The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asrifahsisc, 2022-06-22 02:47:48

Buku Program Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Penyu 2022

Buku Program Hari Guru 2022

1

____________________________UCAPAN PERASMI

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera. Alhamdulillahi Rabbilalamin,
marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita semua diberikan
kesempatan menjalin silaturahim dan menyulam
ukhuwah di Daerah Kuala Penyu ini bagi bersama-
sama meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah bagi tahun 2022.

Hadirin yang dihormati,
Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun
adalah untuk memberikan penghargaan kepada semua guru atas peranan
mereka yang telah dilaksanakan demi mendidik anak bangsa. Pengiktirafan ini,
menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap
komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan
potensi masa depan murid. Banyak kenangan suka duka dihadapi guru demi
memberikan didikan yang diperlukan murid. Maka dengan itu wajarlah kita
memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan
penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Hadirin yang dihormati,
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA” begitulah tema sambutan hari guru tahun ini,
yang merupakan cabaran dan tanggungjawab yang digalas oleh semua guru
pada hari ini dan di masa-masa mendatang. Mengekalkan kesejahteraan di
sekolah, yang bagai rumah nombor dua bagi murid bukanlah perkara mudah.
Konsep sekolah sejahtera ini bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang
selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah
mencapai kesejahteraan masyarakat. Ini juga akan membolehkan para murid
meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu dan sentiasa
berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.

Saya percaya, semua anggota masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah
dapat menjadi tempat yang selamat dan sejahtera bagi anak-anak. Oleh yang
demikian, konsep sekolah sejahtera yang telah diperkenalkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan melalui penerapan 14 nilai sekolah sejahtera iaitu
selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti,
terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi perlu diamalkan dan diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, kecekapan dan keberkesanan tugas guru juga dituntut menerusi
aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat
hormat-menghormati, dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini menuntut kerjasama dan komitmen guru untuk
menerapkan elemen perpaduan. Ini membuktikan bahawa sekolah adalah
tapak semaian yang terbaik untuk menyuburkan keharmonian dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Selain 14 nilai itu, guru-guru perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan
cabaran pembelajaran di abad ke-21. Jangan gentar dengan teknologi,
sebaliknya jadikan ia sebagai satu kelebihan yang dapat membantu kita merajui
pembelajaran yang lebih baik. Kita sebagai guru tidak patut ketinggalan
dengan arus permodenan, sedangkan anak-anak didik kita terus mendahului.

2

Teruslah mencari ilmu, sokong pelaksanaan dan terus budayakan Professional
Learning Community (PLC) di peringkat sekolah masing-masing bagi mendapat
manfaat berterusan melaluinya.

Hadirin yang dihormati,
Tanpa guru siapalah kita. Walau bagaimanapun, tidak harus dilupakan
sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak kementerian, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, semua jabatan kerajaan dan
pihak NGO yang sama-sama menyokong dalam pelaksanaan pendidikan yang
lebih baik. Di peringkat PPD tidak harus kita lupakan semua pegawai, pentadbir
sekolah dan semua anggota kumpulan pelaksana di semua peringkat atas
sumbangan tidak berbelah bahagi.

Tidak lupa juga, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima
Anugerah Hari Guru 2022. Anugerah yang diberikan ini hanya sedikit jika
dibandingkan dengan sumbangan dan jasa bakti tuan-tuan dan puan-puan
sepanjang menjalankan amanah dalam bidang pendidikan terutamanya di
daerah Kuala Penyu yang tercinta. Terima Kasih. Teruskan kecemerlangan
sehingga akhir perkhidmatan. Pikullah amanah ini dengan jujur, ikhlas dan
berintegriti.

Selamat berjuang para guru dan semua warga pendidikan, pengorbanan anda
semua amatlah kami hargai dan hanya Tuhan sahaja yang akan dapat
membalasnya.

Hadirin yang dihormati,
Kita telah berjaya mengharungi pandemik Covid-19 demi kemenjadian anak
bangsa. Semoga di tahun mendatang ini kita diberikan kemudahan dan
kejayaan berlipat ganda atas usaha murni kita. Dikesempatan ini juga, saya ingin
menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah atas pencapaian
cemerlang PPD Kuala Penyu atas pencapaian SPM yang sangat
membanggakan pada tahun 2021. Pencapaian ini adalah hasil usaha guru-guru
dan semua warga pendidik yang telah bekerja keras walaupun saat-saat kita
menghadapai situasi sukar.

Akhir sekali, tahniah dan Syabas juga kepada yang berusaha Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Penyu En Suntik bin Tuin, semua ahli jawatankuasa
pelaksana serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis
Hari Guru dan Anugerah kecemerlangan pada hari ini. Marilah kita sama-sama
memohon kepada Tuhan agar segala cita-cita dan usaha kita dalam
meningkatkan kualiti pendidikan dan membina negara bangsa yang sejahtera
dan harmoni diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.

Seterusnya, dengan lafaz bismillah saya merasmikan Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Kuala Penyu bagi tahun 2022.

Sekian terima kasih.

Yang Berhormat
Datuk Mohamad Bin Hj. Alamin
Timbalan Menteri Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia

3

__________________________UCAPAN PENGARAH

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Sepakat
Sabah Hebat. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut
Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak
terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru
sekalian, khususnya di daerah Kuala Penyu.

Hadirin yang dihormati,

Terlebih dahulu syabas dan tahniah kepada yang
berusaha Pegawai Pendidikan Daerah En Suntik bin
Tuin dan semua AJK Pelaksana yang telah bertungkus-
lumus menjayakan sambutan Hari Guru 2022. Terima
kasih juga kepada semua jabatan, NGO atau orang perseorangan yang
memberikan sumbangan bagi menghargai warga pendidik kita pada hari ini.
Selamat Hari Guru kepada semua guru walau di mana berada, sama ada sudah
berpencen atau yang masih berkhidmat. Sempena Sambutan Hari Guru pada
tahun ini, sama-samalah kita mengenang jasa bakti, penat lelah dan pengorbanan
besar guru, tidak kira dari segi tenaga atau wang ringgit di semua peringkat yang
dilakukan tanpa mengenal penat dan lelah. Terima Kasih, Cikgu!

Hadirin yang dihormati,

‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ tema hari guru bagi tahun 2022 membawa
pengertian yang sangat bermakna buat kita kerana guru bukan sahaja berperanan
sebagai penyampai ilmu malahan juga berperanan sebagai pembentuk sahsiah
murid serta memastikan kemenjadian murid yang berdaya saing melalui penerapan
14 nilai Sekolah Sejahtera melalui Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di
sekolah. Seperti yang tuan-tuan sedia maklum, Konsep Sekolah SEJAHTERA adalah
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama terutamanya
guru dari peringkat Prasekolah hinggalah Pra Universiti untuk sama-sama menghayati
dan memastikan pembudayaannya di peringkat sekolah. Selain itu, untuk
memastikan Sekolah SEJAHTERA menjadi realiti, pelaksanaan secara menyeluruh di
dalam dan di luar sekolah melibatkan aktiviti berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan
kokurikulum sangat diperlukan. Usaha ini juga memerlukan penglibatan kolaboratif
antara pihak sekolah dengan keluarga serta sokongan komuniti. Pendek kata,
kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi menjayakan perkara ini.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memastikan semua guru berada dalam siap sedia menghadapi cabaran
mensejahterakan sekolah, banyak perubahan mungkin terpaksa dilakukan bagi
mengukuhkan kepakaran atau kemahiran dalam bidang Pendidikan, terutamanya
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu sentiasa
memperkasakan ilmu masing-masing dengan melengkapkan diri dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang
hayat. Pastikan semua guru sentiasa menambahkan pengetahuan berkaitan
Pentaksiran, STEM, pembelajaran digital, dan pendekatan-pendekatan yang sesuai

4

dengan pembelajaran murid agar tidak hanya bergantung kepada satu
pendekatan untuk pelbagai kebolehan murid.

Hadirin Yang dihormati,

Dikesempatan ini, ingin saya merakamkan beribu penghargaan dan tahniah kepada
semua guru yang telah berkerja keras bagi memastikan kejayaan anak-anak murid
khususnya di daerah Kuala Penyu. Terima kasih atas pengorbanan dan jasa bakti
tuan-tuan dan puan-puan yang telah dicurahkan sehingga ke hari ini. Saya pasti,
hasil penat lelah itu dapat kita sama-sama rasai dengan peningkatan pencapaian
SPM daerah Kuala Penyu yang sangat membanggakan dengan pencapaian
tertinggi bagi GPD peringkat negeri pada tahun 2021, walaupun kita dicabar
dengan pandemik Covid-19. Semoga di tahun mendatang semua sekolah akan
dapat meningkatkan lagi pencapaian ke arah yang lebih cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian guru dan murid di daerah
Kuala Penyu dalam pelbagai program inovasi dan pertandingan melibatkan
kokurikulum dan kurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Tahniah PPD Kuala Penyu kerana telah mengharumkan nama negeri
Sabah. Semangat dan kesungguhan guru-guru serta murid-murid untuk berjaya harus
dikekalkan dan dijadikan tauladan serta panduan agar lebih ramai lagi guru
melibatkan diri dalam program-program dan pertandingan sebegini. Ia juga perlu
bagi menggalakan murid-murid turut serta ke peringkat yang lebih tinggi dan
mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain di seluruh negeri dan negara.

Hadirin yang dihormati,

Atas kejayaan dan kecemerlangan warga pendidikan daerah Kuala Penyu saya
ingin mengucapkan Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah hari
guru bagi tahun 2022. Setiap seorang daripada anda telah menyumbang untuk
penigkatan dan kejayaan di PPD Kuala Penyu. Teruslah melakar kecemerlangan
hingga tamat perkhidmatan dengan penuh semangat dan integriti yang tinggi.

Akhir sekali,

Buat para guru jadilah guru yang berkualiti dan mampu memastikan kesejahteraan
sekolah. Sesungguhnya kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan
bimbingan guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Marilah
kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
menabur bakti mendidik generasi demi generasi. Jikalau kita akan bersara esok,
jadikanlah hari ini tetap seperti kita akan berkhidmat bertahun-tahun lagi, agar ia
sentiasa jadi kenangan manis buat yang akan ditinggalkan. Buat semua warga
pendidikan, bersamalah bersatu hati dan bekerjasama agar kita tetap mengecapi
kejayaan dan kecemerlangan bersama.

Sekian terima kasih.

Puan Tah Nia Hj. Jaman
Pengarah Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

5

_______________________________UCAPAN KPPD

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Salam Sejahtera, Salam JPN Sabah Sepakat HEBAT,
PPD Kuala Penyu Transforms: Tetap Berpijak Terus
Melonjak

Tuan-Tuan, Puan-Puan Rakan Guru Yang Dihormati,
Setiap tahun pada 16 Mei merupakan tarikh keramat
bagi semua warga pendidik di seluruh negara kerana
tarikh tersebut merupakan hari istimewa bagi
menghargai dan meraikan guru-guru di seluruh
Malaysia. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru
adalah tidak ternilai dalam mendidik dan
membimbing anak bangsa. Oleh itu walaupun tarikh
keramat tersebut telah lebih sebulan berlalu namun
pada hari ini dengan penuh rasa kesyukuran kita dapat sama-sama berada di
sini bagi meraikan dan menghargai sumbangan semua guru yang berkhidmat di
daerah Kuala Penyu ini dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala
Penyu pada tahun ini.

“SELAMAT HARI GURU”
“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”

Sesungguhnya tema yang dipilih bagi tahun 2022 ini menyerlahkan betapa besar
dan pentingnya tugas serta peranan guru yang menjadi tunjang kepada sistem
pendidikan di negara kita bermula dari peringkat awal persekolahan
sehinggalah peringkat tertinggi.

Dalam menjayakan konsep Sekolahku SEJAHTERA ini pemilihan perkataan
SEJAHTERA itu sendiri yang merupakan akronim kepada 14 elemen nilai-nilai
murni (Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni,
Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional, Artikulasi) memerlukan dedikasi dan
komitmen guru untuk menerapkan dan menterjemahkan secara langsung atau
tidak langsung dalam minda dan diri murid-murid untuk dijadikan amalan dalam
kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah. Elemen-elemen ini memainkan
peranan dan tanggungjawab penting sebagai tunjang dalam mengaplikasikan
ilmu kepada anak didik kita di sekolah. Guru bukan sahaja berperanan untuk
menyampaikan ilmu malah sebagai ikon yang mendidik dan membimbing demi
memastikan kemenjadian murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara
adalah berkualiti tinggi dan berkeperibadian unggul, mempunyai sahsiah serta
daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di
sekolah secara semula jadi.

Maka di kesempatan ini, Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada seramai 611 orang guru di seluruh
daerah Kuala Penyu yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang
sangat tinggi, berusaha bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan anak didik
yang cemerlang dan gemilang. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru-
guru sememangnya besar dan tiada tolok bandingnya. TERIMA KASIH CIKGU!

Tuan-Tuan, Puan-Puan Rakan Guru Yang Dihormati,
Di dalam situasi yang serba mencabar selama 2 tahun apabila kita berdepan
dengan Pandemik Covid-19, pendidikan kita juga turut menerima kesan dimana
memerlukan para guru khususnya untuk segera berfikir dan bertindak di luar
kebiasaan. Dengan kekangan dan cabaran yang dihadapi apabila sesi PdP

6

tidak dapat dijalankan secara bersemuka, murid, ibubapa dan guru-guru telah
beradaptasi dengan keadaan norma baharu. Guru-guru pula terpaksa segera
memahirkan diri dalam ilmu dan kemahiran teknologi digital demi
tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan. Pelbagai kaedah
termasuklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
secara dalam talian, luar talian atau off-site perlu dilaksanakan yang
memerlukan kesabaran dan komitmen yang sangat tinggi dari semua pihak
yang terlibat. Pelbagai kaedah, strategi dan intervensi telah dilaksanakan
semata-mata untuk memastikan anak didik kita khususnya di daerah Kuala
Penyu ini tidak keciciran ilmu dan dapat meneruskan sesi pembelajaran.
Kesungguhan dan komitmen guru-guru di daerah ini sememangnya tidak dapat
disangkal dan sewajarnya diberikan pujian dan penghargaan.

Peredaran masa dan kemajuan teknologi pada masa kini tidak sedikit pun
mengubah peranan serta tanggungjawab guru-guru untuk terus menjalankan
amanah berkongsi ilmu, mendidik dan membimbing murid-murid dari latar
belakang sosioekonomi yang berbeza sama ada secara bersemuka atau tidak
demi memartabatkan pendidikan di daerah Kuala Penyu ini. Malah tugas para
pendidik menjadi semakin mencabar seiring dengan peredaran masa di mana
guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam setiap kemahiran yang
diperlukan semasa mendidik generasi baharu. Ini adalah demi memastikan sesi
PdPc guru-guru lebih berkesan dan bermakna seiring dengan Pelan
Pembangunan Malaysia yang bermula pada 2013 dan akan tamat pada tahun
2025 nanti.

Guru-guru juga perlu memanfaatkan segala ruang dan peluang untuk sentiasa
memperkasakan ilmu dan kemahiran melalui platform perkongsian ilmu yang
ada seperti “Komuniti Pembelajaran Profesional” (PLC) mahupun
“Pembangunan Profesional Berterusan” (CPD) demi pembangunan diri dan
kerjaya bagi memastikan kejayaan dan kemenjadian anak-anak didik generasi
baharu khususnya di daerah Kuala Penyu ini.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Rakan Guru Yang Dihormati,
Biarpun berdepan dengan situasi serba mencabar namun daerah kita tetap
mampu melakar beberapa kejayaan yang manis untuk sama-sama kita nikmati
dan raikan khususnya dalam bidang pendidikan.

Antara pencapaian kita di daerah Kuala Penyu ialah apabila keputusan SPM
2021 diumumkan baru-baru ini, Daerah Kuala Penyu mengungguli tempat teratas
di kedudukan pertama bagi Gred Purata Daerah SPM 2021 iaitu dengan GPD
4.87. Bagi pencapaian murid yang Layak Mendapat Sijil (LMS) pula daerah kita
berada di tempat pertama untuk tempoh dua tahun berturut-turut dengan
pencapaian 97.82% dalam SPM 2020 dan 95.35% bagi SPM 2021. Ini membuktikan
bahawa betapa kita di daerah kecil ini juga mampu bersaing dan menjadi yang
terbaik dalam bidang pendidikan khususnya.

Selain itu daerah kita juga telah menempa nama di persada antarabangsa
apabila telah meraih beberapa anugerah dalam International Creativity and
Innovation Award (ICIA 2022). ICIA 2022 merupakan suatu intervensi Sektor
Pembelajaran dengan menyediakan platform yang memberi wibawa dan
integriti kepada projek inovasi STEM yang dihasilkan oleh murid di Sekolah
Ambutia Pintar, Sektor Pembelajaran PPD Kuala Penyu. Beberapa sekolah yang
telah menempa nama bagi Silver Awards adalah: SKK SK Rimbaan, SK Kerukan,
SK Tanjung Aru, SK Pekan Menumbok, Gold Award: SK Lambidan dan Special
Award: SK Lambidan dan SMK Pekan Kuala Penyu.

7

Syabas dan Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat. Saya rasa
amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan-kejayaan yang kita kecapi.
Usaha, pengorbanan dan komitmen jitu guru dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum telah dapat memperkembangkan potensi murid dan
mengetengahkan bakat dan kebolehan diri mereka. Kejayaan guru-guru dan
murid-murid yang terlibat bukan sahaja mengharumkan nama sekolah dan
daerah malahan juga negeri Sabah.

Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Penyu pada hari ini kita
akan sama-sama meraikan pencapaian-pencapaian serta kejayaan rakan-
rakan guru kita melalui penyampaian beberapa anugerah bagi menghargai
jasa dan pengorbanan mereka. Semoga kejayaan rakan-rakan kita akan
menjadi pemangkin dan inspirasi kepada guru-guru lain untuk terus melakar
kejayaan.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Rakan Guru Yang Dihormati,
Diharapkan semua guru terus bersatu hati dan tetap bersemangat dalam
perjuangan di arena pendidikan ini terutamanya di Daerah Kuala Penyu. Usaha
dan idea daripada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru akan sentiasa
mendapat sokongan dan perhatian daripada pihak PPD bagi merealisasikan
impian membina generasi yang berilmu, berkualiti tinggi dan berkeperibadian
unggul.

Besarlah harapan saya agar semua guru akan terus fokus dan komited dalam
melaksanakan tugas mendidik dan membimbing anak murid dan bijak dalam
menangani cabaran mendidik anak bangsa sehingga tiba masa untuk kita
menamatkan perkhidmatan kita. Biarlah kita menyulam kenangan yang manis
sepanjang perkhidmatan kita untuk kita kenang di hari tua kita nanti.
Sesungguhnya guru akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati
masyarakat kerana dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap profesion ini.
Marilah kita sama-sama hayati makna disebalik tema Hari Guru pada tahun ini
agar kita dapat menjalankan amanah seterusnya memartabatkan profesion
keguruan demi pendidikan generasi pewaris negara kita.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
semua AJK pelaksana yang telah gigih berusaha menjayakan Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Kuala Penyu pada tahun ini. Semoga tanggungjawab
dan tugas yang diamanahkan kepada kita sebagai seorang Guru akan
mendapat keberkatan Tuhan dan menjadikan kita semua guru yang lebih
berdedikasi, ikhlas dan berintegriti.

Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Guru, “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”.
“TERIMA KASIH CIKGU!”

Sekian terima kasih.

Suntik Tuin
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu

8

_____________________________________OBJEKTIF

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Program ini dirancang adalah untuk mencapai objektif berikut:
 Menitikberatkan peranan guru dalam pembentukan modal insan
 Meninggikan martabat dan perkongsian keguruan dalam
masyarakat
 Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai tentang
peranan penting para guru dalam masyarakat Malaysia
 Memupuk semangat perpaduan dan Muhibbah dalam kalangan
guru
 Meningkatkan pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) dalam aktiviti
yang melibatkan program pendidikan

__________________LAGU KAMI GURU MALAYSIA

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin, Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama

Membantu, membina Negara yang tercinta
Amanah yang diberi, Kami tak persiakan

Apa yang kami janji, Tunai tetap kami tunaikan

9

____________________________IKRAR HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Bahawasanya kami, Guru-guru negara Malaysia, Dengan ini berikrar,
Mendukung terus cita-cita kami, Terhadap tugas kami, Dan

menyatakan keyakinan kami, Pada cita-cita murni pekerjaan kami,
Kami akan berbakti, Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami
sentiasa menjunjung, Perlembagaan negara, Kami mengamalkan,

Prinsip-prinsip Rukun Negara, Pada setiap masa.

_______________SENARAI PENERIMA ANUGERAH

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

TOKOH GURU 2021/2022

NAMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH

Tokoh Kepimpinan (Pesara) Sylvester Tharin

Tokoh Guru (Pesara) Jamie Mohd Rafiee

ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN 2021/2022

NAMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TEMPAT BERTUGAS

Anugerah Tokoh Prihatin YB Datuk Limus Jury
Pendidikan Kuala Penyu

Anugerah Khas KPPD Asrifah Amirul PPD Kuala Penyu
Kategori PPD

Anugerah Khas KPPD Dr. Rayner Tangkui SK Kerukan
Kategori Sekolah

TOKOH KEPIMPINAN 2021/2022

NAMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TEMPAT BERTUGAS
SK Kerukan
Anugerah Khas PGB Kategori Norminah Hj Abdul Aji
Sekolah Rendah SK Tenambak

Anugerah Khas PGB Kategori Hasan Jamil SK Palu-Palu
Ikon Pemimpin Strategi

Anugerah Khas PGB Kategori

Ikon Pemimpin Transformasi Suhaik Sireh

Anugerah Khas Stanley Pelimos @ SMK Pekan Kuala
Kepimpinan Pengetua Mohd Redwann Penyu

Abdullah

10

ANUGERAH IKON GURU 2021/2022

NAMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TEMPAT BERTUGAS

Anugerah Ikon Dr. Rayner Tangkui SK Kerukan
Guru STEM

Anugerah Ikon Leopold Kelvin Bius SK Tanjung Aru
Guru Digital

Anugerah Ikon Nancy Choong Siew Ling SMK Menumbok
Guru Pandemik

Anugerah Ikon Muhammad Azeem Charles SK Pekan Menumbok
Guru PAK21 Abdullah

ANUGERAH INTERNATIONAL CREATIVITY AND INNOVATION (ICIA) 2022

NAMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TEMPAT BERTUGAS

Anugerah Khas

The Most Promising

Innovation dan

Anugerah Emas Ester Ermelissa Ngoai SK Lambidan

Video Pitch

Inovasi: AC Water

Harvester

Anugerah Khas

The Most Promising

Innovation dan

Anugerah Emas Zulkhaime Aleakhber SK Lambidan

Video Pitch

Inovasi: AC Water

Harvester

Anugerah Khas

Poster dan Suziewati Mat Yaakup SMK Pekan Kuala
Anugerah Perak Penyu

Video Pitch

Inovasi: Roselle Plus

Anugerah Perak

Video Pitch Rajaratanadavi A/P SKK SK Rimbaan
Inventor Wannabe Nadarajah

Thomas Edison

Anugerah Perak

Video Pitch Leopold Kelvin Bius SK Tanjung Aru

Inovasi: Smart Circuit

Anugerah Perak Muhammad Azeem SK Pekan Menumbok
Video Pitch Charles Abdullah

Inovasi: Music Matriks Code

Anugerah Perak

Video Pitch Dr. Rayner Tangkui SK Kerukan

Inovasi: Smart Bin

11

ANUGERAH KHAS SEKTOR 2021/2022

NAMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH KATEGORI

SEKTOR PERANCANGAN (SPd)

Anugerah Khas SMK Pekan Kuala Penyu Sekolah Menengah
SKPMg2

Anugerah Khas SK Pekan Menumbok Sekolah
SKPMg2 Rendah

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Anugerah Khas SMK Pekan Kuala Penyu Sekolah Menengah
TS25

Anugerah Khas SK Pekan Kuala Penyu Sekolah
TS25 Rendah

SEKTOR PEMBELAJARAN (SPb)

Anugerah Khas SMK St Peter Bundu Sekolah Menengah
Pengurusan Kurikulum

Anugerah Khas SK Palu-Palu Sekolah
Pengurusan Kurikulum Rendah

Anugerah Syadwani Okal PPD Kuala Penyu
Pembimbing SISC+

Anugerah Sifar Mariana Ngoai SK Menumpang
Pemulihan

Anugerah Sifar Ahmad Daud SK Batu Linting
Pemulihan

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID (SPM)

Anugerah Khas SMK Menumbok Sekolah Menengah
SPM (HEM)

Anugerah Khas SK Menunggang Sekolah
SPM (HEM) Rendah

Anugerah Khas SMK St Peter Bundu Sekolah Menengah
SPM (KOKUM)

Anugerah Khas SK Pekan Menumbok Sekolah
SPM (KOKUM) Rendah

ANUGERAH GURU INOVATIF DAN KREATIF 2021/2022

NAMA ANUGERAH PENERIMA ANUGERAH TEMPAT BERTUGAS

Anugerah Emas

Karnival Inovasi Zon Selatan Faizal Dumit SJKC Pui Hwa
(INOSEL 2021)

Anugerah Emas Lidia Jismy SK Pekan
Karnival Inovasi Zon Selatan Menumbok

(INOSEL 2021)

Anugerah Platinum Law Ming Siew SJKC Chung Hwa
Kolokium Inovasi Pengajaran
dan Pembelajaran Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan
Cemerlang (KIPPPC)

12

Anugerah Emas Dr. Rayner Tangkui SK Kerukan
Kolokium Inovasi Pengajaran
dan Pembelajaran Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan
Cemerlang (KIPPPC)

Anugerah Perak Leopold Kelvin Bius SK Tanjung Aru
Kolokium Inovasi Pengajaran
dan Pembelajaran Pegawai SK Kerukan
SK Kerukan
Perkhidmatan Pendidikan SK Sangkabok
Cemerlang (KIPPPC) SK Sangkabok

Anugerah Emas Dr. Rayner Tangkui
Kolokium Pendidikan Jabatan

Pendidikan Negeeri Sabah
(KOLPENSA)

Anugerah Perak Dr. Rayner Tangkui
Pertandingan Kreativiti dan
Inovasi Peringkat Kebangsaan

(E-KREAVASI)

Anugerah Gangsa Abdul Rahman Bura
Pertandingan Kreativiti dan
Inovasi Peringkat Kebangsaan

(E-KREAVASI)

Anugerah Gangsa Noordiana Mohamad
Pertandingan Kreativiti dan Salleh
Inovasi Peringkat Kebangsaan

(F-KREAVASI)

13

_______________________JAWATAN KUASA INDUK

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Pengerusi : Encik Suntik Bin Tuin
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu
Pengerusi Bersama :
Encik Stanley Pelimos@Mohd Redwann Abdullah
Timbalan Pengerusi : Pengetua SMK Pekan Kuala Penyu

Setiausaha : Puan Monica Sinin
Timbalan PPD Sektor Perancangan
Pen. Setiausaha :
Encik Kipli Bin Gitam
Bendahari : Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah

Puan Daimah Binti Edin
Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran

Encik Azrih Bin Taip
Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid

Encik Justine Ipiu
Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Daerah
Kuala Penyu

Encik Nordin Bin Mohd. Taip
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Kuala
Penyu

Encik J.Mizan Bin Zurin
Penolong Pegawai, Sektor Perancangan

Encik Wanchik Bin Rawi
Pembantu Tadbir, Sektor Perancangan

Puan Hazwani Binti Ariffin
Ketua Pembantu Tadbir, Unit Kewangan

14

__________________JAWATANKUASA PELAKSANA

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Pengerusi : Encik Suntik Bin Tuin
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu
Pengerusi Bersama :
Encik Stanley Pelimos@Mohd Redwann Abdullah
Timbalan Pengerusi : Pengetua SMK Pekan Kuala Penyu

: Puan Monica Sinin
Timbalan PPD, Sektor perancangan
:
Encik Kipli Bin Gitam
: Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah

: Puan Daimah Binti Edin
Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran
:
Encik Azrih Bin Taip
Penyelaras Program : Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid

Encik Justine Ipiu
Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah
Daerah Kuala Penyu

Encik Nordin Bin Mohd. Taip
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Kuala
Penyu

Encik J.Mizan Zurin
Penolong Pegawai, Sektor Perancangan

BIL NAMA BIDANG TUGAS
Pegawai Pengiring
1 Pn Weddia Kimpui
En Kipli Gitam Floor Manager
AJK Protokol
2 Noresam bin Ismail
AJK Sambutan
En Kipli Bin Gitam

Pn Daimah Binti Edin

3 Pn Diwisuryana binti Zahari
Pn Rohana binti Abd Rahman

Pn Taminah binti Rasnih

Pn Maimunah binti Bidin

En. Suntik Tuin

En Justin Ipiu

En Nordin M. Taib

4 Pn. Flavia Suimin

En. Stanley Pelimos @ Redwann Abdullah

En Mohamad Fuad Abu Bakar

En Ismail bin Musreh

15

Pn. Doris Allen (K)

Pn. Linda Sylvester(SK Menunggang)

5 Pn. Rosiah Jual(SK St Peter Bundu) AJK Jemputan
AJK Teks Perutusan
Pn. Vivianty bt Abd Rahman (SMK St AJK GIMIK Pelancaran &Slaid

Peter) Pembentangan

6 Cik Syadwani Okal (K) AJK Pendaftaran
Pn. Maziah binti Jusseh
AJK Pengacara Majlis
En. Hyairron Anthony(K)

7 En. Suffian Masrah

Pn. Slyvia (SK Pekan KP)

En. Mohd Shahril(K)

En. Jimmy Juait

Pn. Norshalily (SK St Joseph)

En. Hajirin (SK Rimbaan)

8 Pn. Murnih Mohamad (SK Tenambak)
En. Sanadi Dullah (SK Tenambak)

En. Mohd Amil b. Ampong (SK Kerukan)

En. Awang Jalihi b. Muslin (SK Kerukan)

Pn Juilah Ensil (SK Menunggang)

Pn. Haziah Tahir (SK M)

Pn. Asharina Ahmad

9 En. M Razis Abd Razak (SMKKP)
En. Mohd Pajiri Adanih

Pn. Shyalinah Suhaimi

En. Evinus Kunini(K)

En. Awang Besar Bin Abdul Rasid

10 En. Ijap bin Kumandu AJK Keselamatan, Kebajikan
En. Husin bin Liat & Tempat meletak kereta

En. Razaleigh Ismail

En. Mohamad Amin bin Jaafar

Pn. Runi Ompin (K)

11 Kontraktor Pembersihan PPD Kuala Penyu AJK Kebersihan
Kontraktor Pembersihan SMK Pekan AJK Jamuan

Kuala Penyu

En. Christopher Mitus(K)

Pn. Norminah binti Hj Abdul Aji

En Mahadi bin Ismail

Cik. Noorihan Delleh

Pn. Melina Galawis

Pn. Sariah Ajis

Pn Rahimah binti Abdul Ghaffar (SMK

12 Menumbok)
Pn. Lily Mistin(SK Mansud)

Pn. Norafidah Hj Yunus(SK Mansud)

Pn. Rabinah bt Mursalin(St Stephen)

Pn. Aeronny Kimpah(St Stephen)

Pn. Morzarinah Muhammad(Sk

Tempurong)

Guru-Guru SK Pekan KP

13 Ustaz Jamain Majit AJK Bacaan Doa
Ustaz Rosli @ Bazlie Ahmad

16

En. Ariffin Jasri(K)

14 En. Ag Besar Abd Rasid AJK Media & Publisiti
En. Peter Atang AJK PA Sistem

En. Matali Assan

En. Clarence Xavier(K)

15 En. Harris Othsman

En. Ahmad bin Husin

En. Sitarazmi Abdul(K)

En. Mohd Safa bin Mohd Jakarah

En. Juin Tannyuh

En. Roshdari bin Muaram

16 Pn. Harneh Ali Hassan (SMK Pekan) AJK Persiapan & Susun Atur
En. Moh Dellsarle Mohd Dali (SMK Pekan) Dewan

SK Rimbaan

SK St Augustine

SK St Joseph

SK Menumpang

Dulikom Ajak (K)

En Hassan bin Jamil

En Ajrie bin Madini

Pn. Nianis Miani Guanoi (SMK Pekan)

17 Pn. Suriani Malik (SMK Pekan) AJK Hiasan Pentas
En. Elesius Akang (SMK Pekan) AJK Cenderahati

En. Ag Harun Bantan(SMK Pekan)

Pn. Josie Kanchoi (SMK Pekan

SK Palu-Palu

SK Tenambak

Pn. Azarina Ag Damit (K)

18 Cik Rusilla Eming SMKKP

Cik. Jessyca Jiding (SK St Joseph)

En. Hussin Alim(K) AJK Tajaan & Sumbangan
19 Ustaz Noradi Hunos

En. Fadliezan binTingan

20 En. Abdul Rahman Taib Focal Person PPD Kuala Penyu

Pn. Rufina Augustine (K)

Pn. Irmayanti Ibrahim

Pn. Petronella Wincis

Pn. Rita Lee Di Daa (Sk St Augustine)

21 Pn. Sining Akang (Sjkc Chung Hwa) AJK Sijil dan Penghargaan
Pn.Viviyanti (SMK St Peter)

Cik Salmah binti Madani(SK P.

Menumbok)

Pn. Nurulizzah Tinggal(Sk Sinapokan)

Pn. Julita binti Kunini(SK Sinapokan)

Pn. Asrifah Amirul(K)

En. Hj Jamail Kadar

22 En. Richarl Sinin AJK Buku Program
AJK Siaraya
Pn.Natrisha Jamain

En. George Juli

Ustaz Jamain Majit(K)

23 En.Shahrizan Sarkawi
En Jamawih bin Kanapi

En. AK Firdaus bin Awangku Chuchu

17

En. Abd Rahman Taib(K)

24 En. Wanchik Rawi AJK Backdrop & Bunting
AJK Persembahan
En. Zephirinus Klimin
AJK Pameran
En. Azrih Taip(K)
AJK Pengurus Peserta
Pn. Sharon (SMK Pekan KP) Penerima Anugerah
AJK Dokumentasi & Rumusan
Cik Nor Esyara (SMK KP)

25 Pn. Roziah bt Md Esa

Pn. Masnah binti Awang Amin(SK

P.Menumbok)

Guru SKP Menumbok

Pn.Yong Lily(K)

En. Chai Kit Min

SK Lambidan(Inovasi)

SK Kerukan(Inovasi)

26 SK Tanjung Aru(Inovasi)

SJKC Pui Hwa(Inovasi)

SJKC Chung Hwa(Inovasi)

SMK Pekan Kuala Penyu (TS25)

SK Pekan Menumbok (TS25)

Dulamit Bin Bongso(K)

Pn Dayang Matsah binti Ahmad

Pn Hariati bt Mohamad

27 En Jasmah Jasri
Pn Jimnea Edau (SK Rimbaan)

Cik Rajaratanadavi( SK Rimbaan)

Pn Ainon Sagong(SMKM)

Pn. Jenny Chew(SK St Joseph)

Pn. Monica Sinin(K)

28 En. Noresam Ismail
En. J. Mizan Zurin

En. Wanchik Rawi

18

___________________________________ATURCARA

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

23 Jun 2022 (Khamis)

MASA ATURCARA

1.00 pm  Ketibaan Para Jemputan
 Pendaftaran
1.30 pm  Tayangan Video Montaj Ucapan Hari Guru dan
1.35 pm
1.40 pm Aktiviti Hari Guru Daerah Kuala Penyu 2022
1.45 pm
1.50 pm Ketibaan En. Suntik Tuin, Pegawai Pendidikan Daerah
1.55 pm Kuala Penyu bersama En. Sebastian Ingkim, Pegawai
Daerah Kuala Penyu
2.00 pm Ketibaan Para Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah
2.25 pm Ketibaan YBrs. Encik Andrew Durat, Ketua Penolong
2.30 pm Pengarah, Cawangan Projek Bangunan, Jabatan Kerja
2.40 pm Raya Negeri Sabah
2.45 pm Ketibaan YBrs. Puan Tah Nia Binti Hj. Jaman, Pengarah
2.50 pm Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

2.55 pm Ketibaan YB. Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja
Raya Sabah, Merangkap ADUN N33 Kuala Penyu
Ketibaan YB. DSP Hjh. Azizah Binti DSP Hj. Mohd. Dun, Ahli
Parlimen P177 Beaufort
 Ketibaan Perasmi YB. Datuk Mohamad Bin Hj.

Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan II,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Merangkap Ahli
Parlimen P176, Kimanis
 Lawatan ke Reruai Pameran Pendidikan dan Inovasi
Nyanyian Lagu:
 Negaraku
 Lagu Sabah Tanah Airku
 Sabah Maju Jaya
Persembahan Tarian oleh SMK St Peter Bundu

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan oleh En. Suntik Tuin, Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Penyu
Ucapan YBrs. Puan Tah Nia Binti Hj. Jaman, Pengarah
Pendidikan Negeri Sabah
Ucapan Perasmian oleh YB. Datuk Mohamad Bin Hj.
Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P176,
Kimanis

19

3.05 pm  Pelancaran Gimik Sambutan Hari Guru Daerah Kuala
Penyu Tahun 2022
3.15 pm
3.22 pm  Gimik Penyerahan Replika Kunci Bangunan Oleh
3.32 pm Pihak Kontraktor dan JKR Kepada YB. Datuk
3.42 pm Mohamad Bin Hj. Alamin
4.10 pm
4.40 pm  Penyerahan Cenderahati kepada Perasmi

Nyanyian Lagu “Kami Guru Malaysia” diiringi oleh
Persembahan Muzikal dan Koir daripada SK Pekan
Menumbok
Persembahan Pasukan Muzikal Oleh SMK Pekan Kuala
Penyu
Bacaan Ikrar Hari Guru

Penyampaian Anugerah Hari Guru Daerah Kuala Penyu
Tahun 2022
Jamuan VVIP dan para jemputan

Bersurai

______________________________PENGHARGAAN

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

Datuk Awang Aslee Lakat
Bank Rakyat

WK Consortium Sdn Bhd
R.T Enterprise (KBK)
RIZQ Enterprise (KBK)
Z.R Enterprise (KBK)

Top Guards Security (PKK)
Kawekawa Security (PKK)

Top Ultimate
PIBG SKK SK Rimbaan
PIBG SMK Menumbok

20

____________________________________ CATATAN

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA PENYU 2022

21


Click to View FlipBook Version