PANTUN SASTERA MELAYU BMMB1104 BAHASA MELAYU C NUR DAYANA INSYIRAH BT MOHAMMAD
penghargaan Bismillahirahmanirahim Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya sempurnakan tugasan bagi kod subjek BMMB1104 ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Roziah binti Ramli, selaku pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha untuk menyempurnakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung dalam proses menjayakan tugasan ini. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan amat saya hargai dan semoga budi baik semua yang membantu dibalas dengan kebaikan suatu hari nanti.
ISI KANDUNGAN KONSEP KESUSASTERAAN DEFINISI KESUSASTERAAN DEFINISI PANTUN BENTUK-BENTUK PANTUN JENIS-JENIS PANTUN CIRI-CIRI PANTUN FUNGSI-FUNGSI PANTUN MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN 01 02 03 04 05 06 07 08
pengenalan Pantun Melayu merupakan hasil rakyat tertua yang disebarkan secara lisan.Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu lama yang istimewa dan merupakan hak milik jati bangsa Melayu yang tidak ada pada bangsa-bangsa lain. Ia merupakan cabang kesusasteraan Melayu yang paling tua. Pantun tidak dipengaruhi oleh mana-mana pengaruh luar. Dalam erti kata lain, pantun itu ialah hasil daya cipta masyarakat Melayu lama yang tinggi, asli dan mempunyai nilai estetika. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji dalam kalangan masyarakat pramoden, pratulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain. Namun, sehingga kini tiada maklumat jelas tentang pensejarahan pantun. Hal ini kerana pantun dicipta sebelum bangsa Melayu tahu menulis dan membaca dan ia tercipta dalam bentuk lisan untuk tujuan hiburan dalam kalangan golongan bawahan seperti nelayan dan petani dan akhirnya menjadi satu acara hiburan bagi penduduk di kampung-kampung.
konsep kesusasteraan Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Namun, perkembangan masyarakat yang pesat hari ini telah mengubah dan menjarakkan sastera dengan kehidupan sekaligus menyebabkan sastera menjadi satu bidang atau kegiatan yang khusus dan tersendiri.
definisi kesusasteraan melayu Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa. Kesusasteraan bermaksud segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan melalui penulisan dan pembacaan serta melalui lisan dan pendengaran. Perkataan kesusasteraan berasal dari perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Siti Hajar Abdul Aziz Ismail Hussein Harun Mat Piah
jenis-jenis sastera melayu PANTUN SAJAK SYAIR TEROMBA SELOKA GURINDAM
pantun Sastera Melayu
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, pantun merupakan sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersukasuka. DEFINISI PANTUN
PANDANGAN TOKOH Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Menurut Za’ba pula, ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.
bentuk-bentuk pantun Korek perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri; Pantun 8 kerat Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. Pantun 2 kerat Pantun 10 kerat Kalaulah jadi pergi ke ladang, Kain panjang cari dahulu, Kalaulah jadi pergi berdagang, Induklah semang cari dahulu. Pantun 4 kerat Pantun 12 kerat Bergayut-gayut si anak ungka, Cukup takut bila dimandi, Lari keluar masuk ke kota; Pantun 6 kerat Tuan pergi dagang seorang, Tuan saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri. Sakit kepala rasanya pening, Dalam peti ubatnya habis, Mahu diminta pada siapa, Hanya dinding di kiri kanan, Bila jatuh diri berseorangan; Apabila hati semakin kering, Payah sekali mahu menangis, Bersabar serta bertimbang rasa, Hanya mementing diri sendiri, Semakin jauh tersimpang jalan. Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa sultan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Biala gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang di sini dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi. Sayang saudara masa berduka, Sayang emak sayang abadi, Sayang kekasih masa bercinta.
jenis-jenis pantun Pantun nasihat Pantun cinta Pantun kiasan Pantun jenaka Pantun teka-teki Pantun agama Pantun peribahasa
FUNGSI PANTUN Tujuan adat istiadat Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih sebagai sindiran dan nasihat Menyampaikan mesej berunsur keagamaan
fungsi-fungsi pantun Penghargaan dan ucapan terima kasih lazimnya disampaikan dalam bentuk pantun yang dikenali sebagai pantun budi. Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budi baktinya. Pantun budi telah digunakan oleh masyarakat Melayu sejak sekian lama dan mereka sangat memandang tinggi kepada orang yang berbudi. Oleh yang demikian, pantun menjadi wadah yang digunakan oleh masyarakat bertujuan untuk menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih. Menzahirkan penghargaan & ucapan terima kasih contoh pantun budi Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
fungsi-fungsi pantun Pantun adat telah digunapakai oleh masyarakat dari dahulu sehingga kini. Pantun adat merangkumi pelbagai aspek seperti adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi pantun adat ini adalah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga, alat berkomunikasi semasa acara merisik atau meminang dan sebagai nasihat kepada golongan muda. Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah masyarakat terutamanya masyarakat Melayu yang kaya dengan budaya dan adat resamnya tersendiri . adat istiadat contoh pantun adat Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda, Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.
fungsi-fungsi pantun Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayangteruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun kasih sayang ini lazimnya disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, pujipujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Hal ini telah memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam berkasih sayang. Meluahkan rasa sayang dan kerinduan contoh pantun kasih sayang Lama sudah tidak ke ladang, Padi sudah dililit kangkung, Selama tuan tidak kupandang, Putus hati pengarang jantung.
fungsi-fungsi pantun Menurut Fatimah Busu,(1922) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Oleh itu masyarakat Melayu lebih memilih untuk menggunakan bahasa kiasan seperti pantun sebagai wahana atau wadah untuk menegur dan memberi nasihat. Sindir-menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan. sebagai sindiran dan nasihat contoh pantun nasihat Ayam dikepuk dipanggil pulang, Kain tercarik tersangkut duri, Usah ditepuk air di dulang, Kelak terpercik muka sendiri.
CIRI-CIRI PANTUN Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
BMMB1104 pantun AGAMA
fungsi pantun
PANTUN AGAMA Pantun agama ialah pantun yang mengandungi akidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Dalam pantun agama juga ada diselitkan unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna untuk dijadikan panduan oleh segenap lapisan masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat yang dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun agama sememangnya mengandungi pengajaran yang berguna kerana pantun tersebut bukan sahaja melambangkan kebijaksanaan orang Melayu terdahulu namun juga dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi.
Kemumu di tengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah, Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah. RANGKAP 1
CIRI-CIRI PANTUN rangkap 1 Pantun ini berbentuk terikat Terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap Empat hingga enam patah perkataan setiap baris Lapan hingga sepuluh suku kata setiap baris Rima akhir : n, h, n, h
manifestasi akal budi
Kemumu ditengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah, Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah. Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui pembayang pantun ini iaitu di baris pertama dan baris kedua. Pembayang pada baris pertama berhubungkait dengan pembayang pada baris yang kedua iaitu kedua-duanya berkaitan dengan alam di mana pengarang menceritakan perihal kemumu iaitu sejenis sayuran yang terletak di tengah pekan lalu diterbangkan angin dan jatuh ke bawah. Pembayang juga memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi atau rima kepada maksud. Rima akhir pada baris pertama dipadankan dengan rima akhir pada baris ketiga iaitu persamaan huruf ' n ' manakala rima akhir baris kedua dipadankan dengan rima akhir baris keempat iaitu persamaan huruf 'h'.
Kemumu ditengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah, Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah. Baris ketiga dan keempat berfungsi sebagai maksud atau isi tersirat yang ingin disampaikan dalam sesebuah pantun berdasarkan tema yang dipilih. Dalam pantun ini,penulis menggunakan unsur alam yang berada di sekeliling kita iaitu penulis mengibaratkan seseorang individu atau insan yang menuntut dan mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya diumpamakan sebagai pohon yang tidak berbuah. Hal ini dikatakan demikian kerana sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetapi jika ia tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah maka pohon tersebut tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun dan dianggap sebagai sia-sia sahaja.
Banyak bulan perkara bulan, tidak semulia bulan puasa, Banyak tuhan perkara tuhan, tidak semulia tuhan yang esa. RANGKAP 2
CIRI-CIRI PANTUN rangkap 2 Pantun ini berbentuk terikat Terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap Empat hingga lima patah perkataan setiap baris Sembilan hingga sebelas suku kata setiap baris Rima akhir : n, a, n, a
manifestasi akal budi
Banyak bulan perkara bulan, Tidak semulia bulan puasa, Banyak tuhan perkara tuhan, Tidak semulia tuhan yang esa. Pembayang bagi pantun dia atas iaitu baris pertama dan baris kedua menekankan bahawa walaupun umum mengetahui terdapat 12 bulan dalam kalendar Islam namun tiada satu pun bulan yang semulia bulan puasa iaitu bulan ramadan, bulan yang penuh rahmat dan juga bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam saban tahun. Bulan ramadan memberi 1001 rahmat dan keistimewaan serta fadilat bagi sesiapa yang menghayatinya. Rima akhir baris pertama dipadankan dengan rima akhir baris ketiga iaitu persamaan huruf ' n ' manakala rima akhir baris kedua pula dipadankan dengan rima akhir baris keempat iaitu persamaan huruf ' a '.
Banyak bulan perkara bulan, Tidak semulia bulan puasa, Banyak tuhan perkara tuhan, Tidak semulia tuhan yang Esa. Dua baris terakhir pantun di atas yang juga disebut sebagai maksud atau isi menekankan kemuliaan tuhan yang maha Esa iaitu Allah S.W.T. Ada agama yang percaya kepada banyak Tuhan dan setiap Tuhan itu menjalankan tugas-tugas tertentu berkaitan alam. Ada agama yang menjadikan objek alam sebagai sembahan dan mereka percaya objek alam tersebut yang menentukan kebaikan dan keburukan terhadap kehidupan manusia. Terdapat juga agama yang mengajar penganutnya bahawa Tuhan adalah tunggal, iaitu satu-satunya Tuhan yang patut disembah. Pengarang ingin mengingatkan pembaca supaya sentiasa taat kepada suruhan yang maha Esa dan meninggalkan laranganNya. Justeru dalam Islam, konsep ketuhanannya yang paling utama ialah Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang disembah. Konsep ini terkandung dalam bahagian pertama dua kalimah syahadah yang terkandung dalam Rukun Islam. Malah, keimanan kepada Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa menjadi pembeza utama antara agama Islam dengan agama-agama besar yang lain di dunia. Sesungguhnya tiada tuhan lain yang semulia Allah S.W.T dan Dialah yang mencipta langit dan bumi serta berkuasa ke atas seluruh alam semesta.
Pangkal berbelit di pohon jarak, jarak nan tumbuh tepi serambi, jangan dibuat yang dilarang syarak, itulah perbuatan yang dibenci nabi. RANGKAP 3
CIRI-CIRI PANTUN rangkap 3 Pantun ini berbentuk terikat Terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap Terdiri daripada lima patah perkataan setiap baris Sepuluh hingga sebelas suku kata setiap baris Rima akhir : k, i, k, i
manifestasi akal budi
Pangkal berbelit di pohon jarak, Jarak nan tumbuh tepi serambi, Jangan dibuat yang dilarang syarak, Itulah perbuatan yang dibenci nabi. Dalam pantun di atas, pengarang menyelitkan unsur alam yang berada di sekeliling masyarakat dan tidak asing lagi buat mereka. Pembayang dalam pantun ini menceritakan mengenai pangkal yang berbelit di pohon jarak iaitu sejenis tanaman liar. Tanaman ini mudah ditemui kerana kemampuan adaptasinya yang cukup baik. Biasanya, pohon jarak tumbuh di tanah kosong, daerah pantai, hutan dan kawasan kebun. Pohon ini kemudiannya tumbuh di tepi serambi. Serambi merupakan salah satu kesenian yang ditonjolkan masyarakat Melayu dalam aspek susun atur ruang sesebuah rumah khususnya rumah tradisional masyarakat Melayu terdahulu. Kedudukan serambi yang diletakkan di hadapan sekali sebagai ruang umum menyambut tetamu diikuti dengan rumah ibu sebagai ruang utama kekeluargaan dan keraian, adalah menepati keperluan budaya masyarakat melayu yang mengutamakan layanan terhadap tetamu dan dalam masa yang sama menjaga tahap privasi ahli keluarga mengikut hukum Agama Islam.
Pangkal berbelit di pohon jarak, Jarak nan tumbuh tepi serambi, Jangan dibuat yang dilarang syarak, Itulah perbuatan yang dibenci nabi. Pantun di atas berfungsi untuk sebagai nasihat kepada penganut agama Islam supaya meninggalkan segala perbuatan yang salah atau haram di sisi syarak kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang membawa ke arah keburukan dan dibenci nabi. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan sama ada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan. Sebagai contoh, perbuatan merokok merupakan satu perbuatan yang haram di sisi syarak kerana merokok bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada perokok tersebut semata-mata namun turut memudaratkan orang di sekelilingnya. Rima akhir baris pertama dipadankan dengan rima akhir baris ketiga iaitu persamaan huruf 'k' manakala rima akhir baris kedua dipadankan dengan rima akhir baris keempat iaitu persamaan huruf 'i'.
daun terap di atas dulang, anak udang mati dituba, dalam kitab ada terlarang, yang haram jangan dicuba. RANGKAP 4
CIRI-CIRI PANTUN rangkap 4 Pantun ini berbentuk terikat Empat hingga lima baris dalam satu rangkap Terdiri daripada lima patah perkataan setiap baris Lapan hingga sembilan suku kata setiap baris Rima akhir : g, a, g, a
manifestasi akal budi
Daun terap di atas dulang, Anak udang mati dituba, Dalam kitab ada terlarang, Yang haram jangan dicuba. Baris pertama dan baris kedua dalam pantun di atas berfungsi sebagai pembayang pantun ini. Baris pertama menceritakan mengenai daun terap iaitu daun pada pokok terap atau juga digelar sebagai pokok tarap iaitu merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah, Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar dan bahagian pantai timur Sabah seperti daerah Semporna. Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Baris kedua pula menekankan tentang anak udang yang mati dituba iaitu diracun. Secara tradisional, teknik menuba ini telah digunakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Ia dilakukan dengan menggunakan sejenis akar daripada tumbuhan yang dikenali sebagai pohon tuba. Akar daripada tumbuhan ini mengandungi sejenis racun yang dikenali sebagai rotenone. Ia amat sesuai untuk digunakan untuk menuba ikan atau udang disebabkan kesannya yang amat perlahan namun aktiviti menuba memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar kerana ia akan menyebabkan kematian anak-anak ikan dan sekaligus mencemarkan sungai serta merosakkan kehidupan persekitaran di kawasan aktiviti tersebut dilakukan.
Daun terap di atas dulang, Anak udang mati dituba, Dalam kitab ada terlarang, Yang haram jangan dicuba. Isi tersirat pantun di atas adalah mengenai larangan agama. Walaupun pengarang tidak menggunakan perkataan al-Quran sebaliknya perkataan kitab namun telah difahami masyarakat Melayu ketika itu kitab hanyalah bermakna al-Quran. Pengarang menekankan kepentingan al-Quran dalam kehidupan manusia iaitu sebagai petunjuk dan panduan umat Islam. Sebagai insan yang percaya akan tuhan, khususnya yang beragama Islam, kita wajib untuk beriman kepada kitab seperti yang terkandung dalam rukun iman yang ketiga. Setiap larangan yang terkandung dalam kitab suci Islam iaitu al-Quran wajib dipatuhi agar mendapat keredaanNya. Perkara yang haram perlulah sentiasa dijauhi kerana ia akan memberi mudarat serta membawa kita ke arah keburukan. Rima akhir baris pertama dipadankan dengan rima akhir baris ketiga iaitu persamaan huruf ' g ' manakala rima akhir baris kedua dipadankan dengan rima akhir baris keempat iaitu persamaan huruf ' a '.
penutup Sebagai menggulung segala yang telah dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa pantun sememangnya satu medium komunikasi yang cukup unik. Setiap rangkap dan bait-bait perkataannya diukur terlebih dahulu sebelum digunakan. Tidak hanya indah dibaca semata-mata namun setiap baris, baik pembayang mahupun isinya terselit 1001 isi dan makna tersirat yang sarat dengan pengajaran dan tauladan apabila dikaji secara mendalam. Uniknya pantun bukan sekadar hiburan semata-mata namun turut menjadi panduan dan pengajaran kepada segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, sebagai generasi masa ini, kita seharusnya menggembleng tenaga dalam memartabatkan pantun sebagai warisan sastera Melayu di mata dunia dan masyarakat khususnya. Warisan yang penuh nilai estetikanya ini pasti dapat dikekalkan jika bangsa Melayu itu sendiri sedaya upaya memahami setiap mesej yang tersirat di dalamnya. Marilah kita bersama-sama mengembangkan dan menyuburkan pusaka lama ini agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan kerana pantun adalah peninggalan pusaka nenek moyang yang diwariskan kepada kita dan pujangga tidak bernama, khazanah yang memperkayakan perbendaharaan sastera kita.
rujukan Mohd FirrdhausMohd Sahabuddin. (2016). Rumah TradisionalMelayu: Antara Seni, Sains & Realiti.Majalah Sains. https://tinyurl.com/55tc5msb Nik NurIzzatul Hazwani Nik Adnan. (2021). Aktiviti Tuba Ikan, Udang Bimbangkan Penduduk Pasir Gajah. UtusanMalaysia. https://rb.gy/fokt4d Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria,Mimi Hamida AbdulMutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman, & Rosmah Derak. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati DiriMelayu Dalam Pantun: Akal Budi and Reflection ofMalay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89-97. Razia Aziz. (2013). Fungsi Pantun Dalam MasyarakatMelayu Tradisional. Scribd. RuziahMustajab. (nd). Assgmnt Pantun. Academia. Shuib Dan. (2005). Konsep Alam PantunMelayu: Analisis Intertekstualiti (Doctoral dissertation, UniversitiMalaya) Sugiarto, E. (2016). Pantun dan Puisi LamaMelayu. Grup Khitah Publishing.
SEKIAN TERIMA KASIH SASTERA MELAYU