The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KENALI MELAKA, ZIARAHI MELAKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilla_bella98, 2022-01-14 10:52:45

e-MAJALAH

KENALI MELAKA, ZIARAHI MELAKA

Jela
jah

MELAKA
EDISI 1 | JANUARI 2022

MELAKA
BANDARAYA BERSEJARAH

IKON PELANCONGAN JELAJAH MALAM KENALI MAKANAN
NEGERI MELAKA: MELAKA: YANG MENARIK DI
KOTA A FAMOSA
MELAKA RIVER CRUISE MELAKA

ISI KANDUNGAN

1 TINTA MAKANAN YANG
EDITOR 5 MENARIK DI

MELAKA

SEJARAH BERITA
2 MELAKA 7 SEMASA

JELAJAH 9 RUANGAN
3 MALAM KREATIF

MELAKA 11 RUANGAN
IKLAN

JAN 2021 EDISI 1

MAJALAH MELAKA

Editor

EDITOR 1 EDITOR 2 EDITOR 3
NURSYAWALNI BINTI MUHAMMAD FADHIL BIN MAWADDAH HANI

ROSLAN SHARUDIN BINTI SAYUTI

262467 265062 273278

EDITOR 4 EDITOR 5 EDITOR 6

NURUL FARHANA BINTI MUHAMMAD ANWAR NOR ZARITH SOFEA
ABDULLAH NAQIUDDIN BIN SHUHAIMI BINTI ISMAIL SHAH
262590
264686 273247

TINTA EDITOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah,
rahmat dan kurnianya. Buat pertama kalinya, majalah
ini dapat diterbitkan di dalam bentuk e-majalah yang
akan menemui para pembaca.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

diucapkan kepada semua editor majalah ini dan Dr

Marzalina sebagai penasihat majalah ini yang tidak

jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk kami

menjayakan penerbitan majalah ini.

Majalah ini merupakan sebuah majalah pelancongan
yang akan memfokuskan tempat-tempat menarik yang
boleh dilawati pelancong dari Malaysia sendiri
ataupun pelancong dari negara lain. Setiap keluaran
edisi majalah ini akan memfokuskan kepada tempat
yang berlainan.

Disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda

Malaysia telah menjejaskan industri pelancongan

Malaysia, banyak hotel dan inap desa (homestay) tidak

dapat beroperasi seperti biasa. Tidak terkecuali juga

peniaga-peniaga yang beroperasi di kawasan

pelancongan juga turut terjejas kerana tiada sebarang

aktiviti pelancongan sepanjang tempoh perintah

kawalan pergerakan (PKP).

Oleh itu, kami cuba membantu para pengusaha

industri pelancongan Malaysia dengan cara

mempromosikan tempat-tempat yang menarik di

Melaka ini. Kami berharap dengan cara ini dapat

membantu meningkatkan jumlah pelancong dan ia

secara langsung dapat meningkatkan ekonomi rakyat

tempatan.

WANI

1 KETUA EDITOR

MELAKA, MALAYSIA

OLEH: MAWADDAH HANI BINTI SAYUTI

SEJARAH TEMPAT PELANCONGAN

SEJARAH: KAMPUNG MELAYU ASLI MELAKA:
MELAKA KAMPUNG MORTEN
DAHULU KALA
Kampung Morten dinamakan sempena nama J.F Morten,
P arameswara atau lebih dikenali K
sebagai Raja Iskandar Syah, serorang pesuruhjaya Tanah. Ia dianggap sebagai “Muzium Hidup” kerana
bangsawan Srivijaya dari Palembang ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup tradisional
telah mengasaskan Melaka. Beliau dan terdapat lebih daripada 50 buah rumah tradisional yang
menamakan tempat itu berdasarkan mempunyai rekaan rumah yang unik dan tersendiri.
pokok yang disandarnya, iaitu Melaka. Antara tarikan yang popular di perkampungan ini ialah Villa
Sentosa kerana keunikannya dan barangan antik yang berada di
dalam rumah ini.

Parameswara bekerjasama dengan
Kerajaan Ming dari negeri Cina untuk
mendapatkan perlindungan daripada
musuhnya terutamanya Siam dan
Majapahit. Pada tahun 1403, Melaka
telah memberi pengakuan dan
pengiktirafan ke atas kemaharajaan
negeri Cina.

Melaka pada awalnya hanya sebuah TEMPAT PELANCONGAN
perkampungan nelayan, namun telah
berkembang pesat menjadi sebuah IKON PELANCONGAN NEGERI MELAKA:
pusat perdagangan emtrepot dan KOTA A FAMOSA
Berjaya menarik ramai pedagang Kejatuhan Kota A’Famosa boleh dilihat selepas
asing untuk berdagang di Melaka
kerana kedudukannya yang strategik Percutian ke Bandaraya Melaka tidak Belanda mengambil alih Kota Melaka dan
Ia menjadikan Melaka maju dalam lengkap tanpa melihat ikon pelancongan menjadikan kubu ini sebagai benteng pertahanan.
perkembangannya kedudukannya dari Pada 1795 & atas persetujuan dua pihak Belanda &
segi ilmu alamnya. utama negeri Melaka, Jka anda datang ke British, Belanda terpaksa menyerahkan Kota Melaka
secara sementara kepada British. Kubu ini
Melaka telah diiktiraf sebagai Tapak sini, Anda harus memahami terlebih dahulu
Warisan Dunia oleh Jawatankuasa
Warisan Dunia pada sesi ke-32 pada mengapa Kota A'Famosa adalah bangunan diletupkan pada era British bagi mengelakkan
tahun 2008. Majlis penyerahan
Watikah Pengiktirafan Kerajaan Negeri paling popular dan sering menjadi ikon di Belanda menggunakannya sebagai benteng
Melaka telah diadakan pada 7 Julai poskad dan setem negeri Melaka. pertahanan.
2008 yang lalu. Kota A Famosa merupakan kubu tentera Pada zaman kegemilangannya, bandar persegi itu
Portugis yang berjaya dibina pada tahun 1511 mempunyai 8 menara kawalan dan menara ini
atas arahan Alfonso de Albuquerque. yang mempunyai ketinggian yang sama dengan
membawa makna ‘Yang Termasyur’. Ia bangunan 4 tingkat. Akan tetapi, apa yang tinggal
berfungsi sebagai kubu sementara bagi sekarang ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul.
menangkis serangan daripada penduduk. ·Lokasi: Bersebelahan dengan Gareja St Paul &
Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

2

Jelajah Malam

Melaka
Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada
orang ramai, anda boleh menaiki Melaka River Cruise.

Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak Sangat seronok !
kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka Pemandangan pada
yang berkuasa. Ia telah menarik pedagang seluruh waktu malam juga
dunia untuk datang berniaga dan berdagang di negeri
Melaka. Apa yang lebih mengagumkan ialah ia telah cantik dan
mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menakjubkan !
menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.

Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian
besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang
kisah silamnya yang gemilang dan kaya. Cara terbaik
untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam ialah
dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki
sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik
lagi mempersonakan.

3

M elaka River Cruise ini sentiasa
menjadi tarikan utama di
Melaka. Kelebihan Melaka
River Cruise ini adalah, anda
boleh memilih untuk naik
pada waktu siang atau malam
kerana ia beroperasi seawal
jam 9 pagi.

Cruise ini akan bermula dari

Jeti Muara, kemudian ia akan

berhenti sebentar di Jeti

Tanah Rempah dan selepas

itu berpatah balik ke Jeti

Tanah Rempah dimana ia

berakhir. Ini adalah cara yang

paling sesuai untuk

menikmati pemandangan

Bandar Melaka.

Waktu operasi: 9.00 pagi – 11.30 malam

Harga Tiket:
Dewasa (Warganegara) - RM 25.00
Kanak-kanak (Warganegara) - RM 15.00
Dewasa (Pelancong Asing) - RM 30.00
Kanak-kanak (Pelancong Asing) - RM25.00

4

JELAJAH MELAKA

Negeri Bersejarah Melaka

bukan sahaja terkenal

KENALI MAKANAN sebagai tapak warisan
sejarah dunia yang menjadi
tumpuan pelancong dalam &

YANG MENARIK luar negara, bahkan turut
mempunyai banyak destinasi

makanan yang menarik

DI MELAKA untuk anda cuba.

Oleh: Nor Zarith Sofea Binti Ismail Shah

A sam pedas memang terkenal di
Melaka. Sebut sahaja asam
pedas pasti semua orang tahu

ianya popular di Melaka.

Resepi untuk memasaknya

juga tidaklah terlalu rumit dan

tidak pula terlalu mudah.

Kebiasaannya, masakan asam

pedas bukan sahaja

dihidangkan untuk keluarga di

rumah malah, masakan ini juga

terdapat di kedai-kedai makan,

restoran, dan di hotel-hotel

yang terkemuka di negeri

Melaka. Menu asam pedas ini

bukan sahaja disukai oleh

penduduk di negeri Melaka,

bahkan pelancong dari dalam

dan luar negara juga meminati

masakan asam pedas ini.

Jika anda baru pertama kali
bercuti ke Melaka, menu asam
pedas Melaka adalah wajib
untuk anda cuba. Antara
restoran yang sentiasa menjadi
pilihan pengunjung ialah
Restoran Asam Pedas Selera
Kampung.

5

JELAJAH MELAKA

Kuih keria antarabangsa

adalah salah satu makanan

yang sering dicari oleh

pengunjung-pengunjung yang

datang bercuti di Melaka.

Pada waktu cuti sekolah atau

cuti umum, ramai orang tidak

melepaskan peluang untuk

merasai keunikan kuih keria

antarabangsa ini. Kedai kuih

keria yang paling terkenal di

Melaka ini tentulah Keria

Antarabangsa Limbongan

Hajah Rahmah. Kuih keria di

sini memang sudah tidak

perlu diperkenalkan lagi

kerana sentiasa menjadi Rasa kuih keria ini sangat sedap ! Kuih

pilihan pengunjung pada keria ini sangat berbaloi untuk dicuba

setiap hari ! walaupun terpaksa beratur panjang.

Coconut shake merupakan satu menu
minuman santai yang sentiasa menjadi
tumpuan dan tarikan pengunjung di Melaka.
Rasa coconut shake tidak dapat dinafikan
sangat enak kerana kisaran coconut
shakenya tidak terlalu halus & ditambah pula
dengan aiskrim vanilla, memang sungguh
menyamankan. Meskipun terdapat banyak
gerai yang menjual coconut shake, namun
gerai Klebang Original Coconut Shake
sentiasa menjadi buruan orang ramai. Lokasi
kedai ini juga mempunyai ruangan yang
agak besar serta terdapat juga menu
makanan lain yang boleh anda cuba untuk
mengisi perut seperti nasi lemak, mee
goreng dan sebagainya.

6

BERITA SEMASA

SEKTOR PELANCONGAN MELAKA MULA

DIBUKA SEMULA


Produk pelancongan yang

akan dibuka ialah zoo,

ladang, akuarium,

snorkeling, selam skuba,

pelancongan memancing,

taman rekreasi, sukan lasak

dan taman semula jadi.

Selain itu, katanya premis

hasil seni, budaya dan

warisan seperti muzium,

perpustakaan,

Perkampungan Hang Tuah,

galeri seni, pusat dan

kampung seni warisan

budaya dan pentas

persembahan budaya,

taman tema serta pusat

hiburan keluarga turut

dibenarkan beroperasi.

7

Perkampungan Rumah Hang Tuah
Berwajah Baharu

Bagi mereka yang mahu merasai
suasana kehidupan zaman
kepahlawanan Hang Tuah Lima
Bersaudara, impian tersebut boleh
direalisasikan dengan berkunjung
ke Perkampungan Hang Tuah di
Kampung Duyong yang kini diberi
wajah baharu.

Pengurus Besar Perbadanan
Muzium Melaka (Perzim), Mohd
Nasruddin Rahman berkata,
bermula 1 Februari ini, empat
rumah sahabat Hang Tuah iaitu
Rumah Hang Jebat, Rumah Hang
Kasturi, Rumah Hang Lekir dan
Rumah Hang Lekiu akan dibuka
kepada orang ramai dengan konsep
dan keunikan tersendiri.

Menurutnya, penjenamaan semula
empat rumah pahlawan pada era
kegemilangan Kesultanan Melaka
itu dilakukan dengan kerja-kerja
membaiki, membersihkan serta
memasukkan bahan pameran.

"Rumah-rumah ini ditutup agak
lama. Jadi banyak yang perlu kita
buat termasuklah menampilkan
konsep pameran baharu agar dapat
menarik lebih ramai pengunjung ke
sini, kita jangka semuanya akan
siap dalam minggu hadapan,”
katanya ketika ditemui Bernama.

Mohd Nasruddin berkata, koleksi
senjata tradisional seperti keris dan
tombak akan dipamerkan di Rumah
Hang Jebat manakala Rumah Hang
Kasturi akan mempamerkan koleksi
pakaian tradisional masyarakat di
Melaka seperti Melayu serta Baba
dan Nyonya.

8 Editor: Nurul Farhana Abdullah

Ruangan Kreatif

DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA TOKOH TERBILANG KESULTANAN
MELAYU MELAKA
Di atas runtuhan Melaka lama,
Penyair termenung seorang diri, Tersebutlah kisah negeri Melaka,
Ingat Melayu kala jayanya, Sultan, Bendahara, Laksamana tercinta,
Pusat kebesaran nenek bahari. Memerintah negeri aman sentosa,
Tersohorlah sudah seluruh dunia.
Awan berarak mentilau bernyanyi,
Murai berkicau bayu merayu, Sultan Melaka memerintah negeri,
Kenang melayang ke alam sunyi, Penuh adil lagi bestari,
Teringat zaman yang lama lalu. Melaka menarik dagang senteri,
Hingga tersohor ke sana sini.
Di sini dahulu alat kebesaran,
Adapt resam teguh berdiri, Bendahara pula pentadbir utama,
Duduk semayam Yang Dipertuan, Menasihati Sultan penuh bijaksana,
Melimpahkan hukum segenap negeri. Mengetuai perang menentang durjana,
Juga memastikan keselamatan raja.
Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah,
Satria moyang Melayu jati, Laksamana pula pantang derhaka,
Jaya perkasa, gagah dan mewah, Melaksana tugas untuk Melaka,
‘Tidak Melayu hilang di bumi’. Menjadi pengawal untuklah raja,
Menyelamat Melaka dari bahaya.
Di sini dahulu payung terkembang,
Megah Bendahara Seri Maharaja,
Bendahara yang cerdik tumpuan
dagang,
Lubuk budi laut bicara.

HAMKA.

LOKASI: PANTAI PUTERI, MELAKA 9

Ruangan Kreatif

MELAKA NEGERI BERSEJARAH

Si bunga seroja si bunga cempaka,
Dipakai oleh anak dara jelita,
Siapa tak kenal Negeri Melaka,
Negeri bersejarah di Malaysia tercinta.
Dato' Parameswara pembuka bicara,
Melihat sang kancil bersama anjingnya,
Pohon Melaka bermula segalanya,
Sejarah terpahat selamanya,
Pahlawan Melaka lima bersaudara,
Sanggup bermatian untuk raja tercinta,
Baba dan nyonya janganlah dilupa,
Satu Malaysia di bumi Melaka.
Melaka negeri penuh budaya,
Khazanah bangsa tidak terkira,
Sejarah Melaka kebanggaan negara,
Warisan dunia sama dijaga

LOKASI: PANTAI TANJUNG BIDARA

10

RUANGAN

IKLAN

Editor: Muhammad Fadhil Sharudin

Makanan terbaik!!! 11

Ruangan Iklan

tempat menarik!!! 12

Ruangan Iklan

penginapan terbaik!!! 13

Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia

SBLM 1023
Kumpulan 4
Universiti Utara Malaysia



www.jelajahmelaka.com


Click to View FlipBook Version