PENGENALAN Cerita menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) adalah kisah, riwayat mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian. Menurut Hashim Awang (1998), cerpen atau cerita pendek adalah karya sastera berbentuk prosa naratif yang bersifat fiksyen dan menceritakan satu peristiwa utama secara ringkas dan padat. Pelbagai kelebihan membaca cerpen ini terutamanya kepada kanak-kanak. Antaranya menurut Pusha (2017), cerpen dapat merangsang imaginasi dan daya cipta kanak-kanak. Selain itu, membantu kanak-kanak membuka perspektif tentang kehidupan dan dunia dan akhir sekali kanak-kanak dapat mengetahui tentang nilai dan etika dalam sesebuah cepen.
Di sebuah Hutan Rimba terdapat pelbagai spesies haiwan. Kehidupan di hutan aman dan harmoni kerana semua penghuni di hutan mengamalkan sikap tolongmenolong. Seekor Raja Singa yang bijak menjaga hutan rimba ini. “Wahai semua penghuni hutan rimba, esok kita akan mengadakan pesta makan. Jadi, marilah kita membuat persiapan bersama-sama”. 1
Persiapan hampir selesai. “Zirafah, bawa aku ke arah tiang itu, aku mahu mengikat belon ini ”. Kata si Monyet kepada Zirafah. “Kita perlukan lagi tiga meja panjang untuk tetamu” kata Raja Singa kepada si Badak. “Baiklah, patik akan menguruskannya” kata si Badak. 2
Tiba-tiba, Kancil berlari pantas ke arah Raja Singa ‘dush...dush’ sambil berkata “Tuanku…Tuanku ada dua lelaki masuk ke kawasan kita dan menebang pokok!” kata si Kancil dengan nada cemas. 3
Semua penghuni terkejut dan berasa sangat marah lalu ingin menyerang penceroboh itu. Tetapi, dihalang oleh Raja Singa. “Jangan, kita mungkin dalam bahaya jika kita bertindak melulu” dengan nada bimbang dan mata yang berkaca. “Kematian si Belang masih dalam ingatan Beta”. Semua mata tertumpu kepada Raja Singa. 4
Di hutan rimba, Raja Singa dan si Belang berkawan baik. Suatu hari, ketika Raja Singa dan si Belang mengawasi kawasan Raja Singa dan si Belang terlihat sekumpulan penceroboh menebang pokok. Si Belang dengan marah berkata, "Tak guna punya manusia, berani dia membuat kemusnahan di hutan kita." 5
Apabila perasaan marah telah menguasai diri, si Belang terus menerkam sekumpulan penceroboh itu tanpa mengendahkan larangan Raja Singa yang sudah mencuba menghalangnya. Akibatnya, si Belang ditembak beberapa kali sehingga mati. 6
Pada saat itu, Raja Singa sangat sedih dan hampir jatuh sakit kerana kehilangan satu-satunya sahabatnya. 7
Lalu, dia bangkit kerana teringat akan pesan sahabatnya, “kalau apa-apa berlaku kepada aku, jangan bersedih terlalu lama dan bangkitlah kerana hutan rimba ini memerlukan engkau. 8
Selepas mendengar kisah Raja Singa, Raja Singa mengarahkan semua penghuni terus berkumpul untuk mendengar rancangannya. “Patik rasa kita patut serang sahaja mereka biar mereka takut dan tak akan berani datang lagi” kata si Gajah kepada Raja Singa dengan nada marah. 9
“Kita tidak boleh menggunakan emosi dalam hal ini, kita perlu merancang dengan sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang keputusan” Balas Raja Singa. “Jadi, apa lagi pilihan yang kita ada untuk membuatkan mereka takut?” tanya si Kura-kura. 10
11 Si Gajah menghentak kaki dengan kuat ‘bom’ lalu berkata ”Kita lebih ramai dan lebih kuat! kita mesti menang!". "Aku setuju! manusia dah bunuh si Belang, kita tak boleh bagi peluang lagi. Kita harus balas dendam!" sokong Sang Harimau dengan penuh amarah dan dendam. 11
Si Badak tidak bersetuju dan berkata “Tapi, kalau kita lawan mereka, bukankah kita sama seperti mereka? aku takut kita akan kalah dan hutan kita akan musnah lebih teruk". Keadaan menjadi tegang dengan perbalahan. 12
Dalam suasana yang huru-hara, Raja Singa mengaum kuat lalu menghentikan perbuatan semua penghuni hutan. Raja Singa berkata "Dengar sini! Beta faham kemarahan kalian semua, Beta juga murka. Tapi, kita perlu bertindak bijak supaya kita menang tanpa mengorbankan sesiapa faham!" 13
Si Kancil mencelah “Tuanku, semasa Patik melihat penceroboh itu mereka seperti ketakutan” katanya. “Ha.., Beta ada rancangan!. 14
Penghuni hutan memulakan rancangan. “Baiklah, ikut rancangan kita dan jangan membahayakan diri” kata Sang Singa kepada Wira Hutan Rimba dengan nada yang tegas. 15
Tiba sahaja mereka di sana, si Monyet mula menggegarkan dahan pokok. “Tuan, kenapa pokok itu bergoyang?” ada binatang buas ke?. Kata lelaki itu sambil merapatkan diri ke arah tuannya. “ish, kau boleh diam tak? tepilah!”. Marah tuannya. 16
“Tapi tuan, kalau kita asyik tebang pokok di hutan ini, haiwan di sini pasti akan kehilangan tempat tinggalnya” Balas lelaki itu. “Ah, aku tak peduli asalkan kita kaya” Balas tuannya sambil gelak angkuh. 17
“Jom kita mula”. Kata si Monyet kepada Gajah dan Harimau selepas memerhati perbuatan sekumpulan penceroboh itu di celah-celah semak. 18
Di sungai, semua buaya bersiap sedia selepas mendengar arahan daripada si Kura-kura untuk mengancam dua penceroboh itu. “Aduhai, aku dah la kebuluran ni, sudah dapat rezeki disuruhnya tolak” kata salah satu buaya dengan nada benggang 19
Si Gajah dan Harimau membuat bunyi dan si Monyet menggegarkan pokok dengan sangat kuat. Dua penceroboh itu pun terkejut lalu berlari lintang-pukang ke arah sungai dan menuju ke arah sungai. 20
Mereka terus berlari untuk menyeberangi sungai dan hampir diterkam oleh tiga ekor buaya. Mereka ketakutan lalu berkata “ Wahai semua buaya, maafkan kami. Jika engkau melepaskan kami, kami berjanji tidak akan datang membawa kemusnahan di hutan lagi” dengan nada yang cemas. 21
Tindakan buaya-buaya itu terhenti kerana mengingati pesanan Raja Singa untuk tidak membaham daging manusia yang tiada keperimanusiaan. Di tambah pula, penceroboh itu merayu dan berjanji tidak akan masuk ke hutan lagi. Maka, buayabuaya itupun melepaskan dan mereka terus berlari keluar dari hutan dengan ketakutan. 22
Raja Singa tersenyum bangga melihat keharmonian di Hutan Rimba. “Beta amat berterima kasih kepada semua. Tanpa kerjasama kalian, hutan ini tidak akan aman seperti sekarang,” titah baginda. “Semoga perpaduan ini berkekalan. Ingat, kita perlu sentiasa bersatu, bukan hanya ketika bahaya melanda, tetapi dalam setiap keadaan.” Baginda kemudian mengangkat cawan minumnya sambil berkata . “Selamat menjamu selera!” 23
Bersama kita teguh berdiri saling membantu, saling memberi tiada yang lemah, tiada yang sendiri kerana perpaduan membawa harmoni. Jangan terburu, jangan gelabah tenanglah dulu, susun langkah rancang dahulu dengan teguh baru hasil menjadi megah. Manusia bijak, bukalah mata hutan ini warisan bersama jagalah ia sepanjang masa agar dunia kekal sejahtera.
Lintang-pukang - lari bertempiaran ke pelbagai arah kerana ketakutan atau panik. (Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.) 1. Mata berkaca- Keadaan mata yang tampak berair atau berkilau akibat emosi seperti sedih, terharu, atau gembira. 2. GLOSARI KATA
1.Kerjasama Cerita ini memberi pengajaran kepada para pembaca bahawa dengan berkerjasama sesuatu yang rumit dapat diselelsaikan dengan mudah. 2.Berfikir sebelum bertindak Cerita ini memberi pengajaran kepada para pembaca bahawa pentingnya membuat perancangan rapi sebelum membuat sesuatu yang boleh mempengaruhi semua benda disekelilingnya. 3.Ketamakan membawa padah Cerita ini memberi pengajaran kepada para pembaca bahawa sifat tamak akan menjadikan kita manusia yang kejam dan memberikan kerugian bukan sahaja pada ekosistem malah diri sendiri. 4.Bertanggungjawab Cerita ini memberi pengajaran kepada para pembaca bahawa sebagai seorang ketua kita perlu bertanggungjawab untuk memastikan seluruh perkara berjalan seperti yang dirancang. PENGAJARAN Cerita ini memberi para pembaca pelbagai kesedaran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Antaranya:
Menurut Za'ba (1995), sajak ialah sejenis karangan yang berangkap. Kebanyakan sajak berbentuk bebas sama ada dari segi pembentukan rangkap, baris, katakata dan rima. Sajak merupakan puisi baharu yang popular dan lahir sebagai alternatif kepada puisi tradisional hal ini kerana bentuknya yang tidak terikat dan lebih bebas. (Hashim Awang, 1985) Sajak ini, menjelaskan 1 tema yang dominan iaitu kerjasama antara pelbagai spesies haiwan tanpa mengira keupayaan haiwan-haiwan tersebut. Penulisan ini dihasilkan untuk memberi kesedaran kepada pembaca tentang pentingnya bekerjasama dalam sesuatu komuniti. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjin. Hal ini demikian kerana, apabila kita bekerjasama sesuatu yang mustahil itu pasti akan berjaya dikecapi sekiranya sikap bekerjasama ini utuh dalam diri setiap yang bernyawa tidak kira manusia atau haiwan. RUMUSAN SAJAK
SINOPSIS Kehidupan di Hutan Rimba aman dan damai, wujudnya Raja Singa yang bijak mengukuhkan keamanan dan keselamatan di dalam Hutan Rimba. Suasana yang harmoni bertukar menjadi huru-hara dengan kehadiran penceroboh hutan yang durjana. Keadaan yang tidak terduga membuatkan penceroboh itu rasa kegerunan dan berjanji tidak akan membuat kemusanahan lagi. Apakah rancangan Raja Singa? Apakah yang digerunkan oleh penceroboh itu? Dapatkah Hutan Rimba kembali aman dan selamat semula? Cerita ini akan menuntukannya.
Azianty Dyan. 2012. Ciri Cerpen Kanak-kanak. Retrieved from: https://www.scribd.com/doc/112056634/CiriCerpen-Kanak-kanak Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang (1998). Penciptaan dan kemanusiaan dalam cerpen dan novel. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hashim Awang. (1985). Teman pelajar kesusasteraan. Fajar Bakti. Sdn.Bhd Hishamudin bin Abu Bakar, Dr Arafah binti Ahamad, Dr Fadzilah binti Abdul Rahman, Dr Azman bin Rahmat, Dr Hasnah binti Awang. (2024). Kesusasteraan Kanak-Kanak. Sri Saujana Marketing. Muhammad Al Afzan Bin Ali Hussin. (2018). Konsep Sajak. Retrieved from: https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/konsep-sajak.html Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Kuala Lumpur Puasha (2017). 11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui. retrieved from: https://www.puasha.com/2017/09/11-fungsi-cerita-kanak-kanak-yang-perlu.html Za'ba. (1995). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. RUJUKAN