KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU SERTA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL. PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 1: BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU PENSYARAH: PUAN NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL
NAMA: QURRATUL AFINI BINTI MOHD ZAKRI KUMPULAN: PPS2-8 NOMBOR KAD PENGENALAN: 041217030624 NOMBOR ANGKA GILIRAN: 2022172310071 MAKLUMAT DIRI
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-3 (1998) : Kesusteraan didefinisikan sebagai hasil seni dalam bentuk prosa dan puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. (muka surat 1194) Kesusasteraan dijelaskan sebagai segala karya seni yang boleh dinikmati dan disampaikan sama ada melalui tulisan mahupun melalui lisan dan pendengaran. (Harun Mat Piah et al, 2000). TAKRIFAN KESUSASTERAAN MELAYU Menurut Wikipedia: Kesusteraan ditakrifkan sebagai hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Jika dijelaskan dengan lebih lanjut sastera ialah setiap pengucapan yang indah sama ada secara bertulis ataupun lisan. Menurut Halina Sendera Mohd Yakin et al. (2020) perkataan satera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castra yang disebut juga sebagai syastra yang memberi maksud kitab suci.
TAKRIFAN KESUSASTERAAN MELAYU Pada persepsi saya, Kesusasteraan Melayu ini ialah perasan atau ekspresi seseorang pengkarya yang diluahkan melalui medium bahasa seperti karya-karya (penulisan) dan lisan. Perasaan atau ekspresi dimaksudkan dengan idea-idea dan pemikiran pengkarya tentang sesuatu perkara dan disampaikan untuk pengetahuan orang lain juga. Berdasarkan penjelasan tersebut, dapat disimpulkan bahawa wujudnya unsur-unsur karya yang berkait antara medium bahasanya, kandungan ideanya, bentuknya dan ekspresinya.
KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL. JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kategori tetapi hanya dua kategori sahaja yang menjadi keutamaan. Ianya bergantung kepada tujuan dan fungsinya yang tersendiri: KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK. KESUSASTERAAN MELAYU MODEN.
Berdasarkan rujukan melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu, klasik ditakrifkan sebagai sifat-sifat yang lama dan mempunyai nilai yang tinggi serta taraf yang diperakui. Bentuk sastera klasik masih kekal dalam masyarakat Melayu, ianya digunakan sebagai sumber ilmu, amalan, pengajaran, tingkah laku, perundangan dan identiti masyarakat Melayu. (Al Afzan Hussin, 2018) Disampaikan melalui lisan dan tulisan. Menurut Al Afzan Hussin (2018), sastera tradisional adalah sastera yang mempunyai sifat atau tradisi secara turun-temurun walaupun waktu terhasilnya sastera itu telah lama. KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK.
Menurut Jabatan Warisan Negara Kesusateraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua genre, iaitu prosa dan puisi. Kesusasteraan Tradisional telah lama wujud dalam kalangan masyarakat yang masih lagi iaitu zaman primitif (Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga muka surat 1056, primitif bermasksud bukan zaman perbakala) dan mengamalkan kepercayaan animisme. Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri dan aspek-aspek tersendiri iaitu aspek lisan, tulisan, kreatif, bukan kreatif dan estetik. 1. Prosa Melayu Tradisional 2. Puisi Melayu Tradisional KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL.
KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL. PROSA MELAYU TRADISIONAL PUISI MELAYU TRADISIONAL NARATIF BUKAN NARATIF LISAN TULISAN MITOS LAGENDA CERITA RAKYAT: 1. 2. 3. - JENAKA - BINATANG - DOGENG SASTERA SEJARAH SASTERA HIKAYAT SASTERA PANJI SASTERA KEPAHLAWANAN SASTERA AGAMA 1. 2. 3. 4. 5. SASTERA UNDANG-UNDANG SASTERA KETATANEGARAAN SASTERA KITAB 1. 2. 3. NARATIF 1.SYAIR BUKAN NARATIF PANTUN GURINDAM SELOKA NAZAM TALIBUN ZIKIR REJANG MANTERA LAIN-LAIN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
NARATIF LISAN Cerita atau kisah rekaan tentang peristiwa TULISAN MITOS: cerita tentang seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau hanya rekaan. Contoh: Mitos Hikayat Merong Mahawangsa. LAGENDA:cerita dongeng yang bersangkut paut dengan kisah-kisah bersejarah. CERITA RAKYAT: cerita rekaan zaman dahulu yang disukai dalam kelompok masyarakat, sehingga hari ini masih diceritakan atau diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain secara lisan. Contoh: Lagenda Mahsuri atau Hang Tuah. Contoh: Pak Pandir. SASTERA SEJARAH: suatu bentuk penulisan yang menggabungkan unsurunsur sejarah dengan unsur-unsur bukan sejarah atau sastera. SASTERA HIKAYAT: cerita-cerita berbentuk tulisan yang menggunakan bahasa Melayu lama dan stuktur yang tertentu, ianya seperti cerita ajaib yang berunsur hiburan dan daripada imaginasi dan fantasi pengkarya. SASTERA PANJI: kumpulan cerita Jawa-Melayu yang mana kesemuanya berpusatkan Sang Panji, Putera Kuripan yang mempunyai sifat mitologi. SASTERA KEPAHLAWANAN/EPIK: mengisahkan tokoh atau wira yang menjadi kebanggaan. SASTERA AGAMA: kitab yang berfokus pada cerita-cerita Nabi Muhammmad SAW, iaitu tentang kehebatan dan keagungan Nabi Muhammad SAW dalam membawa dan menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Juga karya yang berkaitan dengan agama Islam.
BUKAN NARATIF Pengucapan yang indah-indah yang tidak direka-reka SASTERA UNDANG-UNDANG: karya penulisan tradisional Melayu yang dijadikan sebagai bahan rujukan tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. SASTERA KETATANEGARAAN: penerangan mengenai cara pentadbiran sesuatu negeri dengan berasaskan pedoman rajaraja zaman dahulu khususnya raja-raja dari Timur Tengah. SASTERA KITAB: kitab-kitab yang bermuat tentang hal-hal yang berkaitan dengan persoalan agama Islam dalam bahasa Melayu.
BUKAN NARATIF Pengucapan yang indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan suatu peristiwa Cerita atau kisah rekaan tentang peristiwa NARATIF SYAIR: Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1998) muka surat 1332, syair ialah karangan yang bersajak. PANTUN: terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. GURINDAM: bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). SELOKA: puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak. NAZAM: puisi lama yang berasal daripada puisi Arab, telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. LAIN-LAIN
KESUSASTERAAN MELAYU MODEN. Kesusasteraan Melayu moden merupakan karya-karya yang mempunyai ciri-ciri sastera barat dan universal. Kesusasteraan Melayu moden telah bermula dengan kemunculan karya-karya Abdullah Munsyi. Beliau telah diberi gelaran sebagai Pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Kesusasteraan melayu Moden merupakan zaman pengukuhan dan transisi penulis bagi menempuh alaf baharu disebabkan kepesatan teknologi maklumat yang telah merancakkan wacana ilmu yang terarah pada globalisasi satera. (Mana Sikana, 2022)
KESUSASTERAAN MELAYU MODEN. PROSA MELAYU MODEN PUISI MELAYU MODEN NOVEL CERPEN SKRIP DRAMA 1. 2. 3. 1.SAJAK
NOVEL: cerita panjang yang ditulis dan dikarang dalam bentuk prosa. Novel dikategorikan sebagai prosa naratif yang sama seperti cerpen. CERPEN: singkatan kepada dua perkataan iaitu cerita pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek' . Dalam bahasa Inggeris, karya sastera jenis ini dinamai short story. SKRIP DRAMA: cerita yang bertulis dan berbeza dengan novel dan cerpen. SAJAK: puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap , berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Keindahan karya bergantung kepada nilai estetika yang terdapat dalam karya sastera yang dihasilkan sama ada melalui gaya dan lenggok bahasa yang digunakan. Estetik ditarifkan sebagai penghargaan dan keindahan dalam bidang seni. (Kamus Dewan Perdana, 2020). Menurut Sinar Harian Online (2021), berdasarkan teori estetika keindahan dapat dapat dibayangkan melalui keseronokan, kegembiraan dan kepuasan yang dapat menawan hati dan tersemat dalam pemikiran. Ini dapat dijelaskan bahawa keindahan sastera adalah bergantung kepada pengolahan gaya dan penggunaan lenggok bahasa yang dapt menyerlahkan hasil sesebuah karya sastera. Sesebuah karya yang indah dapat dilihat apabila memenuhi empat aspek berikut iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau penekanan sesuatu unsur. CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU KEINDAHAN
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU BERDASARKAN PENGALAMAN Pengalaman didefinisikan sebagai hasil pendedahan atau persentuhan kepada sesuatu benda atau peristiwa dalam alam sekeliling yang dihadapi dalam hidup (Wikipedia, 2021). Dengan kata lain, pengalaman merupakan tindak balas dari perasaan manusia yang digambarkan secara realiti atau sesuatu pengalaman hidup yang dilalui. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1998) muka surat 1112, realiti bermaksud keadaan yang nyata iaitu bukan khayalan. Dalam menghasilkan karya sastera, pengkarya perlu berpandukan kepada cerminan pengalaman hidup yang telah dilaluinya untuk menghasilkan karya yang bermutu . Pengalaman dapat diungkapkan melalui bahasa dan diserlahkan secara lisan mahupun tulisan kepada orang lain.
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU PENGALAMAN SENI Pengalaman seni atau pengalam sastera adalah bergantung kepada pengkarya yang menghasilkan karya sama ada yang berkualiti kepada pembaca karya ataupun tidak. Hal ini demikian supaya pembaca dapat memahami dengan jelas i maksud sebenar karya yang dihasilkan itu. Juga, dapat merasai sendiri pemikiran dan perasaan pengkarya. Bukan itu sahaja, pengkarya juga akan berpuas hati sekiranya karya yang dihasilkan itu diterima oleh masyarakat. Nilai sesebuah karya sastera itu bergantung kepada kandungan atau isi yang disampaikan dengan cara yang baik dan tersusun bentuk penyampaian. Hasil karya sastera dapat memberikan pengalaman dan nilai-nilai seni kepada pembaca itu sendiri.
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU KARYA SENI Karya seni ialah sesuatu karya yang telah dihasilkan oleh seseorang individu (pengkarya) melalui penerapan gugusan idea, konsep dan teknik yang bertujuan untuk menyerlahkan estetik atau seni. Terdapat tiga pekara yang dapat membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu sifat fiksyennya, nilai-nilai keindahannya atau mutu karyanya dan penggunaan gaya bahasa yang sesuai. Fiksyen menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga(1998) bermaksud karya sastera yang dicipta daripada imaginasi pengkarya seperti novel dan cerita pendek. Karya seni yang baik dan bermutu memerlukan unsur-unsur sastera yang utuh dan seimbang seperti daya imaginasi yang tinggi bagi seseorang pengkarya, tidak lewah atau berlebihlebihan, serta pengkarya dapat menampilakan gaya bahasa yang indah.
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Menurut Eizah Mat Hussain (2019), terdapat enam fungsi sastera iaitu sebagai khazanah bangsa, wadah dan wajah kebijaksanaan, penawar dan penghibur, pembawa contoh dan unggul, ucapan yang bermakna dan pengalaman estetik. Namun terdapat empat fungsi utama sastera melayu yang ditekankan dalam penghasilan karya sastera iaitu sebagai: HIBURAN PENDIDIKAN DAKWAH KRITIKAN SOSIAL 1 2 3 4
1. HIBURAN Fungsi sastera sebagai hiburan ini biasanya dikhususkan untuk karya sastera yang berbentuk naratif iaitu rekaan atau cerita. Menurut Siti Hajar (2019), "fungsi sastera rakyat berbentuk naratif seperti cerita binatang adalah berfungsi sebagai hiburan, pendidikan, propaganda, kritikan dan kepercayaan. " Biasanya karya sastera hiburan ini tidak begitu kompleks. Tujuannya untuk memberi kegembiraan kepada pembaca sastera sebagai hiburan. Misalnya, cerita Pak Pandir yang dicipta khas sebagai hiburan kepada masyarakat zaman dahulu bagi menggantikan televisyen. 2. PENDIDIKAN Kesusasteraan memainkan peranan penting untuk masyarakat sebagai pendidikan dan hiburan (Nik Rafidah, 2013). Sastera juga adalah sebagai pendidikan, teladan, panduan dan pengajaran kepada masyarakat serta diwarisi sejak turuntemurun. Contoh yang dapat diambil ialah berdasarkan kisah Si Tanggang dan cerita Arnab dan kura-kura. Di mana dalam kisahkisah, ianya memberi pengajaran kepada pembaca supaya jangan bersikap angkuh dan sombong dengan orang lain. Pendidikan juga untuk mewujudkan nilai murni dalam diri setiap individu.
3. DAKWAH 4. KRITIKAN SOSIAL Fungsi sastera juga adalah sebagai dakwah kepada masyarakat terutamanya mengenai halhal agama. Zaman dahulu, sastera disampaikan melalui dakwah sama ada berkaitan agama mahupun ilmu dunia. Buktinya dapat dilihat melalui keberkesanannya dalam menyampaikan sastera secara dakwah. Ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dalam menerima ilmu yang baharu dalam diri mereka. Menurut Sinar Harian Online (2020), sastera Islam merupakan lampu suluh dalam bidang sastera. Ia bertindak sebagai pendorong ke arah penulisan sastera yang menuju siratul mustaqim. Sastera juga merupakan salah satu cara untuk mengkritik tingkah laku masyarakat. Kritikan ditakrifkan sebagai analisis dan penilaian terhadap sesuatu karya sastera yang dianggap lemah. Dengan kata lain, sastera sebagai kritikan sosial adalah pengkarya ingin memberi teguran kepada masyarakat terhadap perbuatan yang buruk ditonjolkan oleh mereka. Zaman dahulu, kritikan sosial dikhususkan kepada golongan bangsawan dan golongan berkuasa yang mempunyai sikap yang tamak, zalim dan sebagainya. Ini akan memberikan kesan dan pandangan buruk orang lain kepada individu yang terlibat.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL
KARYA PUISI TRADISIONAL PANTUN SELOKA SYAIR GURINDAM
Buah belunu ikat segemal, Jolok di pokok memakai gajah, Ada ilmu tidak beramal, Ibarat pokok tidak berbuah. Buah duku sedap dimakan, Buah rambai dari seberang, Ilmu itu kalau diajarkan, bertambah ramai diketahui orang. MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN 1
Aspek pemikiran dalam pantun ini dapat dilihat melalui pemilihan diksi untuk pembayang. Iaitu berkaitan dengan alam iaitu flora iaitu buah-buahan seperti buah belunu, buah duku, dan buah rambai manakala fauna pula ialah seperti gajah. Pemilihan pembayang ini adalah sangat sesuai dan tepat untuk menggambarkan mengenai ilmu. Ini kerana dalam pantun ini ilmu diibaratkan seperti buah. Jika seseorang itu mempunyai ilmu yang banyak diibaratkan seperti buah yang masak dan ranum akan memberi kebaikan kepada sesuatu/alam. Akal budi dalam pantun ini adalah untuk menyatakan kepada masyarakat betapa pentingnya ilmu dalam diri untuk masa hadapan. Ilmu pengetahuan yang tidak digunakan seperti tiada gunanya dalam kehidupan. Di samping itu, ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangat penting kerana orang yang mempunyai ilmu akan dipandang tinggi serta martabat seseorang itu akan diangkat. Selain itu, akal budi masyarakat dalam pantun ini ialah orang yang berkongsi ilmu kepada orang lain akan dikenali dan disanjung oleh orang lain. MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN 1
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN 2 Anak beruk bermain di pantai, Turun ke kali memakan padi, Biar buruk kain dipakai, Asal budi memikat hati. Anak Habsyi membeli pahat, Memahat gangsa dibuat kendi, Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Pantun budi bahasa tersebut, telah digunakan unsur alam seperti pantai juga fauna iaitu seekor anak beruk dan flora iaitu padi. Pemilihan anak beruk sebagai unsur pembayangnya adalah kerana anak beruk yang belum dewasa mempunyai sikap yang belum matang yang kurang disenangi masyarakat. Sikap yang tidak sopan menyebabkan seseorang itu akan dipandang enteng oleh masyarakat lain. Ini menunjukkan bahawa sikap sopan dan berbudi bahasa adalah perlu ada dalam setiap diri individu. Beginilah juga situasi yang ingin digambarkan dalam masyarakat bahawa dimanamana pun kita berada, pentingnya adab dan budi bahasa dalam hidup kita kerana orang yang sopan itu menggambarkan sikap peribadinya yang baik. Akal budi masyarakat ini membuktikan bahawa wujudnya masyarakat yang bersikap sedemikian dalam kehidupan hari ini. Seseorang yang tidak bersopan santun dan berbudi bahasa akan dipandang hina oleh masyarakat.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA Aduhai malang Pak kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA Seloka Pak Kaduk mengisahkan tentang Pak Kaduk iaitu seorang rakyat biasa yang gemar menyambung ayamnya;Biring, namun kebodohannya itu telah membawa malang dan kerugian kepada dirinya sendiri. Selain itu, seloka ini mengisahkan mengenai golongan bangsawan iaitu raja yang bersikap tamak dan berat sebelah telah mencabar Pak kaduk untuk menyambung ayam demi kepentingan dirinya. Ini menyebabkan Pak Kaduk kehilangan kampungnya disebabkan taruhannya itu. HURAIAN SELOKA: Dalam hidup ini, penting untuk berfikir dahulu sebelum bertindak membuat sesuatu keputusan supaya tidak mendatangkan kerugian kepada diri sendiri. Sikap tergesa-gesa akan merugikan diri sendiri seperti kisah Pak kaduk ini yang bersetuju untuk menukar ayamnya dengan ayam raja sebelum bertaruh dengan seorang raja tanpa berfikir akibat daripada itu. Seloka ini bertujuan untuk mengkritik dsn memberi teguran kepada sikap sebagian masyarakat yang bersifat negatif seperti kisah Pak Kaduk ini.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP KARYA ZA'BA FIKIR DAN KATA (ZA'BA) Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.
Gurindam fikir dan kata karya Za'ba ini adalah untuk memberi nasihat dan panduan kepada masyarakat mengenai petua hidup seharian. Dalam seloka ini, pengkarya amat menitik beratkan mengenai aspek pemikiran tingkah laku manusia dan moral manusia. Manifestasi akal budi masyarakat dalam gurindam ini ialah penting untuk kita berfikir dahulu sebelum menyampaikan sesuatu berita yang tidak sahih supaya tidak mendatangkan impak negatif dan tidak menimbulkan pertikaian dalam kalangan masyarakat. Perbuatan tergesa-gesa dalam membuat keputusan ini akan memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain. Sebelum menyebar luaskan perkara yang tidak pasti kesahihannya, masyarakat perlu berfikir dengan waras dan rasional dahulu. Selain itu, masyarakat yang terlibat perlu berhati-hati dalam menyampaikan tutur kata kepada orang lain agar tidak menyinggung perasaan mereka sehingga mendatangkan pergaduhan masyarakat.
SYAIR POHON BULUH KARYA MOHD. YUSOF MD. NOR & DR. ABD. RAHMAN KAEH ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH (TINGKATAN 1) MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR Selalu dipandang dilihat adanya Tinggi rendah dijerat pangkatnya Besar kecil ikat binanya Terlalu kuat pula asasnya Ikatnya licin di luar di dalam Gelapnya di dalam seperti malam Air tak tiris seperti kolam Ikat tingkatnya tak nampak alam Menara tinggi banyak bertingkat Di sana tiada bilik bersekat Tiada bertangga naik melekat Mata-mata menjaga segenap pangkat Yang ada sedia panji-panji bendera Hingga sampai ke kemuncak menara Banyak ada ia bersaudara Yang ada pula bersama gara RANGKAP 1 RANGKAP 2 RANGKAP 3 RANGKAP 4
Pohon buluh digambarkan seperti sebuah menara tinggi yang tinggi bertingkat-tingkat. Bahkan ianya merujuka kepada pangkat dalam masyarakat Secara realiti, rumpunan buluh menggambarkan masyarakat. Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat, saling menghormati antara satu sama lain. Daun-daun buluh diibaratkan sebagai kibaran bendera. Menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang kaum di bawah satu pimpinan yang hidup aman, sentosa dan sejahtera. MAKSUD SYAIR POHON BULUH RANGKAP 1 RANGKAP 2 RANGKAP 3 Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz. Ini menggambarkan kesatuan yang utuh masyarakat. Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status demi mencapai kesejahteraan negara. RANGKAP 4 Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang licin. Bahagian dalam batangnya gelap boleh menakung air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara muafakat. Hubungan yang kukuh sesama anggota masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu unit yang kuat.
Penyair telah memilih unsur alam seperti fauna iaitu pohon buluh untuk menggambarkan keadaan masyarakat. Seperti yang diketahui, pohon buluh mempunyai ruasnya yang tersendiri. Ini merujuk kepada pangkat kehidupan dalam kalangan masyarakat. Walaupun berbeza pangkat dalam kehidupan bermasyarakat ini, namun kita perlu menekankan hubungan bersatu padu tanpa mengira darjat agar hidup bahagia dan harmoni. Masyarakat mementingkan hidup bersatu padu dan bantu-membantu antara satu sama lain. Kepentingan sikap saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang kaum akan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni Masyarakat harus bermuafakat dan bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, pangkat dan kedudukan. Untuk menjadikan masyarakat yang harmoni memerlukan usaha yang bersama tanpa mengira bangsa,agama dan budaya. Ini kerana negara kita hidup dalam masyarakat yang majmuk. Bekerjasama dalam kumpulan akan membentuk satu komuniti yang kuat sehingga menjadikan negara yang harmoni, sejahtera dan dipandang tinggi oleh negara lain. MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SYAIR POHON BULUH
RUJUKAN Eizah Mat Hussain (2019). Simbol dan Makna dalam Pantun Melayu: Siri Ilmiah APM-ITBM. Institut terjemahan & buku malaysia berhad. Halina Sendera Mohd Yakin, Rosmah Derak, & Abdul Hair Beddu Asis (2020). Pengajian Liberal dan Kelangsungannya Dalam Landskap pendidikan Negara. Universiti Malaysia Sabah Press. Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh, & Jamilah Haji Ahmad (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional . Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga. (1998). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Perdana (2020). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kesusasteraan Melayu Tradisional (n.d.). Kesusasteraan Melayu. Portal Jabatan Warisan Negara. https://www.heritage.gov.my/kesusasteraan-melayu-tradisional.html
Kesusasteraan. (2022, Disember 3). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan#:~:text=Pada%20erti%20kata%20y ang%20lebih,juga%20wujud%20dalam%20bentuk%20lisan. Mana Sikana. (2022). Kesusasteraan melayu Moden 1990-1999. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Ali Majod (2006). Pantun Ilmu (Siri koleksi Pantun Kanak-kanak bertema). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Mana Sikana (2021, April, 18). Estetika dalam karya sastera. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/134112/khas/pendapat/estetika-dalamkarya-sastera Mana Sikana (2020, Oktober 4). Islam memartabatkan sastera. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/103791/khas/pendapat/islammemartabatkan-sastera Klasik (t.t.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=klasik
Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin (2018, April 16). Pengenalan kepada Sastera Melayu Klasik. Blogspot. https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/pengenalan-kepada-sastera-melayu klasik.html#:~:text=Kesusasteraan%20Melayu%20klasik%20ialah%20hasil,dengan%20pe nerimanya%20pada%20zaman%20tersebut. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi (2019). Unsir Fantasi Sebagai Medium Pengajaran Dalam Sastera Kanak-kanak. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN). Jilid 1/Jan/2013. m/s 4 Siti Hajar Che Man (2019). Penyelesaian Konflik dalam kesusasteraan melayu. Universiti Sains Malaysia.
TERIMA KASIH