PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KURSUS IKHTISAS PENDIDIKAN
NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KURSUS IKHTISAS PENDIDIKAN
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya _NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR_____
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: CIK SARIMAH BINTI ISMAIL
Nama Penyelia
Km5, Jalan Pauh,
06010 Changlun, Tarikh: _10 Mei 2011_
Kedah Darul Aman
Tarikh: _10 Mei 2011_
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
10 Mei 2011
PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KURSUS IKHTISAS PENDIDIKAN
NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
i
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR
Tarikh : 10 Mei 2011
ii
DEDIKASI
Teristimewa Untuk…….
Naimah Binti Nayan………..Seorang Emak Yang Ku Sanjungi & Kasihi
Romli Bin Bakar……….Seorang Ayah Yang Banyak Berbakti
Kasih Sayang Kalian Menjadi Kekuatan Dan Kelemahan Diriku
Terima Kasih Kepada….
Cik Sarimah Ismail………penyelia ku yang dedikasi
Jasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat
Segala Ilmu Yang Mu Curahkan Membuatkan Aku Menjadi Manusia Berguna
Salam Ingatan.......
Guru-Guru Yang Pernah Menabur Ilmu Kepada Ku,
Terima Kasih Semuanya,
Ilmu Kalian Menjadikan Diriku Seorang Insan Yang Berjaya.
Berjaya Dunia Akhirat Hendaknya
Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan.....Terima Kasih
Suka Duka Saat Bersama Kalian Mematangkan Diriku
Semoga Kita Berjaya Mengapai Cita-cita
iii
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin dan limpahnya dapat saya menyempurnakan penyelidikan penulisan ini
sebagai suatu pengalaman dalam kehidupan saya serta sebagai memenuhi syarat untuk
lulus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) daripada
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Dalam usaha menjayakan penyelidikan ini, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Cik Sarimah Ismail diatas kesudian beliau melapangkan masa demi
membantu dan membimbing saya sepanjang tempoh melaksanakan Projek Sarjana Muda
ini. Segala nasihat dan semangat daripada beliau menjadikan saya seorang yang lebih
tabah menghadapi kehidupan mendatang. Walaupun berbagai rintangan dan cabaran
ditempuhi serta linangan air mata yang jatuh, Cik Sarimah sentiasa sabar dan membantu
saya dalam menyiapkan penulisan ini.
Ucapan ribuan terima kasih turut saya rakamkan kepada semua pelajar tahun
empat kerana sudi bekerjasama dan memberikan komitmen yang baik dalam
menghasilkan penyelidikan ini. Tidak lupa kepada semua mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidikan ini dijalankan, terima kasih semua.
vi
ABSTRAK
Penerapan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
membantu meningkatkan daya pemikiran, idea dan kualiti hasil pembelajaran pelajar.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran oleh pensyarah yang mengajar kursus ikhtisas pendidikan. Terdapat lima
elemen yang dikaji iaitu isi pelajaran, kaedah pengajaran, menjalinkan hubungan
kerjasama baru bersama agensi-agensi luar, menjalinkan usahasama diperingkat institusi
dan perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan
kuantitatif ini melibatkan 334 pelajar tahun 4 daripada semua program Fakulti
Pendidikan, UTM sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang
soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Packages for
Social Science (SPSS) versi 15.0. Dapatan kajian menunjukan pensyarah-pensyarah
yang mengajar kursus ikhtisas pendidikan menerapkan elemen isi pelajaran dan
menangani perkembangan berterusan ditahap yang tinggi sementara elemen kaedah
pengajaran bagi menyampaikan isi pelajaran, menjalinkan hubungan kerjasama bersama
agensi-agensi luar dan menjalinkan usahasama diperingkat institusi berada ditahap yang
sederhana. Kajian ini mencadangkan Fakulti Pendidikan mengadakan kursus kaedah
pengajaran kepada semua pensyarah, menambah saiz bilik kuliah bersesuaian dengan
bilangan pelajar, jadual waktu bagi sesuatu kursus perlu dipanjangkan, pensyarah
mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dari luar UTM untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran, menambah bilangan sampel kajian yang dipilih dari
kalangan pelajar dan pensyarah dan meluaskan lokasi kajian kepada semua institusi
pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program pendidikan.
vii
ABSTRACT
The application of innovation and creativity in teaching and learning can
improve students’ thinking capability, idea and teaching and learning outcomes. This
study was conducted to identify the application of innovation in lecturers’ teaching and
learning of the educational pedagogical courses. Five innovation elements were
measured as research variables, which werer content of the lesson, teaching method,
collaboration with outside agencies, collaboration at the institution level and continuous
development in teaching and learning. This quantitative survey research involved 334
final year students from all programs at the Faculty of Education, UTM as the research
respondents and data were collected using questionnaire and analysed using computer
software of Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 15.0. Findings of the
study indicated lecturers who teach educational pedagogical courses were applied
innovation elements highly in content of the lesson, and continuous development in
teaching and learning while moderately in the elements of teaching method,
collaboration with outside agencies and collaboration at the institution level. This study
was suggested for the Faculty to conduct teaching course for all lecturers, enlarge lecture
room size according to number of students, prolong lecture hour, establish collaboration
with outside agensies for teaching and learning, increase sample size who selected
among students and lecturers, expand research location to all Malaysia public
universities that offer education program.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN vi
DEDIKASI vii
PENGHARGAAN viii
ABSTRAK xiii
ABSTRACT xv
ISI KANDUNGAN xvi
SENARAI JADUAL xvii
SENARAI RAJAH
SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENGENALAN ix
Pendahuluan
1 Latar Belakang Masalah 1
1.1 Pernyataan Masalah 3
1.2 Objektif Kajian 7
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Kepentingan Kajian 8
1.5 1.6.1 Fakulti 9
1.6 1.6.2 Pensyarah 9
1.6.3 Pelajar 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Operasional 10
1.9.1 Inovasi 11
1.10 1.9.2 Pengajaran 11
1.9.3 Pembelajaran 11
1.9.4 Kursus Ikhtisas Pendidikan 12
1.9.5 Pensyarah 13
Penutup 13
14
x
SOROTAN KAJIAN 15
Pengenalan 16
2 Inovasi Dalam Isi Pelajaran 18
2.1 Inovasi Dalam Kaedah Pengajaran Menyampaikan
2.2 Isi Pelajaran 21
2.3 Kerjasama Dengan Pelbagai Pihak Untuk Proses
Pembelajaran 24
2.4 Menangani Perkembangan Inovasi Berterusan
2.5
3 METODOLOGI KAJIAN 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 30
30
3.5.1 Bahagian A 31
3.5.2 Bahagian B
3.6 Kesahan
Kajian Rintis xi
Kebolehpercayaan
3.7 Proses Kajian 32
3.8 Prosedur Kajian 32
3.9 Analisis Data 34
3.10 Penutup 37
3.11 38
3.12 39
4 ANALISIS DATA 40
4.0 Pengenalan 41
4.1 Latar Belakang Responden 44
4.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 45
4.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 48
4.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 50
4.5 Dapatan Persoalan Kajian 4 53
4.6 Dapatan Persoalan Kajian 5 55
4.7 Kesimpulan
xii
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Perbincangan Hasil Kajian
5.2.1 Penerapan Elemen Inovasi Isi Pelajaran 58
5.2.2 Penerapan Elemen Inovasi Kaedah Pengajaran 59
5.2.3 Penerapan Elemen Inovasi Menjalinkan Kerjasama 60
Baru Bersama Pihak Luar
5.2.4 Penerapan Elemen Inovasi Menjalinkan Usahasama 61
Diperingkat Institusi
5.2.5 Penerapan Elemen Inovasi Menangani 62
PerkembanganBerterusan
5.3 Rumusan Perbincangan 63
5.4 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 64
5.4.1 Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi 64
Malaysia
5.4.2 Fakulti Pendidikan 64
5.4.3 Pensyarah 65
5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 65
5.6 Kesimpulan 66
RUJUKAN
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1.1 Kursus-Kursus Ikhtisas Pendidikan Yang Ditawarkan Oleh 5
Jabatan Asas Pendidikan, UTM
Jadual 1.2 Garis Panduan Kursus-Kursus Ikhtisas Pendidikan Oleh Jabatan 6
Asas Pendidikan, UTM
Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut Program 29
Jadual 3.2 Pengelasan Skala Tiga Mata 30
Jadual 3.3 Pembahagian Bilangan Item Berhubung Pembolehubah Dalam 31
Persoalan Kajian
Jadual 3.4 Pekali Alpha Cronbach 33
Jadual 3.5 Dapatan Analisa Alpha Cronbach 33
Jadual 3.6 Item yang Di ubah 34
Jadual 3.7 Maklumbalas Dan Skor Tiga Mata Item 38
Jadual 3.8 Peratusan Maklum Balas 38
Jadual 4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Umur 41
Jadual 4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Jantina 42
Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Bangsa xiv
Jadual 4.3 42
Jadual 4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Program 43
Pengajian
Jadual 4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Kelayakkan 43
Akademik Tertinggi
Jadual 4.6 Penerapan Inovasi dalam Elemen Isi Pelajaran Kursus Ikhtisas 45
Pendidikan
Jadual 4.7 Penerapan Inovasi dalam Elemen Kaedah Pengajaran 46
Bagi Menyampaikan Isi Pelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan
Jadual 4.8 Penerapan Inovasi Dalam Elemen Menjalinkan Hubungan 49
Kerjasama Baru Bersama Pihak Luar Dalam Proses Pengajaran
Kursus Ikhtisas Pendidikan
Jadual 4.9 Penerapan Inovasi Dalam Elemen Menjalinkan Usahasama 52
Di Peringkat Institusi Dalam Proses Pengajaran Kursus
Ikhtisas Pendidikan
Jadual 4.10 Penerapan Inovasi Dalam Elemen Menangani Perkembangan 54
Berterusan Dalam Proses Pengajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan
Jadual 4.11 Ringkasan Dapatan Kajian Penerapan Elemen Inovasi Dalam 56
Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan di
Fakulti Pendidikan
xv
SENARAI RAJAH MUKA SURAT
35
NO TAJUK
Rajah 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian
xvi
SENARAI SINGKATAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Package for Social Sciences
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
MOSTI Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
KPTM Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
TMK Teknologi Maklumat Dan Telekomunikasi
R&D Penyelidikan Dan Pembangunan
ICT Information Computer Technology
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM-IR Universiti Teknologi Malaysia-Insttitutional Repository
PBL Pembelajaran Berasaskan Masalah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PPP Penyediaan Pendidikan Latihan Profesional
CID Creativity And Innovation Day
PSM Projek Sarjana Muda
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Senarai Bilangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan
B Pengesahan Instrumen
C Contoh Instrumen
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Negara kita, Malaysia sedang menuju ke arah menjadikan inovasi sebagai
sumber ekonomi dengan matlamat meningkatkan daya saing bagi kemajuan dan
pertumbuhan ekonomi lestari. Malaysia ingin berganjak dari satu bentuk model
ekonomi baru berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk
memastikan Negara dapat terus berdaya saing dan relevan dalam persaingan ekonomi
global. Bagi mencapai model ekonomi baru tersebut, Malaysia telah menjadikan tahun
2010 sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti (Majalah EstidotMy, Edisi 95). Penekanan
pada aspek inovasi dan kreativiti akan dipertingkatkan di semua peringkat dan bidang,
termasuklah bidang pendidikan.
Aspek inovasi dan kreativiti penting kepada negara kerana menggalakkan daya
saing, memacu pembangunan negara dan meningkatkan produktiviti kerana ia
penyumbang utama bagi peningkatan kekayaan ekonomi sesebuah negara menerusi
2
penjimatan tenaga, masa dan kos yang sekaligus mampu meningkatkan penghasilan
produktiviti, hasil kerja serta perkhidmatan (Laupa, 2010).
Inovasi banyak diaplikasikan dalam organisasi dalam tadbir urus, inovasi
kemasyarakatan, inovasi bandar-bandar, inovasi desa, inovasi koprat, inovasi industri,
inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan jaringan keselamatan sosial, inovasi
penjenamaan dan inovasi pendidikan (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, 2010).
Perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti memperkenalkan
teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja.
Penerapan atau aplikasi inovasi ini amat bergantung kepada keberkesanan sistem
pendidikan bagi melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Ini kerana aplikasi
inovasi yang baik dalam kurikulum pendidikan mampu melahirkan pelajar yang berdaya
saing diperingkat antarabangsa (Shuhada, 2010).
Bagi merealisasikan hasrat Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah merangka transformasi terhadap bidang pendidikan seperti isi kandungan
kurikulum, penyusunan, pedagogi dan pendekatan di dalam bilik darjah yang
membolehkan potensi inovasi dan kreativiti pelajar dapat dipupuk dengan efektif.
Transformasi ini penting kerana kurikulum merupakan perubahan penting bagi
keberkesanan sekolah dan laluan kepada kecemerlangan pendidikan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2010).
Transformasi kurikulum dapat membuka laluan kepada pelajar untuk menerokai
dan membuat penemuan kaedah pembelajaran yang baru melalui eksperimen, reka cipta
dan penyelidikan. Ini termasuk perbincangan rakan sebaya, simulasi, lawatan lapangan
dan aktiviti menyelesaikan masalah yang membolehkan aplikasi sumber di dalam dan di
luar bilik darjah. Pelaksanaan kurikulum baru ini pula bergantung kepada keupayaan
guru memperbaiki dan mengaplikasikan elemen inovasi dan kreativiti dalam amalan
pengajaran di dalam bilik darjah.
3
Justeru itu, peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya
dilakukan juga oleh pensyarah yang melatih para guru kerana keupayaan menyelesaikan
masalah bergantung kepada keupayaan pensyarah sebagai fasilitator, penyelesai
masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran. Inovasi dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran merupakan keaslian inovasi pengajaran dan pembelajaran,
kerelevanan inovasi dan juga impak inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran.
Disebabkan inovasi dalam pendidikan ini penting, wujudnya Anugerah Tokoh
Pengajaran kepada pensyarah-pensyarah yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPTM) (Abdul Rahman, 2010). Jika kita lihat anugerah ini menilai
kaedah pengajaran yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti isi
kandungan, falsafah pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, inovasi,
dan bahan pengajaran dan penilaian.
Kesimpulannya, daya saing sesebuah negara amat bergantung kepada
kemampuan sistem pendidikan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif,
meningkatkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan. Dunia pendidikan juga
memerlukan pensyarah-pensyarah dan juga bakal guru yang kreatif untuk melaksanakan
pembelajaran yang merangsang minda dan menggarap daya kreativiti dan inovasi murid.
Pendek kata, kreativiti dan inovasi adalah kunci kepada kemajuan negara dan kehidupan
sejahtera.
1.2 Latar Belakang Masalah
Inovasi dalam pendidikan menjadi satu asas atau keperluan utama kerana ia
dapat menganjak negara daripada terperangkap di dalam ekonomi pendapatan sederhana
kepada ekonomi pendapatan tinggi bagi bersaing dengan negara lain. Salah satu usaha
4
kerajaan Malaysia ke arah mencapai matlamat ini adalah melalui penganjuran Malaysia
Inovatif 2010 (Majalah EstidotMy, Edisi 95).
Program Malaysia Inovatif 2010 ini memberi pendedahan kepada masyarakat
mengenai konsep inovasi melalui perkembangan minda ke arah berfikir di luar
kelaziman, memberi inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha menimba ilmu
pengetahuan, berkemahiran dan bersedia untuk lebih proaktif dalam menjana idea baru.
Justeru itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang merupakan institusi
pengajian tinggi awam yang membekalkan bakal-bakal guru hendaklah berperanan
melahirkan guru-guru yang berkemampuan untuk melaksanakan inovasi dalam
pendidikan. Ini bergantung penuh kepada peranan pensyarah yang mengajar. Mereka
perlu menerapkan elemen kretiviti dan inovasi bagi membantu bakal-bakal guru supaya
mereka pula dapat mengaplikasi inovasi dalam pengajaran, memberi sumbangan ke arah
penambahbaikan pemikiran, idea dan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang
mempunyai nilai tambah baru yang boleh dimanafaatkan di sekolah (Zaini, 2010).
Maka, seseorang pensyarah itu seharusnya menguasai kaedah, strategi dan teknik
pengajaran dan pembelajaran berkesan (Mahadi, 2006). Apabila pensyarah menguasai
semua ini ia memberi kelebihan kepada mereka dalam mengenalpasti punca masalah
pelajar dalam pembelajaran dan mengambil tindakan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran menerusi penggunaan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang kreatif
dan inovatif di dalam kelas seperti kuliah, tutorial dan amali (Hassan, 2009). Usaha ini
adalah untuk melahirkan pemimpin pembagunan modal insan dan teknologi inovasi
yang memberikan sumbangan untuk mencipta kekayaan bangsa (Zaini, 2010).
Kursus pendidikan merupakan kursus yang wajib diambil setiap pelajar yang
mengikuti program pendidikan di Fakulti Pendidikan, UTM. Kursus-kursus ikhtisas
pendidikan dikendalikan oleh Jabatan Asas Pendidikan (Rujuk Jadual 1.1).
5
Jadual 1.1: Kursus-kursus Ikhtisas Pendidikan yang ditawarkan oleh Jabatan Asas
Pendidikan Fakulti Pendidikan, UTM
KOD KURSUS KURSUS KREDIT
SPP 1002 Falsafah Pendidikan 2
SPP 1012 Psikologi Pendidikan 2
SPP 2002 Asas Pedagogi 2
SPP 2032 Pengukuran dan Penilaian Pendidikan 2
SPP 3042 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 2
SPP 4043 Pembangunan Guru 2
SPP 4052 Sosiologi dan Professionalisme 2
SPP 4082 Pengenalan Pendidikan Kekeluargaan 2
SPP 4502 Bimbingan dan Kaunseling 2
SPP 4072 Pengajian Kurikulum 2
SPP 4082 Pengenalan Pendidikan Kekeluargaan 2
SPP 4092 Masalah Pendidikan Semasa 2
SPP 4132 Penyelewengan Tingkahlaku 2
SPP 4142 Pendidikan dan Pembangunan 2
SPP 4152 Penerapan Nilai Murni Di Dalam Pendidikan 2
SPP 4162 Pengajaran Kemahiran Berfikir 2
SPP 4172 Perkembangan Sahsiah dan Remaja 2
SPP 4182 Pendidikan Perbandingan 2
SPP 4192 Pendidikan Pelajar Istimewa 2
UPP 1002 Pengenalan Pengajaran sebagai Kerjaya 2
(Sumber: Buku Panduan Akademik Fakulti Pendidikan Siri Kemasukkan 2007/2008)
Elemen inovasi diaplikasikan oleh majoriti pensyarah yang mengajar kursus
ikhtisas pendidikan di Fakulti Pendidikan. Ini sejajar dengan slogan UTM “Menjana
Minda Kreatif dan Inovatif” yang diperkenalkan pada tahun 2009. Penerapan elemen
inovasi ini dinyatakan dengan jelas dalam panduan aktiviti dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran kursus-kursus tersebut (Rujuk Jadual 1.2).
6
Jadual 1.2: Panduan aktiviti dan kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus
Ikhtisas Pendidikan oleh Jabatan Asas Pendidikan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Pengajaran
1. Pembelajaran di dalam kelas Berdasarkan power point presentation,
a) Pengajaran berpusatkan pensyarah bahan pembelajaran, aktiviti pembelajaran
i. Syarahan berkumpulan (perbincangan, latihan
ii. Praktikal / tutorial menyelesaikan masalah, tugasan
iii. Pembelajaran berpusatkan aktiviti berkumpulan dan klip video)
pelajar (perbincangan)
2. Aktiviti pembelajaran sendiri
a) Manual, modul, tugasan, laman web dan
lain-lain.
b) Belajar sendiri / ulangkaji / projek
c) Persediaan untuk penilaian
3. Penilaian formal
a) Penilaian berterusan
4. Peperiksaan akhir
Sumber: Ketua Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM (Sesi I 2010/2011).
Berdasarkan panduan aktiviti dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada
Jadual 1.2, pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung diterapkan dengan elemen
inovasi. Ini dibuktikan dengan aktiviti pembelajaran yang dilakukan dimana ia tidak
hanya berpusatkan pensyarah tetapi melibatkan pelajar. Inovasi yang dilakukan dalam
pengajaran ini ialah syarahan, praktikal, tutorial, perbincangan pelajar dan projek. Bagi
menambahkan pengetahuan pelajar mengenai isi pembelajaran kursus tersebut, pelajar
diminta membuat aktiviti pembelajaran sendiri menggunakan modul, tugasan dan juga
melayari laman web untuk maklumat tambahan.
Bagi inovasi kaedah pengajaran pula pensyarah menggunakan power point
presentation, perbincangan, latihan menyelesaikan masalah selain menggunakan video
yang berkaitan dengan isi pengajaran. Selain daripada itu, tugasan yang diberikan
memerlukan pelajar bekerjasama dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat
merupakan inovasi menjalinkan hubungan baru dengan pihak luar dan peringkat
institusi. Dari segi inovasi perkembangan berterusan pula, pensyarah menerapkan ia di
dalam soalan peperiksaan akhir dan penilaian berterusan.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Pensyarah-pensyarah Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UTM,
bertanggungjawab memastikan bakal-bakal guru ini memahami dan mengaplikasi
kurikulum ikhtisas pendidikan yang telah diterapkan dengan elemen inovasi dan
kreativiti. Namun begitu, bagaimanakah elemen inovasi telah diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Fakulti Pendidikan bagi kursus-kursus
ikhtisas pendidikan? Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan
elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ikhtisas pendidikan di
Fakulti Pendidikan, UTM dari perspektif pelajar tahun 4 dari semua program pendidikan
di Fakulti Pendidikan, UTM yang telah mengambil semua kursus ikhtisas pendidikan
yang ditawarkan oleh Jabatan Asas Pendidikan. Pembolehubah yang hendak dikaji
dalam kajian ini ialah elemen inovasi dari isi kandungan pengajaran dan pembelajaran,
kaedah pengajaran, menjalinkan hubungan kerjasama baru dengan pihak luar,
menjalinkan usahasama di peringkat institusi, dan menangani pembangunan berterusan
yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus ikhtisas
pendidikan tersebut.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dikonstruk daripada kajian yang dijalankan oleh Danish Institute
(2008):
1. Aplikasi elemen inovasi dalam isi pelajaran kursus ikhtisas pendidikan oleh
pensyarah.
2. Aplikasi elemen inovasi dalam kaedah pengajaran isi pelajaran kursus ikhtisas
pendidikan oleh pensyarah.
8
3. Aplikasi elemen inovasi dalam menjalin hubungan baru dan rangkaian kursus
ikhtisas pendidikan oleh pensyarah.
4. Aplikasi elemen inovasi dalam peringkat institusi kursus ikhtisas pendidikan oleh
pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Aplikasi elemen inovasi dalam menangani perkembangan berterusan kursus
ikhtisas pendidikan oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam isi pelajaran kursus
ikhtisas pendidikan?
2. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam kaedah pengajaran isi
pelajaran kursus ikhtisas pendidikan?
3. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam menjalin hubungan baru
dan rangkaian kursus ikhtisas pendidikan?
4. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam peringkat institusi kursus
ikhtisas pendidikan?
5. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam menangani
perkembangan berterusan kursus ikhtisas pendidikan?