Tuan/Puan boleh dengar ke suara saya?
Assalammualaikum dan Selamat pagi, kepada Encik Navin, selaku penyelaras kursus, Puan
Puan Salfaliza pensyarah bersama pada hari ini dan peserta peserta Kursus Imej Pesona Diri
(Self Persona) Bil.2/2022. Baik, seperti yang encik navin telah maklumkan pada awal sesi
tadi, pada hari ini saya akan berkongsi tentang tips penggayaan dan imej pegawai wanita di
LHDNM.
Sebelum saya mulakan perkongsian saya, boleh tak saya nak tengok pegawai wanita yang
masih bersama dalam sesi kita pada hari ini? Sebab kita nak buat perkongsian dan tips untuk
imej wanita professional kan.. Boleh tulis HI di ruangan chat tak? Atau yang boleh buka
camera lambai tangan sikit atau buka audio dan say HI!
Ok bila saya lihat puan-puan peserta pada hari ini, memang dah sedia cantik, bergaya dan
berketrampilan. Jadi takpe.. pada hari ini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dan tips
mengenai imej wanita secara luaran dan dalaman. Bagi yang sudah mengetahui banyak ilmu2
imej, kita akan revision balik bersama-sama, bagi yang terlepas pandang selama ni tidak sedar
telah melakukan kesalahan, kita refleks semula dan bagi yang tidak tahu, kali ni kita akan
belajar ilmu baharu. Untuk makluman puan2 juga, perkongsian saya adalah dari pemerhatian
dan observation serta tips2 yang saya peroleh daripada pakar pakai imej di Malaysia.
Dan jika puan2 ada ilmu yang ingin dikongsikan, saya sangat2 alu alukan, pls do so dengan
tulis di ruangan chat atau onkan audio atau camera.
Ok Alhamdulillah terima kasih puan puan.
__
Okay untuk makluman tuan/puan saya akan 3 topik utama yang akan saya kongsikan pada
hari ni adalah….
Slide Nota
Number
1 Tuan/Puan, apabila bercakap tentang LHDNM, orang sering mempunyai
persepsi pegawai yang dilantik di LHDNM adalah pegawai-pegawai yang hebat
atau dipanggil sebagai ‘cream of the cream’ betul tak?
Maka dari sini kita dapat lihat bahawa orang luar memandang tinggi pegawai
yang bekerja di LHDNM dan pastinya ia membawa kepada satu expectation
yang tinggi daripada orang lain terhadap kita.
Oleh sebab itu, ia adalah penting untuk kita sentiasa pandai dan tahu membawa
diri kerana dari situ lah orang akan menilai imej yang kita bawa. Imej ini bukan
Slide Nota
Number
sahaja memberi refleks kepada kita, tetapi turut mempengaruhi LHDNM secara
amnya dan Jabatan / Negeri / Cawangan / Seksyen khususnya. Kadangkala kita
terlupa nak ambil perhatian terhadap imej seksyen kita. Takpe la, seksyen je
pun. Takpela 2-3 orang je pun. Sebenarnya, tidak kira seksyen itu kecil atau
besar ia masih memberi impak. Jadi, kita sebagai ketua perlulah sentiasa
mulakan culture dan menunjukkan imej yang baik dan ia baru diikuti oleh
pegawai seliaan di bawah kita. Apabila pegawai2 seksyen kita menunjukkan
imej yg baik, sekaligus akan menyumbang kepada budaya kerja yang baik. Baru
lah boss sayang kan?
Dengan membawa imej yang betul, ia akan memberi tanggapan positif orang
terhadap kita dan pada masa yang sama membuatkan orang lebih percaya
dengan kita serta selesa berurusan dengan kita.
Jadi tuan/puan, apakah komponen yang ada dalam imej? Ingat imej, ingat ABC.
A untuk appearance, B untuk behavious dan C untuk communication. Sekejap
lagi Encik Navin akan explain lebih lanjut mengenai ini.
Komponen dalam imej ini lah antara yang mempengaruhi tanggapan pertama
orang terhadap kita atau first impression. Kebiasannya, seseorang itu hanya
mempunyai 7 saat untuk memberi tanggapan awal kepada kita melalui
penampilan dan bahasa badan yang kita bawa.
“You only have one first chance to make one first impression that lasts a
lifetime.” ~ Nas.
First impression ni, adalah yang pertama, jadi jadikan diri kita sentiasa bersedia
untuk berhadapan dengan orang, bagi memastikan orang percaya dan senang
berurusan dengan kita.
Apakah tanggapan pertama tuan/puan terhadap gambar seperti di slide?
2 Jika anda adalah pembayar cukai, siapakah yang anda akan lebih percaya dan
selesa untuk bercakap? Boleh kongsikan di ruangan chat?
Gambar pertama, wanita ini tampak kemas dengan pakaian pejabat. Ia juga
mencerminkan imej koporat dan kita akan secara langsung dapat melihat
bahawa wanita pertama ini lebih nampak dipercayai jika dibandingkan dengan
wanita yang kedua.
Wanita yang kedua ini jelas menunjukkan imej yang tidak sesuai, berselipar,
rambut compang camping, memakai tshirt dan cara duduk yang tidak sesuai.
Dengan imej sebegini pasti dengan sendirinya orang akan menjauhkan diri dan
tidak akan bercakap dengan kita.
Slide Nota
Number
3 Sekarang mari kita sama-sama lihat video yang saya pertontonkan sebentar
lagi. Ada 2 video di sini dan saya juga mohon tuan/puan untuk sama berikan
komen di ruangan chat, apakah pendapat tuan/puan selepas menonton video
ini.
--
Apakah komen tuan/puan? Dari segi appearance wanita ini nampak sungguh
bergaya dan cantik tetapi sebaik sahaja wanita ini berjalan dan bercakap
nampak sungguh mengecewakan. Dia berjalan dengan gaya yang kasar,
menunjukkan jari kepada staff dan bercakap dengan nada suara yang sangat
tinggi. Ini bukan sahaja memberi tanggapan imej buruk terhadap diri sendiri
tetapi pada masa yang sama dapat memberi kesan negative dari segi emosi
kepada pelanggan / staf bawahan kita. Apabila perkara ini berlaku, ia akan
mewujudkan suasana kerja yang tidak harmoni dan menyebabkan staf menjadi
demotivated dan rasa tidah dihargai.
--
Mari kita lihat video yang kedua. Sama seperti video pertama, tuan/puan boleh
tuliskan di ruangan chat apakah pendapat tuan/puan mengenai video yang
kedua pula.
--
Dari video yang kedua, dapat dilihat perubahan serta merta imej wanita ini.
Apabila bercakap dengan client / orang luar wanita ini nampak lebih sopan,
bahasa tubuh yang sangat welcoming dan tone suara yang lembut.
Berbeza dengan video pertama kan? Kesimpulan dari video ini, tidak kira
internal atau external client di mana dalam konteks di LHDNM, layanan kepada
pembayar cukai dan staff bawahan juga hendaklah sama dan tidak seharusnya
dilayan dengan cara berbeza lagi-lagi layanan dengan cara yang sangat buruk
seperti meninggikan suara di khalayak ramai.
4 Baik tuan/puan, apabila kita bercakap tentang imej atau sikap buruk ini,
pernahkah tuan/puan mendengar tentang Jenayah Imej? Selain dari behaviour
atau sikap yang mencerminkan imej kita secara keseluruhan, terdapat banyak
lagi Jenyah atau kesalahan imej yang kita lakukan tanpa kita sedar.
Jika tuan/puan lihat dalam slides ini, saya senaraikan 4 jenayah imej utama yang
saya rasa penting untuk diberi perhatian terutama bagi pegawai wanita kerana
ia sangat memberi refleksi terhadap kita kerana wanita ini sering dikaitkan
Slide Nota
Number
dengan cantic, ‘sedap mata memandang’. Tapi apakah dia ‘sedap mata
memandang’ dalam konteks pembawakan diri kita sebagai penjawat awam /
pegawai di LHDNM?
Jenayah Imej pertama :
Memakai make up berlebihan atau terlalu tebal –
Bagi menunjukkan imej korporat dan kelihatan formal, kita hendaklah memakai
make up yang lebih ringan dan light serta menggunakan warna-warna yang
lebih natural.
Elakkan juga dari muka yang terlalu pucat, jika tidak suka memakai makeup,
boleh sekadar memakai gincu secara sederhana. Bagi sebarang program rasmi,
kita tidak mahu terlalu menyerlahkan make up melebihi diri sendiri kerana kita
perlu menumpukan lebih kepada agenda utama berkaitan kerja, bukan make
up. Make up yang fancy dan tebal tetap boleh digunakan tetapi bergantung
kepada tempat dan program yang bersesuaian seperti Gala dinner atau
program yang lebih santai dan kasual.
Jenayah imej kedua :
Badan dan mulut berbau—
Perkara ini orang sering tidak sedar. Biasanya orang di sekeliling yang akan
sedar mengenai bau badan dan ini akan menyebabkan orang tidak selesa
dengan kita serta akan memberi tanggapan negative terhadap kita.
Jadi apa kita perlu buat adalah, pastikan sentiasa memakai deoderent bagi
mengelakkan ketiak / badan berbau. Ini penting agar jika kita menghadiri
program rasmi atau mesyuarat dalam bilik tertupup, kita tidak akan
menyebabkan orang tidak selesa. Bau mulut juga penting, pastikan sentiasa
membawa chewing gum dalam handbag / membawa mouth wash. Jika sempat
boleh membasuh mulut terlebih dahulu dan jika tidak, mengunyah chewing
gum tetapi pastikan ia dibuang segera sebelum mesyuarat / program rasmi
berlangsung.
Saya pernah menjadi recruitment consultant suatu masa dahulu dan pernah
mendapat calon temuduga yang memakan chewing gum semasa sesi interview
dan ia sangat memberi tanggapan buruk kerana ia membuatkan penemuduga
tidak fokus, dan saya nampak seperti tidak menghormati orang yang kita
sedang bercakap kerana ia seperti menujukkan sikap tidak professional serta
sambil lewa.
Jenayah Imej 3 :
Pakaian terlalu ketat—
Slide Nota
Number
Perkara ini juga perlu diberi perhatian terutama kita sebagai Hasilian wanita.
Pastikan pakaian terutama baju kurung yang dipakai adalah patuh syariah dan
tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Jika ada yang
memakai skirt, pastikan skirt tidak terlalu pendek. Sebagai wanita pasti kita
ingin dihormati dan dipandang tinggi oleh orang lain. Ini adalah diibaratkan
seperti barang perhiasan mahal di mall-mall yang di letakkan dalam cabinet
berkaca yang dikunci dan tidak berani di pegang / diperlekehkan oleh orang
lain.
Jenayah imej 4 :
Memakai aksesori berlebihan atau fashion secara berlebihan. Terutama bagi
pegawai yang bertudung, pastikan tidak memakai ‘anting anting’ di luar tudung
kerana ia nampak kasual dan tidak sesuai bagi majlis yang formal / nampak
professional. Elakkan juga memakai barangan kemas yang terlalu banyak
apabila ke tempat kerja terutama ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.
5 Okay, kita dah bercakap tentang jenayah imej, mari kita sama-sama saksikan
video ini dan tuan/puan boleh tulis diruangan komen, apakah jenis jenayah imej
lain yang sering kita lakukan tanpa kita sedar semasa kita menghadiri mesyuarat
/ program rasmi.
6 Berdasarkan video tadi, terdapat 8 jenis jenayah imej yang sering kita lakukan
tanpa sedar. Perlu kita ambil perhatian dan ingat bahawa, apabila kita berjumpa
dengan external / internal client dalam mesyuarat atau perjumpaan, kita
membawa imej seksyen dan cawangan kita sendiri. Kadangkala kita took for
granted dan tidak sedar ia membawa kepada cerminan peribadi kita sendiri.
Ini adalah selaras dengan perkongsian puan salfaliza sebentar tadi mengenai
personal branding dan jenama diri kita apabila kita berjumpa dengan orang
ramai.
Pertama – Bahasa badan yang tidak professional. Ini adalah perkara asas yang
perlu kita tekankan. Pastikan kita tidak menunjukkan bahasa badan yang ‘tidak
berminat’ atau ‘bosan’. Bahasa badan juga penting dalam menentukan imej kita
dan nampak lebih professional.
Kedua – Tidur. Mungkin pernah terjadi pegawai tertidur semasa mesyuarat
tanpa dia sedari. Jika kita rasa mengantuk, boleh ke restroom untuk membasuh
muka atau menggunakan essential oils yang refreshing seperti peppermint atau
lemon supaya dapat mengawal diri dari tertidur tanpa sedar.
Ketiga – Meletakkan beg atas meja. Pastikan kita tidak meletakkan beg kita di
atas meja kerana ia boleh menjejaskan pandangan semasa mesyuarat. Beg
Slide Nota
Number
perlu lah diletakkan di bawah atau puan/puan boleh membeli beg holder dan
gantunggkan beg tersebut di beg holder yang dilekatkan di atas meja. Jika tiada,
boleh letakkan di bawah dan bukan juga di atas kerusi.
Keempat – Bermain dengan telefon. Ini juga sering kali kita terlepas pandang.
Jika pengerusi sedang bercakap dalam mesyuarat, pastikan kita tidak bermain
dengan telefon / sengaja bermain secara terangan di hadapan orang. Jika
punyai urusan penting dan perlu bercakap, perlulah keluar dari bilik mesyuarat
agar tidak mengganggu perbincangan.
Kelima – Membuat bunyi bising. Ada kala apabila terlalu lama dalam bilik
perbincangan, kita akan secara auto reflex menggoyangkan kaki, pen atau jari.
Ini jelas menunjukkan body gesture ‘bosan’ dan bunyi-bunyi yang keluar akan
menggangu perbincangan serta nampak kurang professional.
Keenam – Datang lambat juga boleh dikira sebagai tanggapan pertama orang
terhadap kita. Pastikan kita patuh dengan waktu temujanji / mesyuarat /
perbincangan yang ditetapkan supaya orang tidak tertunggu-tunggu. Dengan
menghadiri mesyuarat lebih awal, ini akan menunjukkan kesungguhan kita dan
menunjukkan kita komited terhadap sesuatu program tersebut.
Ketujuh – Makan. Sekiranya dalam satu mesyuarat itu, ahli mesyuarat
dihidangkan makanan dan dijemput oleh Pengerusi untuk makan sambil
bermesyuarat, ia tidak mengapa. Tetapi jangan makan serta membuat bunyi
yang terlalu jelas seperti membuka plastic kerana ia jelas seperti tidak
menghormati program / pengerusi / ahli mesyuarat.
Kelapan – aksesori berlebihan. Kita tidak mahu orang lain terlalu fokus tehadap
aksesori kita semasa kita bercakap dan ia terangan tidak sesuai untuk majlis /
program yang rasmi. Aksesori yang banyak boleh dipakai ketika majlis kasual
atau santai bersesuaian dengan tema program.
7 Baiklah tuan/puan, kita telah lihat senarai dan jenis jenayah imej yang dilakukan
dengan sedar dan tanpa kita sedar. Jadi di sini saya nak kongsikan juga tips
hasilian wanita tampak bergaya dan professional apabila ke pejabat iaitu dari
segi berpakaian, pemilihan aksesori dan juga beg tangan. Untuk makluman
tuan/puan, tips2 yang saya kongsikan ini juga adalah berdasarkan tips daripada
Puan Mary, seorang guru imej yang popular di Malaysia. So tuan/puan, please
stay tuned dan fokus…
8 Untuk berpakaian, pastikan memilih pakaian mengikut rule TOPPS iaitu
berdasarkan time, occasion, place, purpose dan syariah compliance. Pemilihan
Slide Nota
Number
pakaian hendaklah mematuhi Pekeliling / polisi pakaian pejabat yang
ditetapkan selain memastikan kasut yang sesuai dengan pakaian.
Apabila ke program atau majlis rasmi pastikan anda tidak memakai blazer
bersama-bersama dengan baju kurung. Ini juga tanpa kita sedar adalah jenayah
imej kerana baju kurung tidak sesuai digayakan dengan blazer, ia ibarat
tempoyak dan cheese. Jadi, jika anda ingin ke majlis rasmi dan mendapati
tempat tersebut adalah sejuk, puan-puan boleh menggunakan shawl tebal atau
pashmina.
Blazer perlu lah digayakan dengan 3 pieces sut iaitu kemeja dan seluar. Jika
puan-puan selesa memakai blazer di pejabat untuk bekerja sahaja di
workstation / bilik sahaja, tidak mengapa.
Padanan warna yang sesuai juga adalah penting dalam berpakaian yang tampak
professional. Pastikan pemilihan color untuk baju dan tudung adalah sesuai,
untuk paling mudah dan Selamat pilih color setona seperti dalam gambar, baju
bewarna ungu pekat dan tudung bewarna ungu cerah. Jika ingin bermain
dengan warna dan corak yang sepadan, puan puan boleh merujuk kepada
penggunaan roda warna.
Jelaskan 1 contoh --
9 Seterusnya, pemilihan aksesori. Perlu lah mengikut Rule of 5 di mana untuk
wanita tidak bertudung boleh mengenakan 1 pasang anting anting, 1 rantai, 1
cincin, 1 gelang dan 1 jam tangan.
Manakala bagi wanita bertudung, anting anting dan rantai tidak kelihatan dan
boleh digantikan dengan pemakaian kerongsang.
10 Ini adalah contoh pemakaian kerongsang yang betul. Maksimum 3 kerongsang,
1 kerongsang tidak melebihi 3 ruas jari untuk dijadikan titik fokus manakala
kerongsang kecil hendaklah tidak melebihi 1 ruas jari. Boleh memakai
kerongsang di tepi kepala dengan syarat ia adalah bersaiz kecil, tidak terlalu
besar dan menonjol. Digalakkan memakai jarum peniti kerana ia tidak terlalu
jelas.
11 Akhir sekali adalah tips memilih beg tangan ke pejabat agar tampak lebih
professional. Perkara pertama yang perlu ditekankan dalam memilih beg
tangan adalah dengan mengenalpasti bentuk tubuh badan.
Bagi wanita yang berbadan lekuk dan berbentuk, sangat sesuai menggunakan
beg tangan yang solid dan keras serta berpotongan lurus, berlawanan dengan
bentuk badan.
Slide Nota
Number
Bagi wanita yang berbadan kursus atau straight cut, lebih sesuai memakai beg
12 tangan yang lembut dan berlekuk.
13 Tips kedua, pastikan size beg tangan tidak terlalu kecil dan tidak lah terlalu
besar. Pastikan beg tidak melebihi kelebaran tubuh. Sebagai contoh jika tubuh
badan anda lebar di kawasan pinggul, boleh mengukur beg di kawasan tersebut
dan pastikan ia tidak melebihi lebar kawasan itu.
14 Tips terakhir, pemilihan warna beg juga mempengaruhi gaya seseorang. Bagi
gaya korporat, warna yang paling Selamat digunakan adalah warna neutral
seperti putih, hitam, perang, kelabu dan biru navy. Warna warna lain juga boleh
digunakan seperti marron atau hijau gelap.
Elakkan memakai beg bewarna cerah kerana ia lebih sesuai untuk ke tempat /
majlis yang lebih kasual dan santai.
Rumusan Okay, jadi berdasarkan perkongsian saya sebentar tadi, pembentukan imej
dalam diri yang merangkumi aspek ABC adalah sangat penting dalam
memastikan orang selesa untuk berurusan dengan kita dan membuatkan kita
lebih dipercayai dan dihormati.
Pastikan juga kita tidak melakukan jenayah imej yang disenaraikan kerana tanpa
sedar ia akan membawa kepada tanggapan negatif terhadap imej cawangan
dan seksyen kita.
Setiap tips yang dikongsi seperti berpakaian, aksesori dan beg tangan boleh
diaplikasi agar tampak lebih bergaya dan kemas sekaligus meningkatkan
keyakinan diri kita dalam bekerja dan dihormati oleh orang sekeliling kita.
Sekian, terima kasih.