3.6 mengenal serta menyanyikan pelbagai lagu Pandu Puteri seperti lagu Rantau Asia Pasifik (versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), lagu-lagu pusingan (round songs), lagu-lagu aksi (action songs) dan lagu-lagu lain yang berkaitan.
04. Syarat-Syarat Mendapatkan Waran Pemimpin Waran Pemimpin diberikan kepada pemimpin yang telah: 4.1 berdaftar dan telah dilantik sebagai pemimpin bagi satu Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet; 4.2 menghadiri Kursus Asas Pemimpin / telah menyempurnakan program Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet berkredit di institusi pengajian; atau terlibat secara aktif dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri yang dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran dan berpengalaman sekurangkurangnya selama tiga bulan. Pemimpin baharu hendaklah mempamerkan pemahaman dan penguasaan pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam Kursus Asas Pemimpin; 4.3 merancang program perjumpaan mingguan untuk sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan; 4.4 mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah; 4.5 menyimpan rekod pasukan seperti yang berikut: Sijil Pendaftaran Pasukan; Rekod Kedatangan Ahli; Buku Stok; Rekod Kewangan; Rekod Kemajuan Ahli; Program / Perancangan; Log Pasukan / Aktiviti; Minit Mesyuarat Pasukan; Fail penyertaan latihan / kursus yang dihadiri di peringkat sekolah, daerah, cawangan, kebangsaan atau antarabangsa; Fail Surat-menyurat; dan Fail Mesyuarat Daerah.
4.6 menyimpan buku / fail log peribadi sendiri; 4.7mengendalikan perjumpaan pasukan dan menjalankan istiadat pelantikan ahli pandu puteri; 4.8 membaca sekurang-kurangnya dua buah buku pandu puteri untuk menghayati pergerakan pandu puteri; dan 4.9 diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah ia menerima permohonan waran pemimpin. Sambungan... 05. Waran Jawatan 5.1 Waran ialah tauliah sesuatu jawatan pemimpin dalam pasukan. 5.2 Seorang pemimpin berwaran yang bertukar sekolah atau tempat kerja tidak perlu mengembalikan waran sedia ada tersebut, tetapi perlu memohon waran baharu daripada Pesuruhjaya Daerah bagi jawatan / pasukan di tempat ia berada pada ketika itu. 5.3 Permohonan untuk waran baharu dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan bagi pelantikan baharu setelah Pesuruhjaya Daerah memastikan semua syarat telah dipenuhi. 5.4 Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan boleh ditarik balik atau dibatalkan.
Skim Mutiara Skim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada pemimpin berwaran yang berpotensi dan berminat mencorakkan masa hadapannya dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia 12.1 Mutiara I (dianugerahkan di peringkat daerah) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara I sekiranya ia: mempunyai waran pemimpin; telah menyertai Kursus Lanjutan Pemimpin Pandu Puteri; dan telah membantu dalam satu acara pandu puteri di peringkat daerah / cawangan / kebangsaan. 12.2 Mutiara II (dianugerahkan di peringkat cawangan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara II sekiranya ia: mempunyai waran pemimpin; mempunyai Mutiara l; mempunyai Sijil Jurubantu Mula; mempunyai Sijil Kuartermaster; dan pemimpin aktif di peringkat sekolah / daerah / cawangan / kebangsaan. 12.3 Mutiara III (dianugerahkan di peringkat cawangan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara IlI sekiranya ia: mempunyai waran pemimpin; mempunyai Mutiara Il; mempunyai Sijil Lesen Perkhemahan / Sijil Pengurusan Acara Pandu Puteri; dan telah menyertai serta melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu acara pandu puteri peringkat kebangsaan, seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. 12.4 Mutiara IV (dianugerahkan di peringkat kebangsaan) Seseorang pemimpin layak memperoleh Mutiara IV sekiranya ia: mempunyai waran pemimpin; mempunyai Sijil Jurulatih dan aktif sebagai jurulatih dalam tempoh tiga tahun kebelakangan; memperoleh Asia Pacific LeadershipAward; dan telah membantu mengendalikan latihan di peringkat daerah, cawangan dan kebangsaan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.
Prinsip-Prinsip Asas Pandu Puteri Prinsip asas Pandu Puteri berteraskan Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Persetiaan dan undang-undang pandu puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli Pandu Puteri 01 02 Sistem nilai ini menjadi panduan hidup ahli Pandu Puteri Seorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang Pemimpin Berwaran hendaklah memakai lencana Pelantikan dan Lencana Dunia. 03 04 Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai persatuan ini sebagai seorang ahli.] Seseorang ahli persatuan yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri perlu memberi penglibatan yang penuh dan pada kepada Persatuan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri. 05 06
Persetiaan Pandu Puteri BAHAGIAN B Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya, kepada Tuhan, Raja dan negara saya, Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri
Undang-Undang Pandu Puteri BAHAGIAN B 1. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 2.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 3. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup. 6. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 7. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. 10.
Visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa. Misi Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.
Piagam PPPM Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran dan berguna.
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Nilai-Nilai Teras Integriti Kejujuran Hormatmenghormati Toleransi Kasih sayang Bantumembantu
Cogan kata & Lambang BAHAGIAN B Cogan Kata Pandu Puteri Pandu Puteri Tunas: Tolong Orang Selalu (TOS) Pandu Puteri Remaja: Selalu Sedia Logo dan Lencana Pandu Puteri Logo Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Logo tersebut dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan İbuPejabat. Lencana Pandu Puteri Malaysia mengandungi cantuman tiga rangkaian daun lebar dengan bintang pecah 14 di tengah serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bintang pecah 14 bererti perpaduan antara 13 buah negeri serta wilayah persekutuan di negara ini. Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri semasa istiadat pelantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri. Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan.
Logo dan Lencana Pandu Puteri Dunia Lencana Pandu Puteri Dunia Lencana Dunia Lencana dunia (World Badge) ialahlambang Persatuan Pandu Puteri danPengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Lencana ini telah diterima dalam Persidangan Dunia yang ke-11 di Evian,Perancis dalam tahun 1946. Trefoil emas yang berlatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak di dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daun bercabang melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Tangkai di bawah daun melambangkankasih sayang manusia sejagat. Jarum yangmenghala ke atas di tengah daun itu menunjukkan arah. Dua bintang di sebelahkiri dan kanan melambangkan Persetiaan dan Undangundang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini Lencana Pandu Puteri Dunia Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Trefoil telah menjadi symbol penting Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) lebih dari 100 tahun. Walaupun reka cipta logo initelah dikemaskinikan berulangkali, trefoil kekal menjadi ciri utama logo WAGGGS. Versi trefoilyang direka cipta pada tahun 1991 masih ada, tetapi elemenelemendi sekitarnya telah diperbaharu. Logo WAGGGS terserlah, terang dan penggunaannya disesuaikan dengan pelbagai khalayak.
Isyarat & Hormat Pandu Puteri BAHAGIAN B TABIK HORMAT PANDU PUTERI Hormat atau tabik Pandu Puteriadalah perlakuan menerusiisyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan jugasesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesardan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan olehPandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalamacara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan.Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orangorangkenamaan di dalam upacara yang kepanduan. a. b.Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. c. Upacara mengibarkan bendera.
ISYARAT PANDU PUTERI Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah samadengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialahkegunaan dan kedudukan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang ituditerima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa PanduPuteri membaharui ikrar.Dalam kedua-dua keadaan iniIsyarat Pandu Puteri dilakukan. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan danrasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puterikhususnya, dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1.Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 2. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cmdari telinga kanan. 4.
Berjabat Tangan & Khidmat Pandu Puteri BAHAGIAN B BERJABAT TANGAN Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan: tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan dengan orang yang tidak berpakaian seragam. Cara berjabat tangan dengan tangan kiri ini berkaitan denganperlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. Lord Baden Powell yang banyak berhubung dengan puak ini semasa di Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegangsenjata pada tangan kanan, manakala tangan kiri memegangperisai. Sebagai tanda persahabatan, mereka melepaskan perisai dan berjabat tangan dengan tangan kiri.
Isyarat Wisel & Isyarat tangan BAHAGIAN B ISYARAT WISEL O: Tiupan Pendek ——: Tiupan Panjang
ISYARAT TANGAN
Lagu Pandu Puteri BAHAGIAN B Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi Lagu ini. Our way is clear As we march on And see our flag on high It’s never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song Shall sing our song