The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Soalan-Lazim-FAQ-Program-IESP-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by upim.bpt, 2021-04-05 21:31:59

FAQ - IESP 2021

Soalan-Lazim-FAQ-Program-IESP-2021

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

SOALAN LAZIM

PROGRAM PELAJAR CEMERLANG IPMA

IPMA EXCELLENT STUDENTS’ PROGRAMME (IESP)

1. Apakah itu IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)?

IPMA Excellent Students’ Programme (IESP) merupakan program pinjaman pelajaran
berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikhususkan
untuk pelajar cemerlang lepasan Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pendidikan MARA
(IPMA) bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama atau pengajian peringkat
profesional selanjutnya di Institusi Pengajian Tinggi terpilih dalam negara mahupun luar
negara.

2. Apakah syarat kelayakan untuk saya ditawarkan skim IESP?

Pelajar yang menamatkan pengajian di peringkat Diploma atau Sijil Profesional dan telah
mencapai keputusan yang cemerlang layak untuk ditawarkan dengan skim IESP.

Peringkat Tempat Kelayakan Akademik
Pengajian Pengajian

Ijazah Dalam 1. Pencapaian di peringkat Diploma:
Sarjana Negara a) Teknikal: sekurang-kurangnya CGPA 3.65 dan ke
Muda atas.
b) Bukan Teknikal: sekurang-kurangnya CGPA 3.75
dan ke atas.

2. Memperolehi keputusan peperiksaan Band 3 bagi
Malaysian University English Test (MUET).
(Untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam,
keputusan peperiksaan MUET adalah diwajibkan)

Page 1 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

Luar 1. Pencapaian di peringkat Diploma:
Negara a) Teknikal: sekurang-kurangnya CGPA 3.75 dan ke
atas.
b) Bukan Teknikal: sekurang-kurangnya CGPA 3.90
dan ke atas.

2. Memperolehi keputusan peperiksaan Band 6.5 bagi
International English Language Testing System (IELTS).

3. Mendapat pengecualian kredit sekurang-kurangnya satu
semester pengajian atau setahun pengajian daripada
pihak universiti.

Peringkat Tempat Kelayakan Akademik
Pengajian Pengajian

Profesional ACCA 1. Mencapai keputusan :
a) Certified Accounting Technician (CAT) sekurang-
kurangnya 60%; atau
b) Diploma Perakaunan (dan setaraf) dengan
memperoleh CGPA 3.80 ke atas; atau
c) Diploma Perakaunan (dan setaraf) dengan
memperoleh CGPA 3.90 ke atas – Luar Negara.

2. Mendapat pengecualian sekurang-kurangnya 3 kertas
peperiksaan.

3. Mendapat tawaran dari universiti bertaraf Approved
Learning Partner (ALP) berstatus Platinum.

4. Program ditawarkan sehingga pelajar mendapat
keahlian atau Certified Accountant daripada ACCA
(syarat pengurangan bayaran balik pinjaman).

Page 2 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

3. Bagaimanakah kaedah pelajar akan ditawarkan skim IESP?

Pelajar yang tersenarai dan mencukupi syarat tawaran IESP akan dihubungi melalui
perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas dan E-mel yang mana dimaklumkan bahawa Sistem
IESP telah dibuka untuk pelajar membuat pengesahan penerimaan tawaran atau penolakan
tawaran secara dalam talian melalui laman sesawang IESP di alamat
https://apps.mara.gov.my/iesp/_login.aspx. Pelajar juga dinasihatkan membaca dan
memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat pengesahan setuju terima atau
penolakan tawaran.

4. Apakah bidang pengajian di peringkat Ijazah Pertama yang ditawarkan dalam skim IESP?

Bilangan Bidang Pengajian Skop Bidang Pengajian

1. Kejuruteraan & Alam Sekitar 1. Kejuruteraan Kimia
2. Kejuruteraan Awam
3. Kejuruteraan Mekanikal
4. Kejuruteraan Elektrikal Elektronik
5. Kejuruteraan Robotik & Automasi
6. Kejuruteraan Telekomunikasi
7. Kejuruteraan Mekatronik
8. Kejuruteraan Teknologi Nano
9. Kejuruteraan Petroleum
10. Kejuruteraan Solar
11. Kejuruteraan Angin
12. Kejuruteraan Alam Sekitar
13. Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan

2. Pemasaran, Perniagaan & 1. Pengurusan Pemasaran
Pengurusan 2. E-Perniagaan
3. Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
4. Ekonomi
5. Pengurusan Logistik
6. Pengurusan Rangkaian Bekalan
7. Pembekalan & Jualan Dalam Talian
8. Perundangan
9. Jualan
10. Pengurusan Perniagaan
11. Pengurusan Sumber Manusia
12. Komunikasi Massa
13. Pengiklanan & Pengurusan Jenama
14. Filem, Televisyen & Penyiaran Video
15. Hubungan Awam
16. Psikologi

Page 3 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

Bilangan Bidang Pengajian Skop Bidang Pengajian
3. Rekabentuk Kreatif
1. Rekabentuk Permainan
4. 2. Animasi
Sains Komputer & Teknologi 3. Reka Bentuk Aplikasi
Maklumat 4. Reka Bentuk Laman Sesawang
5. Reka Bentuk Grafik
5. 6. Reka Bentuk Multimedia
Profesional Binaan 7. Reka Bentuk Pengiklanan
8. Realiti Maya
6. 9. Reka Bentuk Fesyen
Perakaunan & Kewangan
1. Kecerdasan Buatan
2. Bioinformatik
3. Keselamatan Siber
4. Sistem Pengurusan Maklumat
5. Pengkomputeran Awan
6. Kejuruteraan Komputer
7. Analisis Data / Sains Data
8. Internet of Things (IOT)
9. Pengkomputeran Rangkaian
10. Pengaturcaraan
11. Kejuruteraan Perisian
12. Keselamatan Komputer
13. Pembangunan Permainan Komputer

1. Arkitek
2. Arkitek Dalaman
3. Rekabentuk Dalaman
4. Tinjauan Kuantiti

1. Sains Aktuari
2. Perbankan & Kewangan
3. Perbankan & Pelaburan
4. Kejuruteraan Kewangan
5. Teknologi Kewangan
6. Perbankan Islam & Kewangan
7. Perakaunan
8. Pengurusan Risiko

Page 4 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

Bilangan Bidang Pengajian Skop Bidang Pengajian
7. Sains Perubatan
1. Farmasi
8. 2. Pemulihan Perubatan Sukan
Keselamatan Makanan 3. Sains Veterinar
4. Kejuruteraan Genetik
9. 5. Kepakaran – Pakar Kardio, Pakar
Pengangkutan
Onkologi, Pakar Radiologi, Pakar
Dermatologi
6. Sains Biomedik
7. Teknologi Makmal Perubatan
8. Pengimejan Perubatan
9. Perubatan
10. Kejururawatan
11. Fisioterapi

1. Pertanian
2. Sains Marin Akuatik
3. Bioteknologi
4. Sains Pemakanan dengan Nutrisi
5. Teknologi Biji Benih
6. Teknologi Herba

1. Motorsikal / Automotif / Kenderaan
Berat / Keretapi / Kapal Terbang / Kapal

2. Rekabentuk Motorsikal / Auto
3. Keselamatan
4. Pelepasan
5. Elektrik
6. Bunyi Bising / Getaran / Kekerasan
7. Elektronik Kenderaan
8. Ketahanan
9. Bahan
10. Pengeluaran Reka Bentuk Bahagian
11. Penyelenggaraan
12. Pengujian

Page 5 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

5. Saya bukan pelajar di IPMA, bolehkah saya memohon IESP?
Tawaran melanjutkan pengajian melalui skim IESP hanya diberikan kepada graduan cemerlang
yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma atau Sijil Profesional di IPMA seperti
Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Kolej Poly-Tech
MARA (KPTM), Kolej Profesional MARA (KPM), German Malaysian Institute (GMI), Kolej
Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut
Kemahiran MARA (IKM) sahaja.

6. Di manakah pelajar skim IESP akan melanjutkan pengajian?

Tawaran melanjutkan pengajian skim IESP Luar Negara bergantung kepada universiti yang
tersenarai seperti di Amerika Syarikat, Australia, Denmark, Jepun, Jerman, Ireland, Kanada,
New Zealand, United Kingdom, Perancis, Russia, Singapura dan Korea Selatan.

Bagi tawaran melanjutkan pengajian skim IESP Dalam Negara pula bergantung kepada 20
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), 3 buah
Universiti Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Universities) seperti Universiti Teknologi
Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia serta IPMA seperti Universiti
Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan German Malaysian
Institute (GMI).

Bagi tawaran melanjutkan pengajian skim IESP Dalam Negara Profesional Akauntan Bertauliah
ACCA pula seperti Sunway TES dan INTEC Education College, iaitu pusat pengajian yang
diiktiraf berstatus Platinum.

7. Adakah pihak MARA yang akan mencarikan tempat pengajian lanjutan kepada saya untuk
meneruskan skim IESP?
Tidak, pelajar sendiri yang akan membuat permohonan pengajian lanjutan ke institusi
pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara mengikut bidang.

8. Bolehkah saya memohon IESP sekiranya ibu / bapa / penjaga / penjamin serta saya telah
disenaraihitamkan oleh MARA?

Tidak boleh. Ibu, bapa, penjaga dan penjamin perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pelajar
dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA
sebelum memohon IESP.

Page 6 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

9. Mengapakah saya tidak boleh memohon IESP di dalam sistem setelah membuat pemutihan
(bayaran) akibat senarai hitam?
Pelajar hanya boleh membuat permohonan IESP di dalam sistem selepas 24 jam dari tempoh
bayaran kepada Bahagian Kawalan Kredit MARA dibuat. Pelajar dinasihatkan segera membuat
pemutihan sebelum sistem permohonan ditutup mengikut tarikh dan waktu yang telah
ditetapkan.

10. Sekiranya permohonan telah ditutup, adakah saya boleh memohon secara manual
menggunakan surat permohonan?
Tiada permohonan secara manual dibenarkan.

11. Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba
untuk memohon, adakah dibenarkan?
Pelajar dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat
permohonan. Hanya pelajar yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan
untuk ditawarkan skim IESP.

12. Adakah saya perlu menduduki proses temu duga selepas memohon?
Semua pelajar yang melibatkan program skim IESP Luar Negara sahaja akan melalui proses
temu duga. Sebarang maklumat berkaitan sesi temu duga dan kaedah temu duga yang
dilaksanakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui e-mel kepada pelajar dari semasa ke
semasa.

13. Adakah saya perlu menghantar borang atau apa-apa dokumen selepas membuat
permohonan?
Tidak perlu.

14. Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan IESP?
Pelajar akan dihubungi oleh Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA melalui e-mel berkenaan
tindakan selanjutnya.

Page 7 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

15. Apakah jenis elaun yang akan saya perolehi sekiranya saya menerima skim IESP?

Pelajar skim IESP Luar Negara akan ditanggung sepenuhnya yuran pengajian di universiti,
bayaran pendahuluan pasport dan visa pengajian akan dibayar semula oleh MARA serta
menerima elaun seperti Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Pakaian
Panas, Elaun Penempatan, Elaun Akhir Pengajian, Elaun Tesis, Elaun Latihan Amali dan Tiket
Penerbangan.

Pelajar skim IESP Dalam Negara akan ditanggung sepenuhnya yuran pengajian di universiti
serta menerima elaun seperti Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Pakaian
Panas, Elaun Penempatan, Elaun Akhir Pengajian, Elaun Tesis, Elaun Latihan Amali dan Tiket
Penerbangan (Pelajar Sabah, Sarawak & Labuan sahaja).

16. Sekiranya saya ingin memohon kemasukan ke universiti luar negara melalui IESP, saya perlu
mendahulukan bayaran yuran untuk menduduki peperiksaan IELTS. Adakah pihak MARA
akan membayar semula bayaran yuran IELTS berkenaan sekiranya saya lulus dengan
mendapat Band 6.5 seperti yang telah disyaratkan?

Ya, pihak MARA akan membayar semula bayaran menduduki peperiksaan IELTS bagi pelajar
yang mendapat keputusan peperiksaan Band 6.5 seperti yang disyaratkan dan pelajar perlu
mendaftar di universiti luar negara berkenaan.

17. Saya telah mengambil peperiksaan IELTS untuk kali pertama namun gagal menepati syarat
yang ditetapkan oleh pihak MARA bagi skim IESP Luar Negara. Bolehkah saya diberi peluang
untuk menduduki peperiksaan IELTS semula sehingga mendapat keputusan seperti yang
disyarat?

Pelajar diberi peluang untuk menduduki peperiksaan IELTS sehingga mendapat keputusan
Band 6.5 namun dengan perbelanjaan pelajar sendiri. Pelajar diminta untuk menghubungi
Jawatankuasa Pelaksana IESP melalui e-mel [email protected] untuk memaklumkan
berkenaan dengan keinginan untuk menduduki semula peperiksaan IELTS.

18. Sekiranya saya tidak berjaya mendapat keputusan IELTS Band 6.5 bagi skim IESP Luar
Negara, adakah MARA boleh mempertimbangkan permohonan saya untuk skim IESP Dalam
Negara?

Pihak Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA akan berbincang terlebih dahulu dengan pelajar
berkenaan dengan penempatan pelajar bagi skim IESP Dalam Negara sama ada ditempatkan di
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Universiti
Berkaitan Kerajaan atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Page 8 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

19. Apakah perbezaan skim IPMA Excellent Students’ Programme (IESP) dengan skim Tertiary
Education Sponsorship Programme (TESP) yang ditawarkan oleh Bahagian Penganjuran
Pelajaran MARA?

Soalan Perbezaan IESP TESP

1. Siapakah layak Hanya graduan lepasan Institusi Graduan lepasan Asasi /
memohon atau Pendidikan MARA (IPMA) dengan Matrikulasi / Persediaan /
ditawarkan keputusan peperiksaan yang Diploma / STPM dan setaraf
program cemerlang mengikut kategori boleh memohon skim TESP.
berkenaan? bidang Teknikal atau Bukan
Teknikal atau Profesional akan Penuntut di IPTA / IPTS
ditawarkan skim IESP. yang sedang melanjutkan
pengajian juga dibenarkan.

2. Adakah Skim IESP menawarkan pengajian Skim TESP hanya
ditawarkan ke peringkat Ijazah Pertama atau menawarkan pengajian ke
hanya IPTA / bidang Profesional di dalam negara peringkat Ijazah Pertama di
IPTS dalam dan juga luar negara. IPTA dan IPTS dalam negara
negara? sahaja.
IESP
Soalan Perbezaan TESP
Pengajian Luar Negara
3. Apakah syarat Pengajian Dalam Negara
kelayakan IESP Bidang Teknikal : CGPA 3.75 dan ke
dan TESP? atas. CGPA 2.75 dan ke atas.

Bidang Bukan Teknikal : CGPA 3.90 Lulus dengan Kepujian bagi
dan ke atas. subjek Bahasa Melayu
dalam peperiksaan Sijil
IELTS Band 6.5 dan ke atas. Pelajaran Malaysia (SPM).

Mendapat pengecualian kredit
sekurang-kurangnya 1 semester
atau 1 tahun pengajian.

Pengajian Dalam Negara

Bidang Teknikal : CGPA 3.65 dan ke
atas.

Page 9 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

Bidang Bukan Teknikal : CGPA 3.75
dan ke atas.

MUET Band 3 dan ke atas untuk
pengajian ke IPTA sahaja.

Pengajian Profesional ACCA

CAT sekurang-kurangnya 60%;

CGPA 3.80 dan ke atas bagi
pengajian dalam negara;

CGPA 3.90 dan ke atas bagi
pengajian luar negara.

Pengecualian 3 kertas peperiksaan.

Mendapat tawaran daripada
Approved Learning Partner (ALP)
yang berstatus Platinum.

Program ditawarkan sehingga pelajar
mendapat keahlian atau Certified
Accountant daripada ACCA (syarat
pengurangan bayaran balik pinjaman).

Soalan Perbezaan IESP TESP
Skim IESP merupakan Pinjaman Skim TESP merupakan
4. Adakah IESP Boleh Ubah (PBU) dan bukannya Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
atau TESP ini Biasiswa. dan bukannya Biasiswa.
pinjaman
pelajaran atau IESP TESP
biasiswa? Boleh emelkan kepada Boleh emelkan kepada
[email protected] [email protected]
Soalan Perbezaan

5. Bagaimana saya
ingin
menghubungi
Pentadbir IESP
atau TESP?

Page 10 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

20. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin menolak tawaran IESP ini?
Pelajar perlu menyatakan secara bertulis dengan mengemukakan surat rasmi kepada
Jawatankuasa Pelaksana IESP dan menghantar melalui e-mel rasmi [email protected].

21. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin memohon penangguhan tawaran IESP
ini?
Pelajar perlu menyatakan secara bertulis dengan mengemukakan surat rasmi permohonan
penangguhan tawaran IESP kepada Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dan
menghantar melalui e-mel rasmi [email protected].

22. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin menerima tawaran IESP ini?
Pelajar perlu melengkapkan maklumat butiran peribadi, memuat naik maklumat surat tawaran
daripada universiti, keputusan peperiksaan MUET atau peperiksaan IELTS di dalam Sistem IESP.
Setelah maklumat yang dikehendaki dilengkapkan, pelajar perlu membuat pengisytiharan
menerima tawaran IESP.
Pelajar akan dihantar dokumen perjanjian penerimaan tawaran skim IESP melalui emel. Setelah
dokumen perjanjian penerimaan tawaran skim IESP dilengkapkan, pelajar perlu menghantar
dokumen perjanjian penerimaan tawaran skim IESP kepada Bahagian Penganjuran Pelajaran
MARA melalui surat berdaftar.

23. Setelah saya menamatkan pengajian IESP, apakah yang sepatutnya saya lakukan?
Pelajar perlu melaporkan diri kepada Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dengan
mengemukakan Ijazah serta Transkrip rasmi.
Pelajar seterusnya membuat permohonan pengurangan bayaran balik secara atas talian
kepada Bahagian Kawalan Kredit MARA melalui laman sesawang Sistem Permohonan
Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA di alamat
https://econversion.mara.gov.my/.

24. Adakah saya terikat untuk bekerja dengan MARA selepas menamatkan pengajian skim IESP?
Pelajar skim IESP tidak terikat untuk bekerja dengan pihak MARA.

Page 11 of 12

Soalan Lazim Program Pelajar Cemerlang IPMA Excellent Students’ Programme (IESP)

25. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarang pertanyaan
lanjut?

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-

Telefon : 03-261 32117 / 32019 / 32093 / 34074 / 34075 /
Email : [email protected]

Page 12 of 12


Click to View FlipBook Version