The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peraturan Am Peperiksaan SMRA (LPBPI JAINJ)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UPM, 2025-03-11 00:01:06

Peraturan Am Peperiksaan SMRA (LPBPI JAINJ)

Peraturan Am Peperiksaan SMRA (LPBPI JAINJ)

Keywords: Peraturan

© Hak cipta Kerajaan Johor PERATURAN AM PEPERIKSAAN SMRA 2024 PERATURAN AM PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA (SMRA) SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR 2024


1 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 KANDUNGAN Perkara Muka Surat 1 Pendahuluan 2 2 Pendaftaran Calon 2 2.1 Syarat Menduduki Peperiksaan 2.2 Proses Pendaftaran Peperiksaan 2.3 Bayaran Yuran Peperiksaan 2.4 Calon Istimewa/Berkeperluan Khas 2.5 Calon Penyakit Berjangkit 2.6 Calon Kecemasan(Kemalangan/Banjir/dll) 3 Mata Pelajaran Yang Ditawarkan 4 4 Pusat Peperiksaan 4 5 Pengenalan Calon 5 6 Alatan Peperiksaan 5 7 Salah Laku Dalam Peperiksaan 5 8 Tarikh Peperiksaan 7 9 Pengumuman Keputusan 7 9.1 Syarat Pemberian Sijil 9.2 Keterangan Pencapaian 9.3 Pengambilan Sijil 9.4 Pembatalan Keputusan 10 Rayuan Semak Semula 9 11 Kehilangan / Kerosakan Sijil Asal / Sijil Yang Telah Lupus 9 12 Lampiran 1 10


2 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 GARIS PANDUAN / PERATURAN AM PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA (SMRA) SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR 1. PENDAHULUAN Peperiksaan ini dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ). Penyelarasan dalam pelaksanaan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di seluruh Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Johor serta sekolah-sekolah Swasta yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di Tingkatan Dua yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. PENDAFTARAN CALON 2.1 Syarat Menduduki Peperiksaan Calon telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini Sekolah Menengah Agama (KBD) peringkat Menengah Rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor selama dua (2) tahun. 2.2 Proses Pendaftaran Peperiksaan i. Tarikh Pendaftaran Peperiksaan bermula pada bulan Mac hingga akhir bulan Ogos.Pendaftaran yang diterima kurang dari 3 bulan sebelum peperiksaan bermula tidak akan dilayan. ii. Pendaftaran pelajar hendaklah dibuat oleh setiausaha peperiksaan melalui atas talian (online) dengan menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan oleh Unit Peperiksaan Menengah, Bahagian Pendidikan Islam, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. iii. Semua sekolah atau setiausaha peperiksaan akan didedahkan dengan format panduan pendaftaran samada secara manual atau digital untuk proses


3 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 memasukkan maklumat berkaitan calon bertujuan bagi melicinkan proses pendaftaran secara mudah dan cepat. iv. Borang pendaftaran hendaklah diserahkan secara manual atau digital kepada Unit Peperiksaan Menengah, Bahagian Pendidikan Islam, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Setiausaha peperiksaan dimestikan membuat salinan kedua (simpanan sekolah). v. Setiap pemohonan hendaklah disertakan sekeping salinan Kad Pengenalan atau Pasport/ Permit belajar (calon luar Negara) yang disahkan. vi. Pendaftaran yang diterima kurang daripada 3 bulan sebelum peperiksaan bermula tidak akan dilayan. 2.3 Bayaran Yuran Peperiksaan i. Kadar Bayaran masuk bagi peperiksaan adalah sebanyak RM 40 sahaja termasuk Bayaran Asas RM 10 . ii. Bayaran hendaklah dibuat melalui Cek atas nama “ Lembaga Kumpulan Wang Amanah Orang-orang Islam Negeri Johor (Sekolah Arab)” . iii. Bayaran Peperiksaan tidak akan dikembalikan. 2.4 Calon Istimewa/Berkeperluan Khas i. Calon Istimewa/ Berkeperluan Khas yang memerlukan pertimbangan khas hendaklah memohon kepada Ibu Pejabat/ Pegawai Pendidikan Agama Daerah dengan menyertakan bersama-sama Laporan Perubatan atau Surat Perakuan Doktor selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas tarikh tutup pendaftaran (31Ogos). ii. Calon yang menghadapi masalah pendengaran dan pertuturan hendaklah memohon pertimbangan khas daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


4 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 2.5 Calon Penyakit Berjangkit Calon yang menghidap penyakit berjangkit hanya boleh dibenarkan mengambil peperiksaan di sesuatu pusat peperiksaan dengan syarat calon tersebut diasingkan daripada calon lain dalam bilik khas. Bagi kes yang menimbulkan keraguan dan kelulusan Pegawai Perubatan/ Doktor adalah diperlukan. 2.6 Calon Kecemasan (Banjir, Gempa dan Lain-lain) Sekiranya berlaku kes kecemasan kemalangan/kebakaran/banjir/ gempa bumi dan lain – lain, lokasi Pusat Peperiksaan akan ditentukan oleh Ibu Pejabat atau Pejabat Pendidikan Islam Daerah Negeri Johor. 3. MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN i. Calon yang mengambil SMRA kali pertama wajib mendaftar dan menduduki semua mata pelajaran yang ditawarkan. (Mata Pelajaran sebagaimana Lampiran 1) ii. Calon mesti hadir dan mengambil peperiksaan semua kertas bagi mata pelajaran yang didaftarkan. Calon yang tidak hadir mana-mana kertas bagi satu-satu mata pelajaran dikira sebagai tidak hadir peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan. iii. Calon yang tidak memenuhi syarat di atas tidak layak mendapat Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) Negeri Johor. iv. Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki peperiksaan pada tahun berikutnya. 4. PUSAT PEPERIKSAAN Pusat Peperiksaan akan ditentukan oleh Ibu Pejabat atau Pegawai Pendidikan Agama Daerah.


5 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 5. PENGENALAN CALON i. Semua calon hendaklah membawa Kad Pengenalan/ MyKad masing-masing sepanjang masa peperiksaan untuk ditunjukkan sebagai pengenalan diri. ii. Bagi calon bukan warganegara bolehlah menggantikannya dengan Pasport yang sah. iii. Sekiranya Kad Pengenalan/ MyKad calon hilang, calon hendaklah menunjukkan surat laporan polis dan surat akuan pelajar oleh pihak sekolah. 6. ALATAN PEPERIKSAAN i. Calon hendaklah membawa pen, pensil, getah pemadam dan alat tulis yang diperlukan dalam peperiksaan. ii. Alat-alat elektronik atau digital seperti telefon pintar/ Jam Pintar dan seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam dewan/ bilik peperiksaan. 7. SALAH LAKU DALAM PEPERIKSAAN i. Calon dikehendaki mematuhi arahan dan tidak melanggar peraturan serta amaran semasa peperiksaan sedang dijalankan. ii. Sebarang perbuatan salah laku seperti memiliki soalan sebelum peperiksaan dijalankan, tidak jujur, melanggar peraturan dan amaran, mengganggu perjalanan dan ketenteraman peperiksaan di pusat peperiksaan serta melanggar peraturan dan amaran seperti dalam Jadual Waktu Peperiksaan tahun berkenaan akan menyebabkan calon berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib.


6 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 iii. Contoh perbuatan salah laku adalah seperti berikut: a. Meniru Jawapan Menggunakan beberapa bahagian ayat/ perkataan jawapan calon lain sebagai jawapannya atau memberi/ menyampaikan/ mendedahkan jawapannya kepada calon lain. b. Menyeludup Jawapan Membawa masuk buku ramalan/jawapan yang telah tersedia atau catatan/ nota/ ringkasan/ rumusan/ lakaran/ lukisan ke dalam bilik/ dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang dijalankan bagi apa jua tujuan atau masuk ke kawasan larangan/ bilik peperiksaan bagi apa jua tujuan sebelum peperiksaan dimulakan. c. Mendapat Bantuan Calon mendapat bantuan daripada orang lain di dalam atau di luar bilik/dewan peperiksaan untuk menjawab soalan bagi pihaknya. d. Menyamar Menggunakan kad pengenalan/ MyKad palsu atau kad pengenalan/ MyKad yang telah diubah atau menggunakan kad pengenalan sementara yang dipalsukan atau bertukar-tukar angka giliran/ kad pengenalan pada kertas jawapan. iv. Seseorang calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku yang termaktub dalam peraturan peperiksaan boleh dikenakan tindakan seperti berikut: a. Gred keputusan bagi mata pelajaran diturunkan; atau b. Keputusan mata pelajaran dibatalkan; atau c. Keseluruhan keputusan dibatalkan; atau d. Keseluruhan keputusan peperiksaan dibatalkan dan digantung antara satu (1) hingga tiga (3) tahun daripada menduduki peperiksaan SMRA Negeri Johor.


7 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 v. Pengarah Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( LPBPI JAINJ), Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, boleh menangguhkan pengumuman keputusan peperiksaan seseorang calon sementara menunggu selesainya penyiasatan tentang salah laku calon yang disabitkan 8. TARIKH PEPERIKSAAN i. Peperiksaan SMRA dijadualkan seperti berikut:. Ujian Bertulis : *Bulan Disember *Tertakluk pada pindaan ii. Jadual waktu peperiksaan yang muktamad akan diedarkan melalui Unit Peperiksaan Menengah, Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, sekurang – kurangnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan dilaksanakan 9. PENGUMUMAN KEPUTUSAN 9.1 Syarat Pemberian Sijil Sijil akan diberikan kepada calon yang lulus dengan sekurang-kurangnya peringkat Maqbul (40%). ( Sijil akan dikeluarkan dalam Bahasa Arab) 9.2 Keterangan Pencapaian Peringkat bagi tiap-tiap mata pelajaran dan pangkat bagi sijil adalah seperti berikut: PERINGKAT / PANGKAT TAKRIF MARKAH MUMTAZ / متاز CEMERLANG 85-100 JAYYID JIDDAN / جدا جيد SANGAT BAIK 75-84 جيد / JAYYID BAIK 55-74 MAQBUL / ول مقب LULUS 40-54 DHAIF/ ضعيف GAGAL 0-39


8 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 9.3 Pengambilan Sijil i. Sijil akan dikeluarkan melalui Unit Peperiksaan, calon dikehendaki mengambil sijil masing-masing dengan seberapa segera atau sekurang- kurangnya enam (6) bulan selepas tarikh keputusan diisytiharkan. ii. Lembaga Peperiksaan Agama Johor (LPBPI JAINJ), Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan sijil yang tidak dituntut. iii. Sijil yang tidak dituntut akan disimpan di sekolah tempat mendaftar peperiksaan. 9.4 Pembatalan Keputusan i. Pengarah Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ), boleh membatalkan keputusan mata pelajaran atau keputusan peperiksaan calon jika dibuktikan bahawa calon ini telah melakukan salah laku dalam peperiksaan. ii. Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ), boleh membatalkan keputusan peperiksaan di sesuatu pusat peperiksaan sekiranya berlaku salah laku yang meluas di pusat peperiksaan berkenaan. 10. RAYUAN SEMAK SEMULA i. Semua rayun dan permohonan semak semula melaui borang yang boleh didapati dari Sekolah atau Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam (Unit Peperiksaan), Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Agama Islam Negeri Johor atau Pejabat Pendidikan Islam Daerah. Ia mestilah sampai kepada Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ), dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.


9 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 ii. Kadar bayaran untuk semak semula akan diumumkan melalui Pekeliling Peperiksaan, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. 11. KEHILANGAN / KEROSAKAN SIJIL ASAL / SIJIL YANG TELAH LUPUS i. Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ), Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor, akan mengeluarkan satu Salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang Sah sekiranya sijil asal hilang / rosak atau tidak dituntut. Calon boleh memohon kepada Pengarah Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (LPBPI JAINJ) . ii. Hendaklah disertakan sijil asal yang rosak, maklumat yang tepat tentang nama pemohon, angka giliran, nombor kad pengenalan, nama peperiksaan, tahun peperiksaan dan nama pusat (tempat mengambil peperiksaan). Kadar bayaran adalah secara tunai bagi setiap sijil baru yang dicetak. Untuk tujuan ini maklumat berkenaan bayaran ada tertera dalam borang permohonan yang boleh didapati dari Ibu pejabat Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


10 PERATURAN AM PEPERIKSAAN 2024 LAMPIRAN 1 SENARAI MATA PELAJARAN DAN KOD MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN (ALIRAN KBD & KBT ) BIL KOD MATA PELAJARAN BENTUK UJIAN CERAIAN KERTAS TEMPOH / MASA 1 RD01 USULUDDIN (TAFSIR DAN HADITH) BERTULIS KERTAS 1 40 MINIT 2 RD02 USULUDDIN (TAUHID,SIRAH DAN AKHLAK) BERTULIS KERTAS 2 80 MINIT 3 RD03 AS-SYARIAH (AL-QURAN WAL HIFZ) BERTULIS KERTAS 1 40 MINIT 4 RD04 AS-SYARIAH (FEQH) BERTULIS KERTAS 2 80 MINIT 5 RD05 AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH (AL-INSYAK) BERTULIS KERTAS 1 40 MINIT 6 RD06 AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH (ALQAWALIB,ALFAHMU, TAKWIN JUMAL) BERTULIS KERTAS 2 80 MINIT BIL KOD MATA PELAJARAN BENTUK UJIAN CERAIAN KERTAS TEMPOH / MASA 1 RT01 HIFZUL QURAN BERTULIS KERTAS 2 30 MINIT 2 RT02 MAHARAT ALQURAN BERTULIS KERTAS 2 1 JAM 30 MINIT 3 RT03 AL-LUGHAH AL-ARABIAH BERTULIS KERTAS 2 2 JAM 15 MINIT Nota : Wajib Menduduki Semua Mata Pelajaan Yang ditawarkan.


Click to View FlipBook Version