The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 BMMB1104 (Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursaidatulsafiah, 2024-03-11 10:17:03

Konsep, Fungsi dan Pemikiran Puisi Tradisional

Tugasan 1 BMMB1104 (Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu)

Keywords: BMMB1104 Anyflip

Konsep, Fungsi dan Pemikiran Puisi Tradisional NAMA : NUR SAIDATUL SAFIAH BINTI ZAWAWI NOMBOR ANGKA GILIRAN : 2023152310020 NOMBOR KAD PENGENALAN : 051125050440 KOD KURSUS : BMMB1104 NAMA KURSUS : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH : PUAN MAYATI BINTI BULIN


Kandungan Konsep Umum Puisi Tradisional Konsep, Fungsi dan Pemikiran Puisi Tradisional Rujukan 1. Pantun 2. Syair 3. Seloka 4. Gurindam


Konsep Puisi Tradisional {Umum} Bagi semua bangsa, puisi merupakan genre sastera yang paling awal wujud. Secara umumnya, puisi tradisional pula merujuk kepada karya sastera yang ditulis dalam gaya tertentu dan tanpa melanggar piawaian tatabahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), puisi biasanya terdiri daripada baris frasa dan bukannya ayat yang lengkap. Puisi tradisional merupakan karya bercorak bukan naratif yang tidak mengandungi plot. Antara genre yang terkandung dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa. rubai, masnawi dan sebagainya (Harun Mat Piah, 1989). Setiap jenis puisi tradisional sudah terikat dengan gaya dan pola tertentu, kerana kalimatnya tidak bebas. Faktor emosi seperti pemilihan diksi, rima, suku kata dan perasaan sensitif adalah penting dalam penciptaan puisi.


Konsep, fungsi dan pemikiran puisi tradisional Pantun Syair Seloka Gurindam


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap iaitu dua baris pertama yang merupakan pembayang dan selebihnya mengandungi maksud. Menurut (Dr. Khairuddin Mohammad et, al., 2014), pantun selalu digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu terutamanya dalam menulis surat. Walau bagaimanapun, penggunaan pantun masih kukuh dan sering digunakan pada masa kini seperti dalam majlis pertunangan mahupun majlis perkahwinan. Pantun dicipta untuk menyindir, berjenaka, memberi nasihat, dan bersuka-suka selain menyampaikan fikiran dan perasaan seseorang mengenai sesuatu perkara sebagai satu bentuk pengucapan. Konsep PANTUN


2 3 FUNGSI PANTUN 1 Pantun sebagai alat untuk mendapatkan gambaran tentang pemikiran dan minda masyarakat Melayu, perspektif hidup, harapan dan prinsip Alat yang membolehkan penilaian kehalusan perasaan dan ketajaman minda. Contohnya, pantun teka-teki, pantun peribahasa dan sebagainya 4 Alat untuk berkomunikasi untuk menyatakan perasaan. Tambahan pula, pantun digunakan dalam hiburan dan bahan jenaka seperti pantun jenaka. Digunakan dalam pendidikan sama ada untuk menyindir, kiasan atau berterus terang


Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. PEMIKIRAN PANTUN NASIHAT Manifestasi akal budi: Penulis pantun cuba untuk menyampaikan bahawa oleh kerana kebaikan tidak boleh diukur dengan wang atau harta, jadi kebaikan seseorang mesti dikenang. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengingat jasa baik orang terhadap kita sehingga ke akhir hayat kita.


SYAIR Digunakan untuk menceritakan hal-hal yang panjang misalnya tentang suatu cerita, nasihat, agama, cinta dan lainlain. Lazimnya, syair terdiri daripada empat baris serangkap yang berima a-a-a-a pada akhir setiap baris. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri, tetapi memerlukan rangkap yang lain untuk melengkapkan idea tersebut (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Konsep Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat. 1. Dijadikan sebagai hiburan. Syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu 2. Berfungsi dalam ketamadunan bangsa, iaitu lazim diguna pakai sebagai alat komunikasi berbanding dengan puisi tradisional Melayu yang lain. 3. Fungsi


Dengarlah wahai anakanda Rajinlah belajar sepanjang masa Ilmu tiada pernah habis dieja Sebagai bekal sepanjang usia Dengan ilmu engkau terjaga Dari suramnya waktu dan masa Cemerlang akan senantiasa Menyinari dirimu di masa dewasa Manifestasi akal budi: Syair pendidikan ini hanya memiliki 2 bait yang masing masing terdiri dari 4 baris dan mempunyai rima a/a/a/a. Baris 1 dan 2 pada kedua-dua rangkap syair tidak berfungsi sebagai pembuka. Semua baris berfungsi sebagai isi. Rangkap 1: Pengarang memberikan nasihat agar kita janganlah berhenti untuk belajar dan mencari ilmu. Ilmu itu tidak akan pernah habis untuk dipelajari dan kekal menjadi sebagai pengetahuan kita sehingga hari kita tua kelak. Rangkap 2: Pengarang turut menjelaskan bagaimana manfaat ilmu itu berharga untuk kehidupan dan masa depan. Selain itu, seseorang boleh memanfaatkan sepenuhnya potensi mereka dan menjalani kehidupan yang penuh makna dan kepuasan. PEMIKIRAN SYAIR Syair Untuk Masa Depanmu karya Gina Hayana


Seloka merupakan bentuk puisi Melayu Tradisional, sama ada berangkap atau tidak. Boleh digunakan sebagai teguran, sindiran atau berjenaka. Biasanya terdiri daripada empat baris yang kelihatan seperti pantun atau syair. Manakala dari segi bentuk, seloka dan gurindam hampir sama. Seloka boleh ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap baris boleh dijadikan sebagai isi. Konsep Alat untuk mengkritik setiap perspektif negatif yang wujud dalam masyarakat tanpa menjejaskan atau menyakiti mereka. 1. Dijadikan sebagai panduan atau pengajaran untuk semua yang berkaitan 2. 3.Memberi panduan dan pengetahuan Fungsi SELOKA Satu bait terdiri daripada empat baris Setiap baris terdiri dari empat suku kata Rangkaian pantun yang sambung menyambung CIRI-CIRI SELOKA


Manifestasi Akal Budi Seloka ini menceritakan tentang Pak Kaduk yang malang kerana walaupun ayam sabungnya menang, kampungnya tergadai kerana dia bersetuju untuk menukar ayamnya dengan ayam Raja sebelum pertandingan. Seterusnya, dengan mencurah nasi yang dia ada, Pak Kaduk kelaparan. Dia membuat kesilapan dengan ke hulu sungai ketika air surut dan menghilir ketika air pasang. Setelah membunuh isterinya kerana panas baran, dia hampir mati kerana kekurangan makanan. Malang sekali lagi menimpa Pak Kaduk semasa belayar dan angin mula bertiup apabila dia hendak berlabuh. Akhirnya dia merempat di tempat orang walaupun mempunyai rumah. PEMIKIRAN SELOKA Aduhai Malang Pak Kaduk, Ayamnya Menang Kampung Tergadai, Ada Nasi dicurahkan, Awak Pulang Kebuluran; Mudik Menongkah Surut, Hilir Menongkah Pasang, Ada Isteri Dibunuh, Nyaris Mati Oleh Tak Makan, Masa Belayar Kematian Angin, Sauh dilabuh Bayu Berpuput, Ada Rumah Bertandang Duduk, Rumah Runtuh Awak Menumpang. Aduhai Malang Pak Kaduk, Ayamnya Menang Kampung Tergadai, Ada Nasi dicurahkan, Awak Pulang Kebuluran; Mudik Menongkah Surut, Hilir Menongkah Pasang, Ada Isteri Dibunuh, Nyaris Mati Oleh Tak Makan, Masa Belayar Kematian Angin, Sauh dilabuh Bayu Berpuput, Ada Rumah Bertandang Duduk, Rumah Runtuh Awak Menumpang. > Seloka Pak Kaduk


GURINDAM Fungsi Ciri-ciri Puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima akhir yang sama iaitu a-a Za’ba (1965) menjelaskan bahawa gurindam sebagai sejenis syair melarat yang tetap sukatannya atau rangkapnya. Gurindam dalam bentuk tidak terikat pula selalunya tidak berpasangan dan tidak berangkap atau terus menerus. Konsep Berfokus kepada pengajaran atau panduan hidup yang sempurna 1. 2. Menghibur manusia 3. Menyampaikan dakwah agama Berfokus kepada pengajaran atau panduan hidup yang sempurna 1. 2. Menghibur manusia 3. Menyampaikan dakwah agama


Manifestasi Akal Budi Apabila terpelihara mata, sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah ingat, di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, daripada berjalan yang membawa rugi. Gurindam 12 Fasal 2 Karya Raja Ali Haji PEMIKIRAN GURINDAM Rangkap 1: Sebaik-baiknya kita harus menjaga mata kita daripada melihat sesuatu yang dilarang oleh Tuhan. Rangkap 2: Selain itu, adalah penting untuk mengelak daripada mendengar sebarang hasutan dan kejian. Rangkap 3: Menjaga tutur kata akan mendapat banyak faedah. Rangkap 4: Kita mesti mengelak daripada mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Rangkap 5: Seterusnya, nafsu makan harus dikawal untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang dilarang. Rangkap 6: Kehidupan seseorang harus dipenuhi dengan semangat. Rangkap 7: Akhir sekali, adalah penting untuk menjaga kaki daripada pergi ke tempat-tempat yang kotor.


Rujukan


Rujukan


Click to View FlipBook Version