1
10.2.2 LAPORAN KOMPREHENSIF PROJEK
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN
❖ Sebagai satu usaha untuk memenuhi aspirasi murid yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, serta memperkembangkan potensi
murid dari aspek intelek yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Kumpulan Inovatif dan Kreatif SK Putrajaya Presint 11(1) telah
mengambil satu inisiatif untuk menginovasikan produk yang dapat membantu
dan memudahkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
Matematik. Usaha murni ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak
pengurusan sekolah dan telah memberikan kelulusan rasmi kepada kumpulan
LAMBDA untuk menghasilkan satu produk yang dinamakan ConV Wheel Kits
bagi mengatasi masalah pembelajaran murid dalam proses menukar unit
melibatkan Pecahan kepada Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang,
Jisim dan Isipadu Cecair dengan lebih jelas dan bermakna.
❖ Surat kelulusan penubuhan dan pelantikan Kumpulan “LAMBDA” adalah seperti
di Lampiran 1.1 dan 1.2.
1.2 KUMPULAN
Nama Kumpulan : LAMBDA
Nama Organisasi : SK Putrajaya Presint 11 (1)
Alamat : Jalan P11 J1 Presint 11, 62300 Putrajaya
No Telefon & Faks : 03-88884220 & 03-88884801
E-mel : [email protected]
Tarikh Kumpulan ditubuhkan : 20 Januari 2015
Bilangan Ahli : 10 orang (Termasuk seorang fasilitator)
Struktur Pengurusan KIK, Logo dan Definisi Kumpulan seperti di Lampiran 1.3 & 1.4.
2
1.3 PROJEK
Nama Projek : ConV Wheel Kits
Keterangan Projek :
❖ ConV Wheel Kits (Conversion Wheel Kits) merupakan satu produk yang dicipta
bagi membantu murid dalam proses menukar unit melibatkan pecahan kepada
Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair.
❖ Apa itu ConV Wheel?
Terdiri daripada 3 lapisan beroda iaitu lapisan atas sekali mengandungi rumus
pertukaran unit asas, lapisan kedua mengandungi sepuluh nilai pecahan
mengikut kod warna iaitu 1, 1, 1, 1, 2, 3,3, 2, 1 dan 1 dan lapisan bawah sekali
2 3 4 5 5 54 3 8 10
mengandungi nilai hasil pertukaran unit yang meliputi tajuk Perpuluhan, Peratus,
Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair.
Kategori Projek : KIK Primer – Inovasi Penambahbaikan
Paparan utama produk ConV Wheel Kits adalah seperti di Lampiran 1.5.
3
2.0 SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN
2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK
❖ Pemilihan idea bagi menghasilkan ConV Wheel Kits adalah bertujuan untuk
memudahkan dan membantu murid memahami proses pertukaran unit
melibatkan pecahan kepada Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang,
Jisim dan Isipadu Cecair dengan lebih jelas, bermakna dan menyeronokkan.
❖ Selain itu, ConV Wheel Kits ini juga dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar
yang dapat memudahkan pengajaran guru matematik dalam topik pertukaran
unit dengan lebih efisien. Ia juga dapat digunakan sebagai salah satu aktiviti
yang dapat merangsang minda serta aktiviti pengukuhan yang lebih mencabar
dan lebih menyeronokkan.
❖ Bagi memenuhi elemen PAK21 (kreativiti dan inovasi dalam konteks untuk
meningkatkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah), maka kumpulan kami
bersetuju untuk mencipta satu bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dikenali sebagai ConV Wheel Kits bagi mengatasi masalah pembelajaran murid
dalam proses menukar unit asas dalam Matematik melibatkan pecahan.
2.2 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN
❖ Produk ConV Wheel Kits ini sangat menepati visi dan misi sekolah iaitu:-
a) Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
b) Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
4
2.3 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN STAKEHOLDER
❖ ConV Wheel Kits yang dihasilkan ini juga selaras dengan Piagam Pelanggan
Sekolah iaitu:-
“Memberi pendidikan yang berkualiti dan adil sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan”
❖ Pemilihan penghasilan ConV Wheel Kits juga secara tidak langsung dapat
memenuhi hasrat yang terkandung dalam Kurikulum Kebangsaan.
❖ Piagam Pelanggan Sekolah dan isi kandungan Kurikulum Kebangsaan seperti di
Lampiran 2.1.
2.4 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL
❖ Di peringkat nasional, penghasilan ConV Wheel Kits ini menyokong Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang telah menetapkan setiap
murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi
menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat
peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah
Rujuk Lampiran 2.2.
❖ Manakala, di peringkat negeri pula penciptaan ConV Wheel Kits ini bertepatan
dengan visi dan misi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
5
2.5 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA
❖ Memahami keadaan semasa yang dilanda pandemik Covid-19 serta sebagai
menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan
sistem pembelajaran di rumah (PdPR), maka satu pendekatan yang lebih sesuai
diambil agar produk yang dihasilkan dapat digunapakai oleh murid-murid di
rumah iaitu dengan membuat penambahbaikan terhadap produk ConV Wheel
Kits iaitu DIY (Do It Yourself) ConV Wheel dengan mengurangkan kos
perbelanjaan (dasar berjimat-cermat).
❖ Oleh itu, aktiviti permainan / pengukuhan yang menggunakan produk secara
manual telah ditambahbaik dengan menyediakan permainan interaktif secara
atas talian (online).
2.6 ANALISIS PENYELESAIAN DAN UJI CUBA
❖ Kumpulan telah mengambil maklum perbincangan dengan pihak pengurusan
serta mengambil kira perolehan data melalui soal selidik untuk mencari alternatif
serta peluang penambahbaikan bagi mengatasi masalah pembelajaran murid
dalam proses menukar unit melibatkan pecahan kepada Perpuluhan, Peratus,
Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair.
❖ Tindakan Uji Cuba 1, 2 dan 3 telah dilaksanakan untuk memastikan produk yang
dihasilkan dapat mencapai sasaran.
❖ Ralat yang dikenalpasti terhadap produk semasa proses uji cuba juga telah
dibuat penambahbaikan (tindakan pembetulan)
❖ Statistik pengumpulan data dan maklumat soal selidik seperti di Lampiran 2.3
dan 2.4.
6
2.6.1 Uji Cuba 1 dan Tindakan Pembetulan:
❖ Tindakan Uji Cuba 1 telah dilaksanakan kepada murid-murid di dalam kelas 6
Topaz untuk membuktikan keberkesanan penciptaan produk ConV Wheel Kits.
❖ Setelah tindakan Uji Cuba 1 dijalankan, ralat telah dikenalpasti dan tindakan
pembetulan bagi penambahbaikan ConV Wheel Kits telah dibuat.
Ralat Tindakan Pembetulan
Menambah bilangan soalan penukaran
Murid yang mempunyai tahap unit asas yang mudah.
pencapaian yang lemah tidak dapat
melaksanakan aktiviti disebabkan
aras soalan yang tinggi.
Kesilapan hasil jawapan pada lapisan Membuat pembetulan pada hasil
roda ketiga. jawapan yang salah.
2.6.2 Uji Cuba 2 dan Tindakan Pembetulan:-
❖ Setelah penambahbaikan dibuat ke atas produk selepas proses Uji Cuba 1
dijalankan, tindakan Uji Cuba 2 dilakukan.
❖ Sekali lagi, ralat telah dikenalpasti dan tindakan pembetulan bagi
penambahbaikan ConV Wheel Kits telah dibuat.
Ralat Tindakan Pembetulan
Murid tidak dapat mengakses dan Menyediakan DIY ConV Wheel dan
menjalankan aktiviti pengukuhan/ permainan interaktif yang mesra
permainan yang disediakan disebabkan pengguna secara atas talian
kekangan proses pembelajaran di rumah (online)
(PdPR)
7
2.6.3 Uji Cuba 3
❖ Tindakan pembetulan telah dibuat terhadap produk inovasi agar dapat menepati
dan menyokong pembelajaran di rumah (PdPR).
❖ Oleh itu, Uji Cuba 3 iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
menggunakan ConV Wheel Kits telah dijalankan. Seterusnya, penyeragaman
dan perkongsian telah dilakukan untuk mendapatkan maklum balas
keberkesanan produk.
2.7 PERNYATAAN SASARAN OUTCOME DAN IMPAK
❖ Penyataan sasaran outcome:-
Objektif inovasi ini ialah untuk meningkatkan kemahiran pertukaran unit
melibatkan pecahan kepada Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang,
Jisim dan Isipadu Cecair melalui penggunaan ConV Wheel Kits dalam kalangan
murid-murid Tahap 2 terutamanya murid-murid yang masih belum menguasai
kemahiran pertukaran unit asas dengan baik di Sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 11(1).
Objektif Khusus:-
a) Memastikan 100% murid Tahap 2 dapat menguasai kemahiran pertukaran
unit melibatkan pecahan dengan baik melalui ConV Wheel Kits.
b) Meningkatkan sekurang-kurangnya 65% pencapaian Tahap Penguasaan
(TP) 4 Matematik bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan murid-
murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6).
c) Meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap mata pelajaran Matematik.
d) Mengurangkan bilangan murid yang kurang menguasai kemahiran
melibatkan pertukaran unit bagi Tahap 2.
8
❖ Penyataan sasaran impak:-
Penciptaan ConV Wheel Kits ini mensasarkan impak seperti berikut:-
a) Memudahkan murid untuk memahami proses menukar unit melibatkan
pecahan kepada Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan
Isipadu Cecair dengan lebih jelas dan bermakna.
b) Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam konsep asas dan
kemahiran Matematik.
c) Membantu dan memudahkan PdP guru dalam topik pertukaran unit
melibatkan pecahan.
d) Penjimatan sebanyak 40% bagi masa murid menjawab serta 40% masa guru
mengajar.
e) Mempelbagaikan sumber pengajaran dan aktiviti dalam PdP.
f) Penjimatan kos bahan sebanyak 70%.
g) Meningkatkan sekurang-kurangnya 65% pencapaian Tahap Penguasaan
(TP) 4 Matematik bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan murid-
murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6).
9
3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
3.1 CADANGAN PENYELESAIAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN
❖ Kumpulan telah menggunakan kaedah Rajah Pokok untuk mengenalpasti
cadangan penyelesaian yang mungkin bagi mengatasi masalah murid yang
masih belum menguasai kemahiran pertukaran unit melibatkan pecahan
terutamanya dalam tajuk Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang, Jisim
dan Isipadu Cecair.
❖ Gambarajah cadangan penyelesaian dapat dirujuk seperti di bawah:-
MASALAH PUNCA CADANGAN PRAKTIKAL
PENYELESAIAN
Murid tidak Murid kurang Menghasilkan alat Ya
menguasai memahami kemahiran bantu mengajar Tidak
asas pertukaran unit
proses melibatkan pecahan. untuk unit pecahan Ya
penukaran unit Ya
Murid kurang mahir Murid menghafal
melibatkan dalam sifir. dan menguasai sifir
pecahan kepada secara konvensional
Murid kurang mahir
Perpuluhan, dalam hubungan dan Menghasilkan jadual
Peratus, Masa, pertukaran unit
perkaitan yang
dan Waktu, melibatkan Menghasilkan bahan
Panjang, Jisim pembelajaran yang
pertukaran unit. dapat menarik minat
dan Isipadu
Cecair Murid tidak minat murid.
belajar dengan
kaedah yang lama.
10
❖ Daripada cadangan penyelesaian tersebut, maka kumpulan dapat merumuskan
isu/masalah bagi tindakan penyelesaian yang dipilih seperti gambarajah di
bawah:-
M
Murid kurang memahami A Murid kurang mahir dalam
kemahiran asas pertukaran unit hubungan dan perkaitan yang
melibatkan pecahan.
S melibatkan pertukaran unit.
Murid tidak minat belajar
dengan kaedah yang lama. A
L
A
Murid kurang mahir dalam sifir.
H
Cadangan Penyelesaian
Penghasilan dan penciptaan ConV Wheel Kits
dapat mencapai sasaran seperti berikut:
1. Peningkatan kemahiran murid dalam
kemahiran menukar unit melibatkan pecahan.
2. Penjimatan masa.
3. Pembelajaran yang menyeronokkan.
4. Kepuasan hati guru dan murid apabila murid
dapat menyelesaikan soalan operasi asas
melibatkan pecahan bagi tajuk Masa dan Waktu,
Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair.
11
3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN
❖ Pelan tindakan penyelesaian dapat dirumuskan melalui 5W 1H seperti berikut:-
WHAT WHY WHEN
Membina satu “kit” yang Bagi memudahkan murid Sewaktu
mempelajari kemahiran melaksanakan PdP
mengandungi bahan- menukar unit melibatkan Matematik di dalam
pecahan dengan cara kelas atau secara
bahan yang boleh yang mudah dan online.
menyeronokkan.
membantu murid-murid
ConV Wheel Kits
menguasai kemahiran
menukar unit melibatkan
pecahan dengan baik.
WHO WHERE HOW
Guru-guru dan murid- SK Putrajaya Presint 11(1) Merekacipta dan
murid SK Putrajaya Presint membina ConV Wheel
11(1) Kits (Conversion Wheel
Kits)
3.3 PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN
❖ Berikut rajah yang menunjukkan proses pelaksanaan tindakan penyelesaian ke
arah mencapai sasaran penghasilan ConV Wheel Kits.
12
3.3.1 Proses Pembinaan Inovasi dan tindakan penyelesaian:-
13
3.3.2 Kaedah Pelaksanaan:-
Bil Kaedah Pelaksanaan
1 Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
2 Guru dan murid dibekalkan dengan satu set ConV Wheel Kits.
3 Aktiviti utama penggunaan ConV Wheel adalah dengan menggalakkan murid
memahami dahulu hubungan atau perkaitan antara setiap unit bagi tajuk Masa dan
Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair sebelum melaksanakan kemahiran
menukar unit melibatkan pecahan bagi kesemua tajuk tersebut.
4 Murid mengenal pasti nilai pecahan mengikut kod warna yang telah disediakan.
Contohnya: 1 berwarna biru, 3 berwarna kelabu dan lain-lain lagi.
25
5 Murid mengenalpasti nilai pecahan yang hendak ditukarkan kepada unit yang
telah ditetapkan.
Contoh 1: Tukarkan 3 kepada perpuluhan. Murid memutarkan nilai pecahan
4
tersebut untuk mencari jawapannya dalam perpuluhan menggunakan kod warna
iaitu hijau dan cari nilai jawapan dalam perpuluhan iaitu bersamaan dengan 0.75.
Contoh 2: Tukarkan 1 jam kepada minit. Putarkan nilai pecahan tersebut untuk
3
mencari kod warna yang sama dan carikan nilai jawapannya dalam unit minit iaitu
bersamaan dengan 20 minit.
6 Pentaksiran boleh dibuat melalui beberapa kad soalan yang disediakan dan murid
cuba menjawab soalan tersebut menggunakan ConV Wheel. Murid boleh
menyemak jawapan bersama rakan atau guru mengikut penggunaan bahan.
14
7 Selain itu, papan permainan yang mirip dengan cara permainan dam ular juga
ada disediakan bagi proses menukar pecahan kepada unit-unit asas yang
ditetapkan di atas papan tersebut sebagai langkah pengukuhan. Bezanya,
penanda yang digunakan mempunyai nilai pecahan sama seperti nilai pecahan
pada ConV Wheel. Contohnya: Jika penanda terletak di atas kotak yang
mempunyai soalan “Tukarkan kepada bulan”, murid akan menggunakan nilai
pecahan pada penandanya dan putarkan ConV Wheel untuk mencari jawapan
bagi soalan tersebut. (Contoh: 1 tahun tukar kepada bulan bersamaan dengan 6
2
bulan).
8 Aktiviti permainan ini boleh dijalankan mengikut kreativiti guru.
9 Aktiviti-aktiviti bercirikan abad ke-21 juga boleh diterapkan dalam setiap kali
penggunaan ConV Wheel Kits seperti Round Table, Think-Pair and Share,
Gallery Walk dan lain-lain lagi mengikut kreativiti guru.
10 Pentaksiran dan penilaian boleh dilaksanakan melalui lisan atau bertulis
mengikut kesesuaian PdPc guru.
11 Sebagai bonus, bagi menggalakkan proses pembelajaran di rumah semasa
musim pandemik Covid-19 ini, ConV Wheel juga disediakan secara DIY atau
murid boleh bina sendiri melalui proses mengimbas dan mencetak bahan
tersebut daripada barcode yang diberikan. Murid boleh mencantumkan roda
tersebut mengikut contoh yang ditunjukkan. Rujuk Lampiran 3.1
12 Selain itu, terdapat tiga aplikasi permainan secara digital dibangunkan untuk
proses pentaksiran kendiri murid dengan mengimbas barcode setiap permainan
atau melayari pautan yang diberikan di bahagian Lampiran 3.2.
13 ConV Wheel DIY ini juga boleh digunakan ketika murid menjawab soalan sambil
bermain aplikasi permainan tersebut.
15
❖ Metodologi pembangunan ConV Wheel Kits
Surat
Pekeliling
Ikhtisas
Bil.6/2003
Pelanggan/
Responden
16
❖ Perakuan daripada pihak bertauliah.
17
4.0 KEBERHASILAN PROJEK (OUTCOME PROJEK/IMPAK PROJEK)
4.1 IMPAK PROJEK/ KESAN JANGKA PENDEK
❖ Penciptaan ConV Wheel Kits ini dapat memberi impak kepada beberapa pihak
seperti berikut:-
(i) Murid
• Membantu pembelajaran murid dalam proses menukar unit melibatkan
pecahan kepada Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan
Isipadu Cecair dengan lebih jelas.
• Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam kemahiran
pertukaran unit melibatkan pecahan.
• Membantu mengembangkan kemahiran dalam pembelajaran konsep
matematik secara visual dan konkrit kerana murid-murid menggunakan
pelbagai deria seperti menyentuh, melihat, memutarkan kad beroda,
berkomunikasi dan menaakul.
• Menarik minat murid dalam pembelajaran matematik melalui aktiviti berunsur
permainan (bahan maujud: sesi bersemuka) dan permainan interaktif (online).
• Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBAT) melalui
kepelbagaian aras soalan daripada bahan ConV Wheel Kits.
(ii) Guru
• Membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan memenuhi
kriteria pembelajaran abad ke-21.
• Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran Matematik melalui kaedah
hands-on.
• Menjimatkan masa guru untuk meneroka atau mencari bahan lain.
• Dapat digunakan sebagai sumber pengajaran untuk aktiviti pengukuhan dan
penilaian kemahiran pertkaran unit melibatkan pecahan.
18
(iii) Sekolah
• Meningkatkan 65% pencapaian murid dalam penguasaan Matematik (PBD)
bagi kemahiran pertukaran unit melibatkan pecahan kepada Perpuluhan,
Peratus, Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair.
4.1.1 Nilai Tambah
❖ Penggunaan ConV Wheel Kits ini juga dapat memberi nilai tambah kepada
murid, guru dan juga bahan.
a) Murid:
➢ Murid dapat mengembangkan kemahiran pembelajaran dalam konsep
matematik secara visual dan konkrit kerana murid-murid menggunakan
pelbagai deria seperti membina sendiri, melihat, memutarkan kad
beroda, berkomunikasi dan menaakul.
➢ Meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan teknologi ICT
terutamanya dalam pembinaan aplikasi permainan.
➢ Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis melalui
kepelbagaian aras soalan.
b) Guru:
➢ Penggunaan ConV Wheel Kits juga dapat memudahkan guru
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kemahiran
pertukaran unit melibatkan pecahan bagi tajuk Perpuluhan, Peratus,
Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair.
➢ Menjimatkan masa kerana bahan dapat digunakan sebagai sumber
pengajaran dan juga aktiviti pengukuhan dan penilaian.
➢ Melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan sumber
pengajaran serta menyelesaikan masalah pembelajaran murid dalam
sesuatu topik.
➢ Meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi terkini.
➢ Membantu guru-guru lain yang mengalami masalah sama melalui
perkongsian dan perluasan inovasi.
19
c) Bahan
➢ Bagi memenuhi elemen PAK21 dan meningkatkan kreativiti murid, maka
penambahbaikan telah dibuat terhadap produk daripada bentuk manual
(bahan hands on) kepada permainan interaktif online.
➢ Kualiti bahan juga telah ditambahbaik daripada kertas A4 kepada Art
Card dan Gloss Lamination berwarna.
➢ Idea bahan ConV Wheel dapat di pelbagaikan penggunaannya dalam
mata pelajaran lain (elemen merentas kurikulum)
4.1.2 Pembuktian Melalui Data
❖ Bagi membuktikan keberkesanan penggunaan ConV Wheel Kits untuk
mengatasi masalah murid dalam pertukaran unit melibatkan pecahan kepada
Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair, maka
Ujian Pra dan Ujian Pos telah dijalankan.
❖ Soal selidik keberkesanan produk serta borang maklum balas penggunaan juga
telah diedarkan untuk mengetahui kekuatan serta kelemahan pada ConV Wheel
Kits (sekiranya ada) untuk sebarang penambahbaikan.
❖ Impak jangka pendek yang membuktikan keberkesanan produk ConV Wheel Kits
dapat dibuktikan melalui data seperti berikut:-
a) Data Uji Cuba 1, Uji Cuba 2 dan Uji Cuba 3.
b) Data penyeragaman Tahun 4, 5 dan 6.
c) Maklumat soal selidik daripada Uji Cuba 1 dan 2.
d) Data analisis Tahap Penguasaan Murid Tahun 4, 5 dan 6.
e) Maklum balas selepas penggunaan ConV Wheel Kits melalui perkongsian
dengan sekolah di luar Putrajaya.
f) Graf penjimatan kos bahan dan penjimatan masa guru dan murid.
❖ Data - data yang dinyatakan di atas boleh dirujuk di Lampiran 2.3 dan 2.4.
20
4.2 IMPAK PROJEK (LUAR JANGKA) / KESAN JANGKA PANJANG
❖ Penggunaan ConV Wheel Kits bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam penguasaan Matematik, malahan secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran digital melalui aplikasi permainan yang digunakan.
Impak positif penghasilan ConV Wheel Kits ini dapat dilihat melalui pencapaian
dalam beberapa aktiviti / pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan
mahupun antarabangsa seperti berikut:-
Pertandingan Peringkat Pencapaian
International Digital Antarabangsa ● Anugerah Emas
Innovation and Invention ● Anugerah Khas: The Most
Challenge 2021 (IDIIC
2021) Feasible Solution
● Top 7 Finalist Dalam
Pertandingan Akhir
● Silver Award (Star Innovators)
● Bronze Award
❖ Peningkatan tahap penguasaan murid dalam Matematik serta kemahiran
penggunaan teknologi digital ini secara tidak langsung dapat melahirkan
generasi muda yang celik IT dan dapat memanfaatkan ICT seterusnya
memenuhi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025: Anjakan 1
iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
❖ Rujuk Lampiran 4.1: Pembuktian pencapaian impak luar jangka.
21
5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
5.1 TAHAP KETERSEDIAAN TEKNOLOGI / SISTEM ATAU PROSES
❖ Sebagai langkah persediaan perluasan penggunaan ConV Wheel Kits, ahli
kumpulan telah mencadangkan jumlah kos dan bilangan ConV Wheel Kits yang
akan dihasilkan kepada pihak sekolah.
❖ ConV Wheel Kits juga dilengkapi dengan manual penggunaan sebagai panduan
kepada murid dan guru.(Rujuk Lampiran 5.1)
❖ Bersesuaian dengan keadaan semasa murid yang mengikuti PdPR, maka ConV
Wheel Kits ini juga dilengkapi dengan barcode DIY ConV Wheel yang
membolehkan murid untuk menghasilkan ConV Wheel sendiri beserta tambahan
permainan interaktif (secara ‘online’) yang boleh dilayari melalui kad barcode
yang dibekalkan.
Link permainan atas talian :
(i) https://wordwall.net/resource/18348485
(ii) https://wordwall.net/play/18330/896/875
(iii) https://wordwall.net/play/18331/748/502
❖ Selain itu, penggunaan bahan ini juga dapat memenuhi elemen abad ke-21 dan
meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti yang mencabar
dan menyeronokkan. Justeru itu, ibu bapa digalakkan memperoleh set ConV
Wheel Kits ini supaya dapat dijadikan sebagai satu permainan keluarga di rumah
di samping dapat mengisi masa lapang dan mengeratkan ukhuwah antara anak-
anak dan ibu bapa.
22
5.1.1 Kos dalam membangunkan inovasi:
Bil Perkara Harga Catatan/Kuantiti
1 Kad Roda RM5.00 Mengikut harga kedai biasa
2 Kad Soalan RM5.00
3 Dadu RM2.00 30 keping
4 Cip Penanda RM2.00 2 unit
5 Kotak plastik RM2.00 5 unit
6 Ziplock RM1.00 1 unit
7 Kotak RM2.00 5 unit
8 Papan permainan RM4.00 1 unit
9 Kad barcode RM1.00 1 unit
10 Sticker logo RM1.00 1 unit
RM25.00 1 unit
JUMLAH
❖ Set yang dilengkapi dengan roda pertukaran unit, satu papan permainan beserta
buah dadu dan penanda, satu set kad soalan serta kad barcode permainan
interaktif secara online dan DIY ConV Wheel ini sangat komprehensif, murah dan
berbaloi untuk dimiliki.
❖ Produk yang dihasilkan 3 dalam 1 ini bukan sahaja lengkap, malahan harganya
jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga produk lain di pasaran yang
perlu dibeli secara berasingan.
23
Perbandingan kos harga ConV Wheel Kits dengan harga produk di pasaran
RM25.00
CONTOH CONTOH
PRODUK A
RM140.00 PRODUK B
RM173.00
CONTOH
CONTOH
PRODUK C
RM175.00 PRODUK D
RM126.00
24
5.2 PENYERAGAMAN
❖ Bahan projek ConV Wheel Kits telah dibuat penyeragaman di peringkat dalaman
dan luaran di sekolah-sekolah Putrajaya melalui media sosial seperti Youtube
(https://youtu.be/Y4xtlg)-UK0), Telegram atau WhatsApp.
❖ Hasil daripada maklumbalas penyeragaman ini menunjukkan impak positif yang
baik kerana ConV Wheel Kits adalah mesra pengguna, mudah diperolehi dan
mudah dibawa ke mana-mana sahaja oleh semua guru Matematik di seluruh
Malaysia.
25
5.3 PEMANTAUAN
❖ Pemantauan oleh pihak pentadbir bagi penggunaan ConV Wheel Kits semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka serta PdPR telah dilaksanakan.
❖ Rancangan Pengajaran Harian guru yang dipantau boleh dirujuk di dalam
Lampiran 5.2.
26
6.0 PENGIKTIRAFAN
SURAT PENGHARGAAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH
27
PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN DARIPADA PIHAK LUAR
1) Penyertaan Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021 Kementerian Pendidikan
Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Peringkat Kebangsaan.
(masih dalam proses penjurian)
2) Sijil Penyertaan dalam pertandingan Peringkat Antarabangsa, Darulaman
International Innovational, Competition and Exhibition 2021 (DIICE’21)
28
7.0 PENUTUP
❖ Kumpulan LAMBDA berharap, projek inovasi ConV Wheel Kits ini dapat
membantu meningkatkan penguasaan murid dalam proses menukar unit
melibatkan pecahan kepada Perpuluhan, Peratus, Masa dan Waktu, Panjang,
Jisim dan Isipadu Cecair serta membantu meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru secara amnya. ConV Wheel Kits ini bukan sahaja berfungsi
sebagai bahan / sumber pengajaran untuk melaksanakan aktiviti pengukuhan,
malahan secara tidak langsung dapat menjimatkan masa guru dan murid dalam
proses PdPc dan PdPR terutamanya dalam kemahiran penukaran unit yang
melibatkan Pecahan serta meningkatkan minat dan keseronokan untuk belajar.
Diharap juga produk ini dapat disebarluaskan penggunaannya dan
dikomersialkan di pasaran luar kerana produk yang dihasilkan ini terbukti
memberi manfaat dan impak yang besar dalam jangka masa yang panjang
kepada murid, guru bahkan sekolah dalam usaha mengembangkan potensi
murid dari aspek intelek.
29
SK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)
LAMBDA
LAMPIRAN
CONV WHEEL KITS
30
LAMPIRAN A
31
32
33
LAMPIRAN 1.1
SURAT KELULUSAN PENUBUHAN KUMPULAN
34
SURAT KELULUSAN MENJALANKAN PROJEK
35
LAMPIRAN 1.2
SURAT KELULUSAN PELANTIKAN AHLI KUMPULAN
36
LAMPIRAN 1.3
STRUKTUR PENGURUSAN KIK (SEKOLAH / LAMBDA)
37
GAMBAR AHLI KUMPULAN KIK (LAMBDA)
38
LAMPIRAN 1.4
DEFINISI KUMPULAN
LOGO KUMPULAN
39
MOTO KUMPULAN
40
LAMPIRAN 1.5
PAPARAN UTAMA PRODUK ConV Wheel Kit
41
LAMPIRAN 2.1
KURIKULUM KEBANGSAAN
……… suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.
PIAGAM PELANGGAN
❖ Memastikan waris murid mendapat maklumat yang secukupnya berhubung
dengan prestasi kurikulum, kokurikulum, sosial dan disiplin.
❖ Mewujudkan iklim dan senario persekitaran yang bersih, indah dan
memberangsangkan ke arah pendidikan yang berkualiti.
❖ Memastikan semua murid celik 3M
❖ Memastikan sifar masalah disiplin
❖ Berpegang teguh kepada agama
42
LAMPIRAN 2.2
BUKTI USAHASAMA
PERKONGSIAN PdPR ConV Wheel Kits bersama SK Lembah Keramat, Kuala
Lumpur
PERKONGSIAN PdPR ConV Wheel Kits bersama SK (2) Petaling Jaya
43
Penyebarluasan melalui program DidikTV KPM
Tarikh Rakaman: 8 Julai 2021
Tarikh Siaran: 16 Julai 2021
Penyampai: Cikgu Rahayu binti Ab Rahman (SK Putrajaya Presint 11(1))
Tajuk/SP: Masa dan Waktu/ Menyelesaikan operasi tambah masa melibatkan
pecahan dan perpuluhan.
44
LAMPIRAN 2.3
STATISTIK PENGUMPULAN DATA
UJI CUBA 1
Bilangan Murid Sedia Bilangan Murid Peningkatan Bilangan
Menguasai Menguasai Murid Menguasai
5/40 orang 11/40 orang 6 orang (15%)
45
UJI CUBA 2
Bilangan Murid Bilangan Murid Peningkatan Bilangan
Menguasai Uji Cuba 1 Menguasai Uji Cuba 2 Murid Menguasai
11/40 orang 23/40 orang 12 orang (30%)
46
UJI CUBA 3
Bilangan Murid Bilangan Murid Peningkatan Bilangan
Menguasai Uji Cuba 2 Menguasai Uji Cuba 3 Murid Menguasai
23/40 orang 34/40 orang 11 orang (27.5%)
47
LAMPIRAN 2.4
STATISTIK PENYERAGAMAN MURID TAHUN 4, 5 DAN 6
48
MAKLUMAT SOAL SELIDIK
UJI CUBA 1
Keberkesanan Penggunaan Bilangan murid Bilangan murid
ConV Wheel Kits (YA) (TIDAK)
Adakah aras soalan terlalu tinggi? 28 12
Adakah soalan mudah dijawab 14 26
menggunakan ConV Wheel Kits?
18 22
Adakah ConV Wheel Kits mudah
digunakan? 14 26
Adakah lapisan roda ConV Wheel 23 17
Kits mengelirukan?
Adakah papan permainan mudah
dimainkan?
49
UJI CUBA 2
Keberkesanan Penggunaan Bilangan Bilangan murid
ConV Wheel Kits murid (YA) (TIDAK)
35
Adakah lapisan roda ConV Wheel 5
Kits mengelirukan? 10
30 9
Adakah rujukan mudah dilakukan? 31
6
Setuju permainan interaktif digital 34 12
diwujudkan? 28
Setuju permainan atas talian?
Adakah ConV Wheel Kits
membantu dalam penukaran nilai
pecahan?
50