The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayanainsyirah2910, 2023-08-31 07:45:49

HAMZAH FANSURI

HAMZAH FANSURI

HAMZAH FANSURI KUMPULAN 1


SIAPAKAHHAMZAHFANSURI Syeikh Hamzah Fansuri ialah seorang cendekiawan, ulama tasawuf, sasterawan dan budayawan terkemuka yang hidup di antara tahun 1589 hingga 1650. Nama gelaran yang tercantum di belakang namanya menunjukkan tempat asal beliau, iaitu Fansur. Dalam kalangan orang Arab, Fansur merupakan gelaran kepada sebuah tempat yang bernama Barus, iaitu sebuah kota kecil di pantai barat Sumatera yang terletak antara kota Sibolga dan Singkel. Selain berfungsi sebagai pelabuhan, Barus atau Fansur juga menjadi pusat pendidikan Islam yang melahirkan ramai ulama terkenal. Ibu bapa Hamzah meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Suasana dan keadaan ini mendorong beliau untuk memencilkan diri dan mengembara dari sebuah negeri ke negeri yang lain


latarbelakang hamzah fansuri Hamzah Fansuri lahir di Barus atau Fansur iaitu sebuah kawasan yang merupakan pusat pendidikan Islam dan melahirkan ramai ulama terkenal. Beliau juga menjadi guru agama di Aceh pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah ( 1588-1604). Salah seorang pelajarnya ialah Syamsuddin Al-Sumaterani. Hamzah berkebolehan dalam bidang pendidikan dan pernah menjadi penasihat kepada Sultan Aceh dan banyak membantu Sultan Aceh dalam hal pentadbiran negeri. Hamzah bukan sahaja ulama tetapi juga seorang sasterawan. Beliau menguasai bidang agama, fikah, tasawuf, mantik, sejarah, falsafah, dan menguasai pelbagai bahasa seperti Urdu, Arab dan Parsi.


PENDIDIKAN Hamzah mendapat pendidikan di merata tempat seperti Jawa, Tanah Melayu,India, Parsi dan negara-negara Arab. Sekembalinya ke Barus, beliau menjadi guru agama di Aceh pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah ( 1588-1604). Hamzah berkebolehan dalam bidang pendidikan dan pernah menjadi penasihat kepada Sultan Aceh dan banyak membantu Sultan Aceh dalam hal pentadbiran negeri


Karya-karya hamzah fansuri Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana), Syarab alAsyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi), dan Zinat alMuwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan) Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Punguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu


Sumbangan ILMU SOSIAL ILMU SASTERA ILMU BAHASA Dalam bidang ilmu sosial, Hamzah Fansuri telah mempelajari penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang bersifat ilmiah. Sebelum karya-karya beliau muncul, masyarakat muslim Melayu mempelajari masalah-masalah agama, tasawuf dan sastra melalui kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab. Dalam bidang bahasa, Syeikh Hamzah Fansuri telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu daripada lingua franca kepada bahasa intelektual dan bahasa ilmu. Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang penyebaran ilmu dan persuratan menjadi sangat penting dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara yang lain, termasuk bahasa Jawa yang sebelumnya telah jauh lebih berkembang. Dalam bidang sastera, Hamzah Fansuri mempelopori penulisan puisipuisi falsafah dan mistik bercorak Islam. Kedalaman kandungan puisipuisinya sukar ditandingi oleh penyair lain yang sezaman ataupun sesudahnya. Penulis-penulis Melayu pada abad ke-17 dan 18 kebanyakannya berada di bawah bayang-bayang kegeniusan Hamzah Fansuri.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version