The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimayusof, 2022-08-17 03:01:01

KELAS ALAF 21

PAK 21

26 Perkara yang Perlu Anda
Tahu Berkaitan PAK-21

26 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan PAK-21. Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan 26
perkara yang perlu anda -tahu berkaitan Pembelajaran Abad ke-21 atau lebih
dikenali sebagai PAK-21.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 26 PERKARA YANG PERLU ANDA
TAHU BERKAITAN PAK-21 oleh SISC Azura :

1. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK GURU MENULIS REFLEKSI PDPC?

Refleksi PdPc perlu ditulis oleh guru selepas sesuatu PdPc. Guru perlu
mencatatkan jumlah murid yang mencapai objektif dan jumlah murid yang
tidak mencapai objektif berserta langkah penambahbaikan yang dibuat untuk
membantu murid tersebut.
Selain itu, guru juga perlu mencatatkan refleksi pentaksiran yang telah
dijalankan ketika PdPc, iaitu jumlah murid yang mencapai band dan tahap
penguasaan (TP) selain menanda (/) pada band atau TP dalam borang
perekodan.

2. BILAKAH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS DAN
DIBERITAHU KEPADA MURID?

Objektif PdPc dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada murid
selepas guru melaksanakan aktiviti set induksi. Hal ini demikian kerana
selepas set induksi baru guru mengaitkan apa yang dilakukan dengan isi
pelajaran. Pada waktu itulah objektif dan kriteria kejayaan diberitahu dan
ditulis atau ditampal pada sudut OPEM.

3. ADAKAH KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS DALAM RPH?

Kriteria kejayaan disarankan untuk ditulis dalam RPH agar guru jelas cara
murid menguasai objektif pembelajaran. Penulisan kriteria kejayaan juga
sangat membantu guru merancang aktiviti yang sesuai dan penyediaan BBM
atau BBB dalam PdPc yang ingin dijalankan di bilik darjah.

4. SELAIN ISYARAT GIVE ME FIVE, APAKAH CARA LAIN YANG BOLEH
DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL KELAS ABAD KE-21?

Untuk mengawal tingkah laku murid, guru boleh menyediakan carta sikap
murid. Murid yang berbuat bising, namanya dilekatkan pada carta sikap
negatif yang diwakili oleh gambar awan mendung. Apabila murid tersebut
telah berubah sikap, namanya dilekatkan pada carta ceria yang diwakili oleh
gambar matahari bersinar bersama dengan nama rakan lain.

5. SELAIN TRAFFIC LIGHT DIGUNAKAN UNTUK MENGETAHUI TAHAP
PEMAHAMAN MURID, BOLEHKAH TRAFFIC LIGHT DIGUNAKAN UNTUK
MENGAWAL MURID BERKOMUNIKASI?

Boleh.
Traffic light boleh digunakan untuk mengawal murid daripada bercakap

apabila ingin melontarkan pertanyaan. Murid yang ingin bertanya, boleh
diarahkan untuk mengangkat traffic light berwarna merah atau kuning dan
guru akan bergerak ke arah murid tersebut.

6. SELAIN TRAFFIC LIGHT, ADAKAH CARA LAIN UNTUK MENGAWAL
MURID DARIPADA BERBUAT BISING?

Selain TRAFFIC LIGHT, guru juga boleh menggunakan TALKING CHIPS untuk
mengawal murid daripada berbuat bising. Murid yang ingin bercakap perlu
meletakkan cip di tengah meja terlebih dahulu. Penggunaan cip ini juga
dapat mengawal daripada murid yang sama menjawab atau menguasai sesi
perbincangan.

7. BENARKAH SUSUNAN KELAS ABAD KE-21 MENYEBABKAN MURID
SAKIT LEHER?

Tidak.
Sebenarnya susunan kelas abad ke-21 tidak menyebabkan murid sakit leher.
Jika guru berada di hadapan kelas dan meminta murid menyalin nota,
bermakna kelas sahaja yang abad ke-21 tetapi pengajaran guru masih abad
yang lampau.
Kelas abad ke-21 perlu seiring dengan pelaksanaan PdPC abad ke-21, iaitu
guru harus bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan murid aktif
berbincang sesama mereka untuk melaksanakan tugasan dan membuat
pembentangan atau melaksanakan sesi perkongsian.

8. APAKAH MATLAMAT UTAMA PAK-21 DIPERKENALKAN?

Untuk menghasilkan lebih ramai pembelajar sepanjang hayat, iaitu mereka
yang mempunyai kemahiran pelbagai untuk memastikan kesinambungan
kehidupan dalam zaman yang sentiasa berubah.

9. APAKAH APLIKASI YANG TERSEDIA UNTUK DIGUNAKAN DALAM
PAK-21?

Aplikasi yang tersedia selain VLE-frog, terdapat juga Kahoot (kuiz),
schoology (seperti Facebook), Edmodo (seperti VLE-frog), Cmap (bina peta
minda) dan sebagainya.

10. APAKAH ITU SUDUT OPEM?

udut OPEM bermaksud sudut untuk guru menulis objektif pembelajaran dan
kriteria kejayaan.

11. ADAKAH OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN
PERLU DIBINCANGKAN DENGAN MURID?

Objektif dan kriteria kejayaan ini bukan sahaja ditulis tetapi juga PERLU
DITERANGKAN oleh guru kepada murid.
Setiap kali mencapai objektif, cikgu perlu bertanya apa yang telah berjaya
dicapai oleh murid dan murid membaca kriteria kejayaan yang dicatat oleh
guru.
AYAT OBJEKTIF:
Pada akhir pelajaran murid akan dapat:

i.

ii.

KRITERIA KEJAYAAN:

Saya dapat:

i.

ii.

12. ADAKAH PAPAN GANJARAN WAJIB DISEDIAKAN DI DALAM
KELAS ABAD KE-21?

Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk ganjaran yang boleh dilaksanakan atau
dibuat oleh guru untuk memberikan ganjaran kepada murid. Papan ganjaran
salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk meletakkan tanda
bintang pada ruangan nama murid yang mendapat ganjaran. Namun, jika
tidak ada papan ganjaran, guru boleh memberikan pujian, tepukan, sorakan,
lencana peneguhan atau hadiah kecil sebagai ganjaran.
13. ADAKAH PENULISAN RPH BERUBAH DENGAN PELAKSANAAN PAK-
21?

Penulisan RPH sebenarnya masih sama. Yang perlu ditambah hanya kriteria
kejayaan dan bahagian aktiviti ditulis dengan jelas menunjukkan adanya

PAK-21.
Contoh penulisan aktiviti:
i. Murid dipertontonkan video yang berkaitan dengan.. dan bersoal jawab
dengan guru.
ii. Murid diminta menganalisis watak perwatakan watak utama dan watak
sampingan dalam teks yang ditetapkan oleh guru
dalam kumpulan. (KBAT – menganalisis)
iii. Hasil kerja murid dibentangkan secara gallery tour.
* Bagi Sekolah Amanah dan Sekolah Transformasi, terdapat format
penulisan RPH yang telah ditetapkan.
14. ADA ATAU TIDAK VIDEO PDPC ABAD KE-21?

tablet on the hand with
video player
Banyak yang bertanyakan soalan begini kepada saya. Sebenarnya terdapat
banyak video yang telah dikongsi oleh guru yang melaksanakan PdPc abad
ke-21 di dalam kelas dalam YouTube.
Selain itu, portal e-guru juga terdapat video PdPc abad ke-21 untuk tontonan
dan panduan guru. Layarilah portal untuk mendapatkan video terbaik
sebagai rujukan dan panduan dalam melaksanakan PdPc abad ke-21.
15. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGIKUTI KURSUS ATAU
BENGKEL BERKAITAN DENGAN PDPC ABAD KE-21?

Kepada rakan pendidik yang berada di sekolah, pihak sekolah sememangnya
perlu mengadakan 4 kali setahun LADAP @ LDP untuk peningkatan
profesionalisme guru-guru. Mohonlah pihak sekolah untuk mengadakan
bengkel PAK-21 sebagai salah satu LADAP @ LDP.
Pihak sekolah boleh menghubungi jabatan atau pejabat pendidikan di tempat
masing-masing untuk mengenal pasti penceramah yang boleh melaksanakan
bengkel tersebut. Sekolah yang berhampiran dengan IAB, IPG atau universiti
juga boleh menghubungi tempat-tempat tersebut bagi mendapatkan
penceramah yang sesuai untuk bengkel PdPc abad ke-21.

16. ADAKAH BILANGAN MURID DI DALAM KELAS ABAD KE-21 ADA
HADNYA?

Secara ideal, bilangan murid di dalam kelas abad ke-21 adalah sebanyak 25
ORANG.
Namun, ada sekolah yang jumlah murid di dalam satu kelas melebihi 25
orang. PdPc abad ke-21 masih boleh dilaksanakan dengan membuat susunan
kerusi meja yang betul.
Sebagai contoh, 36 orang murid di dalam satu kelas. Murid boleh
dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan 6 orang ahli setiap kumpulan.

17. ADAKAH PAK-21 HANYA UNTUK MURID KELAS PANDAI?

PAK-21 bukan semata-mata untuk murid yang berada di kelas yang pandai.
Bagi kelas yang lemah, PAK-21 turut boleh dilaksanakan. Guru perlu pandai
memilih aktiviti dan bahan yang sesuai dengan tahap penguasaan murid.

18. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGALAKKAN MURID AGAR
AKTIF DI DALAM KELAS ABAD KE-21?

Untuk menggalakkan murid aktif di dalam kelas abad ke-21, guru-guru boleh
menyediakan aktiviti berbentuk permainan penyelesaian masalah, di
samping menyediakan ganjaran seperti lencana peneguhan, gula-gula,
pembaris atau memberikan pujian kepada murid-murid.
19. MENGAPAKAH SUSUNAN KERUSI MEJA MURID PENTING DI
DALAM KELAS ABAD KE-21?

Susunan kerusi meja murid penting di dalam kelas abad ke-21 kerana
susunan ini MEMUDAHKAN GURU melaksanakan aktiviti perbincangan antara
murid dan murid boleh disusun mengikut tahap dan kemampuan atau
memberikan peluang kepada mereka yang lebih pandai menjadi pembimbing

kepada rakan yang lemah ketika perbincangan atau aktiviti kumpulan
diadakan.
20. BENARKAH PAK-21 MENYEBABKAN KELAS MENJADI BISING?

Kelas yang baik ialah kelas yang muridnya aktif ketika PdPc berlangsung. Di
dalam kelas abad ke-21, penglibatan murid sangat penting. Murid akan
berinteraksi sesama mereka dalam kumpulan dan kadangkala melibatkan
pergerakan untuk mereka berbincang dan menyelesaikan masalah
berdasarkan tugasan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Kadar kebisingan itu boleh dikawal oleh guru yang bertindak sebagai
fasilitator menggunakan tanda isyarat seperti traffic light dan give me five
atau menggunakan peralatan seperti loceng dan wisel.

21. APAKAH PERKAITAN ANTARA PAK-21 DENGAN SKPMg2?
PAK-21 sangat penting dalam memastikan guru mendapat skor penarafan
melebihi 80% dalam SKPMg2 Standard 4. Hal ini demikian kerana semua
tindakan yang terdapat dalam SKPMg2 daripada aspek guru berperanan
sebagai PERANCANG , PENGAWAL, PEMBIMBING, PENDORONG dan PENILAI
serta murid yang bertindak sebagai pembelajar aktif berlaku apabila guru
melaksanakan PAK-21.
Dalam PAK-21, guru bertindak sebagai pemudah cara untuk murid meneroka
pembelajaran secara kendiri dengan melaksanakan aktiviti berbentuk
penyelesaian masalah dan KBAT secara kolaboratif dan koperatif.

22. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK GURU MENULIS REFLEKSI PDPC?
Refleksi PdPc perlu ditulis oleh guru selepas sesuatu PdPc. Guru perlu
mencatatkan jumlah murid yang mencapai objektif dan jumlah murid yang

tidak mencapai objektif berserta langkah penambahbaikan yang dibuat untuk
membantu murid tersebut.
Selain itu, guru juga perlu mencatatkan refleksi pentaksiran yang telah
dijalankan ketika PdPc, iaitu jumlah murid yang mencapai band dan tahap
penguasaan (TP) selain menanda (/) pada band atau TP dalam borang
perekodan.

23. BILAKAH OBJEKTIF DAN KRITERIA KEJAYAAN PERLU DITULIS
DAN DIBERITAHU KEPADA MURID?

Objektif PdPc dan kriteria kejayaan perlu ditulis dan diberitahu kepada murid
SELEPAS guru melaksanakan aktiviti SET INDUKSI.
Hal ini demikian kerana selepas set induksi baru guru mengaitkan apa yang
dilakukan dengan isi pelajaran. Pada waktu itulah objektif dan kriteria
kejayaan diberitahu dan ditulis atau ditampal pada sudut OPEM.

24. APAKAH CARA MENGGALAKKAN MURID BERTANYAKAN SOALAN?

Dalam SKPMg2, MURID bertindak sebagai PEMBELAJAR AKTIF perlu
mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran. Oleh itu, guru perlu
menggalakkan murid untuk mengemukakan soalan.
Guru boleh bertanya tentang apa yang kurang difahami oleh murid terlebih
dahulu. Berikan masa kepada murid untuk berfikir dan kemudian lontarkan
semula soalan yang sama.
Guru juga boleh memberikan murid satu kertas nota kepada setiap orang
atau setiap pasangan untuk mencatatkan soalan yang berkaitan dengan isi
pelajaran yang kurang difahami atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang
sesuatu perkara.
Selain itu, guru juga boleh mengadakan pertandingan murid paling banyak
mengemukakan soalan dengan memberikan ganjaran sebagai galakan untuk
murid mengemukakan soalan.

25. ADAKAH DIDIK HIBUR TERGOLONG DALAM PAK21?

Ya, didik hibur salah satu teknik pengajaran dalam PAK-21. Hal ini demikian
kerana didik hibur bukan sahaja merupakan satu aktiviti yang memberi
keseronokan bahkan aktiviti ini memerlukan murid berkarya, menilai
persembahan dan melibatkan diri secara aktif sama ada dalam kumpulan
ataupun melibatkan satu kelas.

26. APAKAH CARA MEMASTIKAN PARKING LOT YANG DISEDIAKAN DI
DALAM BILIK DARJAH DIGUNAKAN DENGAN SEPENUHNYA?

Bagi memastikan parking lot yang disediakan digunakan sepenuhnya, guru
boleh mengadakan AKTIVITI KERTAS DUA MINIT untuk murid membuat
refleksi tentang pembelajaran yang telah diikuti. Setelah tamat, murid boleh

menampal semua refleksi tersebut pada parking lot yang disediakan.
Di situ, guru perlu mengambil maklum dan memberikan penerangan jika ada
soalan yang ditampal oleh murid pada parking lot tersebut.
Dari parking lot tersebut, guru dapat mengetahui jumlah murid yang
menguasai atau tidak menguasai pembelajaran hari tersebut.
Selain itu, guru juga boleh menyediakan sticker atau borang untuk murid
tanda sebelum guru keluar dari kelas dan ditampal pada parking lot.

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 26 Perkara yang Perlu Anda Tahu
Berkaitan PAK-21 dapat memberikan manfaat kepada kita semua
berkaitan Pembelajaran Abad ke-21 ini. Terima kasih dan teruskan
menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version