The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elanggovanlishween, 2021-09-14 01:30:57

TOKOH KEMERDEKAAN

TOKOH KEMERDEKAAN

BIODATA PELAJAR

NAMA PELAJAR : LISHWEEN A/L ELANGGOVAN
NO. KP : 061202050305
NAMA SEKOLAH : SMK PERMAS JAYA
TINGKATAN : 3 BESTARI

Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj

BIODATA TUNKU Menurut catatan sejarah, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8
ABDUL RAHMAN Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Anak kelahiran Kedah ini merupakan putera
kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah iaitu Sultan Kedah yang ke-24 dan
PUTRA AL-HAJ bonda beliau bernama Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche Menjalara
iaitu seorang wanita cantik berketurunan Thailand. Beliau adalah putera ke20
bagi pasangan diraja tersebut.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Alor Star dan Sekolah
Inggeris sebelum di hantar ke Bangkok dan dimasukkan ke Sekolah Debsurin.
Tidak lama kemudian beliau pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di
sekolah Melayu sebelum memasuki Penang Free School. Akhirnya beliau
dihantar untuk melanjutakan pelajaran ke St. Catherine’s College, Universiti
Cambridge, England.

Tunku Abdul Rahman merupakan anak melayu pertama yang memasuki
universiti inggeris dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan
Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun 1933, beliau berkahwin dengan
Meriam, seorang gadis cina yang memeluk agama islam.

KELEBIHAN TOKOH

BERBUAT BAIK DENGAN SEMUA
ORANG

BANTU SEMUA ORANG KETIKA
KESUSAHAN

MENGETAHUI KEPENTINGAN
PENDIDIKAN

MENANG DALAM KEAMANAN

JADILAH TONGGAK PERPADUAN DAN
KEHARMONIAN

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

Perpaduan kaum merupakan asas utama yang mendasari perjuangan dan pentadbiran perdana
menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kata anggota Parlimen Gua Musang Tengku
Razaleigh Hamzah.

Atas dasar itu juga, katanya ketika negara mahu menuntut kemerdekaan daripada penjajah British,
Tunku Abdul Rahman yang ketika itu presiden UMNO telah mewujudkan kerjasama dengan MCA
dan MIC kerana percaya hanya melalui perpaduan kaum kemerdekaan negara dapat dicapai.
Beliau berkata inisiatif beliau dalam mewujudkan parti gabungan iaitu Parti Perikatan yang
menggunakan lambang 'Kapal Layar' pada masa itu telah berjaya menyatukan kaum-kaum utama
di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.

"Tunku Abdul Rahman menegaskan kemerdekaan negara akan hanya dicapai melalui kerjasama di
antara kaum Melayu, Cina dan India," katanya semasa menyampaikan syarahan bertajuk 'Visi
Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran' di Universiti Sains Malaysia (USM) di
sini, hari ini.

JASA dan SUMBANGAN

Sumbangan pertama beliau ialah untuk memupuk kerjasama di antara kaum dan dalam
masa yang sama menjaga keutuhan bangsa Melayu seperti hak-hak istimewa bagi orang-
orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas dasar
pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi. UMNO berkerjasama dengan MCA
dan MIC dan membentuk konsensus dalam Perikatan dan pemimpin-pemimpin Perikatan
mengadakan rombongan pertama Perikatan ke London pada tahun 1954 tetapi tidak
beroleh kejayaan.

Pada Julai tahun 1955, pilihanraya umum pertama diadakan di Malaysia dan Perikatan
mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi.
Dengan majoriti yang diperolehi, Perikatan melakukan rombongan kali ke dua ke London
dan ia diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam
Negeri. Dalam rombongan ini Tunku Abdul Rahman berusaha untuk menamatkan
keganasan komunis secara damai.

Pada 9 September 1955, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan pengampunan bagi komunis
yang menyerah diri. Rundingan Baling telah diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 di antara
Parti Komunis Tanah Melayu dengan kerajaan. Parti Komunis Tanah Melayu telah diwakili oleh
Chin Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin sementara Kerajaan pula diwakili oleh Tunku Abdul
Rahman danTun Tan Cheng Lock. Namun rundingan ini gagal apabila Chin Peng menolak
cadangan Tunku agar komunis meletakkan senjata tanpa syarat. Tunku Abdul Rahman berjaya
mengalahkan komunis lima tahun kemudian.
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan
British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini beliau membawa empat orang wakil Raja-
raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan tarikh Kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12 tengah malam bendera Tanah Melayu pun dinaikkan
bagi menggantikan bendera Union Jack. Keesokan harinya di Stadium Merdeka, Tunku
membaca Pengisytiharaan Kemerdekaan dan kedengaran pekikan “Merdeka!” sebanyak tiga
kali oleh Tunku Abdul Rahman. Setelah kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana
Menteri

RASIONALISASI TOKOH

Beliau digelar “Bapa Kemerdekaan”
Beliau jugalah “Bapa Malaysia”
Hatinya baik dan terkenal dengan panggilan “Man Of Peace”
Tokoh ini insan hebat yang melaungkan kata-kata keramat
Merdeka. Inilah idola saya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Namanya megah terukir dalam lipatan sejarah Maaysia.
Jasanya sungguh besar sehingga Malaysia menjadi negara
merdeka yang berdaulat.

PENUTUP


Click to View FlipBook Version