The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUSKRIP BUKU CERITA KANAK-KANAK (NURUL FARHANA ABDULLAH 262590)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilla_bella98, 2021-10-23 02:19:22

MENCARI WAJAH YANG SEBENAR

MANUSKRIP BUKU CERITA KANAK-KANAK (NURUL FARHANA ABDULLAH 262590)

MENCARI WAJAH YANG SEBENAR

Pada suatu masa dahulu, ada tiga orang budak yang tiada wajah tinggal di sebuah istana. Wajah
mereka telah dicuri oleh ahli sihir bayang-bayang. Ahli sihir itu tidak suka akan kegembiraan.

Ada seorang budak yang tersenyum tetapi memakai topeng, puteri yang tidak beremosi yang
memakai tin kosong dan budak lelaki yang terperangkap di dalam kotak.
Oleh kerana wajah mereka telah dicuri jadi mereka hidup tanpa sebarang perasaan. Mereka tidak
memahami isi hati mereka sendiri. Kehidupan mereka dipenuhi dengan salah faham dan
pertengkaran sepanjang masa.
“Jika kita nak hidup gembira dan bahagia tanpa sebarang pergaduhan, kita perlu keluar mencari
semula wajah kita yang dicuri.” kata lelaki yang terperangkap di dalam kotak.

Cadangan itu telah diterima oleh puteri tidak beremosi dan budak lelaki yang memakai topeng.
Demi mencari wajah mereka, mereka telah mengambil keputusan untuk mengembara. Mereka
menaiki sebuah karavan untuk mengembara.

Sepanjang pengembaraan tersebut, mereka menemui pelbagai jenis ragam manusia. Mereka
merasakan kehidupan mereka lebih lengkap. Mereka mampu melihat pelbagai jenis ragam manusia
sepanjang perjalanan mereka.

Namun begitu, pada masa yang sama, mereka sangat takut akan halangan yang mereka bakal
tempuhi. Mereka berjanji akan bersama-sama menjaga antara satu sama lain sepanjang
pengembaraan tersebut.
Pengembaraan demi pengembaraan mendatangkan pelbagai perasaan dalam diri mereka. Mereka
mengembara dalam ketakutan, keresahan dan kebimbangan. Mereka risau jika mereka tidak dapat
menemukan wajah mereka untuk selama-lamanya.
Namun mereka tekad menginginkan kehidupan yang sempurna dengan wajah mereka sendiri.
Mereka yakin untuk kuat dan bersemangat dalam pengembaraan tersebut. Mereka pasti mereka
akan menemukan wajah mereka yang telah dicuri oleh ahli sihir yang jahat itu.

Pengembaraan tersebut telah dimulakan dengan mencari ahli sihir yang jahat itu. Namun begitu,
sepanjang penggembaraan tersebut, bermacam kejadian yang menarik telah berlaku.

Di sebuah kawasan bendang yang lapang, seekor ibu serigala terduduk lesu sambil menangis
teresak-esak. Mereka saling tertanya-tanya akan keadaan ibu serigala tersebut.

Jadi budak bertopeng bertanya dengan penuh kerisauan, “Kenapa kamu menangis, wahai ibu
serigala? Ada sebarang kesusahan yang kamu alami?”.

“Saya telah keluar mencari makanan bersama anak saya. Namun setelah saya tersedar, anak saya
telah tiada bersama saya lagi. Anak saya telah di hilang di tengah-tengah kawasan bendang ini.”
Jawab ibu serigala dengan sisa tangisan yang masih kedengaran.

Melihat ibu serigala yang telah kekeringan air mata mencari anaknya yang hilang dan masih
menyalahkan dirinya atas kecuaiannya.

Budak lelaki bertopeng itu serta-merta mengalirkan air mata tanpa disedarinya. Budak itu seolah-
olah memahami perasaan ibu serigala tersebut.

Kejadian ini telah disaksikan dengan sayu dan hiba oleh puteri tidak beremosi dan budak berkotak.
Maka mereka mengambil keputuan untuk menghentikan pengembaraan tersebut dan membantu
ibu serigala itu.

Dengan bantuan mereka, anak serigala telah ditemukan di hujung kawasan bendang tersebut
dengan wajah yang gembira. Ibu serigala itu telah berterima kasih kepada ketiga-tiga budak
tersebut atas bantuan yang mereka berikan.

Setelah itu, mereka bertiga meneruskan lagi pengembaran itu tanpa siapa tahu pengakhirannya.

Namun dengan tiba-tiba, puteri tidak beremosi menjerit.

“Hentikan karavan ini!” Jeritan puteri tidak beremosi kedengaran.

Budak bertopeng dengan muka yang terkejut berkata “Kenapa? Ada apa?” Perjalanan kita masih
jauh lagi.”

“Lihat ada badut tanpa pakaian sedang menari di taman bunga yang berduri itu.” Kata puteri tidak
beremosi.

Mereka bertiga melihat badut tersebut sedang menari di taman bunga berduri. Oleh kerana badut
itu menari di taman bunga yang berduri, mereka melihat ada luka di badan badut itu.

Puteri tidak beremosi terus turun dari karavan dan bertanya kepada badut tersebut.

“Kenapa awak begitu bersungguh menari dan membiarkan sahaja duri-duri ini mencederakan diri
awak?” ujar puteri tidak beremosi.

“Saya rasa ini saja cara untuk saya mendapatkan perhatian. Namun, pada hakikatnya saya cuma
mencederakan diri sendiri tanpa siapa peduli.” Kata badut itu dengan muka yang sedih.

Tanpa berfikir panjang, puteri tidak beremosi terus melompat masuk ke taman bunga berduri dan
mula menari bersama-sama dengan badut itu.

“Oleh kerana saya mempunyai tin kosong ini jadi duri-duri ini tidak akan mencederakan saya.”
Ujar puteri tidak beremosi dengan penuh keyakinan.
Sambil melompat-lompat menari dikeliling bunga-bunga berduri, tubuh si puteri yang kosong dan
tak berisi telah menghasilkan bunyi yang bingit.
Disebabkan bunyi yang bingit itu, orang ramai mula berkumpul. Mereka saling bertepuk tangan
sambil menyaksikan tarian tersebut.

Dengan bantuan puteri tidak beremosi maka badut itu telah mendapatkan perhatian yang
dimahukan. Jadi badut itu amat gembira kerana orang ramai telah mula menyedari kehadiran dia
di situ.
Setelah itu, mereka meneruskan lagi pengembaraan mereka untuk mencari ahli sihir tersebut.

Dalam pengembaraan mereka ke destinasi yang baharu, mereka akhirnya ditemukan semula
dengan ahli sihir bayang-bayang yang jahat tersebut.
Melihat kegigihan mereka, ahli sihir itu telah menculik budak bertopeng yang menangis bagi
menggantikan ibu serigala dan puteri tidak beremosi yang menari bersama dengan badut tadi.
“Kini, kamu berdua akan terperangkap di sini tanpa menemui lagi wajah gembira yang kamu
mahukan.” Kata ahli sihir bayang-bayang dangan tegas.

Mereka berdua telah dikurung di sebuah lubang yang kecil dan gelap.
Namun, setelah beberapa hari, lelaki berkotak telah berjaya menemukan lubang tersebut. Dia juga
menemui budak bertopeng dan puteri tidak beremosi di situ. Namun lubang itu terlalu kecil, sukar
untuk lelaki itu hendak memasuki lubang tersebut. Jadi lelaki berkotak perlu memikirkan jalan
untuk menyelamatkan budak bertopeng dan puteri tidak beremosi.
“Apa patut saya buat? Kalau saya nak masuk, saya perlu tanggalkan kotak ini.” Kata lelaki
berkotak itu dengan penuh kerisauan.
Pada sama yang sama, budak bertopeng bersuara.
“Jangan risau tentang kami. Pergilah selamatkan diri dahulu.” Kata budak bertopeng dengan penuh
yakin.

Mereka berdua risau kerana sebentar lagi ahli sihir itu akan pulang daripada hutan. Namun dengan
beraninya, lelaki berkotak menanggalkan kotak yang dipakainya. Lalu dia terus masuk ke lubang
itu untuk menyelamatkan mereka berdua.
Setelah melihat wajah comot lelaki berkotak tadi, mereka berdua tertawa terbahak-bahak. Mereka
terus dengan ketawa tanpa hentinya.

Sehinggakan topeng yang dipakai oleh budak bertopeng turut tertanggal dengan sendirinya. Begitu
juga dengan puteri yang tidak beremosi menanggalkan tin kosong yang melindungi dirinya.

Melihat wajah sebenar mereka Kembali setelah mereka saling tertawa terhadap satu sama lain.
Lelaki yang tidak lagi berkotak berkata dengan nada yang mengujakan, “WAH! Saya gembira!”

Daripada situ, mereka tahu bahawa wajah mereka tidak pernah dicuri oleh ahli sihir bayang-bayang
cuma mereka takut untuk mencari kebahagian dan kegembiraan yang mereka inginkan selama ini.
Jadi mereka yakin dengan keberanian yang ada dalam diri mereka, pasti kehidupan mereka tiada
masalah untuk merasa gembira dan bahagia.


Click to View FlipBook Version