The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tierizal2018, 2021-07-04 10:42:32

modul PBL Piramid Makanan PDF

modul PBL Piramid Makanan PDF

MODUL

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK

PROJECT BASED LEARNING (PBL)
PRASEKOLAH

PROJEK MEMBINA MODEL
PIRAMID MAKANAN

OLEH : CIKGU NORAZMAWATI MD YUSOF
SK ATAS TOL

21070 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TUNJANG : KREATIVITI DAN ESTETIKA (SENI VISUAL)
DAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN KESIHATAN

KEMAHIRAN : KARYA KREATIF

TEMA : MAKANAN

TAJUK : MAKANAN SIHAT DAN TIDAK SIHAT

TEMPOH PERLAKSANAAN : 3 MINGGU

SASARAN : MURID 5 DAN 6 TAHUN
DENGAN KERJASAMA IBU BAPA

PROJECT BASED LEARNING (PBL)

A. PENGENALAN

MAKLUMAT MURID

NAMA MURID : ................................
NAMA KELAS :..................................
SEKOLAH :...................................
NAMA GURU :..................................

B. KANDUNGAN

TEMA : MAKANAN
TUNJANG
: KREATIVITI ESETIKA DAN PERKEMBANGAN FIZIKALDAN PENJAGAAN
FOKUS KESIHATAN
TAJUK
: KE 3.0 SENI VISUAL

: MAKANAN SIHAT DAN TIDAK SIHAT

Fokus Standard Standard Standard Standard Prestasi Standard
Kandungan Pembelajaran Pembelajaran Prestasi
(Pelengkap) TP1 Boleh
3.0 Seni KE 3.2 KE 3.2.1 KE 3.2.2 menghasilkan
Visual Mengetahui Menyatakan Memilih karya seni dengan
media dalam jenis media media yang rangsangan
menghasilkan yang sesuai dalam
karya seni digunakan penghasilkan TP2 Boleh
(Aplikasi Seni) dalam karya seni menghasilkan
penghasilan karya seni
karya seni mengikut
kreativiti sendiri

TP3 Boleh
menghasilkan
karya seni
mengikut
kreativiti sendiri
dengan
menggunakan
pelbagai media
yang sesuai

C. OBJEKTIF
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat

1 membuat rekaan kreatif mengikut kreativiti sendiri
2 murid boleh berimaginasikan sambil bercerita tentang hasil karya mereka.

D. HASIL DAPATAN PROJEK
Murid boleh membuat model piramid makanan dengan bantuan ibu bapa sepanjang PDPR

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : Project Based Learning (PBL)

A. PERANCANGAN AKTIVITI
1. Guru merangka Rangcangan Pembelajaran dengan merujuk KSPK Pendidikan

Prasekolah. (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran)
2. Guru menghubungi ibu bapa bagi membincangkan projek yang akan dijalankan
3. Guru berbincang dengan ibu bapa tentang bahan dan alatan yang akan digunakan
4. Guru dan ibu bapa membuat senarai bahan utama yang akan digunakan. Bahan

sampingan akan digunakan mengikut kesesuaian projek yang akan dijalankan
5. Guru juga akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dalam melaksanakan

projek ini.
6. Guru dan ibu bapa akan mengenalpasti masalah dan cara mengatasinya.

B. ARAHAN
1. Pengajaran dan Pembelajaran PBL ini dilaksanakn secara individu. Murid boleh

meminta kerjasama ibubapa bagi menyiapkannya. Guru akan membimbing
sepanjang projek ini dijalankan.
2. Murid akan menghasilkan binaan kreatif dengan menggunakan bahan kitar semula
atau bahan lain mengikut kreativiti masig-masing.
3. Sumber rujukan daripada pautan berikut ;

https://youtu.be/ll_YxAN3NpI

https://youtu.be/r6Gy7dXOSSU

https://youtu.be/TC4f6PbGkhY

4. Hasil projek yang ditunjukkan dalam pautan tersebut ialah sebagai contoh dan
rujukan. Murid boleh menghasilkan piramid makanan mengikut kreativiti sendiri.

5. Gambar dan video semasa anak-anak menjalankan tugasan PBL perlu dirakam dan
direkodkan. Ianya perlu dihantar kepada guru untuk rujukan dan perekodan.

6. Hasil PBL ini perlu disimpan dan akan dihantarkan kepada guru selepas PDPR.

C. TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh mula :...............

Tarikh hantar :...............

D. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Instrumen : Model Piramid makanan

Pentaksiran : Standard Prestasi DSKP

Konstruk Tahap Tafsiran
Penguasaan
KE 3.2 Mengetahui media 1 Boleh menghsilkan karya seni dengan
dalam menghasilkan karya rangsangan
seni. (Aplikasi seni)

2 Boleh menghasilkan karya seni mengikut
kreativiti sendiri

3 Boleh menghasilka karya seni mengikut
kreativiti sendiri dengan menggunakan
pelbagai media yang sesuai

E. JADUAL PERLAKSANAAN

MINGGU AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN CATATAN

1 Murid diminta menghasilkan karya kreatif mengikut tajuk
Pemulaan yang diberikan

Murid boleh menggunakan pautan intenet sebagai sumber
rujukan

https://youtu.be/ll_YxAN3NpI
https://youtu.be/r6Gy7dXOSSU
https://youtu.be/TC4f6PbGkhY

Murid boleh mengumpul bahan yang akan digunakan.
(bantuan ibu bapa)

2 Murid menyiapkan tugasan membuat piramid makanan
Perkembangan
Murid menggunting, menampal gambar.
Murid melukis dan mewarna gambar
Murid menggunakan bahan maujud atau model sebagai
bahan

Hasil projek Piramid Makanan telah disiapkan

Ibu bapa mengumpul gambar proses menghasilkan piramid
makanan.

3 Ibu bapa menghantarkan hasil PBL kepada guru untuk
Pengakhiran dibuat penilaian dan semakan guru.

F. PENUTUP
1. Guru akan mempamerkan hasil projek PBL
2. Murid bercerita mengenai hasil projek yang mereka telah hasilkan
3. Sesi penghargaan dan penyampaian hadiah akan dijalankan selepas PDPR

Contoh hasil dapatan,
Puteri Nabeela, Prasekolah SK Atas Tol


Click to View FlipBook Version