The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asrifahsisc, 2022-02-14 02:17:21

BUKU PROGRAM MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

BUKU PROGRAM MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

1

__________________________UCAPAN PENGARAH

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

Salam Sejahtera,
Salam JPN Sabah Katakan tidak pada nombor 16,
katakan ya pada 10 terbaik.

Hadirin yang dihormati,
Saya ingin memanjatkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran
kerana kita diberikan kesempatan untuk bersama-sama
melangkah ke Tahun Baharu 2022 setelah begitu banyak
halangan dan dugaan yang kita hadapi dalam tempoh
dua tahun kebelakangan ini. Hari ini, dalam Majlis
Perutusan Awal Tahun Pejabat Pendidikan Daerah Kuala
Penyu, ingin saya menyeru agar semua warga pendidik
daerah ini sama-sama melakukan muhasabah, menilai kejayaan yang telah dicapai
mahupun rintangan yang ditempuhi sebagai panduan kita untuk lebih berjaya pada
tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.

Hadirin yang dihormati,
Syabas dan tahniah, kepada semua warga pendidikan Daerah Kuala Penyu atas
komitmen dan sumbangan yang diberikan sepanjang tahun 2021 dalam membantu
pencapaian di peringkat sekolah, negeri atau kebangsaan. Selain pencapaian
dalam bidang kokurikulum, pencapaian di dalam kurikulum turut diberi perhatian
dengan memastikan PdPR dan PdP secara bersemuka dilaksanakan, dengan
harapan usaha berterusan guru-guru dan pentadbir sekolah dapat memastikan
kemahiran asas kurikulum bagi tahun semasa 2021 berjaya dilaksanakan 100%
menjelang sesi 1 persekolahan 2022/2023.

Tahun ini, JPN dan PPD akan memberikan fokus kepada berberapa perkara
diantaranya;
Sistem sokongan dalam keberhasilan murid, di mana JPN dan PPD akan
menjalankan peranan memberikan sokongan dan bimbingan kepada pihak sekolah
bagi membantu memudahkan pelaksanaan tanggungjawab sekolah dalam
membangunkan kemenjadian murid. Oleh yang demikian, kesediaan pihak PPD dan
sekolah amat diperlukan agar bimbingan berjalan lancar.

Selain itu, penumpuan juga perlu diberikan kepada pelaksanaan program inovasi
yang lebih berfokus dan berimpak agar semua fokus lain dalam akademik atau
pengurusan dapat dicapai seperti Key Performance Indicator (KPI) JPN,
pengurangan jurang pencapaian SPM di antara bandar luar bandar, sosioekonomi
dan gender, pembudayaan KBAT dan lain-lain.

Intervensi berfokus dan berimpak juga amat diperlukan bagi membantu
peningkatan pencapaian murid mendapat tahap minimum dalam pentaksiran bilik
darjah (PBD) bagi semua mata pelajaran dengan mengutamakan kualiti dan
bukanya kuantiti semata-mata. Oleh itu, pemerkasaan penjaminan kualiti bagi
semua perkara seperti PBD, ekuiti, atau KBAT perlu diberi perhatian oleh semua
pegawai, pentadbir sekolah dan guru agar intervensi yang dirancang memberikan
impak yang disasarkan.

Pencapaian SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, sejarah dan Matematik
tambahan, juga turut menjadi fokus utama JPN Sabah tahun ini. Peningkatan
bilangan murid layak mendapat sijil atau LMS bergantung sepenuhnya kepada
kejayaan peningkatan Bahasa Melayu dan Sejarah setiap tahun. Seperti yang kita

2

semua maklum, keperluan sijil SPM sangat penting bagi murid menyambung
pengajian ke peringkat lebih tinggi, malahan juga untuk mencari pekerjaan. Demi
masa depan anak-anak kita, usaha yang gigih dan intervensi yang sesuai amat
diperlukan.

Hadirin yang dihormati,
Di Sektor Pembangunan Murid, kita perlu memastikan bilangan murid cicir berada di
tahap minimum. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menangani isu ini.
Pihak sekolah, semua sektor di PPD dan JPN perlu mengesan murid yang tidak hadir
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mengenalpasti isu yang
menyebabkan keciciran bagi menyediakan intervensi yang sesuai seperti
menyediakan perkhidmatan bimbingan dan sokongan psikososial melalui pelbagai
kaedah dan mengadakan perbincangan antara ibu bapa atau penjaga murid,
untuk mengenalpasti sebab dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi
menangani murid yang kurang minat belajar dan murid risiko cicir pengajaran dan
pembelajaran.

Hadirin yang dihormati,
Tidak dilupakan juga bagi masalah ketidakpadanan opsyen atau mismatch opsyen
guru. KPM dan JPN sedaya upaya menempatkan guru yang menepati opsyen (the
right person for the right position) ke semua daerah. Penempatan semula guru juga
akan dilaksanakan semasa ke semasa, bagi memenuhi keperluan opsyen.
Penempatan guru mengikut opsyen ini diharap akan dapat membantu
meningkatkan kualiti PdP apabila guru dapat mengajar mengikut kemahiran masing-
masing dan akan membantu menjana kecemerlangan dan kemenjadian murid di
semua sekolah.

Bagi memperkasa peranan JPN Sabah di seluruh negeri, terutamanya di kawasan
pendalaman, pelaksanaan Program Profesional Pengarah (PPP) ke kawasan
pendalaman akan dilaksanakan. Program ini dilaksanakan agar tiada kawasan di
pendalaman yang akan tertinggal maklumat, dasar atau program penting di
peringkat JPN atau kementerian, disamping dapat mengetengahkan amalan baik
yang mungkin dapat dikongsikan kepada daerah-daerah lain.

Hadirin yang dihormati,
Semua fokus yang saya sebutkan tadi hanya akan dapat dicapai dengan
Kerjasama dan komitmen yang padu daripada semua warga pendidik dari JPN, PPD
dan juga sekolah. Pemantauan berterusan Pihak PPD dan JPN bukanlah untuk
mencari kesalahan tetapi untuk mengenapasti isu yang dihadapi pihak sekolah dan
seterusnya memberikan bimbingan yang diperlukan kepada sekolah-sekolah yang
memerlukan. Pemantauan juga adalah keperluan sekolah, bagi memastikan sekolah
berada di landasan yang betul dan menepati kualiti yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hadirin yang dihormati,
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada
Pegawai Pendidikan Daerah En. Suntik Bin Tuin dan semua AJK pelaksana yang telah
bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Terima kasih juga atas kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan, diharapkan kita semua akan dapat bekerjasama dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita demi kemenjadian murid.

Saya dengan ini merasmikan Majlis perutusan awal tahun Pejabat Pendidikan
Daerah Kuala Penyu bagi Tahun 2022. Sekian terima kasih.

Datuk Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

3

_______________________________UCAPAN KPPD

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

Salam Sejahtera. Selamat pagi. Salam Sabah
Hebat Katakan tidak kepada No.16 dan Katakan
Ya pada 10 Terbaik. Salam PPD Kuala Penyu
Transforms: Tetap Berpijak Terus Melonjak.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua hadirin yang
berkesempatan hadir pada hari ini untuk sama-
sama kita memberikan sokongan kepada Majlis
Perutusan Awal Tahun 2022 Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah. Saya amat
menghargai sikap dedikasi tuan puan semua
yang dapat mencuri masa untuk mendengar
perutusan Pengarah bagi tahun 2022.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran Puan Piluh, Ketua Penolong Pengarah
Kanan, Sektor Pendidikan Khas berserta pegawai - pegawai Sektor Pendidikan
Khas JPN Sabah.. Terima kasih Puan Piluh kerana sudi bersama PPD Kuala Penyu
secara dalam talian .

Seterusnya, tahniah diucapkan kepada urusetia Majlis Perutusan Awal Tahun ini
kerana merancang dan memastikan majlis ini dapat dijalankan dengan lancar.
Betul lah kata kata - kata “ kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang
menentukan.” Segala persiapan telah disusun dengan rapi malangnya kerana
perkembangan terkini situasi pandemik di negara kita maka kita harus akur
dengan SOP yang telah ditetapkan.

Pada tahun ini, kita amat bertuah kerana Majlis Perutusan Awal Tahun 2022 kali
ini dihadiri bersama sektor angkat kepada PPD Kuala Penyu. Sebagai makluman,
tahun ini sektor angkat kita ialah Sektor Pendidikan Khas. Jadi, bolehlah
dianggap majlis ini merupakan majlis suai kenal SPK bersama warga PPD Kuala
Penyu.

Saya sangat teruja apabila mengetahui perkara ini. Ini adalah kesempatan
terbaik kepada PPD Kuala Penyu untuk mendapat bimbingan dan bantuan
untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anak -anak kita yang
berada di kelas -kelas pendidikan khas. Mungkin dengan sokongan dari Sektor
Pendidikan Khas, PPD Kuala Penyu mampu menonjolkan bakat dan kemampuan
pelajar -pelajar ini ke peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat
antarabangsa di samping menyediakan mereka untuk mampu hidup berdikari.

Sebenarnya, tujuan kita menganjurkan Majlis Perutusan Awal Tahun 2022 ini
adalah untuk menyampaikan misi dan visi Jabatan Pendidikan. Misi dan visi
Jabatan Pendidikan sepatutnya dapat direalisasikan melalui perancangan
strategik yang akan memastikan operasional sesuatu organisasi itu berjalan di
atas landasan yang betul. Oleh itu pada pagi ini kita semua akan mendengar
Piagam dan KPI Pengarah yang akan disampaikan oleh Puan Piluh.

4

Piagam dan KPI Pengarah yang telah digariskan perlu dikongsi dengan grassroot
kerana ia menjadi tunjang kepada tugas dan tanggungjawab kita di PPD dan
sekolah.Yang paling penting adalah KPI sebenarnya boleh menjadi petunjuk
prestasi yang dapat membantu sesebuah organisasi menilai tahap kemajuan
perkhidmatan.Sebagai warga pendidikan, kita perlu mengetahui dan
memahami setiap KPI yang disediakan ini kerana kita adalah pihak yang
memainkan peranan besar untuk memastikan semua KPI ini dapat dicapai.

Saya berharap selepas majlis ini, tuan puan PGB dapat menyebarkan maklumat
berkaitan KPI Pengarah ini kepada guru - guru di sekolah kerana pada akhirnya
mereka lah yang akan memastikan KPI ini dapat dicapai. Saya memohon agar
semua PGB memahami intipati setiap KPI yang telah tersedia agar tidak berlaku
kekeliruan di kalangan guru -guru di bawah jagaan tuan - puan semua.

Bagi pihak PPD Kuala Penyu, saya sangat berharap di masa akan datang akan
wujud peluang untuk kita semua dapat bersemuka dengan sektor angkat kita.
Mungkin Sektor Perancangan dapat merancang program yang sesuai yang
boleh memberi peluang kepada Sektor Pendidikan Khas turun padang ke
Daerah Kuala Penyu.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima
kasih atas kehadiran Puan Piluh untuk membuat perkongsian berkaitan Piagam
dan KPI Pengarah. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah berjaya merealisasikan majlis
hari ini walaupun sibuk dengan tugasan sebagai penjawat awam. Terima kasih
juga PGB dan Penolong Kanan yang turut terlibat di tengah kesibukan
melaksanakan tanggungjawab di sekolah.

Akhir kata, di tengah situasi pandemik yang kembali membimbangkan ini,
diharapkan semua PGB dapat memastikan sekolah terus menjadi kawasan
selamat untuk anak -anak kita. Saya memohon agar sekolah terus mengamalkan
tindakan - tindakan pencegahan mengikut garis panduan yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sekian terima kasih.

Suntik Tuin
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu

5

_______________________________PENDAHULUAN

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

Majlis Perutusan Awal Tahun Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2022
telah dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 19
Januari 2022. Seterusnya akan diadakan di semua Pejabat Pendidikan
Daerah Negeri Sabah. Perutusan berfokus kepada:

1.1.1 Peningkatan Sistem Sokongan JPN dan PPD dalam keberhasilan murid.
1.1.2 Pelaksanaan Program Inovasi yang lebih berfokus dan berimpak.
1.1.3 Pencapaian Key Performance Indicator (KPI) JPN Sabah.
1.1.4 Pengurangan Peratus Jurang Pencapaian SPM di antara bandar dan
luar bandar, sosio ekonomi dan gender.
1.1.5 Peningkatan pencapaian murid Mencapai Tahap Minimum dalam
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi semua mata pelajaran.
1.1.6 Pembudayaan KBAT di semua sekolah.
1.1.7 Peningkatan pencapaian murid dalam SPM bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Sejarah (LMS) dan Matematik Tambahan.
1.1.8 Meminimumkan bilangan murid cicir pada tahun semasa.
1.1.9 Mengurangkan bilangan mismatch opsyen guru.
1.1.10 Peningkatan penglibatan murid dalam aktiviti peringkat antarabangsa.
1.1.11 Pelaksanaan Program Profesional Pengarah (PPP) ke kawasan
pedalaman.

Pelaksanaan Program Majlis Perutusan Awal Tahun Pengarah Pendidikan
Negeri Sabah Tahun 2022 ini diurusetia dan diselaraskan oleh Sektor
Perancangan (SPd) dengan Kerjasama semua sektor PPD Kuala, Pengetua
dan Guru Besar.

6

_____________________________________OBJEKTIF

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

Program ini dirancang adalah untuk mencapai objektif berikut:
 Memacu sistem penyampaian JPN Sabah secara efisien.
 Mengkoordinasi pengoperasian pendidikan di peringkat JPN
Sabah, PPD dan sekolah.
 Semua sektor di JPN, PPD dan sekolah dapat merancang
strategi, inisiatif dan program yang sesuai sejajar dengan
Sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JPN Sabah Tahun 2022.
 Meningkatkan iltizam para warga pendidik terhadap
pentingnya pembangunan, perkembangan dan kemajuan
khususnya untuk kemenjadian murid.

_____________________________________SASARAN

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

 KPPK Sektor Pendidikan Khas JPN Sabah
 Pegawai Pendidikan Daerah
 Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
 Penolong Pegawai PPD
 School Improvement Partners (SIP+)
 School Improvement Specialist Coaches (SISC+)
 Pengetua dan Guru Besar
 Penolong Kanan Pentadbiran
 Majlis Guru Pewaris

7

_______________________________J/KUASA INDUK

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

Penasihat - Datuk Dr. Mistirine Binti Radin
Pengerusi - Pengarah Pendidikan, JPN Sabah

Tim. Pengerusi - Encik Suntik Bin Tuin
Naib Pengerusi - Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu

Setiausaha/ - Puan Monica Sinin
Penyelaras - Timbalan PPD, Sektor Perancangan
Bendahari -
Encik Kipli Bin Gitam
Ahli Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah

Puan Daimah Binti Edin
Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran

Encik Azrih Bin Taip
Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid

Encik Noresam Bin Ismail
Penolong Pegawai Sektor Perancangan

Puan Ruffina Augustine
Ketua Sektor Pengurusan

Ketua Sektor SPP dan SPsK
Semua Penolong Pegawai

8

__________________________J/KUASA PELAKSANA

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

Penasihat - Puan Piluh @ Mathilda Osong
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Pengerusi - Sektor Pendidikan Khas, JPN Sabah

Tim. Pengerusi - Encik Suntik Bin Tuin
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu
Penyelaras -
Puan Monica Sinin
Setiausaha - Timbalan PPD, Sektor Perancangan

Pen. Setiausaha - Encik Noresam Bin Ismail
Penolong Pegawai, Sektor Perancangan

Encik J Mizan Bin Zurin
Penolong Pegawai, Sektor Perancangan

Encik Wanchik Bin Rawi
Pembantu Tadbir, Sektor Perancangan

BIL NAMA BIDANG TUGAS

1 En. Kipli Bin Gitam LO Sektor Angkat:
En. Mohd. Safa Bin Mohd. Jakarah KPPK Sektor Pendidikan Khas, JPN

2 En. Clarance Sitan @Xavier Sabah
Floor Manager
3 En. J.Mizan Bin Zurin Stage Manager

Pn. Weddia Kimpui AJK Protokol

Pn. Monica Sinin AJK Sambutan

4 En. Kipli Bin Gitam AJK Jemputan
AJK Teks Perutusan
Pn. Daimah Binti Edin AJK Slide Pembentangan /
Montaj/Gimik Pelancaran
En. Azrih Bin Taip AJK Pendaftaran

En. Suntik Bin Tuin

Semua TPPD

5 Pn. Weddia Kimpui

En. Justin Ipiu (PPSM)

En. Nordin Bin Mohd. Taip (MGB)

6 En. J Mizan Bin Zurin
En. Wanchik Bin Rawi

7 Pn. Daimah Binti Edin
Cik Syadwani Binti Okal

8 En. Hyairron Bin Anthony
En. Suffian Bin Masrah

9 En. Mohd Shahril Bin Abu Bakar

9

Pn. Doris Allen

En. Jimmy Juait

10 Pn. Nur Asharina Binti Ahmad AJK Pengacara Majlis
AJK Keselamatan &
11 En. Matali Bin Assan
En. Ebinus Kunini Kebajikan
AJK Kebersihan
Tn. Hj Abdul Jamail Bin Kadar
AJK Jamuan
12 En. Ag. Besar Bin Abdul Rasid
AJK Bacaan Doa
Kontraktor Pembersihan AJK Media & Publisiti

En. Richarl Sinin AJK PA Sistem

En. Christopher Mitus AJK Persiapan &
Susun Atur Dewan
13 Pn. Noorihan Binti Delleh
AJK Hiasan Pentas
Pn. Petronella Wincis AJK Cenderahati
AJK Sijil Penghargaan
Pn. Sariah Binti Ajis
AJK Buku Program
14 Ustaz Rosli @ Bazlie Bin Atur
AJK Siaraya
15 Ustaz Noradi Bin Hunos AJK Backdrop & Bunting

16 En. Harris Bin Osthman AJK Persembahan
En. Wanchik Bin Rawi AJK Pameran/Kaunter

En. Dulikom Bin Ajak Bermaklumat
AJK Dokumentasi &
Pn. Maziah Binti Jusseh
Rumusan
17 En. Hussin Bin Alim

En. Mohd. Ariffin Bin Hj. Jasri

En. Razalegh Bin Ismail

18 En. Sitarazmi Bin Hj. Abdul
En. Mohd. Khalid Nazri Bin Ahmad

19 Pn. Azarina Binti Awang Damit

20 Pn. Ruffina Augustine
Pn. Hazwani Binti Arifin

Pn. Asrifah Binti Amirul

21 En. Dulamit Bin Bungsu

Pn. Natrishah Binti Jamain

22 En.Shahrizan Bin Sarkawi
Ustaz Jamain Bin Majit

23 En. Abdul Rahman Bin Mohd. Taib
En. Hussin Bin Alim

En. Azrih Bin Taip

24 Pn. Irmayanti Binti Ibrahim

Pn. Sharon SMKPKP

25 En. Justin Ipiu (MPSM)
En. Nordin Bin Mohd. Taip (MGB)

Pn. Monica Sinin

26 En. Noresam Ismail

En. J. Mizan Zurin

10

___________________________________ATURCARA

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

16 Februari 2022 (Rabu)

MASA ATURCARA

7.30 am Pendaftaran
8.00 am Lagu Negaraku, dan Sabah Tanah Airku
8.10 am Bacaan Doa
8.15 am Tayangan Gimik Pelancaran Perutusan Awal Tahun
Pengarah Pendidikan JPN Sabah Tahun 2022
8.20 am Ucapan Alu-aluan oleh
Yang Berusaha Tuan Suntik Tuin
8.30 am Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu
Ucapan dan Perutusan Awal Tahun Pengarah
10.00 am Pendidikan JPN Sabah Tahun 2022 Peringkat PPD
10.15 pagi Kuala Penyu oleh Sektor Pendidikan Khas (SPK) JPN
11.30 pagi Sabah, Sektor Angkat PPD Kuala Penyu
11.45 pagi Puan Piluh @ Mathilda Osong
12.00 pm Ketua Penolong Pengarah Kanan SPK JPN Sabah
Tayangan Slide Perkongsian Kejayaan PPD Kuala
Penyu
Sesi Perkongsian Piagam dan KPI JPN Sabah

Sesi Dialog

Video Pelancaran Kempen Derma Buku, PPD Kuala
Penyu (Tayangan Video)
Majlis Ditangguhkan

_____________________________________PENUTUP

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

Pelaksanaan Program Majlis Perutusan Awal Tahun PPD Kuala Penyu Tahun
2022 ini akan dapat menyalurkan dasar dan hala tuju KPM/JPN serta dapat
mentranformasikan PPD dan sekolah dengan lebih berkesan ke arah
meningkatkan kemenjadian murid secara holistik dan melahirkan sekolah-
sekolah yang berkualiti untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam
PPPM 2013 – 2025. Program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya
hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat.

11

____________________________________ CATATAN

MAJLIS PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH 2022

12


Click to View FlipBook Version