The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh Nuraini Aina Sahira Binti Mohd Fazry

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nina Sahira, 2020-11-24 12:57:48

BUKU CERITA SEMUT DAN BELALANG

Disediakan oleh Nuraini Aina Sahira Binti Mohd Fazry

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

Belalang dan Semut

Belalang berkawan baik dengan semut.
Mereka bermain bersama-sama. Malah,
makan pun bersama-sama.

Pada suatu hari, semut mengajak
belalang mencari biji kacang. Belalang
tidak mahu pergi. Belalang mahu tidur.

“Musim tengkujuh akan tiba. Kita
mesti menyimpan banyak bekalan,”
kata semut.

Tetapi belalang tidak mempedulikan
cakap semut.

Setiap hari semut keluar mencari
bekalan. Semut menyimpan makanan itu.
Semut menyimpannya di dalam lubang
kayu.

Akhirnya, tiba musim tengkujuh. Hujan
turun dengan lebat. Sudah tiga hari
hujan tidak berhenti. Paras air sungai
makin naik.

Akhirnya, berlaku banjir.

Belalang berasa lapar. Tetapi
belalang tidak mempunyai bekalan
makanan.

Belalang pergi ke rumah semut.
Belalang meminta makanan daripada
semut. Semut tidak mahu memberikan
makanan kepada belalang.

Belalang merayu kepada semut. Semut
marah kepada belalang. Semut menyuruh
belalang pulang dan tidur.

Belalang berasa malu kepada semut.
Belalang sangat menyesal. Semenjak hari
itu, belalang tidak mahu menjadi pemalas
lagi.

NILAI MURNI

Orang yang rajin berusaha tentulah
akan hidup bahagia. Manakala orang yang
pemalas berusaha pula tidak akan dapat

menikmati kesenangan dalam hidup.


Click to View FlipBook Version