Mencari
Wajah Sebenar
FARHANA ABDULLAH
262590
Pada suatu masa dahulu, ada tiga orang budak
yang tiada wajah tinggal di sebuah istana.
Wajah mereka telah dicuri oleh ahli sihir bayang-
bayang. Ahli sihir itu tidak suka akan kegembiraan.
Ada seorang budak yang tersenyum tetapi
memakai topeng, puteri yang tidak beremosi
yang memakai tin kosong dan budak lelaki
yang terperangkap di dalam kotak.
Oleh kerana wajah mereka telah dicuri jadi mereka
hidup tanpa sebarang perasaan.
Mereka tidak memahami isi hati mereka sendiri.
Kehidupan mereka dipenuhi dengan salah faham dan
pertengkaran sahaja.
“Jika kita nak hidup gembira dan bahagia
tanpa sebarang pergaduhan, kita perlu
keluar mencari semula wajah kita yang
dicuri.” kata lelaki yang terperangkap di
dalam kotak.
Cadangan itu telah diterima oleh puteri tidak beremosi dan
budak lelaki yang memakai topeng.
Demi mencari wajah mereka, mereka telah mengambil
keputusan untuk mengembara.
Mereka menaiki sebuah karavan untuk mengembara.
Sepanjang pengembaraan tersebut, mereka menemui
pelbagai jenis ragam manusia.
Mereka merasakan kehidupan mereka lebih lengkap.
Mereka dapat melihat pelbagai jenis ragam manusia
sepanjang perjalanan mereka.
Pengembaraan demi pengembaraan mendatangkan pelbagai
perasaan. Mereka mengembara dalam rasa ketakutan, keresahan
dan kebimbangan. Mereka amat risau.
Kemungkinan mereka tidak dapat menemukan wajah mereka untuk
selama-lamanya.
Namun mereka tekad menginginkan kehidupan yang
sempurna dengan wajah mereka sendiri. Mereka yakin
untuk kuat dan bersemangat. Mereka pasti mereka
akan menemukan wajah mereka. Wajah yang telah
dicuri oleh ahli sihir yang jahat itu.
Pengembaraan tersebut telah dimulakan dengan mencari ahli
sihir yang jahat itu.
Sepanjang penggembaraan tersebut, macam-macam kejadian
yang menarik telah berlaku.
Di sebuah kawasan bendang yang lapang, seekor ibu serigala
terduduk lesu sambil menangis teresak-esak. Mereka saling tertanya-
tanya akan keadaan ibu serigala tersebut.
Jadi budak bertopeng bertanya dengan penuh kerisauan, “Kenapa
kamu menangis, wahai ibu serigala? Ada sebarang kesusahan yang
kamu alami?”.
Melihat ibu serigala yang telah kekeringan air mata mencari anaknya
yang hilang.
Ibu serigala masih menyalahkan dirinya atas kecuaiannya.
Budak lelaki bertopeng itu serta-merta mengalirkan air mata tanpa
disedarinya.
Budak itu seolah-olah memahami perasaan ibu serigala tersebut.
“Saya telah keluar mencari makanan bersama anak saya.
Namun setelah saya tersedar, anak saya telah tiada
bersama saya lagi. Anak saya telah di hilang di tengah-
tengah kawasan bendang ini.”
Jawab ibu serigala dengan sisa tangisan yang masih
kedengaran.
Kejadian ini telah disaksikan dengan sayu dan hiba oleh
puteri tidak beremosi dan budak berkotak.
Maka mereka mengambil keputusan untuk menghentikan
pengembaraan tersebut. Mereka ingin membantu ibu
serigala itu.
Dengan bantuan mereka, anak serigala telah ditemukan di hujung
kawasan bendang. Ibu serigala tersebut tersenyum gembira.
Ibu serigala itu telah berterima kasih kepada ketiga-tiga budak
tersebut atas bantuan yang mereka berikan.
Setelah itu, mereka bertiga meneruskan lagi pengembaran itu.
Namun dengan tiba-tiba, puteri tidak beremosi menjerit.
“Hentikan karavan ini!” Jeritan puteri tidak beremosi
kedengaran.
Budak bertopeng dengan muka yang terkejut berkata
“Kenapa? Ada apa?” Perjalanan kita masih jauh lagi.”
“Lihat ada badut tanpa pakaian sedang menari di taman
bunga yang berduri itu.” Kata puteri tidak beremosi.
Mereka bertiga melihat badut tersebut sedang menari di
taman bunga berduri.
Oleh kerana badut itu menari di taman bunga yang berduri, mereka
melihat ada luka-luka kecil di badan badut itu.
Puteri tidak beremosi terus turun dari karavan dan bertanya kepada
badut tersebut.
Oleh kerana badut itu menari di taman bunga yang berduri,
mereka melihat ada luka-luka kecil di badan badut itu.
Puteri tidak beremosi terus turun dari karavan dan bertanya
kepada badut tersebut.
“Kenapa awak begitu bersungguh menari dan membiarkan sahaja
duri-duri ini mencederakan diri awak?” ujar puteri tidak beremosi.
“Saya rasa ini saja cara untuk saya mendapatkan perhatian.
Namun, hakikatnya saya cuma mencederakan diri sendiri tanpa
siapa peduli.” Kata badut itu dengan muka yang sedih.
Tanpa berfikir panjang, puteri tidak beremosi terus melompat
masuk ke taman bunga berduri.
Dia mula menari bersama-sama dengan badut itu.
“Oleh kerana saya mempunyai tin kosong ini jadi duri-duri ini
tidak akan mencederakan saya.” Ujar puteri tidak beremosi
dengan penuh keyakinan.
Sambil melompat-lompat menari dikeliling bunga-bunga
berduri, tubuh si puteri yang kosong dan tak berisi telah
menghasilkan bunyi yang bingit.
Disebabkan bunyi yang bingit itu, orang ramai mula berkumpul.
Mereka saling bertepuk tangan sambil menyaksikan tarian
tersebut.
Dengan bantuan puteri tidak beremosi maka badut itu telah
mendapatkan perhatian yang dimahukan.
Jadi badut itu amat gembira kerana orang ramai telah mula
menyedari kehadiran dia di situ.
Dalam pengembaraan mereka ke destinasi yang baharu,
mereka akhirnya ditemukan semula dengan ahli sihir bayang-
bayang yang jahat tersebut.
Melihat kegigihan mereka, ahli sihir itu telah menculik budak
bertopeng yang menangis bagi menggantikan ibu serigala dan
puteri tidak beremosi yang menari bersama dengan badut tadi.
“Kini, kamu berdua akan terperangkap di sini tanpa
menemui lagi wajah gembira yang kamu mahukan.” Kata
ahli sihir bayang-bayang dangan tegas.
Mereka berdua telah dikurung di sebuah lubang yang kecil
dan gelap.
Namun, setelah beberapa hari, lelaki berkotak telah berjaya
menemukan lubang tersebut.
Dia juga menemui budak bertopeng dan puteri tidak
beremosi di situ.
Namun lubang itu terlalu kecil, sukar untuk lelaki itu hendak
memasuki lubang tersebut.
“Apa patut saya buat? Kalau saya nak masuk, saya perlu tanggalkan
kotak ini.” Kata lelaki berkotak itu dengan penuh kerisauan.
Pada sama yang sama, budak bertopeng bersuara.
“Jangan risau tentang kami. Pergilah selamatkan diri dahulu.” Kata
budak bertopeng dengan penuh yakin.
Mereka berdua risau kerana sebentar lagi ahli sihir itu akan
pulang daripada hutan.
Namun dengan beraninya, lelaki berkotak menanggalkan
kotak yang dipakainya. Lalu dia terus masuk ke lubang itu
untuk menyelamatkan mereka berdua.
Setelah melihat wajah comot lelaki berkotak tadi, mereka
berdua tertawa terbahak-bahak. Mereka terus dengan ketawa
tanpa hentinya.
Sehinggakan topeng yang dipakai oleh budak bertopeng turut
tertanggal dengan sendirinya. Begitu juga dengan puteri yang
tidak beremosi menanggalkan tin kosong yang melindungi
dirinya.
Mereka dapat melihat wajah mereka kembali setelah
mereka saling tertawakan antara satu sama lain.
Lelaki yang tidak lagi berkotak berkata dengan nada
yang teruja, “WAH! Saya gembira!”.
Daripada situ, mereka tahu bahawa wajah mereka tidak
pernah dicuri oleh ahli sihir bayang-bayang.
Tetapi mereka hanya takut untuk mencari kebahagian
dan kegembiraan yang mereka inginkan selama ini.
Jadi mereka yakin. Dengan adanya keberanian , mereka
pasti kehidupan mereka akan lebih bermakna dan
bahagia.
**TAMAT*