penghasilan produk tugasan 3: halangan komunikasi dan isu-isu dalam keterampilan berbahasa halangan komunikasi dan isu-isu dalam keterampilan berbahasa KURSUS: BMMB1134 (KETERAMPILAN BERBAHASA) PENSYARAH: DR NOOR HAYATI BINTI CHE MAT
maklumat diri NAMA: QURRATUL AFINI BINTI MOHD ZAKRI KUMPULAN: PPS2-8 NOM. ANGKA GILIRAN: 2022172310071
Keterampilan ialah kecekapan atau kemampuan yang tinggi (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga,1998). Dalam konteks keterampilan berbahasa ini, dapat dijelaskan secara lanjut bahawa kecekapan bahasa yang yang ditunjukkan oleh seseorang itu, membuktikan bahawa semakin tinggi penguasaannya dalam bahasa. Di samping itu, keterampilan berbahasa didefinisikan sebagai kecekapan dan kemahiran menggunakan bahasa secara lisan mahupun tulisan supaya dapat menguasai bahasa yang dituturkan (Dr. Norazlina Mohd. Kiram, t.t.). Juga, keterampilan berbahasa memfokuskan kepada kebolehan seseorang untuk menguasai empat kemahiran asas bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keterampilan ialah kecekapan atau kemampuan yang tinggi (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga,1998). Dalam konteks keterampilan berbahasa ini, dapat dijelaskan secara lanjut bahawa kecekapan bahasa yang yang ditunjukkan oleh seseorang itu, membuktikan bahawa semakin tinggi penguasaannya dalam bahasa. Di samping itu, keterampilan berbahasa didefinisikan sebagai kecekapan dan kemahiran menggunakan bahasa secara lisan mahupun tulisan supaya dapat menguasai bahasa yang dituturkan (Dr. Norazlina Mohd. Kiram, t.t.). Juga, keterampilan berbahasa memfokuskan kepada kebolehan seseorang untuk menguasai empat kemahiran asas bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keterampilan Berbahasa
Berdasarkan rujukan melalui Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1998). Halangan ditakrifkan sebagai aral, gangguan, rintangan atau tegahan iaitu pada halaman 430. Selain itu, isu pula dijelaskan sebagai perkara pokok atau persoalan (halaman 503). Seterusnya, komunikasi pula bermaksud perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dll pada halaman 698. definisi halangan dan isu-isu komunikasi definisi halangan dan isu-isu komunikasi Menurut Rogers (1969) seperti yang dirujuk oleh Samsuddin A. Rahim (2003), Rogers mendefinisikan komunikasi sebagai satu proses, apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan mencapai kesefahaman.
Tujuan kita berkomunikasi adalah untuk mewujudkan dan melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain. Umum mengetahui bahawa, manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa komunikasi dengan orang lain. Menurut Wikipedia (2022), manusia juga berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. tujuan dan kepentingan berkomunikasi Apakah tujuan kita berkomunikasi? Apakah pula kepentingan berkomunikasi? Kepentingan komunikasi ialah untuk memudahkan manusia berinteraksi, sehingga maksud dan tujuan yang ingin disampaikan dapat dicapai. (Ety Nur Inah, 2013)
halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa
Maklum balas diertikan sebagai maklumat yang diterima yang diterima kembali sebagai menjawab persoalan sama ada soal selidik dan sebagainya (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, 2005). Dengan kata lain, maklum balas ialah respon atau menjawab kepada sesuatau pertanyaan. Menurut Md. Yazid Bin Muji, seorang Pustakawan di Universiti Tenaga nasional seperti yang dirujuk oleh Akmal Ahmad (2018) menjelaskan respon ialah reaksi, balasan, gerak balas atau jawapan kepada soalan. halangan komunikasi 1: maklum balas
Antara halangan komunikasi yang berlaku dalam komunikasi ialah tiada maklum balas, respon atau reaksi yang ditonjolkan oleh pendengar atau audiens. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh mesej yang disampaikan itu kurang jelas atau nada suara yang tidak lantang. Cara untuk mengatasi halangan ini adalah dengan cara memberikan tumpuan yang sepenuhnya mengenai malkumat yang disampaikan itu. Manakala, pada akhir pengucapan, pendengar boleh memberikan pendapat mereka masing-masing. Untuk pengetahuan umum, maklum balas merupakan aspek yang sangat penting terutamanya dalam berkomunikasi dan penguasaan bahasa. Hal ini demikian kerana, maklum balas dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Selain itu, maklum balas juga dapat membina hubungan antara satu sama lain serta dapat berkongsi maklumat bersamasama.
halangan komunikasi 2: komunikasi sehala halangan komunikasi 2: komunikasi sehala Sebelum menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai halangan yang kedua ini, eloklah difahami apa yang dimaksudkan dengan komunikasi sehala. Komunikasi sehala bermaksud komunikasi yang hanya melibatkan sebelah pihak sahaja yang menyampaikan mesej. Contoh komunikasi sehala seperti pidato, ceramah, ucapan dan lain-lain. Tidak dapat tidak, komunikasi sehala juga turut dikelaskan sebagai halangan dalam komunikasi. Hal ini demikian kerana ianya merupakan komunikasi secara pasif. Ini bermaksud hanya sebelah pihak sahaja yang berperanan untuk memulakan komunikasi. Bukan itu sahaja, komunikasi sehala ini menyebabkan pendengar atau audiens tidak menunjukkan sebarang respon mahupun reaksi terhadap apa yang disampaikan. Selain itu, penyampai tidak dapat mengetahui sama ada apa yang disampaikan itu difahami atau tidak oleh pendengar. Malah, komunikasi sehala ini mungkin akan menyebabkan berlaku pertentangan pendapat antara penyampai dan penerima. Ini kerana penerima tidak dapat berkongsi pendapat mereka tentang sesuatu topik itu tetapi hanya perlu mendengar. Oleh itu, komunikasi yang berlaku itu akan menjadi kurang menarik dan tidak menyeronokkan audiens.
halangan komunikasi 3: gangguan saraf penerima halangan komunikasi 3: gangguan saraf penerima Gangguan saraf penerima ini melibatkan penyakit yang dialami seseorang disebabkan oleh gangguan pada saraf seperti otak yang akan mempengaruhi fungsinya. Untuk pengetahuan umum, sistem saraf ini adalah melibatkan sistem penghubung yang sangat kompleks kerana ianya mengatur dan mengkoordinasikan seluruh bahagian tubuh badan. Sekiranya berlaku masalah pada sistem saraf seseorang ini akan menyebabkan proses rangsangan dan tindak balas tidak akan berlaku. Dalam konteks keterampilan berbahasa ini, biasanya gangguan saraf penerima ini bermaksud ianya melibatkan masalah yang mengganggu alat pendengaran pendengar. Ini akan menyebabkan segala maklumat yang disampaikan oleh penyampai tidak dapat didengar dengan baik dan jelas. Secara tidak langsung, kefahaman terhadap sesuatu mesej yang disampaikan itu tidak dapat difahami.
halangan komunikasi 4: penyampaian menerusi saluran kedua halangan komunikasi 4: penyampaian menerusi saluran kedua Pada pandangan saya, penyampaian menerusi saluran kedua dapat diterangkan sebagai segala maklumat atau mesej yang ingin disampaikan oleh penyampai itu perlu melalui perantaraan orang tengah untuk disampaikan kepada penerima atau pendengar yang sebenar. Perkara ini juga menjadi halangan dalam komunikasi kerana ini akan menyebabkan mesej asal yang disampaikan dari penyampai kepada penerima akan terpesong dan tidak menyeluruh. Kebiasaannya, penyampaian maklumat yang melibatkan orang ketiga akan mewujudkan berlaku penambahan info-info dari pihak ketiga yang berbeza dengan pesanan atau maklumat asal yang disampaikan itu. Antara saluran penyampaian menerusi saluran kedua seperti surat khabar, media sosial, notis dan sebagainya. Perkara yang berlaku seperti ini akan menyebabkan wujudnya kesalafahan dalam komunikasi. Untuk pengetahuan umum, saluran ditakrifkan sebagai perantaraan yang digunakan dalam penyampaian mesej dari penyampai kepada penerima. Istilah dan takrifannya sangat sesuai dengan konteks perbincangan ini.
Kecerdasan emosi dan komunikasi non-verbal merupakan aspek komunikasi yang sangat penting dalam hubungan antara manusia (Maizatul Haizan & Noor Afzaliza, 2017). Pernyataan yang dinyatakan ini, membuktikan bahawa emosi yang baik mampu mempengaruhi komunikasi yang baik dan merupakan perkara yang sangat dititikberatkan dalam aspek komunikasi. Hal ini kerana, sekiranya seseorang penyampai mengalamai gangguan emosi yang tidak stabil, secara tidak langsung, ianya juga mempengaruhi mesej atau maklumat yang ingin disampaikam kepada penerima kurang difahami. Emosi ditakrifkan sebagai reaksi terhadap seseorang yang ditunjukkan ketika gembira, marah, takut dan sebagainya (Wikipedia, 2022) halangan komunikasi 5: gangguan emosi halangan komunikasi 5: gangguan emosi Tidak dapat dinafikan lagi, segala apa yang diucapkan oleh seseorang pada satu-satu masa itu, dapat membuktikan bagaimana keadaan emosi mereka pada ketika itu sama ada marah, gembira, sedih dan sebagainya. Disebabkam oleh itu, gangguan emosi ini dikategorikan juga sebagai salah satu halangan dalam komunikasi Contohnya, penyampai yang berada dalam keadaan tertekan sedang menyampaikan mesej, akan menyebabkan mesej yang disampaikan itu diucap dalam keadaan marah. Tidak dapat tidak, hal ini akan menyebabkan pendengar berasa tersinggung dengan penyampai itu dan tidak akan mempedulikan apa yang disampaikan itu lagi.
halangan komunikasi 6: gangguan luaran halangan komunikasi 6: gangguan luaran Dalam konteks komunikasi ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa akan wujudnya gangguangangguan luar yang akan dihadapi oleh penyampai dan penerima dalam komunikasi. Antara gangguan luaran yang biasanya terjadi semasa berkomunikasi ialah gangguan bunyi bising dari persekitaran dan keadaan sekeliling. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1998), bising dijelaskan sebagai bunyi yang memekakkan telinga iaitu bunyi riuh dan hingar. Hal ini akan menjejaskan pendengar untuk memahami maklumat dan mesej yang disampaikan oleh penyampai. Misalnya, keadaan kelas dan persekitaran yang bising dan tidak terkawal akan menyebabkan info yang disampaikan oleh guru tidak diterima dengan baik oleh murid. Antara gangguannya seperti bunyi dari aktiviti-aktiviti pembinaan, bunyi kenderaan atau murid yang sedang berbual mengenai topik yang tidak berkaitan. Secara tidak langsung, ianya mengganggu tumpuan murid untuk mendengarkan maklumat yang disampaikan itu. Hal ini menjadi penyebab kepada faktor wujudnya halangan dalam komunikasi.
Di samping itu, dalam konteks umumnya, gangguan luaran yang berlaku dalam komunikasi ini akan menyebabkan penerima atau audiens kurang memahami dan tidak jelas mengenai mesejyang disampaikan sehingga membuatkan mereka membuat andaian sahaja tentang maklumat yang disampaikan. Maka, akan berlaku kesalahfahaman antara penyampai dan penerima. Antara cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan gangguan luaran dalam komunikasi ialah memastikan penyampai menggunakan tutur kata yang sesuai dan nada suara yang lantang dan jelas bagi memastikan pendengar dapat memberikan perhatian terhadap pengucapan yang disampaikan serta menunjukkan mimik muka yang semangat dan ceria semasa penyampaian.
isu-isu keterampilan berbahasa isu-isu keterampilan berbahasa
Dalam meniti arus kemodenan ini, selari dengan kemodenan tekonologi ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat di Malaysia mengenai isu-isu yang berlaku dalam penguasaan bahasa ini. Antara isu yang menjadi bualan hangat dalam keterampilan ini ialah isu bahasa, isu budaya dan isu media sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, selari dengan kemodenan tekonologi ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat di Malaysia mengenai isu-isu yang berlaku dalam penguasaan bahasa ini. Antara isu yang menjadi bualan hangat dalam keterampilan ini ialah isu bahasa, isu budaya dan isu media sosial SIARAN LANGSUNG SIARAN LANGSUNG SIARAN LANGSUNG SIARAN
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini, seperti yang kita dapat saksikan bahawa penguasaan bahasa melayu semakin merosot. Pada realitinya tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari memandang enteng terhadap bahasa. Malah, mereka menggunakan bahasa melayu sewenang-wenang hati mereka sahaja. Walhal, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Pernyataan ini dibuktikan menerusi petikan akhbar Utusan Malasyia iaitu "Sangat menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini." isu 1: bahasa Namun, bukan kesemua masyarakat mempunyai sikap begitu, tetapi masih ada lagi masyarakat yang mengambil berat mengenai kepentingan bahasa Melayu. Antara isu bahasa yang menjadi perbincangan ialah isu percampuran kod dalam komunikasi. Percampuran kod ditakrifkan sebagai satu fenomena yang biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod juga dikenali sebagai bahasa rojak. Isu percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Seperti yang dapat kita lihat pada masa kini, penggunaan percampuran kod dalam komunikasi semakin meluas. Hal ini kerana selari dengan pembangunan negara yang mementingkan masyarakat mahir dalam pelbagai bidang. Secara tidak langsuang sedikit sebanyak ialah memberi kesan kepada bahasa melayu itu sendiri.
Contoh:
Berdasarkan The Malaysian Insight (2021), baru-baru ini, kejadian salah faham yang dikatakan sebagai tindakan mempersenda dan menghina budaya masyarakat Iban di Sarawak oleh seorang pengguna media sosial yang terkenal tular di negara ini.Situasi ini jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan dan pemerkasaan pendidikan tentang komunikasi antara budaya di negara berbilang kaum dan beraneka budaya ini. Perkara sebegini jelas menunjukkan literasi segelintir masyarakat tentang sensitiviti budaya orang lain adalah rendah dan amat membimbangkan kerana sekiranya tidak terkawal boleh mencetuskan konflik yang mengancam kesejahteraan masyarakat. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara semua pihak perlu menitikberatkan mengenai kepentingan budaya setiap kaum. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang giat membangun untuk membentuk negara maju seteraf dengan negara-negara maju yang lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Namun, yang menjadikan Malaysia berbeza dengan negara-negara yang lain ialah dapat dilihat melalui kepelbagaian kaum yang ada sehingga mendorong kepada kewujudan budaya dan bahasa yang variasi. isu 2: budaya
Contoh:
isu 3: media sosial Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan dunia kini banyak dipengaruhi oleh komunikasi massa. Secara langsung atau tidak langsung segala maklumat yang disebarkan melalui media massa ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara kita berfikir, berkomunikasi dan segala tingkah laku kita. Media sosial bermaksud media yang digunakan secara dalam talian untuk memudahkan penggunanya menyertai, berkongsi dan maklumat tersendiri (Wikipedia, 2022). Manakala merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, media ditakrifkan sebagai alat atau perantaraan komunikasi seperti radio, televisyen dan sebagainya yang dapat dirujuk pada halaman 872. Seterusnya, pada halaman 1301 sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Sering kali dilihat, masyarakat pada hari ini khususnya golongan remaja sering menggunakan platform di media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twiter dan sebagainya sebagai alat perhubungan untuk berkomunikasi. Namun, penggunaan media sosial secara tidak berhemah akan memberikan impak yang negatif sama ada kepada diri sendiri mahupun orang di sekeliling. Sesetengah dari mereka menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan dan emosi secara keterlaluan sehingga membawa mudarat kepada diri.
Antara topik utama yang menjadi pokok perbincangan mengenai isu media sosial ialah penggunaan bahasa rojak dan slanga oleh ramai pengguna media sosial. Buktinya, menurut akhbar dari Sinar Harian menyatakan bahawa "penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial sehingga mempengaruhi cara berbahasa di alam realiti, antara cabaran yang perlu ditangani bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam masyarakat". Pada pandangan saya, perkara ini berlaku disebabkan majoriti rakyat Malaysia lebih mengagung-agungkan bahasa lain berbanding bahasa Melayu antaranya seperti bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana, kurang kesedaran dalam diri masyarakat tentang ketinggian dan keagungan bahasa Melayu. Bahkan, menganggap bahawa bahasa Melayu sudah tidak perlu digunakan lagi pada masa kini.
Selain itu, isu yang berlaku di media sosial seperti penggunaan bahasa-bahasa kesar dan kesat sehingga menyebabkan berlakunya masalah buli siber. "Sejak kebelakangan ini, kita sering menerima maklumat dan bentuk tulisan dan audio visual yang diviralkan dalam media sosial mengandungi kata-kata kesat dan kotor yang seolah-olah tidak melambangkan budaya luhur budi dan bahasa rakyat Malaysia yang terkenal dengan sopan santunnya". (Berita harian, 2020) Hal ini berlaku mungkin disebabkan mereka sudah terbiasa menggunakannya dalam komunikasi harian. Misalnya, penggunaan bahasa kasar ini dalam komunikasi bersama-sama rakan-rakan sebaya atau mungkin juga disebabkan perasaan dengki atau tidak berpuas hati dengan sesuatu atau seseorang. Secara tidak langsung, ianya memberi kesan buruk kepada mangsa di media sosial ini. Perkara ini juga dikenali sebagai buli siber
Contoh:
rujukan Ety Nur Inah. (2013). Peranan Komunikasi dalam Pendidikan. Jurnal Al-Ta'dib, 6(1), 177. https://scholar.google.com.my/scholar_url?url=https://ejournal.iainkendari.ac.id/index.php/altadib/article/view/299/289&hl=en&sa=X&ei=K7QaZI3dIISNygSFt4DYAw&scisig=AAGBfm0vIUPC9ABLReh2dwBI2 FtWeeA8_A&oi=scholarr Dr. Norazlina Mohd. Kiram. (t.t.). Keterampilan Berbahasa Melayu UPM. https://slideplayer.info/slide/14526696/ Bahasa rojak: Rancak tapi perosak. (2022, Januari 21). Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/184198/video/sinar-live-video/bahasa-rojak-rancaktapi-perosak Akmal Ahmad. (2018, Januari 11). Kepentingan memberi maklum balas/respon pada pelanggan. https://beritappm.wordpress.com/2018/01/11/kepentingan-memberi-maklumbalas-respon-padapelanggan/ Emosi. (2022, Julai 22). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Emosi#:~:text=Emosi%20juga%20merujuk%20pada%20reaksi,seseorang% 2C%20atau%20takut%20akan%20sesuatu.
rujukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1998). Dewan Bahasa dan Pustaka Komunikasi. (2022, Disember 27). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi#:~:text=Manusia%20berkomunikasi%20unt uk%20berkongsi%20pengetahuan,jadi%20lisan%20atau%20tanpa%20lisan. Komen jelek bertebaran. (2020, September 24). Berita Harian. https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/09/623734/komen-jelik-bertebaran Media Sosial. (2022, April 25). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Media_sosial#:~:text=Media%20sosial%20(bahasa%20Inggeris %3A%20social,dan%20mencipta%20isi%20kandungan%20tersendiri. Maizatul Haizan Mahbob & Noor Afzaliza Nazira Ibrahim. (2017). Kecerdasan Emosi, Komunikasi Non-Verbal dan Keterampilan Peribadi Para Pekerja dalam Konteks Komunikasi Keorganisasian. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, 33(1), 368-382. http://journalarticle.ukm.my/10553/1/16980-49259-2-PB.pdf
rujukan Samsuddin A. Rahim. (2003). Komunikasi Asas. Dawana Sdn. Bhd. Suzana Ibrahim. (2021, Julai 8). Komunikasi Jelas dan Berkesan UPM. https://pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/202112141243331._Kursus_Komunikasi_de ngan_Jelas_dan_Berkesan_(Asas).pdf The Malaysian Insight. (2021, Jun 21). Jaga sensitiviti budaya semasa berkomunikasi. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/320852
terima kasih terima kasih