PUISI MELAYU TRADISIONAL Seloka Pak Kaduk
NAMA TENGKU ZARIFA ATIYA BINTI TENKU MAT YUSOF ANGKA GILIRAN 2022232310075 NO. KAD PENGENALAN 040317-08-0106 PROGRAM PPISMP AMBILAN JUN 2022 UNIT BAHASA MELAYU C NAMA PENSYARAH ROZIAH BINTI RAMLI TARIKH HANTAR 17 FEBRUARI 2023
Bil. Tajuk Muka surat 1 Konsep Kesusasteraan Melayu i. Takrif Kesusasteraan ii. Jenis Kesusasteraan iii. Takrif Puisi Tradisional iv. Takrif Seloka v. Jenis Seloka vi. Bentuk Seloka 5-6 7 8 9 10 11 2 Fungsi Sastera i. Pendidikan ii. Dakwah iii. Hiburan iv. Kritikan Sosial v. Fungsi Seloka . 13 14 15 16 17 Isi Kandungan Bil. Tajuk Muka surat 3 Manifestasi Akal Budi dalam Karya i. Pemikiran ii. Pertuturan iii. Perlakuan iv. Gaya Hidup 19 20 20 21 21 4 Seloka Pak Kaduk i. Jenis dan Bentuk ii. Sifat iii. Fungsi iv. Manifestasi Akal Budi 23 24 25 26-28 29-32
Konsep Kesusasteraan
Takrif Kesusasteraan Takrif kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut SIti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
Takrif Kesusasteraan Dalam konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen drama, sajak, prosa tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat. Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa tidak kira sama ada bermutu atau tidak bermutu.
Jenis Kesusasteraan i. Prosa Tradisional ii. Prosa Moden iii. Puisi Tradisional iv. Puisi Moden
Takrif Puisi Tradisional Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Makna puisi ialah karangan berangkap. Kata-kata disusun mengikut peraturan tertentu bagi menyatakan sesuatu perasaan dan fikiran yang bernilai. Puisi ialah karangan berangkap yang ditulis dengan cara susunan kata-kata yang mementingkan diksi, bunyi, rima dan bentuk.
Takrif Seloka Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah 'seloka' berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang berseloroh, berjenaka atau menyindir. Menurut kamus dewan, seloka didefinisikan sebagai puisi yang mengandungi ajaran dalam bentuk sindiran, jenaka, dan lainlain.
Jenis Seloka Terdapat tujuh jenis seloka yang terdapat di dalam kumpulan seloka yang tergolong dalam masyarakat Melayu. Jenis seloka tersebut ialah satira seloka, seloka ejekan, seloka mengejar, nasihat, pengajaran, seloka fantasi dan jenaka.
Bentuk Seloka Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama. Seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap namun binaannya lebih mirip kepada bentuk pantun atau syair. Seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi. Isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar atau pembaca.
Fungsi Sastera
1) Pendidikan Pengalaman-pengalaman para pengarang inu diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosioekonomi dan agama. Pengalaman mereka dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Peranan sastera juga dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia melaluinya. Pembelajaran melalui sastera Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu. Fungsi Sastera
2) Dakwah Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah. Medium atau saranan dakwah disampaikan melalui bahasa. Bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah ternyata efektif atau keberkesanannya. Karya yang ada fungsi dakwah merupakan karya sastera yang dicipta sebagai suatu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah. Sastera untuk tujuan dakwah sewajarnya mengandungi persoalanpersoalan yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah. Fungsi Sastera
Fungsi Sastera 3) Hiburan Keperluan hiburan akan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyarakat pada suatu ketika dulu. Sastera sebagai medium hiburan merupakan penawar nurani pembaca atau khalayak apabila bahasa sastera yang bersifat emotif dan menyenangkan.
Fungsi Sastera 4) Kritikan sosial Sastera adalah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita dalam sistem bermasyarakat. Fungsi kritikan sosial dalam sastera juga sebagai pengajaran kepada masyarakat. Melalui kritikan sosial terdapat tiga perkara yang perlu diambil berat iaitu menilai, perbandingan dan mengungkap mengenai suatu perkara. Namun, setiap perkara tersebut mestilah berkait rapat dengan nilai-nilai yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan.
Fungsi Seloka Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menanggung perasaan individu sasaran. Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang.
Manifestasi Akal Budi dalam Karya
Manifestasi Akal Budi Puisi tradisional merupakan elemen yang penting bagi mengungkapkan pemikiran dan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaannya sejak sekian lama terhasil daripada pengamatan yang cukup tinggi masyarakat dahulu terhadap kejadian alam sekeliling, tingkah laku, norma hidup, adat dan budaya. Oleh itu, puisi tradisional ini dapat dikatakan sebagai cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran masyarakat Melayu dahulu ketika berbahasa. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai rupa, namun yang paling lazim ialah dalam bentuk penghasilan karya seni, seperti seni sastera.
Perspektif pemikiran masyarakat Melayu ini secara historikal akan mengungkapkan perkembangan masyarakat Melayu dari aspek budaya selaras dengan alam pemikiran mereka. Alam pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal fikiran, akal budi, alam ilmu yang diperlihatkan dalam siratan AlamManusia-Tuhan. i. Pemikiran ii. Pertuturan Aspek pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Menurut kamus dewan (1984), santun bermaksud halus budi bahasa dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi. Manifestasi Akal Budi
Akal budi masyarakat Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian. Menurut Kamus Dewan (1984), perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik. iii. Perlakuan iv. Gaya Hidup Akal budi masyarakat Melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup. Dalam konteks gaya hidup ini akal budi dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama serta kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni. Manifestasi Akal Budi
Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk. Seloka Pak Kaduk
Jenis dan bentuk dalam Seloka Pak Kaduk Jenis seloka dalam Seloka Pak Kaduk ialah seloka sindiran. Pengajaran dan nasihat disampaikan dalam nada yang berbentuk nada menyindir. Seloka Pak Kaduk merupakan bentuk puisi tradisional. Contoh: Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran,
Sifat Seloka Pak Kaduk Seloka Pak Kaduk adalah sebuah puisi berbentuk bebas atau tidak terikat. Seloka ini mempunyai tujuh hingga sembilan suku kata dalam setiap baris. Rima akhirnya terdiri daripada a, b, c, c, d, e, c, c. Seloka Pak Kaduk juga hanya mengandungi satu rangkap sahaja. Dari segi perkataan, Seloka Pak Kaduk mempunyai tiga hingga lima patah perkataan. Contoh: Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran,
Fungsi Seloka Pak Kaduk Seloka Pak Kaduk berfungsi sebagai hiburan. Seloka Pak Kaduk mempunyai unsur hiburan yang disampaikan daripada cerita rakyat, Pak Kaduk dalam bentuk seloka. Seloka Pak Kaduk dicipta memberikan hiburan kepada masyarakat dengan ikon jenaka, iaitu Pak Kaduk yang menerima akibat daripada perbuatannya, membuat pertaruhan keluarga dan kampung halaman dengan raja untuk melagakan ayam. Contoh: Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran,
Fungsi Seloka Pak Kaduk Seloka Pak Kaduk berfungsi sebagai pendidikan. Nilai didikan amat jelas terdapat dalam seloka Pak Kaduk. Berdasarkan petikan seloka diatas, begitu jelas digambarkan walaupun bahasa kiasan yang digunakan mempunyai aspek sindiran dan ejekan tetapi mempunyai unsur didikan yang terdapat disebaliknya. Seloka Pak Kaduk telah memberikan didikan kepada seseorang bahawa jangan sesekali terlibat dengan aktiviti perjudian. Aktiviti berjudi bukan sahaja salah disisi agama Islam malahan akan membawa impak buruk seperti kerugian dan kepapaan. Contoh: Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran,
Fungsi Seloka Pak Kaduk Seloka Pak Kaduk berfungsi sebagai pendidikan. Unsur didikan yang cuba disampaikan pada watak Pak Kaduk jelas menunjukkan bahawa seloka Pak Kaduk ini mengkritik dan menyindir akan perilaku Pak Kaduk yang bersikap negatif. Sikap yang melakukan kerja haram seperti perjudian secara langsung tidak mendatang keuntungan, malahan kerugian akan menimpa dalam kehidupan. Solusi daripada watak negatif yang cuba disampaikan dalam seloka ini melalui Pak Kaduk jelas penulis cuba untuk memberikan didikan di sebalik unsur kritikan tersebut. Contoh: Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran,
Manifestasi Akal Budi dalam Seloka Pak Kaduk Seloka Pak Kaduk diambil daripada cerita jenaka rakyat. Cerita Pak Kaduk merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat dan merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Kaduk yang mempunyai sifat tamak. Pak Kaduk mencuba nasibnya dalam pertarungan menyabung ayamnya setelah mendengar perkhabaran daripada pihak Istana yang mengatakan Raja Indera Sari akan mengadakan aktiviti pertandingan menyabung ayam. Pak Kaduk begitu mengimpikan dan mengharapkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada Raja Indera Sari jika dia menang dalam pertaruhan itu. Pak Kaduk juga setuju untuk menukar ayamnya dengan ayam Raja Indera Sari. Namun, kekalahan menyebelahinya setelah ayamnya menang dalam pertandingan. Hal ini menyebabkan keluarganya dan kampung halamannya hilang dalam sekelip mata. Begitulah malangnya kisah Pak Kaduk yang berjudi dan menginginkan harta dengan cepat tanpa berfikir panjang.
Manifestasi Akal Budi dalam Seloka Pak Kaduk Seloka Pak Kaduk bertujuan untuk berhibur dan berjenaka tetapi terselit unsur sindiran. Pak Kaduk mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang negatif. Watak Pak Paduk telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang Melayu berkenaan. Akal budi manifetasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir individu yang bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Bukti yang dapat kita lihat ialah Pak Kaduk membuat pertaruhan keluarga dan kampung halamannya jika menang pertandingan menyabung ayam dalam frasa 'ayamnya menang kampung tergadai'. Sikap yang sepatutnya ialah berfikir panjang akan akibat tamak dan menginginkan harta dengan cepat dan kita perlulah melakukan perkara yang berfaedah.
Manifestasi Akal Budi dalam Seloka Pak Kaduk Dalam baris 'ada nasi dicurahkan, awak pulang kebuluran' menunjukkan gambaran Pak Kaduk yang tidak pandai menghargai makanan yang ada sehingga menanggung kelaparan kerana membuangnya. Watak Pak Kaduk menunjukkan seorang yang suka membazir dan tidak menghargai makanan. Sikap manusia yang bertindak secara melulu seperti Pak Kaduk hendaklah diambil pengajaran supaya tidak mendapat bahana daripada perbuatan tersebut. Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas dalam frasa 'ada isteri dibunuh'. Frasa tersebut juga menunjukkan perbuatan Pak Kaduk yang melulu iaitu membunuh isterinya.
Manifestasi Akal Budi dalam Seloka Pak Kaduk Pengarang juga mengkritik sikap individu yang tidak merancang perjalanan terlebih dahulu. Buktinya, Pak Kaduk menghadapi nasib malang apabila mengayuh perahu dalam frasa 'mudik menongkah surut,hilir menongkah pasang'. Jika Pak Kaduk merancang perjalanannya sebelum berlayar, sudah pasti perjalanannya berjalan dengan lancar. Keseluruhan isi seloka Pak Kaduk menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan seharian mereka. Watak Pak Kaduk hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap.
Rujukan Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Muhammad Nor Fahmi Adaha, Che Ayub. (2022). Kearifan lokal dalam Seloka Pak Kaduk & Pak Pandir: Aspek sindiran dan kenyataan.Final Year Project thesis. Universiti Malaysia Kelantan. http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3655
Sekian, terima kasih.